Anda di halaman 1dari 11

CERITA HUTAN

◦Di pedalaman India pada zaman dahulu


ada seekor harimau tua yang tempang
kakinya dan paling dibenci oleh binatang-
binatang yang hidup aman dalam sebuah
Harimau ini bernama Shere Khan.
.
◦Pada suatu malam ketika dia menghendap-
hendap mencari makanan Shere Khan
ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di
dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri
dan seorang anak meeka yang masih kecil
sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu,
unggun api menyala dengan maraknya.
◦Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu
Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere
Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi
khemah itu. Dia pun melolong kesakitan
sehingga menggemparkan satu keluarga
serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu
tidak jauh dari situ.
◦ Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya
hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar
sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia
bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang
anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan
berani
◦Budak itu adalah anak pemotong kayu yang
tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya
melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere
Khan tadi.
◦ Bapa serigala menggonggong budak itu dan
membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan
tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun
tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut
dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu
Serigala.
◦Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju
menerima budak itu sebagai anak mereka
sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak
serigala yang lain juga sayang kepadanya dan
menganggap Mowgli sebagai saudara mereka
sendiri.
◦Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang
ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui,
seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya
memakan sisa tangkapan binatang-binatang
lain.
◦Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut
supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu,
yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan
Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba
hendak mengambil budak itu dari dalam gua,
tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua
◦Dengan marah dia akhirnya meninggalkan
gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari
nanti budak itu akan tetap menjadi
mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal
bersama-sama keluarga serigala itu dan
benar-benar sebagai anak serigala di
dalam hutan.

Anda mungkin juga menyukai