Anda di halaman 1dari 18

Didikan Tauhid Buat Anak-Anak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha


Mengasihani.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke
atas junjungan penghulu sekelian Nabi dan ke atas ahli keluarga
dan seluruh sahabatnya.

Risalah yang sangat bermanfaat ini menjelaskan perkara-perkara


yang terlebih dahulu wajib diajarkan kepada setiap anak-anak
sebelum mereka mempelajari Al-Quran lagi, agar mereka menjadi
muslim yang sempurna di atas fitrah Islam, dan benar-benar
mentauhidkan Allah di atas jalan Iman. Isi kandungan risalah ini
disampaikan dalam bentuk soal jawab:

Soalan 1:

Apabila anda ditanya: Siapa Tuhan kamu?

Jawapan:

Maka jawablah, Tuhanku ialah Allah.

1
Soalan 2:

Tuhan itu apa?

Jawapan:

Maka jawablah, Tuhan adalah Yang Maha Menguasai, Yang


Disembah dan Yang Diminta pertolongan daripadaNya, iaitulah
ALLAH. Tuhan yang memiliki seluruh kekuasaan serta satu-satunya
yang berhak dan wajib disembah oleh setiap makhluk.

Soalan 3:

Apabila anda ditanya: Dengan apa kamu mengenali Tuhanmu?

Jawapan:

Maka jawablah: Saya mengenali Tuhan dengan melihat tanda-


tanda kekuasaanNya dan penciptaanNya, dan di antara tanda-
tanda kekuasaanNya ialah: Malam dan siang, matahari dan
bulan.

Dan di antara penciptaanNya pula adalah: Langit dan bumi dan


segala makhluk yang berada di dalamnya. Dalilnya adalah:

‫ٱست َ َو ٰى َعلَى أٱلعَ أر ِش‬ َ ‫ت َو أٱۡل َ أر‬


‫ض فِى ِست َّ ِة أَي ٍَّ۬ام ث ُ َّم أ‬ َّ ‫ٱَّللُ ٱلَّذِى َخلَقَ ٱل‬
ِ ‫س َم ٰـ َوٲ‬ َّ ‫إِ َّن َربَّ ُك ُم‬
ُ‫ت ِبأَمأ ِر ِهۦۤۗ أ َ ََل لَه‬
ِ ِۭ ‫س َّخ َرٲ‬
َ ‫وم ُم‬ ‫شمأ َ أ‬
َ ‫س َوٱلقَ َم َر َوٱلنُّ ُج‬ َّ ‫ار َي أطلُبُهُ ۥ َح ِث ٍ۬يثا َوٱل‬َ ‫يُ أغ ِشى ٱلَّ أي َل ٱلنَّ َہ‬
َ‫ٱَّللُ َربُّ أٱل َع ٰـ َل ِمين‬
َّ ‫ار َك‬ َ ‫أٱلخ أَل ُق َو أٱۡل َ أم ُرۗ ت َ َب‬

2
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit
dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;
Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan
deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari
dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada
perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan
menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha
Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. (Al-
A’raaf: 54)

Soalan 4:

Apabila anda ditanya: Kenapa Allah mencipta kamu?

Jawapan:

Maka jawablah: Saya diciptakan untuk beribadah hanya kepada


Allah dan tidak menyekutukanNya, serta mentaatiNya dengan
melakukan segala suruhanNya, dan meninggalkan segala
laranganNya, sepertimana firman Allah ta’ala:

ِ ‫نس إِ ََّل ِليَعأ بُ ُد‬


‫ون‬ ِ ‫َو َما َخلَ أقتُ أٱل ِج َّن َو أ‬
َ ‫ٱۡل‬
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-
Dzariyaat: 56)

3
Dan firman Allah lagi:

‫صار‬ ُ َّ‫ٱَّللُ َعلَ أي ِه أٱل َجنَّةَ َو َم أأ َو ٰٮهُ ٱلن‬


َّ ‫ارۖ َو َما ِل‬
َ ‫لظ ٰـ ِل ِمينَ ِم أن أَن‬ ِ َّ ِ‫إِنَّهُ َمن يُ أش ِر أك ب‬
َّ ‫ٱَّلل فَقَ أد َح َّر َم‬

Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan


sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan
kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan
tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku
zalim. (Al-Maa’idah: 72)

Syirik bermaksud:

Menjadikan sesuatu yang lain sebagai sekutu bagi Allah, dengan


berdoa kepada selain Allah, mengharap kepada selain daripada
Allah, ataupun takut kepada selain daripada Allah, bertawakkal
kepada selain daripada Allah, ataupun memohon kepada selain
daripada Allah dan lain-lain ibadat yang dibuat kepada selain
daripada Allah.

Ibadah pula bermaksud:

Nama yang merangkumi semua perkara yang disukai dan diredhai


Allah subhanahu wa ta’ala daripada perbuatan dan perkataan,
zahir dan batin.

4
Antara contoh ibadah ialah doa, firman Allah ta’ala:

‫ٱَّلل أ َ َح ٍ۬دا‬
ِ َّ ‫عواْ َم َع‬
ُ ‫َّلل فَ ََل ت َ أد‬ َ ‫َوأ َ َّن أٱل َم‬
ِ َّ ِ ‫س ٰـ ِج َد‬

Bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada)


Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah
sesiapapun bersama-sama Allah. (Al-Jinn: 18)

Dan dalil bahawa berdoa kepada selain Allah merupakan


kekufuran (perbuatan kafir) ialah firman Allah ta’ala:

َ ‫ٱَّلل ِإلَ ٰـها َءاخ ََر ََل بُ أر َه ٰـنَ لَهُ ۥ بِ ِهۦ فَإِنَّ َما ِح‬
‫سابُهُ ۥ ِعن َد َر ِب ِهۦۤۚ ِإنَّهُ ۥ ََل‬ ِ َّ ‫ع َم َع‬ ُ ‫َو َمن يَ أد‬
َ‫يُ أف ِل ُح أٱل َك ٰـ ِف ُرون‬

Sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah,


dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya,
maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang
jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang
yang kafir tidak akan berjaya. (Al-Mukminun: 117)

Dengan ini difahami bahawa doa adalah antara ibadat yang


paling agung, sepertimana firman Allah:

‫س َي أد ُخلُونَ َج َهنَّ َم‬ َ َ‫عونِ ٓى أ َ أست َ ِج أب لَ ُك أۚم ِإ َّن ٱلَّذِينَ يَ أست َ أك ِب ُرون‬
َ ‫ع أن ِع َبا َدتِى‬ ُ ‫ڪ ُم أٱد‬
ُ ُّ‫َوقَا َل َرب‬
َ‫اخ ِرين‬
ِ ‫َد‬

Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku


perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-
orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa
kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
(Ghafir: 60)

5
Dan di dalam kitab Sunan at-Tirmizi: hadith yang diriwayatkan
daripada Anas bin Malik radhiyallaahu anhu secara marfu’ (iaitu
bersambung kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam):

‫الدعاء مخ العبادة‬

“Doa itu intisari ibadah” (Hadith nombor 3371, namun Al-Imam At-
Tirmizi menghukumkannya hadith yang lemah/dhaif. Namun
banyak hadith sahih – nombor 3247, 3372 – yang lain dalam Sunan
At-Tirmizi berbunyi ‫ الدعاء هو العبادة‬bermaksud, “Doa adalah ibadah”
yang membawa maksud sama).

Perkara yang paling awal diwajibkan Allah ke atas manusia


adalah:

Menolak taghut dan beriman kepada Allah. Firman Allah ta’ala:

َّ ْ‫ٱجتَنِبُوا‬
َ ُ‫ٱلط ٰـغ‬
ۖ‫وت‬ َ َّ ْ‫ٱعبُدُوا‬
‫ٱَّلل َو أ‬ ُ ‫َولَقَ أد بَعَ أثنَا فِى ڪ ُِل أ ُ َّم ٍ۬ة َّر‬
‫سوَل أ َ ِن أ‬

Sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap


umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru
mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.
(An-Nahl: 36)

Taghut bermaksud:

Apa-apa yang disembah selain Allah, dan taghut juga


merangkumi syaitan, dukun, tukang ramal, dan sesiapa yang tidak

6
berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah, dan setiap orang
yang diikuti dan ditaati bukan di atas jalan kebenaran (iaitu Islam).

Berkata Ibn al-Qayyim rahimahullahu ta’ala: “Taghut adalah setiap


sesuatu yang melampaui batas sama ada ianya berupa
sembahan, ataupun sesuatu yang diikuti atau ditaati (selain
Allah).”

Soalan 5:

Apabila ditanyakan kepada kamu, apakah agama kamu?

Jawapan:

Agamaku ISLAM.

Islam bermaksud:

Penyerahan diri kepada Allah dengan tauhid, tunduk kepada


Allah dengan ketaatan, menyokong dan setia kepada orang-
orang Islam serta memusuhi orang-orang musyrik.

Firman Allah ta’ala:

ِ‫أ‬
ۗۗ ‫ٱۡل أسلَ ٰـ ُم‬ َّ ‫إِ َّن ٱلدِينَ ِعن َد‬
ِ‫ٱَّلل‬

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah


hanyalah Islam (Aali-‘Imraan: 19)

Dan Allah juga berfirman:

َ‫ٱۡل أسلَ ٰـ ِم د ٍِ۬ينا فَلَن يُ أق َب َل ِم أنهُ َوهُ َو ِفى أٱۡل َ ِخ َر ِة ِمنَ أٱل َخ ٰـ ِس ِرين‬
ِ ‫َو َمن َي أبتَغِ غ أَي َر أ‬

7
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari
orang-orang yang rugi. (Aali-‘Imraan: 85)

Hadith yang sahih daripada Nabi sallallaahu alaihi wasallam,


baginda bersabda:

,‫ وتؤتي الزكاة‬,‫ وتقيم الصَلة‬,‫أن تشهد أن َل إله إَل هللا وأن محمدا رسول هللا‬
‫ وتحج البيت إن استطعت إليه سبيَل‬,‫وتصوم رمضان‬

(Islam) adalah kamu bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang


berhak disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya
Muhammad itu pesuruh Allah, dan kamu mengerjakan solat, dan
membayar zakat, dan berpuasa pada bulan Ramadhan, dan
mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu. (Hadith sahih,
riwayat Muslim dan Abu Daud daripada Umar bin al-Khattab)

La ilaaha illa Allaah pula bermakna:

Tidak ada yang benar-benar berhak disembah melainkan Allah,


sepertimana firman Allah:

َ َ‫) ِإ ََّل ٱلَّذِى ف‬٢٦( َ‫َو ِإ أذ قَا َل ِإ أب َرٲ ِهي ُم ِۡل َ ِبي ِه َوقَ أو ِم ِهۦۤ ِإنَّنِى َب َرآ ٍ۬ء ِم َّما ت َعأ بُدُون‬
‫ط َرنِى فَإِنَّهُ ۥ‬
)٢٨( َ‫) َو َج َعلَ َها َك ِل َم َۢةَ بَاقِيَ ٍ۬ة فِى َع ِق ِب ِهۦ لَ َعلَّ ُه أم يَ أر ِجعُون‬٢٧( ‫ِين‬ ِ ‫سيَہأ د‬ َ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada


bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa
yang kamu sembah; (26) Yang lain dari Tuhan yang menciptakan

8
daku, kerana sesungguhnya Dia tetap memberi hidayat petunjuk
kepadaku. (27) Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu
tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada
tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik). (28) dari
Surah Az-Zukhruf.

Dan dalil bagi kewajipan solat dan zakat pula ialah:

َّ ْ‫صلَ ٰوة َ َويُ أؤتُوا‬


َ ۚ‫ٱلز َك ٰوة‬ َّ ‫صينَ لَهُ ٱلدِينَ ُحنَفَا ٓ َء َويُ ِقي ُمواْ ٱل‬ َ َّ ْ‫َو َما ٓ أ ُ ِم ُر ٓواْ ِإ ََّل ِل َيعأ بُدُوا‬
ِ ‫ٱَّلل ُم أخ ِل‬
‫ِين أٱلقَ ِي َم ِة‬
ُ ‫َو َذٲ ِل َك د‬

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya


menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,
lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah
agama yang benar. (Al-Bayyinah: 5)

Ayat di atas bermula dengan kewajipan untuk mentauhidkan Allah


subhanahu wa ta’ala dan membebaskan diri daripada kesyirikan
kerana: sebesar-besar perkara yang disuruh oleh Allah adalah
Tauhid, dan sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah
adalah Syirik, dan Allah juga mewajipkan kita untuk mendirikan
solat dan membayar zakat. Inilah perkara-perkara yang paling
penting yang dituntut oleh agama dan kemudian barulah perkara-
perkara lain yang dituntut oleh syarak.

9
Dan dalil bagi kewajipan puasa ialah firman Allah:

‫ب َعلَى ٱلَّذِينَ ِمن قَ أب ِلڪ أُم لَعَلَّ ُك أم‬ َ ِ‫ٱلصيَا ُم َك َما ُكت‬ ِ ‫ڪ ُم‬ ُ ‫ب َعلَ أي‬ َ ِ‫يَ ٰـٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُواْ ُكت‬
‫سفَ ٍ۬ر فَ ِعد ٍَّ۬ة ِم أن أَيَّام‬
َ ‫ٲتۚ فَ َمن َكانَ ِمن ُكم َّم ِريضا أ َ أو َعلَ ٰى‬ ٍ۬ ‫) أَي ٍَّ۬اما َّمعأ دُو َد‬١٨٣( َ‫تَتَّقُون‬
‫ع خ أَي ٍ۬را فَ ُه َو خ أَي ٍ۬ر لَّهُ ۚۥ َوأَن‬ َ ‫أُخ ََرۚ َو َع َلى ٱلَّذِينَ يُ ِطيقُونَهُ ۥ فِ أد َي ٍ۬ة‬
ٍ۬ ‫ط َعا ُم ِم أس ِك‬
َ َ ‫ينۖ فَ َمن ت‬
َ ‫ط َّو‬
ُ ‫نز َل فِي ِه أٱلقُ أر َء‬
‫ان‬ ِ ُ ‫ِى أ‬
ٓ ‫ضانَ ٱلَّذ‬ َ ‫) شَہأ ُر َر َم‬١٨٤( َ‫صو ُمواْ خ أَي ٍ۬ر لَّڪ أُمۖ ِإن ُكنت ُ أم ت َعأ لَ ُمون‬ ُ َ‫ت‬
ۗۖ ُ‫صمأ ه‬ُ َ‫شہأ َر فَ ألي‬ ِ َّ‫ُه ٍ۬دى ِللن‬
ِ َ‫اس َوبَيِنَ ٰـ ٍ۬ت ِمنَ أٱل ُه َد ٰى َو أٱلفُ أرق‬
َّ ‫انۚ فَ َمن ش َِہ َد ِمن ُك ُم ٱل‬

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertakwa. (183) (Puasa yang diwajibkan itu
ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu
yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian
wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-
hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan
itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun
demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui. (184) (Masa yang diwajibkan
kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan

10
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa
bulan itu..(Al-Baqarah: 183-185)

Dan dalil bagi kewajipan mengerjakan Haji ialah firman Allah:

ۚ ٍ۬ ‫س ِب‬
‫يَل‬ َ ‫ع ِإلَ أي ِه‬ َ َ ‫ٱست‬
َ ‫طا‬ ِ ‫اس ِح ُّج أٱل َب أي‬
‫ت َم ِن أ‬ ِ َّ‫َّلل َعلَى ٱلن‬
ِ َّ ِ ‫َو‬

Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan


mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai
kepadanya.. (Aali-‘Imraan: 97)

Rukun-rukun Iman ada enam iaitu:

Beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman


kepada Kitab-kitab, beriman kepada Rasul-rasul, beriman
dengan Hari Akhirat dan beriman dengan Qadar yang baik
mahupun yang tidak baik.

Dalilnya seperti yang diriwayatkan di dalam hadith sahih daripada


Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu:

‫ واليوم‬، ‫ ورسله‬، ‫ وكتبه‬، ‫ ومَلئكته‬، ‫ أن تؤمن باهلل‬:‫ قال‬,‫فأخبرني عن اۡليمان‬


...‫ وتؤمن بالقدر خيره وشره‬,‫اآلخر‬

Maka beritahulah kepadaku tentang Iman, maka Rasulullah


sallallaahu alaihi wasallam bersabda: Beriman kepada Allah, dan
MalaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya, dan Hari

11
Akhirat, dan beriman kepada takdir baik dan buruk. (Hadith sahih
riwayat Muslim, hadith no. 8)

Soalan 6:

Dan sekiranya ditanyakan kepadamu, siapakah Nabimu?

Jawapan:

Maka katakanlah, Nabi kami adalah Muhammad bin Abdullah bin


Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdu Manaf.

Allah subhanahu wa ta’ala telah memilih Baginda sallallaahu alaihi


wasallam daripada kaum Quraish, dan kaum Quraish adalah
golongan yang terpilih dan terbaik daripada keturunan Nabi Ismail
alaihis salam, dan baginda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam
diutuskan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, dan
diturunkan kepadanya Kitab dan Hikmah (Sunnah) supaya
baginda menyeru manusia ke arah mengikhlaskan ibadah hanya
kepada Allah dan menjauhi peribadatan kepada selain Allah
seperti berhala-berhala, batu-batan, pokok-pokok, sembahan
kepada Nabi-nabi, sembahan kepada orang-orang soleh,
sembahan kepada Malaikat dan selainnya.

Dan Baginda sallallaahu alaihi wasallam menyeru manusia ke arah


meninggalkan syirik dan memerangi mereka sehinggalah mereka
meninggalkan perbuatan syirik tersebut dan kembali kepada
tauhid dan mengikhlaskan ibadah mereka hanya kepada Allah.
Seperti mana firman Allah yang berbunyi:

12
‫َل أ ُ أش ِركُ بِ ِهۦۤ أ َ َح ٍ۬دا‬ ُ ‫قُ أل إِنَّ َما ٓ أ َ أد‬
ٓ َ ‫عواْ َربِى َو‬

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah


beribadat kepada Tuhanku semata-mata dan aku tidak
mempersekutukanNya dengan sesiapapun. (Al-Jinn: 20)

Dan firman Allah:

ٍ۬ ‫ٱَّلل أ َ أعبُ ُد ُم أخ ِل‬


‫صا لَّهُ ۥ دِينِى‬ َ َّ ‫قُ ِل‬
Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan
mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya. (Az-Zumar: 14)

Dan firman Allah:

ُ ‫َل أ ُ أش ِر َك ِب ِهۦۚۤ ِإلَ أي ِه أ َ أد‬


ِ ‫عواْ َو ِإلَ أي ِه َمـَٔا‬
‫ب‬ َ َّ ‫قُ أل ِإنَّ َما ٓ أ ُ ِم أرتُ أ َ أن أ َ أعبُ َد‬
ٓ َ ‫ٱَّلل َو‬

Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya


menyembah Allah dan supaya aku tidak mempersekutukanNya
dengan sesuatu yang lain: KepadaNyalah aku menyeru (manusia
semuanya untuk menyembahNya), dan kepadaNyalah tempat
kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan). (Ar-
Ra’d: 36)

Dan firman Allah lagi:

‫ى إِلَ أي َك َوإِلَى ٱلَّذِينَ ِمن‬ ِ ُ ‫) َولَقَ أد أ‬٦٤( َ‫ٱَّللِ ت َ أأ ُم ُر ٓونِ ٓى أ َ أعبُ ُد أَيُّ َہا أٱل َج ٰـ ِهلُون‬
َ ‫وح‬ َّ ‫قُ أل أَفَغ أَي َر‬
‫أ‬ َ ‫قَ أب ِل َك لَ ِٕٮ أن أ َ أش َر أك‬
‫ٱعبُ أد َو ُكن‬ َ َّ ‫) َب ِل‬٦٥( َ‫ط َّن َع َملُ َك َولَت َ ُكون ََّن ِمنَ ٱل َخ ٰـ ِس ِرين‬
‫ٱَّلل فَ أ‬ َ َ‫ت لَ َي أحب‬
)٦٦( َ‫ش ٰـ ِك ِرين‬ َّ ‫ِمنَ ٱل‬

Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu:


Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah

13
kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah,
hai orang-orang yang jahil? (64) Dan sesungguhnya telah
diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-
nabi yang terdahulu daripadamu: Demi sesungguhnya! jika
engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu
yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu dan engkau
akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. (65) (Janganlah
menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat)
maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata dan
hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur. (Az-
Zumar: 64-66)

Termasuk dalam perkara-perkara asas keimanan yang


menyelamatkan kita daripada kekufuran adalah:

Beriman dengan kebangkitan semula di hari kiamat, dikumpulkan


semula di hari kiamat, beriman dengan pembalasan di hari kiamat,
beriman dengan perhitungan di hari kiamat, dan benarnya syurga
dan benarnya neraka. Firman Allah ta’ala:

‫ارة أ ُ أخ َر ٰى‬
َ َ ‫ِم أن َہا َخلَ أقنَ ٰـ ُك أم َوفِي َہا نُ ِعي ُد ُك أم َو ِم أن َہا نُ أخ ِر ُج ُك أم ت‬
Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan
mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan
mengeluarkan kamu sekali lagi. (Toha: 55)

14
Dan firman Allah lagi:

ْ‫َوإِن ت َعأ َج أب فَعَ َج ٍ۬ب قَ أولُ ُه أم أ َ ِء َذا ُكنَّا ت ُ َرٲبا أ َ ِءنَّا لَ ِفى خ أَل ٍ۬ق َجدِيدۗ أ ُ ْولَ ٰـٓ ِٕٮ َك ٱلَّذِينَ َكفَ ُروا‬
َ‫ارۖ ُه أم ِفي َہا َخ ٰـ ِلدُون‬ ُ ‫ِب َر ِب ِہ أمۖ َوأ ُ ْولَ ٰـٓ ِٕٮ َك أٱۡل َ أغلَ ٰـ ُل ِف ٓى أ َ أعنَا ِق ِه أمۖ َوأ ُ ْولَ ٰـٓ ِٕٮ َك أَصأ َح ٰـ‬
ِ َّ‫ب ٱلن‬
Dan jika engkau merasa hairan (wahai Muhammad), maka
sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu (yang
mengatakan): Adakah apabila kami telah menjadi tanah betulkah
kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru?
Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan
mereka dan merekalah yang dibelenggu dengan belenggu-
belenggu pada leher mereka dan merekalah juga ahli Neraka,
mereka kekal di dalamnya. (Ar-Ra’d: 5)

Ayat tersebut di atas menjadi dalil bahawasanya sesiapa yang


menolak akan kebenaran hari kebangkitan di hari kiamat adalah
kafir dan hukuman ke atas mereka adalah kekal di dalam neraka
selama-lamanya.

Semoga Allah subhanahu wa ta’ala melindungi kita semua


daripada kekufuran dan perbuatan-perbuatan yang akan
menjadikan kita kafir. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan
berkenaan tujuan Nabi sallallahu alaihi wasallam diutuskan iaitu
untuk mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah, dan larangan
daripada melakukan ibadah kepada selain Allah atau menahan
daripada beribadah kepadaNya. Inilah agama milik Allah yang
disampaikan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kepada
manusia, dan Baginda sallallahu alaihi wasallam berjuang
menyampaikan Islam kepada mereka, firman Allah:

15
ِ َّ ِ
ۗۚ ‫َّلل‬ ُ ‫َوقَ ٰـتِلُو ُه أم َحت َّ ٰى ََل ت َ ُكونَ فِ أتن ٍَ۬ة َويَڪُونَ ٱلد‬
‫ِين ڪُلُّهُ ۥ‬

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan


(sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah
semata-mata. (Al-Anfal: 39)

Dan Allah telah pun mengutuskan baginda sallallaahu alaihi


wasallam sebagai Rasul pada usia baginda 40 tahun, dan baginda
sallallaahu alaihi wasallam menyeru manusia kepada tauhid, dan
anjuran supaya meninggalkan peribadatan kepada selain Allah
selama 10 tahun, kemudian baginda sallallaahu alaihi wasallam
diangkat ke langit dan difardhukan ke atas baginda dan umat
Islam solat lima waktu, tanpa ada sebarang perantaraan pun di
antara Nabi sallallahu alaihi wasallam dan Allah ta’ala ketika Nabi
sallallahu alaihi wasallam menerima pensyariatan solat.

Kemudian baginda sallallahu alaihi wasallam diarah oleh Allah


agar berhijrah, lalu baginda sallallaahu alaihi wasallam berhijrah ke
Madinah, kemudian baginda sallallaahu alaihi wasallam
diarahkan untuk melakukan jihad di jalan Allah, dan baginda
sallallaahu alaihi wasallam berjihad dengan sebenar-benar jihad
selama 10 tahun di Madinah sehingga begitu ramai manusia
akhirnya memeluk Islam. Apabila baginda sallallaahu alaihi
wasallam berusia 63 tahun – segala puji hanya bagi Allah – telah
sempurnalah agama Islam yang diturunkan oleh Allah sehingga
tibalah perkhabaran daripada Allah subhanahu wa ta’ala akan
tamatnya tugas dan umur baginda Rasul sallallaahu alaihi
wasallam, selawat dan salam Allah ke atas baginda.

16
Rasul yang paling awal diutuskan untuk berdakwah adalah Nuh
alaihissalam, dan Rasul yang paling akhir adalah Muhammad
sallallaahu alaihi wasallam, sepertimana firma Allah ta’ala:

ٍ۬ ُ‫ِإنَّا ٓ أ َ أو َح أينَا ٓ ِإلَ أي َك َك َما ٓ أ َ أو َح أينَا ٓ ِإلَ ٰى ن‬


ۚ‫وح َوٱلنَّبِيِ ۧـنَ ِم َۢن بَعأ ِد ِهۦ‬

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai


Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu
kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian
daripadanya. (An-Nisaa’: 163)

Dan Allah juga berfirman:

ٍ۬ ‫س‬
‫ول‬ ُ ‫َو َما ُم َح َّمد ِإ ََّل َر‬

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. (Aali-


‘Imraan: 144)

Dan firman Allah lagi:

َّ َ‫ٱَّلل َوخَات َ َم ٱلنَّبِ ِي ۧـ ۗنَ َو َكان‬


‫ٱَّللُ ِب ُك ِل‬ ُ ‫َّما َكانَ ُم َح َّمد أَبَا ٓ أ َ َح ٍ۬د ِمن ِر َجا ِل ُك أم َولَ ٰـ ِكن َّر‬
ِ َّ ‫سو َل‬
‫ش أَىء َع ِل ٍ۬يما‬

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak


angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari
orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan
segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Ahzab: 40)

Dan semulia-mulia Rasul adalah Nabi kita Muhammad sallallaahu


alaihi wasallam, dan semulia-mulia manusia selepas para Nabi
alaihimussalam adalah: Abu Bakr As-Siddiq radhiyallahu anhu,
17
Umar radhiyallahu anhu, Uthman radhiyallahu anhu dan Ali
radhiyallaahu anhu, dan semoga Allah redha ke atas mereka
semua. Dan sebaik-baik generasi adalah generasi para sahabat
yang bersama-sama Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam,
kemudian generasi yang mengikuti mereka (para tabi’in) dan
kemudian generasi yang mengikuti selepas mereka (para tabi’
tabi’in). Dan Nabi Isa alaihissalam akan turun dari langit dan akan
membunuh Dajjal (salah satu tanda, daripada tanda-tanda besar
hari Kiamat).

Dan segala pujian hanyalah untuk Allah tuhan sekelian alam.

Tamat terjemahan risalah berjudul ‘Ta’lim As-Sibyan At-Tauhid’


karangan Shaykhul Islam Al-Imam Al-Mujaddid Muhammad bin
Abdil Wahhab At-Tamimi An-Najdi rahimahullah berpandukan
susunan dan terbitan Qism At-Tahqiq bi Daar Al-Haramain,
Kaherah oleh Abu Najla’ al-Baluqi al-Athari pada 11 Safar 1436.

Ar-raaji ila ‘afwi rabbihi,


Abu Najla’ al-Baluqi al-Athari,
Kuala Lumpur.

18

Anda mungkin juga menyukai