Anda di halaman 1dari 2

HAKIKAT SOLAT

Kesedaran dan pemahaman akan hakikat solat yang sebenarnya dan kepentingannya
adalah merupakan faktor utama jika kita hendak mendapat solat yang khusyuk. Apakah itu
solat? Apakah pengertian solat buat anda? Adakah pemahaman anda terhenti pada solat itu
sekadar satu ibadah yang wajib ditunaikan? Di sini saya tidak berhasrat untuk mengolah
mengenai pengertian solat dari sudut fiqh yang telah pun kita pelajari sejak kecil tetapi lebih
kepada menghuraikan apa yang kita faham mengenai hakikat solat dari sudut ruhaninya.

MENGAPA SUKAR MERASAKAN KHUSYUK?

Bagi yang merasa sukar untuk solat dengan khusyuk, dan merasa bahawa Allah berada di satu
tempat yang saaaaaangat jauh dan sukar untuk dihubungi, ketahuilah bahawasanya yang jauh itu
bukan Allah tetapi hati kita yang sudah dihinggap penyakit cintakan dunia.

Untuk dapat merasakan Allah itu dekat, syaratnya ialah mestilah orang itu beriman dengan
sebenar-benarnya, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan
Allah SWT. Jika imannya telah lemah kerana sudah dibahagikan sebahagian besar hatinya
kepada cinta dunia, mustahil ia akan dapat merasakan kedekatan Allah.

Antara sebab mengapa sukar untuk meraih khusyuk di dalam solat adalah kerana
banyaknya maksiat yang telah dilakukan yang melanggari perintah Allah. Apabila banyak
maksiat yang dilakukan dan hati mulai menjadi hitam, maka sukar untuk kita menerima bisikan
nurani dari Allah SWT. Sebaliknya bisikan syaitan yang melalaikan kita pula yang kita dengari.
Hati yang keras membatu akibat terlalu mencintai dunia dan diselubungi kejumudan nafsu
adalah mustahil untuk disirami dan dibasahi dengan siraman Nur hidayah-Nya.

Hanya ada satu sahaja jalan yang tinggal, iaitu jalan pulang menuju kepadaNya dengan
bertaubat. Jika anda melakukan dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu atau berzina,
maka hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan terus perbuatan itu kerana kita tidak tahu
bilakah waktu akan berakhir buat kita. Jika ada melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap
seseorang, maka segeralah mencari kemaafan dan eratkan silaturrahim. Ini kerana, semua dosa
dan kesalahan ini akan menjadi hijab yang menutup dan menghalang perhubungan
spiritual kita dengan Allah. Maka, segeralah kembali kepada Allah jika anda sudah
tersasar dan janganlah berputus asa dari rahmat-Nya.

Allah SWT berfirman:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu
dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Al-Baqarah: 186)
(Baca: Mengapa Hati Mati)

Anda mungkin juga menyukai