Anda di halaman 1dari 22

ADAB-ADAB MNUNTUT ILMU

10 adab dalam menuntut ilmu - panduan dari Imam al-Ghazali

Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-
Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu.
Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas
pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri
para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di
peringkat pengajian tinggi.

Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang


murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa
yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-
elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan
pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu
bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).
Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat
kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan
manusia.
Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan
yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak
dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan
fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah
dalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-
Ahzab:4).
Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen
yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu.
Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara
sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau
memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak
berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap
oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai
ke ladang.
Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap
golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk
menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru
seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut
bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan
perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong
dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan
alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik
yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang
ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang
budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.
Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu
mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di
kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara
rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru
dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang
mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin
ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan
pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu
perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.
Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu
yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin.
Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang
untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika
faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka
seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya
berdasarkan kemampuannya.
Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara
sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu
mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada
pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai
faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti
seseorang.
Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu
sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini
kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh
yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan
tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman
manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang
ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan
terancang.
Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu
disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu
dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam
kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang
dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada
umat manusia.
Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu.
Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat
riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa
yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut
menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak
boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi
ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat
Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai
oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini
menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-
Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)
Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari
bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu
yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan
pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama
untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di
antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.
Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali
dalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi pedoman yang
berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan
oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar
pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar
kepada umat sejagat.

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/01/10-adab-dalam-menuntut-ilmu-


panduan.html#ixzz2JwCR9cNp
Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan
Ummah
(Buku 5)
Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah

Adab-Adab Menuntut Ilmu Agama

Alhamdulillah, ramai yang bertanya kepada saya apakah adab-adab


untuk menuntut ilmu agama. Ini adalah pertanyaan, atau lebih tepat,
perkembangan yang baik di kalangan umat Islam. Untuk menjawab
persoalan ini, saya menyusun dua risalah yang ringkas, yang pertama
menyentuh adab-adab menuntut ilmu manakala yang kedua adalah
unsur-unsur yang dapat merosakkan ilmu.

Adab # 1: Ikhlas dalam menuntut ilmu.


Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah
keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting
sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran:

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan


kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali
untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan
mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-
Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-
Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].

Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para


ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk
memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa
melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai
lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke
atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].

Justeru orang yang ingin memahami agama perlu membetulkan niat


dan tujuannya. Hendaklah dia melakukannya kerana:
1. Ingin memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai
merealisasikan bahagian pertama syahdah: “La ilaha illallah”.
2. Ingin memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah
sebagai merealisasikan bahagian kedua syahdah: “Wa anna
Muhammad Rasulullah”.
3. Ingin memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan
tuntutan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merupakan salah
satu tuntutan asas agama.
4. Ingin membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya
seperti para orientalis dan para pencipta bid’ah.
Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas,
dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah
yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini
kerana:

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama)


Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian
kamu.”
[Maksud surah Muhammad, ayat 7]

Adab # 2: Positif dan Yakin kepada diri sendiri.


Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk
mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang
ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa
sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah
akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana


memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti


dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku
daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang
yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib
kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila
berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu
atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah
bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan
bersungguh-sungguh.

Adab # 3: Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.


Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam,
maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta
merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap
sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa,
kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya
memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah.
Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa
yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,


maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi),


hadis no: 2699].

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke


kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan
dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan
kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-
buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh
ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu
mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau
perpustakaan peribadi yang tersendiri.

Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah


pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan
perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau
tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia
seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton
televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada
bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar
mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen
kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan
nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang
dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

Adab # 4: Tidak mengenal titik noktah.


Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan
mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah.
Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan
muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata
“Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”.
Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu
agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”


Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah, yang
bermaksud:

Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah


ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas


maksimum, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah
dan bertambah.

Memiliki manhaj yang dinamik dalam rangka memahami agama


setidak-tidaknya memiliki kepentingan dari dua sudut:

Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng,


setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal
Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya
seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang
menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan
menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut
kepada ajaran yang benar.

Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui


beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada
tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia
akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya
sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam
dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan
mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub),
memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang
tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya
maksudkan.

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa


mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap
kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan
mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa
ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama
berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang
mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata
yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

Adab # 5: Mengamalkan ilmu.


Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room
discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan
adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu


memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat
besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan
sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff, ayat 2-3]

Malah ia adalah faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi keras


sehingga tidak dapat lagi menerima apa-apa manfaat daripada ilmu.
Firman Allah:
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang
beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang
diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka
menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab
sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang
lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di
antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” [Maksud surah al-
Hadid, ayat 16]

Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh


Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha
memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu
sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan.
Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman


kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan
hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah


yang Allah kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah
hidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi


mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka
(dorongan) untuk mereka bertaqwa.” [Muhammad, ayat 17] “Dan
Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang
menurut jalan petunjuk.” [Maryam, ayat 76]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan


ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya
al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan
batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya
cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua
firman Allah berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada


Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang
membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta
mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya)
mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada


Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad),
supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari
rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu
berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-
Hadid, ayat 28]
Adab # 6: Berhubung dengan orang yang berhubung dengan
ilmu.
Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang
besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah
mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan


teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak
wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi
pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya
kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya
(minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya.
Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama
ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api)
atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau
besi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].

Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam


hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang
perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang
yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang
sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan
para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan
umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka


hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan
mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah,
hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak
secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka
adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka
hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu
meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling
menasihati.

Adab # 7: Berdoa Kepada Allah.


Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami
agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa
kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah
dan Rasul-Nya. Antaranya:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang


Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.” [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

.‫ب ِّز ْدنِّي ِّع ْل ًما‬


ِّ ‫َر‬

“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

َ ‫َربَّنَا آتِّنَا ِّم ْن لَدُ ْن َك َر ْح َمةً َو َه ِّي ْئ لَنَا ِّم ْن أَ ْم ِّرنَا َر‬
.‫شدًا‬
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu,
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada
kami untuk keselamatan agama kami.”
[al-Kahf, ayat 10]

ً‫َربَّنَا ََل ت ُ ِّز ْغ قُلُوبَنَا بَ ْعدَ ِّإ ْذ َهدَ ْيت َنَا َو َهبْ لَنَا ِّم ْن لَدُ ْن َك َر ْح َمة‬
ُ ‫ت ْال َو َّه‬
.‫اب‬ َ ‫ِّإنَّ َك أ َ ْن‬

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami


sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
[Ali Imran, ayat 8]

‫ت‬
ِّ ‫س َم َاوا‬ ِّ َ‫ب َجب َْرا ِّئي َل َو ِّمي َكا ِّئي َل َو ِّإ ْس َرا ِّفي َل ف‬
َّ ‫اط َر ال‬ َّ ‫اللَّ ُه َّم َر‬
‫ت‬َ ‫ش َهادَةِّ أَ ْن‬َّ ‫ب َوال‬ِّ ‫عا ِّل َم ْالغَ ْي‬
َ ‫ض‬ ِّ ‫َواأل َ ْر‬

ْ ‫ِّك ِّفي َما َكانُوا ِّفي ِّه يَ ْخت َ ِّلفُونَ ا ْه ِّد ِّني ِّل َما‬
َ ‫اخت ُ ِّل‬
‫ف‬ َ ‫ت َ ْح ُك ُم بَيْنَ ِّعبَاد‬
ِّ ‫فِّي ِّه ِّم ْن ْال َح‬
‫ق ِّبإِّ ْذنِّ َك ِّإنَّ َك تَ ْهدِّي َم ْن‬
ِّ ‫تَشَا ُء ِّإلَى‬
.‫ص َراطٍ ُم ْستَ ِّق ٍيم‬

“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan


pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua
yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para
hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan.
Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari
apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi
petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang
lurus.”
[Shahih Muslim, hadis no: 77].

Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian


banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas
bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain
tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami
agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh
merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam
penulisan yang seterusnya insya-Allah.

Adab Menuntut Ilmu


Rab, 02 Mac 2011 20:55 | Salman AL Farisi | Nor Adrenaline
Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya
adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul
Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh
tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al
Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk
membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam.
Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah
sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah,
memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu
berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu

Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang
(berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman
Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang).
Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-
orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan
supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali
kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)."
[At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin
memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam
agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang
dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan
memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu

01.Niat yang ikhlas

Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk
dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT.
Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut
ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada
neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan
dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT,
kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan,
menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku
adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah
Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang.
Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan
mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang
guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas
dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana
hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa
dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu

Imam Syafie pernah berkata:


"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al
Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari

Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari
mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

Abu Hurairah berkata:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan
hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak
menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

05.Rendah diri

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu
daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa
jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab
Talabihi, m/s 222]

07.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air,
mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum
itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam
dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang
baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:

Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab
mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in)
kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama,
seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut
seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka
yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran?
Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran,
as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan
melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh
dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah
erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-
lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab
dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya
memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa
yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah
Rasulullah SAW.

- Artikel iLuvislam.com

Biodata Penulis

Muhammad Salman Al Farisi Bin Muhammad merupakan pelajar Sekolah Menengah Islam Al
Irsyad, Kuantan. Kini, beliau sedang menyambung pelajarannya di Maahad Buuth Islami,
Kaherah, Mesir.

http://cintanota.blogspot.com/
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

Posted by saidi on Saturday, April 21, 2012

Bagi seorang pelajar atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk menuntut ilmu agar ilmu
yang dicari akan memberi manfaat kepadanya di dunia mahupun di akhirat. Di antara adab-adab yang
perlu dimiliki oleh seorang penuntut ialah seperti berikut:

- Niat yang ikhlas kepada Allah swt . Yakni mencari ilmu kerana ia merupakan satu kefardhuan daripada
Allah. Mencari ilmu bukan bertujuan untuk mendapat habuan dunia semata-mata atau untuk berdebat
dengan orang jahil. Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan selain daripada kerana Allah swt
maka telah siap untuknya neraka Allah swt.

- Tekun dan bertawakkal hanya kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sangat suka kepada orang
yang melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia tekun mengerjakannya. kita hendaklah bertawakkal hanya
kepada Allah swt. sahaja dalam segenap hal, lebih-lebih lagi dalam masalah menuntut ilmu . Ini kerana
kita sebagai hamba hanya mampu berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segalanya.

- Menjauhi segala maksiat. Maksiat adalah satu punca daripada punca-punca seseorang pelajar itu
susah untuk menerima, memahami dan mengamalkan sesuatu ilmu. Seorang pelajar perlulah berusaha
semampu yang boleh untuk mengelakkan dirinya daripada sebarang maksiat. Sekiranya ia melakukan
maksiat secara tidak sedar maka segeralah bertaubat kepada Allah swt. Orang yang sempurna bukan
orang yang tidak pernah melakukan maksiat tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila ia
melakukan maksiat ia terus bertaubat kepada Allah swt dengan segera.
- Memilih kawan yang soleh. Kawan memainkan peranan penting bagi orang yang hendak menuntut
ilmu. Kita akan senang terpengaruh dengan akhlak kawan, sekiranya kita memilih kawan yang soleh
mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang soleh juga.

- Banyakkan zikir atau mengingati Allah swt. Kita tidak akan melakukan sesuatu maksiat di saat kita
mengingati Allah swt. Zikir juga akan memberi ketenangan kepada jiwa kita. Apabila jiwa kita tenang
maka segalah masalah akan dapat diselesaikan dengan baik.

- Menghormati diri sendiri dan orang lain. Ramai orang yang boleh menghormati orang lain tetapi tidak
ramai orang yang mampu menghormati diri sendiri seperti tidak melakukan perkara-perkara yang boleh
merosakkan badan,roh dan akal.

- Doa daripada ibubapa. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang pelajar.
Doa yang tidak akan ditolak oleh Allah swt ada tiga golongan iaitu doa orang yang dizalimi,doa ibubapa
dan doa orang musafir.

- Menghormati guru. Seorang pelajar wajib menghormati gurunya untuk mendapat keberkatan dalam
hidupnya. Gurulah yang berkorban untuk menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan sehingga
dapat memasuki menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang baik.

- Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Allah amat murka kepada mereka yang mempunyai ilmu tetapi
tidak mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon yang tidak berbuah.

MUTIARA KATA UNTUK PELAJAR-PELAJAR


PESANAN LOKMAN Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan
mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti
seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu
untuk mengangkatnya.

Anda mungkin juga menyukai