Anda di halaman 1dari 1

Baca dialog tersebut dengan sebutan yang jelas.

Auni : Hai, apa khabar Mia?

Mia : Khabar baik. Adakah awak tahu tentang pencemaran

alam sekitar?

Auni : Ya, sudah tentu saya tahu, pencemaran berlaku di

sana sini dan pelbagai jenis pencemaran seperti

udara, air dan bunyi.

Mia : Betul. Justeru, saya ingin mengajak awak menyertai

kempen alam sekitar. Adakah awak setuju dengan

pelawaan saya ini?

Auni : Saya amat berminat dengan pelawaan awak. Walau

bagaimanapun, saya perlu mengetahui aktiviti-aktiviti

yang akan dijalankan dalam kempen tersebut terlebih

dahulu.

Mia : Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan

sepanjang kempen itu. Antaranya ialah gotong

royong, ceramah alam sekitar dan aktiviti menanam

pokok hiasan di sekitar taman.

Auni : Baiklah Auni. Saya bersetuju untuk menyertai kempen

alam sekitar ini.

Mia : Nanti saya akan daftarkan nama awak sebagai

peserta kempen ini. Selamat tinggal, Auni.

Auni : Selamat tinggal.

Anda mungkin juga menyukai