Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A : Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Apakah yang perlu dilakukan sebelum memasang kit model?

A Menyimpan alatan tangan


B Membaca dan memahami manual
C Mencantumkan komponen yang dikeluarkan
D Membuka dahulu komponen yang siap dipasang

2. Antara yang berikut, alat tangan yang manakah tidak sesuai untuk aktiviti
memasang dan membuka kit model?
A Tukul
B Pemutar skru Philip
C Playar muncung tirus
D Pemutar

3. Antara yang berikut, yang manakah komponen yang terdapat pada kit model
kereta?

I Gear
II Gandar
III Sensor
IV Playar

A I, II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II. Ill, dan IV

4. Rajah I menunjukkan satu komponen kit model.

Mengapakah kerangka yang


ditunjukkan dalam Rajah I
merupakan komponen penting
ketika memasang kit model?
A Untuk memegang bateri
B Untuk menyambung wayar kit model
C Untuk membekalkan tenaga kepada kit model
D Dijadikan tempat untuk meletakkan semua komponen

5. Rajah 2 menunjukkan satu komponen kit model.


Antara yang berikut, kit model yang manakah
menggunakan takal dan tali sawat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2?

A Kit model kereta


B Kit model motosikal
C Kit model kereta kabel
D Kit model kereta kebal

6. Gear yang bergerak dan menggerakkan gear yang lain dinamakan


A gear dipacu
B gear gandar
C gear pemacu
D gear bergerak

7. Pilih pernyataan yang benar tentang alat kawalanjauh.


I Digunakan untuk mengawal pergerakan kit model
II Kit model boleh dikawal dari jauh menggunakan alat ini
III Alat kawalan jauh hanya untuk menghidupkan motor
IV Alat kawalan jauh memerlukan bateri untuk berfungsi

A I, II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

8. Rajah 3 menunjukkan sebuah kit model.

Nyatakan sumber tenaga yang digunakan untuk menggerakkan kit model


tersebut.
A Kaca
B Bateri
C Sel solar
D Papan kaca

9. Rajah 4 menunjukkan salah satu aktiviti pemasangan kit model.

Berdasarkan Rajah 4, apakah aktiviti yang sedang dilakukan?

A Memasang suis
B Memasang gear
C Memasang kerangka
D Memasang roda dan gandar

10. Mengapakah penyambungan wayar pada komponen kit model perlu dilakukan
dengan betul?

A Supaya kit model lebih kukuh


B Supaya kit model mudah dikawal
C Supaya alat kawalan jauh boleh berfungsi
D Supaya kit model boleh berfungsi dengan sempurna

11. Apakah yang perlu kamu lakukan jika terdapat kesilapan ketika memasang
komponen kit model?

A Buka kerangka kit model


B Semak dan rujuk semula manual
C Buka semua komponen yang telah dipasang
D Keluarkan komponen dan ganti dengan yang baharu

12. Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan selepas menjalankan
aktiviti memasang kit model kecuali ..

A simpan kit model ke dalam almari


B membuka semula komponen kit model untuk disimpan
C masukkan komponen yang telah lengkap ke dalam kotak penyimpanan
D letakkan semua komponen kit model di atas meja untuk disimpan oleh guru
13. Apakah sistem pergerakan kit model yang menggunakan tenaga elektrik?

A Elektrik
B Elektronik
C Mekanikal
D Elektromekanikal

14. Berikut adalah langkah untuk menguji kit model kecuali

A memasang bateri
B menghidupkan suis
C menggunakan alat kawalan
D meletakkan kit model dalam kotak

15. Pilih pernyataan yang betul tentang cara menyimpan kit model.

A Masukkan kit model ke dalam almari sebelum dimasukkan ke dalam kotak


B Pasang bateri ke dalam pemegang bateri sebelum menyimpan kit model
C Masukkan kit model ke dalam kotak sebelum dimasukkan ke dalam almari
D Simpan kit model ke dalam stor penyimpanan supaya tidak boleh diambil
semula

BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF

1. Tuliskan nama alatan di bawah di ruang yang disediakan.


2. Isikan tempat kosong berpandukan rajah di bawah.

3. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


4. Nyata
k an tiga
perkara yang perlu kamu

lakukan jika kit model yang dipasang tidak berfungsi.

a) ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

b) ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

c) ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai