Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN

DIALOG PELAKSANAAN INTERVENSI (DPI)


PROGRAM LINUS2.0

1.PENGENALAN
Program LINUS2.0 merupakan satu program yang dirancang di bawah Bidang
Keberhasilan Utama (NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia yang mensasarkan
semua murid menguasai asas Literasi Bahasa Melayu (LBM), Literasi Bahasa
Inggeris (LBI) dan Numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahap 1 kecuali murid-
murid berkeperluan khas (MBK).

Berdasarkan keputusan Saringan 1 dan 2, masih terdapat sekolah yang tidak


mencapai KPI. Sehubungan itu, Dialog Pelaksanaan Intervensi (DPI) dirancang dan
dilaksana untuk memberi bimbingan serta membantu sekolah merancang pelan
intervensi untuk meningkatkan penguasaan dan mencapai KPI yang telah
ditetapkan.

PPD melaksanakan DPI bersama-sama Guru Besar dan pegawai FasiLINUS. DPI
bertujuan untuk mengenal pasti isu dan memberi bimbingan berfokus bagi
membantu sekolah membuat penambahbaikkan dalam meningkatkan prestasi PPD
dan sekolah dalam Program LINUS2.0.

2. OBJEKTIF
a. Memastikan guru besar bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan
intervensi yang berkesan dilakukan oleh pihak sekolah.
b. Mengenal pasti isu dan mencadangkan tindakan penyelesaian.
c. Memastikan pelaksanaan tindakan penambahbaikan dilaksanakan dan
dilaporkan.

4. SASARAN
Sekolah-sekolah yang tidak mencapai KPI. Pemilihan sekolah diputuskan oleh
pegawai FasiLINUS dan PPD.

1
5. PELAKSANAAN
DPI dilaksanakan dua kali setahun yang dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah. DPI dihadiri oleh pegawai akademik di JPN, PPD, Guru Besar dan
diurusetiakan oleh pegawai FasiLINUS.

5.1 Pelaksanaan DPI 1


a. DPI 1 dilaksanakan pada Januari sehingga Februari setiap tahun.
b. Pihak JPNPP, PPD dan pegawai FasiLINUS mengenalpasti sekolah-
sekolah berdasarkan pencapaian Saringan 2 tahun sebelumnya.
c. Guru Besar melaporkan pencapaian saringan dan pelan intervensi
menggunakan format pelaporan yang telah disediakan.
d. Pegawai Pendidikan Daerah mempengerusikan DPI 1.
e. PPD membentangkan rumusan penutup DPI 1.
f. Sekolah mengambil tindakan dan intervensi berdasarkan keputusan DPI 1.
g. PPD dan Pegawai FasiLINUS melaksanakan tindak susul dua minggu
selepas DPI 1.

5.2 Pelaksanaan DPI 2


a. DPI 2 dilaksanakan pada bulan Jun sehingga Julai setiap tahun.
b. Pihak JPNPP, PPD dan pegawai FasiLINUS mengenalpasti sekolah-
sekolah berdasarkan hasil dapatan DPI 1 dan pencapaian Saringan 1
Tahun 3.
c. Guru Besar melaporkan pencapaian saringan dan pelan intervensi
menggunakan format pelaporan yang telah disediakan.
d. Pegawai Pendidikan Daerah mempengerusikan DPI 2.
e. PPD membentangkan rumusan penutup DPI 2.
f. Sekolah mengambil tindakan dan intervensi berdasarkan keputusan DPI 2.
g. PPD dan Pegawai FasiLINUS melaksanakan tindak susul dua minggu
selepas DPI 2.

RUMUSAN
DPI merupakan satu platform bagi membantu sekolah meningkatkan penguasaan
asas literasi dan numerasi. PPD dan Guru Besar boleh mengenalpasti intervensi
yang berimpak tinggi untuk mencapai objektif Program LINUS2.0.
2

Anda mungkin juga menyukai