Anda di halaman 1dari 2

Terapi Muzik

Terapi muzik merupakan suatu profesion penjagaan kesihatan yang menggunakan muzik untuk
menjaga keperluan individu dari aspek fizikal, emosi kognitif, dan social.
Definisi yang diberikan oleh American Music Therapy Association mengenai terapi
muzik ialah ia merupakan intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di
bawah hubungan terapeutik yang dilaksanakan oleh terapis yang telah dilatih dan Berjaya
dalam program terapi muzik yang diakui.
Program ini merupakan intervensi terapeutik berbentuk bukan verbal di mana yang
paling sesuai diaplikasikan untuk individu yang menghadapi masalah komunikasi dan didapati
sukar mengekspresi perasaannya secara verbal. Maka, intervensi terapi muzik sesuai digunakan
untuk :
 Mengurus tekanan
 Memulihkan kesihatan
 Mengekspresikan perasaan
 Meningkatkan ingatan
 Menambahbaik komunikasi
 Menggalakkan pemulihan fizikal
Maka dengan adanya program seperti ini, dapat memberikan manfaat kepada semua peringkat
umur sama ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua yang menghadapi gangguan
mental, masalah pembelajaran, penyakit Alzheimer, masalah penyalahgunaan, kecederaan
otak, kesakitan kronik, dan ketidakupayaan fizikal.

Peranan terapis untuk menilai kesihatan emosi, fizikal dan fungsi social, kebolehan
komunikasi dan kemahiran kognitif melalui respons muzik, merancang sesi muzik untuk
individu dan kumpulan berdasarkan keperluan klien dengan menggunakan improvisasi muzik,
mendengar muzik dengan hati terbuka, menulis nyanyian, perbincangan lirik, muzik dan
imaginasi, persembahan muzik, dan pembelajaran melalui muzik, perancangan rawatan,
penilaian on-going, dan tindakan susulan.

Sejarah Terapi Muzik Sepintas Lalu


Idea terapi muzik digunakan sebagai pengaruh pemulihan yang boleh membawa kesan
terhadap kesihatan dan tingkah laku individu. Ianya sekurang-kurangnya telah bermula
daripada penulisan Aristotle dan Plato di zaman tamadun Yunani, lebih 2000 tahun yang lalu.
Dalam abad ke-20, terapi muzik mula diaplikasikan di hospital selepas Perang Dunia I dan ke
II. Pada masa itu, muzik amatur dan professional bermain

Anda mungkin juga menyukai