PENGHARGAAN

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu kerana memberi peluang kepada saya
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tugasan saya.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya,
Encik Wan Hafizi Bin Wan Hanafi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan berjayanya. Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada
saya dalam menjalankan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya Berjaya menghabiskan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin
tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambah ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi akal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan
say agar dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri terutama kepada pembaca agar kita
sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat
bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai