Anda di halaman 1dari 1

CERITA KANAK-KANAK

SIPNOPSIS CERITA AYAM BERTELUR EMAS

Buku cerita Ayam Bertelur Emas ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang
bernama Talut yang bekerja sebagai penjaga ayam milik orang kaya. Talut merupakan
seorang pekerja yang rajin dan tekun mengerjakan perkerjaanya. Tetapi sejak beberapa
bulan, Talut tidak lagi diberi upah oleh orang kaya dan Talut masih lagi bekerja dengan
orang kaya tersebut. Pada suatu pagi, Talut berhenti di hadapan rumah orang kaya dan.
terdetik di dalam hati Talut, berhasrat dia pun boleh memiliki rumah seperti orang kaya
tersebut. Setibanya di ladang, Talut terus memberi ayam-ayam tersebut makan. Dalam
ratusan ayam yang sedang mematuk makanan yang di berinya, Talut mendapati
terdapat seekor ayam sedang monyok dan enggan makan dan mendapati ayam
tersebut sedang jatuh sakit. Oleh itu Talut pun mengambil keputusan untuk menjaga
ayam. Setelah seminggu menjaga ayam tersebut dengan baik, ayam tersebut pun telah
sembuh dari sakitnya dan dapat makan dengan berselera. Pada suatu malam, ayam
yang di bela oleh talut berketak terlalu kuat dan Talut pergi melihat reban ayam
tersebut. Setelah diperiksa dengan teliti, talut mendapati ada sebiji telur ayam yang
bersinar di bawah tempat tidur ayam tersebut. Sepanjang malam itu Talut tidak dapat
tidur kerana menjaga telur itu, Pada keesokan paginya, Talut membawa telur itu ke
pasar. Seorang saudagar telah melihat telur itu dan menawarkan harga yang sangat
tinggi untuk membeli telur itu. Talut telah menerima bayaran yang sangat tinggi dan
dalam sekelip mata Talut telah menjadi orang kaya dan Talut juga mengambil keputusan
untuk tidak bekerja lagi dengan orang kaya tersebut. Akhir orang kaya tersebut sedar
dengan sikap tamak dan kedekutnya dan berazam tidak lagi akan menjadi seorang
yang kedekut.

Anda mungkin juga menyukai