Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan
kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan
saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tugasan saya.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya,
Encik Wan Hafizi Bin Wan Hanafi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan berjayanya. Selain itu, saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada saya
dalam menjalankan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya
Berjaya menghabiskan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak
dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambah
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi akal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan say agar dapat memberikan
manfaat kepada diri sendiri terutama kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik
yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses
pembelajaran malah kepada masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai