Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Pembacaan perlahan merupakan sebuah teknik yang amat penting dalam teknik
membaca. Teknik boleh didefinisikan sebagai cara dan kaedah untuk membuat sesuatu.
Membaca pula boleh didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau
tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Oleh itu, disini dapat
didefinisikan teknik membaca sebagai satu cara atau kaedah untuk memerhatikan isi
sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya. Oleh itu, teknik pembacaan perlahan merupakan salah satu teknik
dalam teknik membaca yang digunakan untuk memahamkan makna kandungannya.
Pembacaan perlahan pula terdapat dua teknik iaitu teknik KWLH dan teknik SQ3R.

1
2.0 ISI PENULISAN

2.1 PEMBACAAN PERLAHAN

Teknik membaca terbahagi kepada dua teknik iaitu pembacaan cepat dan pembacaan
perlahan. Pembacaan perlahan dikenali sebagai pembacaan kritis. Dalam pembacaan
perlahan pula terbahagi kepada dua teknik. Berikut merupakan teknik-teknik
pembacaan perlahan:

a) Teknik K-W-L-H (KNOW, WANT, LEARNED, HOW)

Teknik KWLH adalah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar untuk
meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah
dipelajari oleh mereka. Teknik KWLH ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari
maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan
untuk bacaan ekstensif dan kritis.

Dalam proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh apa yang dibaca dengan
pengetahuan yang sedia ada. Ini bermaksud pelajar mengimput pengetahuan baharu
berdasarkan pengetahuan yang telah sedia ada selepas proses pembacaannya.

Teknik KWLH:

K atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai KNOW merupakan langkah-langkah


untuk mengingat semula apa yang telah diketahui berkaitan topik yang dibincangkan.

W pula, atau boleh dikenali sebagai WANT merupakan langkah-langkah untuk


menentukan apa yang ingin dipelajari daripada topik, tugasan mahupun artikel tersebut.

2
Manakala L pula, iaitu LEARNED adalah menyatakan apa yang dipelajari daripada
bahan yang dibaca. Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh
daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-
murid menjawab soalan yang dibina sendiri. Dengan cara ini, mereka dapat
menyatakan dengan lebih baik lagi mengenai apa yang telah mereka belajar.

Yang terakhir adalah H. H adalah ringkasan bagi perkataan HOW yang mana langkah
ini membawa maksud menyatakan bagaimana pelajar ingin meneruskan penerokaan
berkaitan topik yang dibaca.

Contoh penggunaan teknik K-W-L-H :

Kita telah sedia maklum bahawa madu itu adalah sesuatu yang dihasilkan oleh lebah.
Kita juga maklum bahawa madu itu adalah makanan nabi. Dalam pada ini, kita dapat
lihat penggunaan K dalam teknik KWLH iaitu cuba untuk mengingati apa yang telah kita
sedia ketahui tentang madu. Seterusnya, “apakah khasiat madu sehingga ia disebut
dalam Al Quran?”. Dalam pertanyaan ini, kita dapat lihat penggunaan W dalam teknik
KWLH yang mana bertanyakan soalan tentang khasiat madu agar dapat menentukan
apa yang telah kita pelajari tentang madu. Setelah itu, madu mempunyai bahan mineral
untuk kesihatan dan kecantikan badan. Madu juga digunakan dalam perubatan Islam.
Di sini, kita nyatakan apa yang telah kita pelajari iaitu dengan menggunakan L dalam
teknik KWLH. Yang terakhir sekali, penggunaan H apabila temu bual pengamal madu
dan penerokaan dalam internet dibuat.

Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) adalah sesuatu yang amat
penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat
bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang
diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan
yang perlu dibaca lagi.

3
b) Teknik SQ3R (SURVEY, QUESTION, READ, RECITE, REVIEW)

Teknik SQ3R ini merupakan teknik bacaan kritis yang telah diperkenalkan oleh
Robinson pada tahun 1961. Melalui penggunaan teknik ini, ia dapat merangsang
pembaca untuk menyoal maklumat yang dibaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
secara lebih mendalam dan membuat penerokaan. Teknik SQ3R ini juga membantu
pembaca untuk memahami dan mengingat semula serta mengenal pasti maklumat
yang dibaca.

S –SURVEY

Langkah pertama dalam strategi SQ3R adalah survey, iaitu menyemak teks yang ingin
dibaca. Segala tajuk, pengenalan, setiap perenggan, ringkasan dan penutup disemak
untuk melihat mana satu teks yang sesuai untuk kita baca.

Q – QUESTION

Question, seperti yang kita ketahui membawa maksud soalan mahupun pertanyaan. Q
dalam teknik SQ3R ini membawa maksud menyoal teks yang dibaca supaya pembaca
dapat memahami apa yang dibaca dengan lebih mendalam.

R – READ

Read adalah membaca dan mencatat perkara yang penting dibincangkan dalam teks.

R – RECITE

Recite membawa maksud menyatakan semula dalam bentuk lisan berdasarkan catatan
yang telah dibuat. Tujuannya adalah untuk memastikan pembaca memahami secara
mendalam apa yang dibaca.
4
R – REVIEW

Review membawa maksud membuat gambaran dengan menyatakan semula idea


keseluruhan teks yang dibaca.

5
2.2 HUBUNGKAIT TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN DLAM
KEHIDUPAN SEORANG PELAJAR.

Teknik membaca perlahan adalah sebuah kemahiran untuk mendapatkan


maklumat dengan lebih terperinci lagi. Ini membawa maksud bahawa sekiranya
seorang pelajar mengguna teknik ini, mereka akan boleh mendapatkan sesebuah
maklumat dalam bentuk yang lebih mendalam. Pada kebiasaannya, dalam kehidupan
seseorang pelajar yang menggunakan teknik membaca perlahan, mereka dapat
mengekalkan ilmu dan fakta-fakta yang telah dipelajari dalam jangka masa yang lebih
panjang. Contohnya, semasa seorang pelajar sedang membaca surat khabar, apabila
mereka sedang membaca teks yang memerlukan pengertian yang lebih mendalam dan
pembacaan yang lebih teliti, teknik pembacaan lambat amatlah membantu dalam
pemahaman serta proses mencatat dan mengingati maklumat mereka. Pengajaran
yang terdapat dalam teks itu juga telah dapat disampaikan dan dapat juga masuk dalam
ingatan jangka panjang mereka.

Selain itu, teknik membaca perlahan ini membantu pelajar untuk berfikir ketika
membaca. Apa yang telah lama dipelajari oleh pelajar boleh diingatkan kembali melalui
teknik K-W-L-H. Sebagai contoh, dalam sebuah teks pembacaan, topik “Cara untuk
menyimpan duit.” yang pelajar itu telah baca merupakan sesuatu yang sudah pernah
dipelajari oleh pelajar itu dulu. Seterusnya, pelajar akan bertanya kepada diri mereka
akan cara untuk menyimpan duit. Kemudian, pelajar akan meneruskan pembacaan dan
menyatakan apa yang dipelajari mereka daripada bahan bacaan tersebut. Setelah
habis pembacaan, pelajar akan berfikir bagaimana hendak menyimpan duit semasa
mereka sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana institut. Secara tidak langsung,
melalui pemahaman mendalam yang diperoleh daripada teknik pembacaan perlahan ini,
ia dapat membantu seseorang murid untuk menyimpan duit dan berjimat-cermat
sewaktu pengajian.

6
3.0 KAJIAN RINGKAS TENTANG TEKNIK PEMBACAAN
PERLAHAN.

7
4.0 HASIL DAPATAN

Melalui keratan akhbar ini, kita dapat tengok bahawa membaca itu adalah sebuah
perkara yang dapat memberikan kepuasan kepada diri kita. Pembacaan buku dianggap
sesuatu yang amat baik dan memerlukan masa yang panjang untuk menghabiskannya
dan untuk memahaminya. Di sini kita dapat lihat penggunaan teknik membaca iaitu
teknik pembacaan perlahan. Dalam keratan akhbar ini ada menyatakan tentang
interaksi dengan penulis dan pengamatan terhadap penulisannya dapat dicapai
sekiranya kita mengambil masa untuk membaca secara perlahan dan memahami apa
yang Cuma untuk disampaikan oleh penulis tersebut. Sekiranya kita dapat memahami
apa yang ingin disampaikan oleh penulis, gambaran yang jelas tentang buku tersebut
akan kita dapat dengan menyatakan semula idea keseluruhan buku yang telah dibaca.

8
5.0 REFLEKSI ESEI

Dalam usaha saya menyiapkan esei saya ini, saya telah mempelajari dan
mengkaji pelbagai maklumat dalam teknik pembacaan perlahan. Saya telah mendapat
pendedahan tentang cara pembacaan perlahan dan cara pembacaan ini juga dikenali
sebagai teknik pembacaan kritis. Melalui teknik pembacaan perlahan ini saya dapat
mengetahui tentang teknik-teknik yang berkesan untuk mendapatkan maklumat dalam
sesuatu pembacaan yang dilakukan. Dalam penulisan esei saya, terdapat dua teknik
yang sangat penting dan berguna dalam pembelajaran dan penyerapan ilmu. Ia ialah
teknik K-W-L-H dan teknik SQ3R. Dalam teknik pembacaan perlahan ini saya dapat
meningkatkan teknik-teknik pembacaan saya untuk memperolehi maklumat dengan
lebih berkesan, mendalam dan lebih teliti. Melalui pembacaan perlahan, saya juga
dapat menikmati pembacaan saya dan mendalami apa yang hendak disampaikan oleh
penulis.

9
6.0 REFLEKSI KESELURUHAN

Pertama sekali, saya ingin mengucap jutaan penghargaan kepada setiap insan dan
bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia serta pertolongan-Nya saya
telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Tidak dapat dinafikan
bahawa semasa saya sedang berusaha menyiapkan tugasan ini, saya telah
menghadapi banyak cabaran dan rintangan. Antara cabaran terbesar saya adalah
untuk memahami kehendak soalan. Saya terpaksa mengambil masa dua ke tiga
hari untuk memahami kehendak soalan yang diberikan. Hal ini kerana, subjek ini
merupakan subjek yang baru kepada saya. Hasil daripada perbincangan dengan
pensyarah saya dan juga rakan-rakan saya, akhirnya saya dapat memahaminya dan
telah dapat menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan ini mengajar saya tentang konsep
teknik membaca. Teknik membaca ini boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Teknik seperti ini amat sesuai digunakan oleh saya kerana saya
merupakan pelajar dalam profession perguruan di mana teknik ini adalah sebuah teknik
yang amat penting dan seharusnya dipelajari oleh murid-murid di sekolah saya kelak.
Saya juga memahami akan kepentingan teknik membaca dalam kehidupan seharian
seorang pelajar. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu puan Nazimah bt Ahmad kerana telah memberi taklimat tentang tugasan ini dan
memberitahu kami tentang cara-cara untuk melaksanakan tugasan ini. Hal ini
sedikit sebanyak telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

10
7.0 KESIMPULAN

Amalan membaca sememangnya dapat menyumbangkan pelbagai ilmu yang bervariasi


kepada para pembaca dan ia merangkumi semua aspek ilmu. Membaca amatlah
penting untuk kita mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu
topik. Oleh itu, bukan sahaja pelajar tetapi setiap anggota masyarakat haruslah
mengamalkan sikap rajin membaca tidak kiralah melakukan pembacaan dengan
menggunakan teknik pembacaan cepat ataupun teknik pembacaan perlahan. Sekiranya
seseorang itu melakukan pembacaan, ilmu pengetahuan pasti akan dapat diperoleh.
Maka, semua pihak seharusnya mempunyai bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni supaya dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan
masyarakat. Kempen-kempen kesedaran juga harus dilanjutkan sebagai usaha
memupuk amalam membaca. Ingatlah bahawa membaca jambatan ilmu.

11
BIBLIOGRAFI

Buku :

Khalid Mohamed Noor (2002). Belajar Teknik Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publication
And Distributor Sdn. Bhd.

Mohd Yusof Othman (2000). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Selangor: Aras Mega (M)
Sdn. Bhd.

Internet :

http://fatinfarhanizulkifli.blogspot.my/2013/09/kemahiran-membaca_30.html

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2013/03/teknik-membaca-kwlh.html

https://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/06/24/teknik-membaca-sq3r/

http://www.kajianpustaka.com/2013/04/strategi-belajar-sq3r.html

12

Anda mungkin juga menyukai