Anda di halaman 1dari 3

Bijak Dalam Menguruskan Emosi Diri Sendiri

Salah satu aspek penjagaan kesihatan mental yang perlu dititikberatkan ialah bagaimana kita
menguruskan emosi kita. Menguruskan emosi bermakna mengetahui emosi diri dan merancang
bagaimana ia perlu diluahkan. Peluahan perasaan itu akan dapat menepati apa yang dikehendaki,
selaras pada masa dan situasinya. Ini akan menghasilkan satu suasana yang lebih terkawal dan
tidak akan merosakkan persekitaran. Dalam konteks ini kita perlu menggabungkan pengurusan
emosi dengan pengurusan kognitif bagi mendapatkan satu keputusan atau pertimbangan terbaik
untuk dijelmakan dalam tingkah laku kita.
Apa yang unik dengan emosi ialah ia banyak berkait dengan persekitaran. Tercetusnya sesuatu
emosi akibat persekitaran dan cara kita meluahkan emosi juga memberi kesan kepada persekitaran.
Di sinilah bermulanya proses interaksi atau hubungan interpersonal antara kaunselor dengan klien,
iaitu proses yang banyak memberi makna dalam kehidupan seharian. Sekiranya interaksi itu
dilakukan dengan baik iaitu melalui pengurusan emosi yang betul maka ia menghasilkan suasana
kondusif yang dapat mempertingkatkan motivasi kepada semua pihak. Oleh yang demikian,
sekiranya ini berlaku maka seseorang itu bukan sahaja akan mendapat kepuasan hidup tetapi
mampu merangsang suasana dan persekitaran untuk menghasilkan produktiviti terbaik.

Kaunselor Perlu Bersedia Menerima Klien Dengan Hati Yang Terbuka

Selain itu, menerusi perkhidmatan kaunseling khususnya, kaunselor sentiasa bersedia menerima
klien dengan hati terbuka, penuh penghormatan dan cuba membantu mereka menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Kaunseling merupakan paksi utama untuk mengharmoni dan
melahirkan satu wadah atau wahana bagi matlamat sesuatu organisasi. Dalam konteks kehidupan
masa kini, aktiviti dan penglibatan bukan sahaja terdiri daripada golongan profesional tetapi juga
golongan bukan profesional. Penglibatan ini sememangnya penting untuk membolehkan individu
mendapat celik akal seterusnya dapat hidup dalam keadaan yang menggembirkan dan penuh
bahagia tanpa dibelenggu dengan masalah kesihatan mental lagi.
Jika kita merasakan diri masih waras, janganlah gusar untuk mendapatkan perkhidmatan
kaunseling yang ditawarkan ini sama ada melalui media bersemuka, e-mel mahupun bersurat.
Walau bagaimanapun, seorang kaunselor atau psikologis masih mampu membuat diagnostik
bahawa kliennya tidak sihat otak melalui ujian psikometrik dan mereka ini akan dirujuk kepada
psikiatrist untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kaunselor Perlu Mempunyai Kemahiran Dan Kompetensi Tertentu

Seorang kaunselor juga perlu mempunyai kemahiran dan kompetensi tertentu untuk berhadapan
dengan cabaran pada era globalisasi ini seperti generic competency, functional competency dan
specialized competency. Contohnya dapat dilihat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri
khususnya. “Skim Saraan Malaysia” adalah merupakan isu dan cabaran kepada kita kerana ia
sering menimbulkan tekanan bukan sahaja kepada pegawai dan kakitangan yang mengambil
peperiksaan atau menghadiri kursus tetapi juga kepada pegawai yang mengendalikan Penilaian
Tahap Kecekapan itu sendiri dan secara tidak langsung boleh menyebabkan sebilangan kakitangan
mengalami masalah kesihatan mental.

Oleh sebab itu, Bahagian Perkhidmatan Psikologi (BPPs) telah mengatur strategi untuk menangani
isu berkenaan. Langkah rawatan secara proaktif juga turut dilaksanakan oleh bahagian ini seperti
menyediakan perkhidmatan De Stress Centre, Ujian Tekanan Darah, Psychological Health dan
pengendalian kaunseling kelompok yang memaparkan unsur Curative Factors. Jadi, jelas di sini
bahawa seorang kaunselor yang berkemahiran dan berkompetensi mampu untuk membantu klien
cberhadapan dengan masalah mental.

Latihan Bertenang

Latihan bertenang telah menjadi semakin popular sebagai satu kaedah mengajar seseorang untuk
menangani tekanan dalam kehidupan seharian. Kaedah ini bertujuan mencapai ketenangan pada
otot dan minda. Selepas klien belajar prosedur bertenang yang asas, adalah perlu dipraktikkan
latihan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Latihan bertenang melibatkan
beberapa komponen yang memerlukan empat hingga lapan jam arahan. Klien diberi satu set arahan
yang menyuruhnya bertenang. Klien akan mempraktikkan bertenang di dalam persekitaran yang
sunyi sementara secara berselang menenangkan otot. Pada masa yang sama klien mempelajari
untuk mengeluarkan semua perasaan dan pemikiran yang menyusahkan dari fikirannya dan
memfokus kepada pemikiran dan imaginasi yang menyeronokkan. Kaedah ini harus dipraktikan
setiap hari selama 20 hingga 25 minit. Klien juga mempelajari dan mengalami keadaan tenang dan
tegang. Kaedah ini juga boleh digunakan oleh seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi,
pening kepala dan tidak dapat tidur.
Desensitasi Bersistem

Desensitasi bersistem yang berasaskan kepada prinsip pelaziman klasik, adalah salah satu prosedur
yang paling luas digunakan dan telah diujikaji secara emprikal. Sebelum prosedur desensitasi
bermula, kaunselor menjalankan temu bual permulaan untuk mengenalpasti maklumat khusus
tentang kebimbangan yang dihadapi klien serta mengumpul maklumat sesuai tentang diri klien.
Temu bual yang mungkin mengambil masa beberapa sesi memberikan kaunselor pemahaman yang
mencukupi tentang siapa klien sebenarnya. Desensitasi bermula apabila klien telah mencapai tahap
ketenangan sepenuhnya dengan mata tertutup. Satu situasi neutral diberikan dan klien disuruh
membayangkannya. Jika klien terus tenang, klien akan disuruh untuk membayangkan situasi yang
paling rendah menimbulkan kebimbangan. Rawatan berakhir apabila klien boleh berada dalam
keadaan bertenang semasa dibayangkan situasi yang paling tinggi menimbulkan kebimbangan.

Sentiasa Menggalakkan Klien Atau Pesakit Berfikiran Positif Dan Membuang Rasa Sedih

Kaunselor hendaklah menggalakkan klien agar mendidik diri mereka untuk sentiasa berfikiran
positif. Hal ini demikian kerana, menurut pakar penyelidik di Mayo Clinic, Amerika Syarikat,
mereka yang sentiasa optimis semasa mudanya dijangka hidup 12 tahun lebih lama berbanding
mereka yang pesimis. Pendapat ini turut disokong oleh kajian Anna L.Marsland, yang merupakan
seorang pakar psikologi dari Pittsburgh Medical Center yang menyatakan bahawa mereka yang
selalu moody, berfikiran negatif dan mudah tertekan mempunyai tindak balas aktif terhadap vaksin
hepatitis berbanding mereka yang sentiasa ceria. Oleh sebab itu, walau bagaimana susah sekalipun,
adalah dinasihatkan agar kita sentiasa mencuba untuk sentiasa berfikiran positif. Hal ini demikian
kerana ia baik untuk imej diri dan apa yang lebih penting lagi ialah berfikiran positif merupakan
bonus utama ke arah mewujudkan kesihatan mental yang lebih baik.
Selain itu, klien juga hendaklah digalakkan supaya membuang segala perasaan sedih yang ada
dalam diri mereka agar tidak lagi dihangtui dengan masalah kesihatan mental yang berpanjangan.
Rasa sedih dalam satu jangka waktu tertentu adalah satu perkara biasa. Tetapi ia menjadi luar biasa
jika dibiarkan berlarutan. Agar rasa sedih tidak berpanjangan, kita perlu mencari jalan untuk
menceriakan diri sendiri. Contohnya berbual dengan seseorang, masalah akan lebih mudah
ditangani jika berkongsi masalah dengan orang lain. Bersenam juga boleh menceriakan diri kerana
badan yang cergas pasti akan menaikkan semangat kita di samping berhenti menyalahkan diri
sendiri dan ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Cara yang seterusnya ialah
ingat segala kelebihan diri dan gunakanlah kelebihan itu sebaik mungkin selain mengamalkan
pemakanan yang sihat. Menikmati menu yang sihat akan meningkatkan tahap kesihatan dan
mempengaruhi emosi.

Anda mungkin juga menyukai