Anda di halaman 1dari 6

APAKAH MAKNANYA UKHUWAH FILLAH (persahabatan dlm Islam)?

Bila kita fikirkan apakah kita sekarang berukhwah kerana Allah?

Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami?
Bagaimana kita menjaga ukhwah itu?

Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.Begitu juga dengan diri saya
sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita
susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat,
mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita
cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada
kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t
uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat
kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud
menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat
dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat
berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi
orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga.
Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah
tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk
menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita,
semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk
membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat
yang kuat.

10 kepentingan dalam menghubungkan ukhwah:

1) Untuk mendapat keredhaan Allah kerana Dia suka pada orang yang
menghubungkan ukhwah begitu juga
Penghuni langit dan bumi.
2) Kita juga mengembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada
orang yang
menghubungkan ukhwah.
3) Pahala yang berterusan.
4) Rezeki yang diberkati Allah
5) Allah s.w.t melanjutkan usianya.
6) Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
7) Iblis dan syaitan bertambah gelisah.
Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada disekelilingnya.
9) Mengembirakan jenazah yang berada di alam barzah.
10) Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih
baik melainkan dapat
mengembirakan hati orang-orang beriman.

Syarat-syarat berukhwah:

Ikhlas
Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa
Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)
Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.
Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.
Status dua orang yang berukhwah:
Darjat yang tinggi di syurga Allah s.w.t.
Mendapat kemuliaan pada hari kebangkitan.
Menyayangi seseorang kerana Allah s.w.t bukan sebab lain hanya hadir pada hati yang
bersih.Dunia dan segala hiasannya dipandang kecil berbanding keredhaan Allah s.w.t.
Kasih sayang yang hebat dan suci sehinggakan Allah s.w.t akan memuliakan
hambaNya yang mampu berbuat demikian.
Rasulullah s.a.w juga menyarankan agar kita menzahirkan kasih sayang kita kerana
ukhwah sangat penting dalam membentuk masyarakat.

Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t:

Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan.


Bersifat toleransi dan memaafkan.
Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.
Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.
Setia dan berbuat baik pada sahabat.
Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.
Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.
Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.
Mendoakan sahabat.

Bagaimana cara untuk kita mencapai roh ukhwah?

1) Memberitahu kepada saudara yang dicintainya- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila


seseorang
mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud
dan Tirmizi)

2) Berdoa untuk mereka- Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak seorang
hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan
malaikat berkata, dan
bagimu juga seperti itu”.

3) Berjabat tangan bila bertemu- Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila
bertemu dengan
saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang
diriwayatkan Abu Daud
dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan
melainkan keduanya
diampuni dosanya sebelum berpisah”.

4) Memberi senyuman ketika bertemu- Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa
Rasulullah s.a.w
bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari
saudaramu dan jika
engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)

5) Mengunjungi saudara- Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan


bersabda Nabi
Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang
yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi
kerana Aku”.

6) Menyampaikan ucapan selamat- Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa
Rasulullah s.a.w
bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya
mendapat
kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)

7) Memberi hadiah- Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa
Rasulullah s.a.w
bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa
cinta dan
menghilangkan kekotoran hati”.

Memperhatikan keperluan sahabat- Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah
akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam
kesusahan pasti Allah
s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib
seorang muslim
pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu
menolong
hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)

9) Tegakkan hak-hak persaudaraan: Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki
saudara lain,
Seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong
bagi yang dizalimi.
Perkara tersebut adalah penting untuk menunjukkan rasa cinta kasih kita pada sahabat
kita sekaligus untuk mempereratkan ukhwah bila kita laksanakannya betul-betul
kerana Allah s.w.t.
Marilah kita renungi sejenak firmanNya:

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau


membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat
mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati
mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)

Kita dapat merasai kekuatan ukhwah itu kerana ikatan akidah Islam itu adalah
sekuat-kuat ikatan. Dari sinilah terbitnya ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) .
Keindahan dalam kita berukhwah akan terserlah apabila iman yang kuat tersemat
didlm hati.

Menyingkap kembali ukhwah yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w di dalam jiwa para
sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu
menghayati erti ukhwah kerana Allah. Bukan harta sahaja yang mereka serahkan
bahkan nyawa pun sanggup dijadikan cagaran. Tapi hakikatnya kita pada hari ini
adalah jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu.

Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling


rendah sekalipun kita tidak mampu laksanaknanya. Persaudaraan yang sejati adalah
bermula daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar dan semata-mata kerana
Allah. Kesilapan yang lalu jadikan sebagai ikhtibar dan mohonlah padaNya, moga
persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredhaiNya.
Berbuat baiklah terhadap orang lain sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya
kamu menghormati orang lain,orang lain juga akan menghormati kamu. Sedarilah
sahabat-sahabat bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai
kecacatan dalam tiap pelakuannya dan menerima kecacatan antara satu sama lain
adalah kunci persahabatan yang terbaik.

Berkata ulama: “Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu
orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka
orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu”

Allah juga telah berfirman: “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka


damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan
persahabatan itu”.

Salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah s.w.t di akhirat kelak adalah
pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah, iaitu persahabatan yang diredhai
Allah yang berdasarkan ketaqwaaan kepada Allah. Persahabatan adalah anugerah
Allah yang terindah jika ianya berlandaskan atas dasar yang benar.Sahabat adalah
seperti cermin kepada kita,kesalahan kita diteguri,bila alpa diingatkannya,bila berduka
dihiburkannya,bila sempit dilapangkannya, kata-kata nasihat yang selalu keluar dari
mulutnya menambahkan semangat,menjadikan kita kuat dengan cinta, kasih sayang
dan persahabatannya darinya.

Dia juga menjadi sumber inspirasi untuk kita terus berdakwah.

Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan
inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada
sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah..moga hubungan yang terjalin sekarang
akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..

ukhwah fillah Abadan abada

Anda mungkin juga menyukai