Anda di halaman 1dari 3

emasa membentuk peraturan bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang guru perlu

beri penekanan. Antaranya ialah:


1. Libatkan pelajar dalam membentuk peraturan di kelas.
Melalui cara ini amalan demokrasiakan dapat diterapkan di dalam kelas. Murid berpeluang
untuk menyatakan pendapat dan buah fikiran di mana pelajar akan berasakan diri
mereka sebahagian daripada bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Peraturan yang
bermakna dan dipersetujui akan membantumembentuk disiplin yang memberangsangkan.

2. Ayat peraturan haruslah pendek dan senang untuk difahami.


Ayat yang ringkas akan memudahkan murid untuk memahami mesej yang disampaikan
dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
3. Hadkan bilangan peraturan kerana peraturan yang terlalu banyak boleh mengelirukan
pelajar.
4. Gunakan istilah yang positif.
Penggunaan istilah yang positif akan lebih merangsangkan pelajar untuk tidak melakukan
kesalahan berbanding penggunaan istilah yang negatif
Elakkan penggunaan perkataan “Jangan..”
5. Guru sentiasa mengingatkan murid tentang peraturan yang mesti dipatuhi semasa
menjalankan sesuatu aktiviti.
Peraturan haruslah dilaksanakan dengan konsisten supaya berkesandan bukan hanya
apabila tingkah laku bermasalah berlaku
6. Gunakan peraturan yang berlainan bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan.
7. Pamerkan peraturan di bilik darjah.
8. Peraturan bilik darjah haruslah selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah
dengannya.
9. Sekiranya peraturan tidak berkesan, guru haruslah membuat penambahbaikkan.
Guru haruslah sentiasa membuat pemantauan dan meneliti peraturan yang dibentuk agar
disiplin pelajar dapat dikawal. Sekiranya peraturan tidak berkesan, guru seharusnya bijak
mengubahsuai peraturan supaya dapat digunakan dengan berkesan untuk kepentingan
bersama.
Rutin
Rutin juga bertujuan untuk melincinkan proses pengajaran dan pembelajaran, sama
seperti peraturan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rutin membawa maksud
pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yang telah menjadi kelaziman dan tidak
berubah. Manakala, menurut buku Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah karya
Haliza Hamzah,Joy Nesamalar Samuel, rutin merupakan prosedur atau langkah-langkah
yang mesti diikuti oleh murid dalam aktviti yang spesifik mereka di dalam bilik darjah.
Rutin ini boleh dibentuk melaluiperbincangan antara guru dan murid dan perlu sentiasa
diberi peneguhan agar prosedur-prosedur yang ditetapkan akan menjadi amalan di dalam
bilik darjah lantas menjadi budaya di sesebuah sekolah. Rutin yangsistematik akan
mewujudkan bilik darjah yang kondusif, semangat kekitaan, menjimatkan masa dan
tenaga guru. Rutin ini selalunya diperkenalkan pada awal tahun dan ini akan memberikan
gambaran kepada murid bagaimana prosedur di dalam kelas berlangsung.
Terdapat enam rutin yang seringkali diaplikasikan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah:
1. Rutin kelas.
Giliran murid bertugas mengikut jadual bertugas.
2. Rutin pentadbiran.
Prosedur guru mencatat kehadiran, pungutun yuran, laporan kemajuan murid, kad 001
murid dan kad kesihatan murid.
Pemulangan buku teks daripada Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3. Rutin pergerakan murid.
Cara murid beratur sebelum masuk atau keluar dari kelas dengan tertib dan teratur.
Perlakuan semasa di kantin, di pusat sumber, di tandas, makmal komputer dan makmal
sains.
4. Rutin pengurusan tugasan.
Guru membuat persediaan terhadap tugasan atau pembelajaran dan pengajaran.
Guru memberitahu hasil pembelajaran yang diharapkan kepada murid.
Guru memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid.
5. Rutin pembelajaran.
Murid memungut buku latihan, mengagih bahan dan buku.
6. Rutin interaksi.
Interaksi antara guru dan murid semasa perbincangan kelas atau kumpulan, membuat ujikaji
dan projek.

Anda mungkin juga menyukai