Anda di halaman 1dari 2

Apakah peranan murid berdasarkan konstruktivism?

 Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu
mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
 Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu
murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang
mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat
membina asas pengetahuan yang mereka faham.
 Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat
ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka
terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
 Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk
menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Apakah kelebihan konstruktivism?

 Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan
dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data,
membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
 Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang
dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi
baru.
 Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
 Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman
mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani
menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
 Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi
sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
 Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep
dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.
Bagaimaana kadar keaktifan pelajar

 Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pelajaran.
 Pelajar perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-
maklumat baharu dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman terhadap
maklumat baharu ini.
 Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif iaitu operasi yang mengarah dan mengawal
kemahiran secara kognitif dalam minda mereka.
 Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-proses menilai dan mentaksir pemikiran
kendiri melalui refleksi dan renungan.

Nyatakan proses yang terlibat dalam konstruktivism

 proses asimilasi dan akomodasi dalam skema

Konstruktivism dalam pdpc RBT. Kemukakan contoh.

 Memlukan topik tanaman hidroponik dimana murid akan mengunakan pengetahuan


menanam pokok sedia ada di dalam diri murid. Contohnya guru akan menayangkan video
cara-cara penaman pokok kemudian murid akan bertanya. Seterusnya murid akan bertanya
dan akan dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada agar murid dapat gunakan di dalam
situasi dunia yang sebenar

Anda mungkin juga menyukai