Anda di halaman 1dari 4

Rosnah Yunus

Penggunaan kad imbasan bergambar dapat menarik minat murid untuk memberi tumpuan dan
perhatian semasa proses pembelajaran serta meningkatkan motivasi murid agar belajar dengan
lebih tekun dan bersungguh-sungguh. Ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan keberkesanan
PdP di dalam kelas khususnya bagi murid-murid yang kurang bermotivasi, pasif dan lambat
memproses idea baru. Dengan itu, pembelajaran diharapkan menjadi lebih bermakna kepada
murid dan memberi pengalaman untuk memberi ingatan yang lama dalam menguasai suku kata
terbuka dan tertutup.

Abdul Rashid (2011) dalam kajiannya menjelaskan penggunaan bahan bantu mengajar yang
menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan murid semasa merencanakan isi pelajaran
dapat merangsang minat murid dan bermotivasi untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar
hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran
bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri.
Program latih tubi membaca suku kata dengan bantuan kad imbasan bergambar yang telah
dilaksanakan mendapati bahawa pencapaian dan penguasaan murid terhadap kemahiran
membaca telah dapat dipertingkatkan dengan baik.

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut dan
membunyikan suku kata KVKK dengan betul serta meningkatkan keupayaan murid dalam
kemahiran membaca dengan menggunakan kad imbasan bergambar.
Sementara

Dalam kajian ini, pemerhatian secara berstruktur telah digunakan untuk memerhati,
mendengar dan merekod maklumat murid berdasarkan aktiviti PdP yang dilaksanakan. Ia
dibuat ketika murid mengikuti sesi PdP sebelum dan selepas tindakan. Terdapat 2 jenis
borang pemerhatian berstruktur disediakan iaitu Borang Pemerhatian 1 dan Borang
Pemerhatian 2. Borang Pemerhatian 1 menggunakan jawapan “Ya” atau “Tidak” sahaja. Ia
digunakan sebanyak dua kali. Kali pertama, semasa proses PdP menggunakan kad imbasan
bergambar manakala kali kedua semasa proses PdP menggunakan kad imbasan bergambar.

Grafik yang berwarna-warni menarik minat murid serta meningkatkan daya tumpuan murid
semasa proses PdP. Murid kelihatan lebih yakin dan aktif jika dibandingkan sebelum
penggunaan kad imbasan bergambar di mana mereka kelihatan pasif dan diam serta malu-
malu apabila diminta membaca atau menyebut suku kata yang telah diberikan oleh guru.
-Transkrip Temu Bual
Penggunaan kaedah Fonik
Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Maklumat yang
diperolehi melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai
aspek kehidupan mereka (Tamam, Zamri, Nik Mohd Rahimi dan Jamaludin, 2010).
Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kehidupan
mereka. Pelbagai kaedah diguna pakai oleh para pendidik dalam mengajar kanakkanak
menguasai kemahiran membaca.

Kemahiran membaca
merupakan antara salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
prasekolah sebelum melangkah ke alam pendidikan yang lebih tinggi. Manakala
Yahya, Aisah, Azmey, Dk. Siti Ardiah dan Maszuraimah (2012), menegaskan
kemahiran membaca yang dikuasai di sekolah membantu kanak-kanak membaca
dengan berkesan.

Menurut Mahzan Arshad (2003, dan Yahya Othman, 2008 dalam Tamam
Timbang et al., 2010), kajian berkaitan proses membaca penting kerana dapat
membantu kanak-kanak meneroka cabang ilmu yang luas. Kemahiran membaca
merupakan jalan keluar kepada kejayaan pendidikan yang lebih tinggi dan kejayaan
pendidikan seseorang individu (Abdul Rashid, 2011).

masih tidak m. Murid ini kerap kali mengambil masa yang lama untuk berfikir dan cenderung
untuk menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja hingga menjadikan
perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna

Kesukaran membaca ayat mudah dalam kalangan murid-murid pemulihan SK Padang

Taram merupakan masalah utama yang dikenalpasti. Masalah dalam membaca ayat

mudah ini termasuklah kesukaran murid dalam mengeja dan mengeja dengan betul. Antara

ciri-ciri kesukaran yang dilihat adalah kesukaran dalam membunyikan suku kata awalan

KVK dan suku kata akhiran KV, sering mengugurkan perkataan semasa mengeja

contohnya ‘lampu’ menjadi ‘lapu’ serta perkataan yang dibaca mempunyai jeda dan tidak

lancar.
Pengkaji telah menjalankan tinjauan awal menerusi pelbagai kaedah bagi

membuktikan masalah atau isu tersebut secara terperinci. Antaranya adalah analisis

dokumen, pemerhatian dan temu bual. Pengkaji telah menjalankan suatu ujian tahap

penguasaan Bahasa Melayu Lisan bagi memastikan tahap penguasaan kemahiran murid

pemulihan serta mengesan daerah-daerah kelemahan murid dengan lebih teliti.

Selain itu, pengkaji juga turut menjalankan kaedah pemerhatian terhadap tingkah laku

murid semasa membaca suku kata KVK+KV dan minat murid terhadap pengajaran guru.

Kaedah temu bual juga digunakan bagi memahami masalah dalam penguasaan KVK+KV

ini dengan lebih jelas. Temu bual ini dijalankan bersama-sama dengan guru pembimbing

dan murid bagi mengenalpasti punca yang menyebabkan murid ini menunjukkan

tingkahlaku yang boleh menganggu dalam pencapaian objektif PdP dan kesukaran dalam

membaca suku kata KVK+KV.

Yahya Otman et al. (2012) menyatakan bahawa bagi mencapai matlamat

meningkatkan kemahiran bacaan kanak-kanak, kaedah mengajar yang sesuai perlu

diamalkan oleh guru agar penguasaan kemahiran tersebut dapat berlaku dengan mudah

dan berkesan. Oleh itu suatu kaedah pengajaran yang tepat dan efektif perlu dirancang

agar murid-murid ini bukan sahaja dapat membaca ayat dengan baik malah mampu

meningkatkan minat dan motivasi mereka untuk terus belajar.

Kaedah pembacaan yang tidak


bersesuaian tentunya boleh menyebabkan murid berasa cepat bosan, kurang minat dan
kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca (Samsiah, 2008; Yahya, 2008).
Meningkatkan kemahiran membaca melalui kad bacaan

Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa


membaca ialah keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa
betapa pentingnya kemahiran membaca kerana setiap yang dilihat hanya boleh
ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca. Kebolehan membaca
merupakan kemahiran yang penting diperolehi walaupun kanak-kanak masih di
peringkat awal. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan
lancar dan menguasai sekumpulan pembendaharaan kata asas serta boleh mengeja
perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki peringkat seterusnya berada pada
kedudukan yag lebih selesa dan meyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak
yang masih belum boleh menguasai kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan asas
untuk murid-murid prasekolah untuk membaca. Oleh yang demikian, penguasaan
kemahiran membaca yang tepat dan berkesan harus bermula pada awal lagi jika tidak mahu
kanak-kanak ini kekal lemah sehingga tamat sekolah rendah.
Bertitik tolak dari situ, satu kesedaran mula timbul untuk menjalankan satu
kajian dalam mencari kaedah terbaik untuk membantu murid prasekolah menguasai
kemahiran kemahiran membaca dan menulis. Diharap dengan kaedah yang dijalankan dapat
membantu murid-murid ini lulus di dalam semua mata pelajaran yang dipelajari di
sekolah. Ini kerana membaca adalah kunci kejayaan seseorang individu.
Membaca adalah satu perkara yang penting di dalam kehidupan kita seharian.
Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah perhubungan kita dengan dunia
luar. Begitu jugalah pentingnya kemahiran membaca untuk murid-murid sekolah.
Seawal sesi pembelajaran di prasekolah mereka telah diterapkan dengan kemahiran 3M
(membaca, menulis dan mengira )

Anda mungkin juga menyukai