Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN

KEJOHANAN SUKAN
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 22 TAHUN 2013
SMK DATO’ JAAFAR HASSAN
Teks Juruacara:
ACARA SKRIP CATATA
N
Aluan Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1
Malaysia
 Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK DJH
* Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong Kanan
Pentadbiran, SMK DJH
* Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal
Ehwal Murid,
Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
 Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para
pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS


KOMITMEN SEMUA UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN
TREK DAN BALAPAN KALI KE 22 SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DATO’ JAAFAR HASSAN bagi TAHUN
2013.
Perarakan Hadirin yang dihormati,
kontijen
Marilah kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah
sukan yang akan mengambil bahagian dalam KARNIVAL
OLAHRAGA pada kali ini.

(lintas hormat kontinjen)


Lintas (kontinjen dekat dengan VIP)
Hormat Majlis menjemput Yang Dihormati En Mohsin B Ibrahim, PK
Kokurikulum untuk mempersila dan mengiringi Yang berusaha
En Aminudin bin Mustafa, pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’Jaafar Hassan untuk menerima lintas hormat
daripada kontingen-kontingen yang mengambil bahagian.
Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

1. Mendahului perarakan ialah pasukan yang tampil dengan warna


UNGU iaitu kontingen dari rumah LAKSAMANA . Kontigen ini
di bawah bimbingan
_________________________________ dan diketuai oleh
_____________________________________________________
. Dengan motto BETTER STRIVE THAN NEVER, Rumah
Laksamana bertekad untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

2. Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah Panglima yang


mengunakan warna hijau sebagai simbol perjuangan. Kontigen ini
dipimpin oleh
_______________________________________________ dan
diketuai oleh
______________________________________________. Motto
PANGLIMA HEBAT diharap dapat menjadi penguat semangat
Rumah Panglima untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan
kali ini.

3. Seterusnya ialah kontigen dari Rumah Temenggung. Kontigen


ini dibimbing oleh
_________________________________________ dan diketuai
oleh ______________________________________________.
Dengan motto, KUNING MELANGKAH MEGAH, kita percaya
Rumah Temenggung mampu membuat kejutan dalam kejohanan
kali ini.

4. Berikut pula tampil dengan warna merah hati ialah kontigen


dari rumah Syahbandar. Rumah Syahbandar dipimpin
oleh __________________
____________________________________. Kontigen yang
diketuai oleh
_________________________________________________
selaku pembawa bendera ini setia dengan motto BERSAMA
MENUJU KEGEMILANGAN.
5. Merah Berani, itulah kontigen dari rumah Pendekar. Kontigen
ini dibimbing oleh
_________________________________________ dan diketuai
oleh ______________________________________________.
GAGAH BERANI BERJUANG ialah motto kebanggaan Rumah
Pendekar.

6. Kontigen terakhir dalam perbarisan Karnival Olahraga kali ini


ialah kontigen dari Rumah Bendahara yang menggunakan warna
biru sebagai lambang perjuangan. Kontigen ini mendapat
bimbingan daripada
__________________________________________________
dan diketuai oleh
__________________________________________ selaku
pembawa bendera. FIKIRAN POSITIF TERAS KEJAYAAN
ialah motto kontigen yang diharap akan membawa tuah kepada
Rumah Bendahara pada tahun ini.

Ikrar Selepas semua masuk padang


Kejohana
n Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis mempersilakan
Saudara______________________________ untuk mengetuai
lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan

Terima kasih saudara


_____________________________________________.
Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan
sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini.

Ucapan Hadirin yang dihormati.


Perasmian Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan
perasmian. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang
Dihormati Encik Mohsin Bin Ibrahim, PK Kokurikulum untuk
mempersila dan mengiringi Yang Berusaha En Aminudin bin
Mustafa Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar
Hassan untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan Kejohanan
Trek dan Balapan kali ke 22. Dengan segala hormatnya
dipersilakan……

(selepas selesai ucapan….)

Sekali lagi majlis mempersilakan Yang dihormati Encik Mohsin


Bin Ibrahim, untuk mengiringi Yang Berusaha En Aminudin bin
Mustafa untuk diperkenalkan kepada kontigen-kontigen yang
mengambil bahagian. Dipersilakan

(bertemu dengan kontigen)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Encik En Aminudin bin Mustafa atas kesudian
menyampaikan ucapan dan berkenalan dengan kontigen-
kontigen yang mengambil bahagian dalam karnival olahraga
kali ini.

Perarakan Hadirin yang dihormati,


Keluar
Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Trek dan
Balapan SMK DJH pada tahun ini. Terima kasih kepada semua
pihak yang telah menjayakan majlis perasmian kejohanan ini.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil
bahagian untuk bergerak keluar meninggalkan arena.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas


di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan
dimulakan sebentar saja lagi.

ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk


Buku Aturcara)

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,


Sebentar lagi akan berlangsung acara ………………………. Peserta-peserta
yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong yang pertama …………………………

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk


dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara
……………………..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah


…………
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari
rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari
rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/
Cik ………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN


PADANG
SMK DATO’ JAAFAR HASSAN KALI KE 22.

ACARA SKRIP CATATAN


Alu-aluan Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua
kontijen masuk ke padang, dan berada di hadapan
pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan
majlis penutupan kejohanan.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan


salam 1 Malaysia
 Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua
SMK DJH
 Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong
Kanan Pentadbiran, SMK DJH
 Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong
kanan Hal Ehwal Murid,
 Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan
Kokurikulum,
 Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan
para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.
Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua
acara sukan pada kejohanan balapan dan padang tahun
ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan dan
kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

PENYAM- Para pelajar dan hadirin sekalian,


PAIAN HADIAH
& Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya
CENDERAMATA pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
En Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong Kanan
Pentadbiran SMK DJH, dengan diiringi oleh En. Mohsin
bin Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK DJH untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

(JIKA BANYAK KATEGORI – BAHAGI KEPADA


BEBERAPA ORANG PENYAMPAI)

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan


perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada
hari ini.
- tempat ketiga disandang oleh pasukan
Rumah__________.
-Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada
pasukan Rumah________.
-Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan
Rumah___________.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang


Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran
Olahragawati Sekolah ialah ____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara___________________________________________________

-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada


tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini
ialah ____________________.
Beliau telah meraih
pingat__________________________________.
-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan
umumkan secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah
Sukan yang telah bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan


Rumah____________ dengan __________ pingat emas, ______
pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan
Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan


Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat
perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua
Rumah Sukan________________________ untuk menerima
hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan


Balapan dan Padang kali ke 22 jatuh kepada:
Rumah __________________________ dengan __________ pingat
emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa.
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________
untuk menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha, Encik Abdul Jamil B AbdullahTuan Pengetua
atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian,


PERASMIAN Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan dan
PENUTUPAN Padang pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput En Abdul Jamil
Bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK DJH untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
Kejohanan Balapan dan Padang SMK Dato’ Jaafar Hassan Kali ke.22.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali


22 Sekolah Menengah Dato’ Jaafar Hassan tahun 2013
.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang
berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus
asa.

YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA TOK PAQ


BOLEH....INSYAALLAH!!
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA
WABARAKATUH.

Anda mungkin juga menyukai