Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Selamat pagi, salam perpaduan dan salam


transformasi.

Yang Berbahagia, TN HJ ABDUL HALID BIN SAAT , SETIUSAHA UMNI BHG


AYER HITAM

Yang Dihormati, En. JAMIRAN BIN , Yang Dipertua PIBG Sesi 2017/2018,

Yang Berusaha, PN ASMAH MOTAJI, Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan SALMIAH , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

EN ZAIROKIN, Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan Guru -guru, AJK PIBG, Ibu bapa – ibu bapa, dari
persekitaran PARIT HJ ALI dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga SK SETIA JAYAlir


mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir
bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan
sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-
guru yang telah bertungkus-lumus sejak 1 minggu yg lalu,
bermula dengan acara pemilihan murid, Sukan Tara dan
persediaan akhir. Acara sebelum kejohanan sukan ini
,memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang
sama , guru-guru tidak pernah mengabaikan kepentingan
akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama utama dengan
kepentingan akademik. Kepada para pelajar , tahniah saya
ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat
berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam
bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada
pencapaian akademik para pelajar.
Hadirin yang dihormati,

Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam


kalendar sekolah SK SETIA JAYA. Kepada para pelajar yang
terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan
boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan
negara.

Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk


guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat pelajar,
manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat,
melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin,
maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga
dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan


memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas
dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan
pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar
mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Akhir kata,

Terima Kasih kepada TN. HJ. ABDUL HALID BIN SAAT , SETIAUSAHA
UMNO BAHAGIAN AYER HITAM yang sudi hadir utk merasmikan
kejohanan sukan kali ini, yang pernah suatu ketika dahulu
bersekolah di sini, pernah menimba ilmu di sekolah ini & merasai
nostalgia kesukanan, cuma keadaannya agak berbeza dahulu
dan sekarang. Kemungkinan murid – murid boleh menjadikan
renungan & dorongan dgn kehadiran tetamu kita pada hari ini
dan bagaimana kejayaan itu boleh tercipta bermula dari
bangku sekolah rendah lagi.

Terima Kasih kepada guru-guru yang berkorban masa,tenaga,


dan minda. Apatah lagi dengan hujan rahmat yang turun pada
malam tadi merisaukan semua guru,
Terima Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-
anak, dan

Terima Kasih kepada pelajar yang amat bersemangat mengambil


bahagian dalam semua acara yang telah berlangsung sebelum &
pada hari ini.

SOKONGLAH KAMI WARGA SKRH untuk membentuk generasi masa


depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai