Anda di halaman 1dari 5

UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

BALAPAN DAN PADANG SK BATU KAPOR

2018
o Undang-undang kejohanan adalah berdasarkan peraturan sebenar Buku
Peraturan Olahraga Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2012-
2018 dan juga peraturan Am MSSS dan MSSM yang difikirkan sesuai.
o Ketika menyertai acara, semua peserta diberi kelonggaran untuk
memakai ataupun tidak memakai sebarang pelapik kaki.
o Bagi peserta yang berkasut, tidak dibenarkan mengenakan sebarang alatan
tambahan kepada kasut yang sehingga boleh menebalkan permukaan kasut
seterusnya memberi
kelebihan kepada peserta.
o Setiap rumah sukan hanya DIBENARKAN menghantar 4 orang wakil bagi
setiap acara individu bagi setiap kategori.
o Setiap rumah sukan juga DIBENARKAN menghantar 2 wakil berkumpulan
bagi acara berkumpulan bagi setiap kategori KECUALI acara sukaneka
o Semua acara HANYA terbuka kepada pelajar-pelajar SK Batu Kapor
sahaja.
o Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai secara maksimum 4 acara
individu dan 3 acara berpasukan. Jika terdapat peserta yang menyertai lebih
daripada itu, penyertaannya akan DIBATALKAN serta-merta.
o Bagi peserta yang gagal berada di kawasan panggilan 10 minit sebelum acara
bermula, penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
o Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan melalui borang bantahan dan
sebarang bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.

Acara Balapan

i) Acara (4 x 50 m)
Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan
menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan
fault start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru
sekali melakukan fault start.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat
larian.
Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan
lariannya.
ii) Acara (50 m)

Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan

menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian.
 Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan
lariannya.

iii) Acara (75 m)

Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan

menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian.
Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan
lariannya.

iv) Acara (100 m)

v) Acara (200 m)

vi) Acara (4 x 100 m)

Berlari dalam lorong masing-masing walaupun selepas membuat
pertukaran baton.
Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton.
Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat
tidak mengganggu peserta di lorong yang lain.
Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton
yang dijatuhkan.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali
melakukan fault start.

vi) Acara (4 x 200 m)

Pelari pertama dan kedua akan berlari dalam lorong sendiri,
manakala pelari ketiga akan memasuki cutting zone iaitu masuk ke
dalam lorong pertama apabila tiba selekoh pertama.
Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton.
Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat
tidak mengganggu peserta di lorong yang lain.
Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton
yang dijatuhkan.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran.
Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan
fault start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru
sekali melakukan fault start.

Acara Padang

i) Acara (Lompat Tinggi)

Lonjakan hanya dilakukan sebelah kaki sahaja.
Ketinggian akan dinaikkan sebanyak 3cm bagi satu kenaikan
Lompatan tidak akan diambil kira apabila:
palang terjatuh apabila lompatan disempurnakan
melalui di kawasan bawah palang
sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan
sebelah hadapan tiang disentuh
gagal melepasi palang tiga kali percubaan berturut-turut.
ukuran permulaan lompat tinggi :

Bil Tahun Lelaki Perempuan

1 EMPAT 0.75 meter 0.65 meter
2 LIMA 0.80 meter 0.70 meter
3 ENAM 0.90 meter 0.70 meter

ii) Acara (Lompat Jauh)

Lompatan akan dikira batal apabila:
mana-mana bahagian tapak kaki melebihi papan lonjak
melonjak dengan menggunakan kedua-dua belah kaki

iii) Acara (Lontar Peluru)

Peluru dilontar dari aras bahu dengan sebelah tangan sahaja.
Peluru juga perlu berada di bawah aras dagu dan melekap pada leher serta
sudut lengan dibuka
Lontaran akan dikira batal apabila :
Peluru yang dilontar mendarat di luar sektor lontaran
Pelontar keluar di bahagian hadapan bulatan selepas melakukan lontaran.
Mana-mana bahagian tubuh badan menyentuh permukaan bumi di hadapan
pengadang sektor selepas melakukan lontaran.

Acara sukaneka

i) Isi air dalam botol

a. Setiap pasukan mempunyai 8 orang peserta mengikut kategori
b. baldi diletakkan sejauh 5 meter dari garis mula dan 5 meter dari botol
c. setiap peserta diwajibkan mengikut giliran untuk mengisi air dalam botol
d. hanya satu perahan sahaja setiap kali peserta mengisi air ke dalam botol
e. botol yang sudah penuh perlulah dibawa ke garisan penamat oleh orang
terakhir
f. pasukan yang melanggar mana-mana peraturan akan dibatalkan penyertaan

ii) Jalan atas papan

a. setiap pasukan mempunyai 8 orang peserta mengikut kategori
b. setiap kumpulan akan disediakan 3 keping papan dan berkedudukan empat -
empat
c. peserta wajib menggunakan ketiga-tiga papan
d. pemenang akan dikira setelah kesemua lapan peserta selesai berjalan atas
papan
e. peserta tidak dibenarkan untuk memijak tanah
f. peserta yang memijak tanah perlukan kembali semula ke kedudukan asal
untuk memulakan kembali

iii) Tarik tali

a. Setiap pasukan mempunyai 8 orang peserta setiap kategori
b. Mata akan dikira apabila pasukan berjaya menarik tali lawan ke garisan
sendiri
c. Dua kemenangan akan menentukan kemenangan mutlak
d. Peserta tidak dibenarkan untuk memakai kasut
Acara perbarisan

a. Setiap pasukan wajib menghantar 30 orang peserta untuk membuat perarakan

masuk serta lintas hormat kepada tetamu vip
b. Markah akan dikira berdasarkan kekemasan, gimik, hiasan dan disiplin

Pungutan Pingat

Semua acara yang dipertandingkan menawarkan pingat EMAS bagi tempat

pertama, pingat PERAK bagi tempat kedua dan pingat GANGSA bagi tempat
ketiga.
Bagi acara berkumpulan, ahli yang mendapat tempat dalam acara tersebut. Semua
ahlinya akan turut menerima pingat.
Jumlah mata yang disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing berdasarkan
pingat yang dimenangi peserta :

Tempat Pingat
1 EMAS
2 PERAK
3 GANGSA

Anda mungkin juga menyukai