Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Program Literasi dan Numerasi merupakan salah satu program khusus
untuk dilaksanakan kepada murid tahap 1 iaitu murid tahun 1 (2010) dan murid
tahun 2 (2011). Program ini merupakan salah satu daripada National Key
Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu semua murid
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir
tahun 2012.

Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk


menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga
dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard
prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis dapat dijalankan tentang
konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana
pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya
untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah.

Justeru, Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and


Numeracy Screening atau LINUS) telah direka bentuk berdasarkan 12 konstruk
asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur
konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman
kandungan (depth of content) yang akur dengan perkara yang dipelajari oleh
muris dalam tahun berkenaan.
2.0 OBJEKTIF

Sebagaimana yang telah dituntut dalam NKRA KPM, program Literasi dan
Numerasi (LINUS) ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi kecil yang
telah menguasai asas literasi dan numerasi. Program ini juga turut diwujudkan
bagi mengenal pasti murid berkeperluan khas iaitu tidak tidak dapat menguasi
asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti program tersebut
menjelang 2012.

Oleh hal yang demikian, 12 konstruk penilaian yang terkandung dalam


instrumen saringan ditetapkan sebagai kayu pengukur dalam keberhasilan
NKRA KPM dimana ia dijadikan standard penguasaan asas Literasi dan
Numerasi.

3.0 SASARAN

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) mensasarkan murid-murid tahap


1 iaitu murid tahun 1 bagi tahun 2010 dan murid tahun 2 pada tahun 2011
(murid yang tidak melepasi saringan 3).

4.0 FASA PELAKSANAAN

Tiga saringan LINUS , iaitu Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3 akan


dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 1, tahun 2011.

Saringan 4, Saringan 5 dan Saringan 6 pula akan dilaksanakan untuk


murid-murid Tahun 2, 2011. Berikut adalah jadual pelaksanaan sarinagan
Lietrasi dan Numerasi bagi tahun 2011.

JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI DAN NUMERASI BAGI


TAHUN 2011
SARINGAN 1 & SARINGAN 2 & SARINGAN 3 &
AKTIVITI SARINGAN 4 SARINGAN 5 SARINGAN 6

SARINGAN 27 FEBRUARI 19 JUN 2 OKTOBER


MEMBACA / HINGGA HINGGA HINGGA
LISAN 31 MAC 22 JULAI 21 OKTOBER

SARINGAN 3 APRIL 24 JUN 30 OKTOBER


MENULIS HINGGA HINGGA HINGGA
8 APRIL 22 JULAI 4 NOVEMBER

MEMASUKAN 11 APRIL 1 OGOS 7 NOVEMBER


DATA SARINGAN HINGGA HINGGA HINGGA
22 APRIL 12 OGOS 11 NOVEMBER

5.0 PENTADBIRAN

5.1 Instrumen literasi mengandungi 12 konstruk


5.2 Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan
5.3 Instrumen saringan ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak
melebihi 3 orang)
5.4 Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk
5.5 Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir
mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.
5.6 Dicadangkan guru duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran
saringan dijalankan

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Kedua-dua instrumen Saringan iaitu instrumen Membaca / Lisan dan


Instrumen Menulis dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Instrumen saringan
berserta manual pengendaliannya disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah
dalam bentuk CD.
7.0 TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4

Selepas Saringan 1 dan 4, murid yang menguasai sekurang-kurangnya


konstruk 1 hingga 8 dianggap telah menguasai asas LINUS. Murid ini akan
meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana. Murid yang hanya menguasai
konstruk 1 dan konstruk 2 sahaja akan ditempatkan ke Program LINUS Tegar,
manakala , murid yang menguasai konstruk 1 hingga 7 akan meneruskan
pembelajaran di kelas di kelas LINUS tetapi akan menduduki Saringan 2 dan 5.

Selepas Saringan 1 dan 4 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan


mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah:

SARINGAN 1

Tidak Menguasai Konstruk 1 dan


Konstruk 2
Program LINUS
Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 1
hingga Konstruk 8

Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 8


Kelas Arus Perdana

SARINGAN 4

Tidak Menguasai Konstruk 1 dan Kelas Pemulihan


Konstruk 2

Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 1


Program LINUS
hingga Konstruk 8

Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 8 Kelas Arus Perdana

Murid-murid yang tidak melepasi Saringan 1 dan 4 akan menduduki saringan


berikutnya iaitu Saringan 2 dan 5

8.0 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (BPPI)

8.1 Pentaksir hendaklah melengkapi Borang Pelaporan Penguasaan


Individu (BPPI) dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran
dijalankan.
8.2 Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk
8.3 Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat
menjawab item dalam Saringan Membaca / Lisan dan Saringan Menulis.
8.4 Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang
disediakan mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum
membaca dan menulis yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai