Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK SERI SEMBRONG KALI KE 8

Bil Acara Teks


Umumkan ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan
Paluan kompang
Yang Dipertua PIBG SMK SERI SEMBRONG, EN. HASSAN
ASRARI BIN ABU HASSAN diiringi oleh
Pn. Hajah Siti Mariam Binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Seri
Sembrong,
Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan
Tahunan SMK SERI SEMBRONG Kali kali ke-____ bagi tahun
2018.
Yang Dihormati
En. HASSAN ASRARI BIN ABU HASSAN
YDP PIBG SMK Seri Sembrong,
Yang Berusaha
Puan Hajah Siti Mariam binti Abdul Rahman,
Pengetua SMK Seri Sembrong
Yang Dihormati
Puan Hajah Noraini binti Talib
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Yang dihormati
En. Hasmi bin Ali,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Ahli Jawatankuasa PIBG,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SMK
SERI SEMBRONG yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan
Sukan Tahunan SMK SERI SEMBRONG kali ke 8. Semoga
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik
semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi
dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas hormat Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah
sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen
yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
menerima tabik hormat Dihormati, En Hassan ASRARI BIN ABU HASSAN dengan
dari peserta perbarisan diiringi Puan Pengetua, Puan Hajah Siti Mariam binti Abdul
Rahman untuk menerima tabik hormat daripada peserta
perbarisan. Dipersilakan.
- MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Bendera Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera


kejohanan kejohanan yang diketuai oleh saudara NASHARUDDIN BIN
SANUSI

Perbarisan Koreksional Menyusul di belakang adalah kontinjen yang mewakili Persatuan


Badan Beruniform iaitu KADET KOREKSIONAL. Perbarisan ini
dianggotai seramai 30 orang dan ketua kontigen yang memimpin
perbarisan ini ialah saudari Puteri Norain binti Abdul Ghani
Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah TOPAZ yang
TOPAZ dianggotai seramai 30 orang peserta perbarisan dengan MOTTO
mereka STAY HUMBLE BE NOBLE. Kontinjen rumah TOPAZ ini
diketuai oleh saudara MOHD FAKHRI ZHARFAN BIN
AZMAN. Maskot bagi rumah TOPAZ untuk tahun ini ialah
_________________________________.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah NILAM yang dianggotai
NILAM seramai 30 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ ALL
OUT, ALL SEASON, ALL GAME’. Kontinjen ini diketuai oleh
saudara FARIZ BIN RIZAL. Maskot bagi rumah NILAM ialah “THE
SHARK” sesuai dengan semangat menyerang dan menang.

Perbarisan Rumah Kontinjen yang terakhir ialah dari pasukan rumah DELIMA dengan
DELIMA mottonya ‘THE BEST NEVER REST”. Kontinjen ini diketuai
oleh saudara Mohd ALIFF BIN MOHAMAD dan disertai seramai
48 orang peserta. Maskot bagi pasukan DELIMA ialah dari carácter
yang diadaptasi dari filem TRANSFORMER iaitu WARPATH yang
melambangkan TRANSFORMATION TOWARDS
VICTORY.Istimewanya kontigen rumah Delima ini disamping
perbarisan mereka juga akan membuat sedikit persembahan
HAKKA DANCE bagi menyuntik semangat sepasukan mereka..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang dihormati En


Hassan arsari bin Abu Hassan serta Bonda Puan Hajah Siti
Mariam binti abdul Rahman kerana sudi menerima tabik hormat
daripada kontigen perbarisan
Nyanyian Lagu
Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri
dan seterusnya menyanyikan lagi.
Lagu Bangsa Johor
Lagu Negaraku
Lagu Sekolah
Hadirin sekalian, sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon
Bacaan Doa
keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohammad
Junaidi Bin Jaafar.
Dipersilakan.
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohammad


Junaidi Bin Jaafar. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis
kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t.
Insya-Allah.

Upacara menaikkan Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera


bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang wakil persatuan
beruniform Pengakap SMK Seri Sembrong untuk
menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan. Para
hadirin diminta berdiri.

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SMK SERI


SEMBRONG kali ke 8.

Menjemput pembawa Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang


bendera mengiringi bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz
pembaca ikrar ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Saudara Nasharuddin Bin
Sanusi.
Lafaz ikrar kejohanan ………

Majlis merakamkan terima kasih di atas nyanyian dan lafaz ikrar


kejohanan itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dihormati , En Hassan
Arsari Bin Abu Hassan, YDP PIBG SMK SERI SEMBRONG
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Seri SEMBRONG Kali ke
8 Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Dihormati , Encik


Hassan Arsari bin Abu Hassan di atas ucapan perasmian itu tadi
dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SMK SERI SEMBRONG Kali ke 8

Persembahan Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini,
Kebudayaan Masyarakat marilah kita sama-sama saksikan Persembahan Muzik Traditional
Orang Asli dari Masyarakat Kaum Asli.

Dipersilakan. – MUZIK
Majlis merakamkan ribuan terima kasih diatas persembahan
yang cukup mempersonakan serta mengasyikkan dari
Masyarakat kaum Asli SMKSS .Untuk makluman semua,
persembahan ini dibimbing oleh Cikgu Saerah binti Jantan dari
SK Pengkalan Tereh.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh
padang kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah
masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan


Sukan Tahunan SMK SERI SEMBRONG KALI KE 8. Majlis
merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara
Kejohanan Sukan Tahunan SMK SERI SEMBRONG KALI KE 8.

Acara pertama pada hari ini ialah 100 meter


Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-
masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Penyampaian hadiah (1) Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Puan Pengetua, Bonda Hajah Siti Mariam binti
Abdul Rahman mengiringi yang dihormati En. Hassan Arsari
bin Abu Hassan untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada En. Hassan Arsari bin
Abu Hassan kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang


berusaha Puan Hajah Siti Mariam binti Abdul Rahman l bagi
menyampaikan cenderamata kepada En. Hassan Arsari bin Abu
Hassan di atas kesudian merasmikan kejohanan dan
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Siti Mariam kerana


sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadiah(2) Hadirin dan hadirat sekalian,
Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan
kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang


berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan


dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SMK
SERI SEMBRONG kali ke-8, jatuh
pada: rumah...................................
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan Kejohanan Sukan Tahunan SMK SERI SEMBRONG kali ke-8 kini
penyampian hadiah tiba ke penghujungnya.
ketegori khas(6)
Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang
mengikut rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan


SMK SERI SEMBRONG kali ke-8. Oleh itu, dijemput Puan Hajah
Siti Mariam Bt Abdul Rahman, Pengetua SMK SERI SEMBRONG
untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan
Tahunan SMK SERI SEMBRONG.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Sukan Tahunan SMK SERI SEMBRONG kali ke-8 pada
tahun ini.
.................................................................

Sebelum bersurai sama-samalah kita melaungkan hip-hip hooray


sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan SMK
SERI SEMBRONG kali ke-8. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

#Teks pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah


#Skrip pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Teks pengacara majlis acara perasmian, perbarisan, penyampaian hadiah dan penutup sukan
tahunan sekolah

Anda mungkin juga menyukai