Anda di halaman 1dari 14

KATA SENDI NAMA

DISEDIAKAN OLEH :-
FARAH FAZRIYANA BASRI
FITRI NORLIDA IBRAHIM
IZA KASMADIANA
KASMIJAN
NOR AZRINA MOHD
ZAINOL
NUR AFIFAH AHMAD
Kata sendi nama ialah
perkataan yang letaknya
dihadapan Frasa Nama.

 di  bagi  laksana  antara


 ke  demi  sejak  untuk
 dari Tentang  terhadap  dengan
 daripada  seperti  akan  dalam
 kepada  bagai  oleh sampai
 pada  umpama  hingga
Laksana

“ seperti ”, “ bagai ”, “umpama ”, dan “


laksana ”

Keempat-empat sendi nama ini bersifat


kelainan atau varian antara satu sama lain,
kerana mempunyai fungsi yang sama, iaitu
sebagai perkataan dihadapan kata nama
atau frasa nama yang membawa maksud
perbandingan.
Contoh :- seperti
bagai
1. Murid baharu itu kebingungan umpam rusa masuk kampung.
a
seperti laksana
bagai
2. Hatinya keras umpam batu.
a
laksana
seperti
bagai
3. Pemuda itu berlagakumpam orang kaya.
a
laksana

seperti
bagai
4. Pasangan mempelai ituumpam pinang dibelah dua.
a
laksana
Sejak

Perkataan sejak atau semenjak bertugas


membawa maksud penanda waktu atau masa
dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama.

Contoh 1. Hasnah sentiasa sugul……….kematian


:- ibunya.
2. ……..hari itu saya tidak berani
meninggalkan rumah.
3. Kami tinggal di kampung Atap……..dua
tahun yang lalu.
4. ………kehilangan keretanya ia hanya
berjalan kaki ke pejabat.
Terhadap

KSN terhadap biasanya digunakan sebagai


unsur yang membawa maksud rujukan yang
melibatkan penyambut tertentu, sama ada
manusia, haiwan atau benda.

1. Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap


anak buahnya.
2. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
3. Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.
4. Kasih sayang mariam terhadap ibu bapanya elok
dicontohi.
5. Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air
menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai
kuasa jerapan yang besar terhadap kotoran dan bahan
pewarna.
Terdapat kecenderungan penggunaan kata sendi nama
terhadap sebagai unsur yang membawa rujukan umum
atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian
harus digantikan dengan kata sendi nama tentang.

 Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran


anak buahnya.
Sepatutnya : Ketua pejabat itu sentiasa curiga
tentang kejujuran anak buahnya.

 Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan


orang kampung.
Sepatutnya : Penghulu itu mengambil berat tentang
kebajikan orang kampung
Akan

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama,


dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif
yang bersifat emosi.

 Wanita itu amat rindu akan anaknya.


 Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat
tumpah darahnya.
 Anak raja itu berahi akan Tuan Puteri Bongsu.
 Kami sungguh benci akan kelakuanya yang buruk
itu.
Penggunaan akan sebagai KSN seperti contoh diatas
ialah bentuk yang seharusnya digunakan. Bagaimanapun
ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk
menggunakan –kan sebagai kelainan pada KSN akan.

 Wanita itu amat rindukan anaknya.


 Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat
tumpah darahnya.
 Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu.
 Kami sungguh bencikan kelakuanya yang buruk
itu.

* Bentuk-bentuk yang demikian hanya


digunakan sebagai bentuk bahasa lisan
dan seharusnya dielakkan dalam
bahasa rasmi atau tulisan.
Oleh

a) Menunjukkan hubungan
pembuat dalam ayat pasif KSN oleh
digunakan
yang menggunakan
dihadapan kata
bentuk-bentuk berikut : di-, nama atau frasa
ter-, dan kena. nama membawa
 Kuih itu dibeli olehnya. maksud seperti
 Buku Pelita Bahasa yang berikut.
Melayu terkarang oleh
Za’ba.
 Pencuri itu kena
tangkap oleh polis.
b) Menunjukkan hubungan yang membawa
maksud sebab. Dapat dikatakan disini,
penggunaan kata sendi nama oleh sebenarnya
berpunca daripada oleh sebab, yang
kemudianya berlaku pengguguran sebab
secara pilihan.

 Ia mati oleh ( sebab ) senjatanya sendiri.


 Pemain badminton itu kalah oleh ( sebab )
kekurangan latihan.
 oleh ( sebab ) ketekunanya menelaah, Ali
mencapai keputusan yang cemerlang.
 Oleh dalam penggunaan ini dapat
bertukar ganti dengan kata sendi nama
lantaran yang membawa maksud yang
sama.
 Penggunaan oleh yang diikuti dengan
kerana dalam ungkapan oleh kerana
untuk menunjukkan hubungan yang
membawa maksud sebab merupakan
penggunaan yang salah.
 Ini disebabkan oleh merupakan kata
sendi nama yang mesti diikuti oleh kata
nama atau frasa nama, sedangkan
kerana bukan kata nama tetapi kata
hubung keterangan .
Contoh struktur ayat yang salah :-
 Struktur ayatnya janggal oleh kerana masih
menyerupai acuan tatabahasa bahasa
Inggeris.
 Struktur ayatnya janggal oleh sebab masih
menyerupai acuan tatabahasa bahasa
Inggeris.

 Pembinaan bangunan itu tergendala oleh


kerana bantahan tuan tanah yang tidak
berpuas hati dengan wang pampasan.
 Pembinaan bangunan itu tergendala oleh
sebab bantahan tuan tanah yang tidak
berpuas hati dengan wang pampasan.
Hingga dan
Sampai

KSN hingga dan sampai digunakan dihadapan kata


nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal
peringkat dan had masa atau tempat. Hingga dan sampai
dapat bertukar ganti antara satu sama lain.

 Pegawai itu berjaga ( hingga, sampai ) pagi.


 Anak-anaknya belajar ( hingga, sampai ) peringkat
universiti.
 Mereka mengaji al-Quran ( hingga, sampai )
dinihari.

Anda mungkin juga menyukai