Anda di halaman 1dari 12

Arahan : ( Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

Setiap soalan mengandungi 4


pilihan, A,B,C dan D. Pilih satu jawapan yang betul. Jawab semua soalan. )

Bahagian A
[40 markah]

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan sebahagian daripada kemahiran proses sains?

A Membuat inferens
B Mentafsir data
C Mengelas
D Merekod keputusan penyiasatan yang difikir munasabah sahaja.

2. Maklumat berikut menunjukkan suatu pemerhatian penyiasatan.

Warna daun bertukar menjadi kuning

Nyatakan deria yang digunakan semasa membuat pemerhatian itu.

A Bau
B Sentuhan
C Penglihatan
D Pendengaran

3. Jadual 1 menunjukkan suhu sebuah bandar dalam empat hari.

Hari 1 2 3 4
Suhu (oC) 27 28 27 26

Apakah corak perubahan suhu dalam empat hari yang dikaji?

A Semakin menurun
B Semakin meningkat
C Meningkat dan kemudian menurun
D Menurun dan kemudian meningkat

1 |U1/SAINS T4/HH
4. Rajah 1 menunjukkan satu Kemahiran Manipulatif Sains.

Apakah kemahiran manipulatif yang ditunjukkan di atas.

A Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan Sains dengan betul.


B Melakar spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan tepat.
C Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
D Membersihkn peralatan Sains dengan betul.

5. Cikgu Hafiz meminta murid-murid Tahun 4 menyukat 50ml air di bilik sains. Antara
berikut, radas manakah yang paling sesuai digunakan?

Tabung uji Mikroskop Silinder Penyukat Kelalang dasar


bulat

6. Rajah 2 berikut menunjukkan situasi-situasi yang berlaku dalam bilik sains.

Jamlan Razak Khairie Nasir

Rajah 2

Murid manakah yang mematuhi peraturan bilik sains?

A Khairie dan Nasir


B Razak dan Khairie
C Nasir dan Jamlan
D Jamlan dan Razak

2 |U1/SAINS T4/HH
7. Mengapakah kamu perlu mematuhi peraturan bilik sains?

A Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.


B Mengelakkan pakaian menjadi kotor.
C Bilik sains sentiasa bersih dan kemas.
D Tidak dimarahi guru.

8. Antara urutan berikut, yang manakah betul bagi laluan udara semasa menarik nafas?

A Peparu Trakea Hidung


B Hidung Trakea Peparu
C Trakea Hidung Peparu
D Peparu Trakea Mulut

9. Antara individu berikut, siapakah yang mempunyai kadar pernafasan yang paling tinggi?

A C

B D

10. Garam yang berlebihan dalam badan manusia disingkirkan melalui proses

A. pernafasan
B. pembiakan
C. perkumuhan
D. pertumbuhan

11. Apakah maksud kadar pernafasan?

A. Bilangan pergerakan dada dalam tempoh tertentu. masa.


B. Jumlah udara yang disedut dalam satu unit
C. Bilangan pergerakan dada semasa berehat.
D. Jumlah udara hembus.

3 |U1/SAINS T4/HH
12. Rajah 3 di bawah menunjukkan satu organ perkumuhan.

Rajah3
Apakah nama organ tersebut?

A. Hempedu
B. Jantung
C. Peparu
D. Ginjal

13. Apakah bahan yang dinyahtinjakan daripada badan manusia?

A. Karbon dioksida
B. Air kencing
C. Peluh
D. Najis

14. Apakah yang berlaku semasa proses menyedut dan menghembus udara?

Menyedut nafas Menghembus nafas


A Dada mengembang dan bergerak Dada mengembang dan bergerak ke
ke atas. atas.
B Dada mengecil dan bergerak ke Dada mengembang dan bergerak ke
bawah. atas.
C Dada mengembang dan bergerak Dada mengecil dan bergerak ke
ke atas. bawah.
D Dada mengecil dan bergerak ke Dada mengecil dan bergerak ke
bawah. bawah.

15. Adam sakit perut selepas makan. Apakah yang perlu dia lakukan untuk menjaga
kesihatan?

A. Bermain badminton
B. Jumpa doktor
C. Menyahtinja
D. Tidur

4 |U1/SAINS T4/HH
16. Apakah akan berlaku jika manusia tidak berkumuh?

A. Bahan buangan akan meningkatkan berat badan kita.


B. Bahan buangan akan membahayakan kesihatan kita.
C. Bahan buangan akan membuat badan kita sihat.
D. Bahan buangan akan membuang masa kita.

17. Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jenis
bahan dengan keupayaan bahan untuk menyerap air. Antara pemboleh ubah berikut,
yang manakah merupakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan.

A. Jenis bahan
B. Saiz bahan
C. Isi padu awal air
D. Isipadu air yang tinggal

18. Rajah 4 menunjukkan reaksi seorang budak perempuan apabila ternampak seekor ular.

Rajah 4

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada reaksi itu?

A Manusia menggunakan tangan mereka untuk melindungi diri daripada bahaya.


B Manusia menjerit apabila berada dalam keadaan bahaya.
C Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
D Manusia takut kepada ular.

19. Rajah 5 menunjukkan gerak balas Aziman apabila dia lalu di kawasan pembuangan
sampah.

Rajah 6

5 |U1/SAINS T4/HH
Apakah deria yang bergerak balas terhadap rangsangan di atas?

A Pendengaran
B Penglihatan
C Sentuh
D Bau

Sekumpulan pelajar di sekolah berlari keluar dari


bangunan apabila terdengar siren kebakaran.

20. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang boleh di buat tentang
kepentingan gerak balas.

A. Untuk melindungi diri mereka daripada bahaya.


B. Untuk mengetahui di mana kejadian itu berlaku.
C. Untuk berkumpul di kawasan lapang.
D. Untuk mengetahui punca kebakaran.

Rajah 1

21. Rajah 1 menunjukkan gambar peralatan sains. Apakah nama peralatan ini ?
A. Tabung uji
B. Kelalang kon
C. Bikar
D. Silinder Penyukat

22. Apakah perkara yang tidak seharusnya dilakukan di dalam bilik Sains ?

A. Makan dan minum di meja uji kaji.


B. Memulakan ujikaji dengan kebenaran guru.
C. Mencuci peralatan sains selepas digunakan.
D. Menyimpan tabung uji di rak yang disediakan.

6 |U1/SAINS T4/HH
23. Antara yang berikut, yang manakah bukan peralatan perlindungan diri semasa
menjalankan ujikaji ?

A. Topi keledar
B. Sarung tangan
C. Kasut bertutup
D. Cermin mata keselamatan

24. Seorang budak sedang menghembus nafas. Antara berikut yang manakah yang betul
mengenai proses menghembus nafas.

A. Dada bergerak ke atas


B. Udara disedut masuk ke dalam badan
C. Sangkar rusuk bergerak ke atas
D. Dada mengecut

25. Graf berikut menunjukkan bilangan haiwan X bagi tahun 2000 hingga tahun 2002.

Bilangan Haiwan X

Tahun
2000 2001 2002

Graf menunjukkan bahawa haiwan X...

A. pupus.
B. bernafas.
C. terancam.
D. membiak.

7 |U1/SAINS T4/HH
26. Di antara aktiviti berikut yang manakah tabiat yang mengganggu proses hidup ?

A. Bersenam
B. Memasak
C. Membaca
D. Merokok

27. Jadual berikut menunjukkan kadar pernafasan Rashid dan tiga orang rakannya sebelum
dan selepas bersenam.

Nama Kadar pernafasan dalam masa satu minit


Sebelum bersenam Selepas bersenam
Amira 22 43
Syariza 19 40
Juliana 20 45
Rashid 24 48

Manakah antara pernyataan berikut yang betul mewakili kadar pernafasan Rashid dan
rakan-rakannya.

A. Kadar pernafasan Rashid adalah yang paling tinggi.


B. Kadar pernafasan Syariza kurang berbanding Amira.
C. Kadar pernafasan Juliana lebih tinggi daripada Rashid.
D. Kadar pernafasan Syariza adalah yang paling rendah.

28. Rajah berikut menunjukkan satu pernyataan tentang manusia.

Manusia tidak boleh kekal hidup untuk selama-lamanya.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?

A Manusia perlu membiak.


B Manusia perlu bertindakbalas terhadap rangsangan.
C Manusia perlu bernafas menggunakan paru-paru.
D Manusia perlu berkumuh dan bernyahtinjaan.

29. Apakah fungsi peparu…

A. Melakukan pertukaran oksigen dan karbon dioksida.


B. Melindungi ginjal dari cedera.
C. Menyerap zat makanan.
D. Mengalirkan darah.

8 |U1/SAINS T4/HH
30. Perkumuhan dimaksudkan sebagai penyingkiran bahan..

A. air kencing dari badan.


B. yang tidak dapat dicernakan.
C. wap air dari badan.
D. yang tidak diperlukan oleh badan.

31. Di antara aktiviti berikut yang manakah tabiat yang mengganggu proses hidup ?

A. Bersenam
B. Memasak
C. Membaca
D. Merokok

32. Apabila Izzah menyentuh gelas yang berisi air panas, dia dengan cepat menarik
tangannya dari gelas tersebut secara automatik. Mengapakah Izzah berbuat demikian?

A. Untuk melindungi dirinya dari tekanan.


B. Untuk melindungi dirinya daripada tercedera.
C. Untuk melindungi dirinya dari kejutan.
D. Untuk melindungi dirinya dari jatuh.

33. Jadual menunjukkan ketinggian anak benih keembung mengikut hari

Bilangan hari Ketinggian (cm)


2 4
4 8
6 12
8 16

Ramalkan ketinggian anak benih keembung pada hari ke- 10.

A. 17 cm
B. 20 cm
C. 22 cm
D. 24 cm

34. Apakah alat yang digunakan untuk menyukat masa dalam bilik sains?

A. Picagari
B. Termometer
C. Jam randik
D. Silinder penyukat

9 |U1/SAINS T4/HH
35. Seekor burung ditinggalkan di dalam sangkar dengan air sahaja. Ramalkan apa yang akan
berlaku kepada burung itu selepas 5 hari.

A. Burung itu kekal hidup.


B. Burung itu akan mati.
C. Burung akan menjadi semakin gemuk.
D. Burung akan menjadi semakin ganas.

36. Baca petikan di bawah

Ramu meletakkan seekor anak tikus di dalam sebuah sangkar.


Keesokan harinya didapati anak tikus itu telah mati. Dia
menganggap bahawa anak tikus mati kerana tidak mendapat air.

Apakah kemahiran proses sains yang terdapat dalam petikan di atas?

I Meramal
II Memerhati
III Membuat inferens
IV Mengukur dan menggunakan nombor

A. I dan II

B. II dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

37. Antara yang berikut, padanan yang manakah betul?


Pemerhatian Deria yang digunakan
A Nasi menjadi basi selepas 2 hari Pendengaran
B Objek terasa panas apabila dipegang Sentuhan
C Mentol bernyala dalam litar yang lengkap Bau
D Radio berbunyi apabila dihidupkan Penglihatan

38. Rajah 5 menunjukkan maklumat yang diberikan oleh guru sains.

Semakin bertambah beban yang digantung pada neraca spring,


Semakin panjang neraca spring.

Apakah kemahiran proses sains yang terdapat dalam maklumat tersebut?

10 |U1/SAINS T4/HH
A. Memerhati
B. Membuat inferens
C. Meramal
D. Membuat hipotesis

39. Rajah 6 menunjukkan sepasu tumbuhan yang telah layu.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan inferens tentang keadaan tumbuhan itu?

A. Tumbuhan itu memerlukan air untuk hidup.


B. Tumbuhan itu akan mati selepas dua hari.
C. Tumbuhan itu layu kerana tidak mendapat air.
D. Tumbuhan itu adalah tumbuhan yang tidak berbunga.

40. Pernyataan di bawah merupakan....

Semakin panjang tali bandul,


Semakin panjang masa yang diambil untuk membuat satu ayunan lengkap.

A. tujuan penyiasatan
B. inferens yang dibuat sebelum menjalankan eksperimen
C. hipotesis yang dinyatakan dalam suatu eksperimen
D. analisis data yang telah dibuat selepas eksperimen

=====================KERTAS SOALAN TAMAT======================

11 |U1/SAINS T4/HH
Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

………………………… ……………………………… …………………………


(Hafiz Bin Hassan) (HAMSIAH BINTI ABDUL AZIZ)
Guru Sains Tahun 4 Ketua Panitia Sains SKSKI

12 |U1/SAINS T4/HH

Anda mungkin juga menyukai