Anda di halaman 1dari 11

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 5

NAMA : _________________________________ KELAS : ____________

BAHAGIAN A ( 60 markah )

Bulatkan jawapan yang betul

1. Apakah fungsi bateri dalam kit model ?


A. Menggerakkan takal.
B. Memindahkan tenaga putaran ke syaf yang lain.
C. Menggerakan gear supaya berputar.
D. Membekalkan tenaga.

2. Apakah maksud litar skematik ?


A. Sambungan satu komponen dengan komponen yang lain dengan
menggunakan wayar.
B. Sambungan alatan tangan dengan alatan yang lain menggunakan wayar.
C. Litar yang menggunakan bentuk sebenar komponen elektronik.
D. Litar yang menggunakan simbol.

3. Antara alatan tangan berikut , yang manakah digunakan untuk memotong


kepingan logam ?
A. Gunting Logam. C. Kikir Parut.
B. Pisau Boleh Laras. D. Playar muncung tirus.

4. Mengapakah sarung tangan perlu digunakan semasa melakukan kerja logam ?


A. Mengelakkan tangan menjadi kasar.
B. Mengelakkan tangan menjadi kotor.
C. Mengelakkan tangan daripada luka.
D. Mengelakkan cap jari melekat pada tangan.
5. Apakah nama alatan tangan yang digunakan dalam kerja-kerja pemasangan di
bawah ?

A. Kunci Allen. C. Playar Muncung Tirus.


B. Pemutar Skru Philip. D. Pemutar Skru Mata Rata.

6. Manakah antara komponen berikut berfungsi untuk menggerakkan gear ?


A. C.

B. D.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan penyelenggaraan alatan ?


A. Menjaga dan mengurus alatan.
B. Menyusun atur alatan di tempat yang sesuai.
C. Mengemas alatan selepas digunakan.
D. Menyimpan alatan dengan betul.

8. Apakah bahan yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu ?


A. Kikir rata. C. Kertas Las.
B. Kikir Parut. D. Pengikir.

9. Manakah antara bahan guna semula berasaskan logam berikut mudah diperoleh
untuk membuat projek ?
A. Zink. C. Keluli.
B. Tembaga. D. Aluminium.
10. Manakah antara alatan-alatan berikut tidak berkaitan dalam kerja-kerja
mengukur dan menanda ?

A. C.

B. D.

Komponen ini berfungsi untuk mengukuhkan keseluruhan kit model.


Komponen ini juga menjadi tapak untuk motor, gear, gandar dan pemegang
bateri.

11. Pernyataan di atas merujuk kepada komponen _________________


A. Sensor. C. Kerangka.
B. Gegancu. D. Tali Sawat dan Takal.

12. Rajah menunjukkan carta alir proses membina projek

Apakah proses X dalam rajah ?

A. Membuat kemasan.
B. Membuat penyelenggaraan.
C. Membuat lakaran.
D. Membuat kerja penyimpanan.
Soalan 13 dan 14 berdasarkan rajah di bawah

13. Apakah dua alatan tangan yang digunakan dalam kerja seperti gambar di
atas ?A. Gergaji puting dan apit-G.
B. Gergaji tangan dan ragum meja.
C. Gergaji puting dan ragum meja.
D. Gergaji tangan dan apit-G.
14. Apakah proses yang ditunjukkan seperti gambar di atas ?
A. Menanda. C. Memasang.
B. Memotong. D. Membuat kemasan.

15. Manakah antara cogan kata berikut yang perlu diamalkan sepanjang masa
semasa menjalankan kerja-kerja menyiapkan projek reka cipta ?
A. Utamakan Keselamatan.
B. Sila Beratur Sebelum Memasuki Bengkel.
C. Tutup Suis Kipas Dan Lampu Apabila Tidak Digunakan.
D. Sila Jaga Kebersihan Bengkel.

16. Susun semula cara menguji kit model kereta kawalan jauh dengan betul di
bawah.
I. Tolakkan suis pada kereta pada tanda ON.
II. Perhatikan arah pergerakan kit model kereta.
III. Masukkan bateri pada pemegang bateri kereta.
IV. Gerakkan tombol pelaras pada alat kawalan jauh yang telah dimasukkan
bateri.
A. I - II - III - IV C. I - IV - III - II
B. III - I - II - IV D. III - I - IV - II

17. Manakah antara berikut bahan pengikat dan pencantum yang boleh
ditanggalkan semula ?
A. Paku panel. C. Glu sentuh.
B. Skru philip. D. Paku kepala rata.
Soalan 18 berdasarkan pernyataan di bawah.
Samadeswary telah menguji kit model kereta kawalan jauh yang baru dibelinya.
Semua kerja pemasangan telah diikuti olehnya dengan merujuk manual. Namun
begitu , dia dapati kit model kereta kawalan jauhnya tidak berfungsi

18. Apakah kemungkinan yang menyebabkan kit model kereta tersebut tidak
berfungsi ?
A. Motor rosak.
B. Gear tidak mencukupi.
C. Roda dan gandar tidak dipasang dengan betul.
D. Bateri yang digunakannya adalah bateri lama dan kekurangan kuasa.

Haritas Sivam menggunakan sejenis alatan tangan untuk mencengkam dan memegang
komponen gear yang kecil.
Apakah nama alatan tangan yang digunakan oleh Haritas Sivam ? ?
A. Playar Muncung Tirus. C. Pemutar Skru mata rata.
B. Sepana hujung terbuka. D. Pemutar skru mata Philip.

Soalan 20 berdasarkan pernyataan di bawah.

Sesiku L
Pensel tukang kayu
Pembaris keluli
Pita ukur

20. Pernyataan di atas merujuk kepada kerja-kerja ____________ dalam


penghasilan projek
A. mengukur. C. menanda.
B. memotong. D. mengukur dan menanda.

21. Apakah alatan tangan yang sesuai digunakan bagi memotong papan lapis ?
A. Gunting. C. Gergaji puting.
B. Ragum meja. D. Kikir parut.

22. Apakah fungsi alat kawalan jauh ?


A. Mengukuhkan kit model.
B. Mengawak pergerakan kit model.
C. Menggerakan gear.
D. Membekalkan tenaga elektrik pada kit model.
23. Apakah aktiviti yang sedang dilakukan seperti dalam gambar rajah di atas ?
A. Menyiram sayur. C. Membuat sayur.
B. Menanam sayur. D. Membaja sayur.

24. Haiwan perosak seperti gambar di bawah akan menyebabkan ?

A. kerosakan akar. C. kerosakan biji benih.


B. kerosakan daun. D. kerosakan buah.

25. Apakah fungsi alatan di atas ?


A. Menggali lubang. C. Menggemburkan medium.
B. Menanam biji benih D. Mengangkat rumpai.

Soalan 26 berdasarkan pernyataan di bawah.

Roslan ingin memotong papan lapis. Dia kemudiannya mengapit papan lapis
tersebut dengan apit-G sebelum memotong. Selesai sahaja kerja memotong,
dia dapati permukaan papan lapis tersebut rosak terkena rahang apit-G.

26. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Roslan sehingga menyebabkan


permukaan papan lapis tersebut rosak ?
A. Tidak memotong dengan betul.
B. Tidak mengikat apit-G dengan sempurna.
C. Tidak melapik papan lapis dengan reja kayu.
D. Tidak menggunakan alatan tangan yang betul.
27. Apakah bahan bukan logam yang dihasilkan daripada habuk kayu yang
dimampatkan ?
A. MDF. C. Paip PVC.
B. Kayu. D. Papan Lapis.

Soalan 28 berdasarkan rajah di bawah

28. Alatan di atas diperolehi di dalam kotak kit model kereta. Manakah antara
berikut bahan pengikat dan pencantum yang akan digunakan untuk memasang
kit model kereta tersebut ?
A. C.

B. D.

29. Alatan yang manakah paling sesuai digunakan untuk mengukur tinggi
almari
A.? Sesiku L . C. Pita pengukur.
B. Pembaris keluli. D. Jangka lukis.

Komponen ini berfungsi untuk meninggikan arus dan voltan


Boleh bertindak seperti suis

30. Apakah nama komponen tersebut ?


A. Kapasitor . C. Transistor.
B. Buzzer piezo. D. Suis mikro.
BAHAGIAN B ( 40 markah )

1. Padankan komponen berikut .

a.
Alat Kawalan jauh

b. Tali Sawat dan Takal

c. Motor dan Gear

d. Gegancu dan rantai

( 8 markah )
2. Tuliskan nama komponen di bawah ini . Kemudian tuliskan fungsinya
yang betul.

Menguatkan arus voltan dan kuasa.


Menukar arus elektrik kepada gelombang bunyi
Memancarkan cahaya apabila arus mengalir
Menghadkan aliran arus pada litar
Menyimpan dan membuang cas elektrik
Menyambung dan memutuskan arus elektrik

Nama : Nama :
Fungsi : Fungsi :

Nama : Nama :
Fungsi : Fungsi :

Nama : Nama :
Fungsi : Fungsi :

( 12 markah )
3. Padankan fungsi alatan berikut dengan gambar yang betul.

a.
Mencengkam , memegang
dan membentuk benda
kerja.

b. Menggunting kepingan
logam yang nipis.

Menanda dan membuat


c. garisan pada permukaan
kepingan logam.

d. Mengapit benda kerja kayu

e. Mengetuk hulu pahat.

( 10 markah )
4. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

alat kawalan jauh elektromekanikal Papan litar

kinetik kerangka motor

( a ) Motor akan menukarkan tenaga elektrik ke tenaga _____________ apabila


mendapat bekalan tenaga elektrik daripada bateri.

( b ) Contoh sistem elektronik pada kit model kereta kawalan jauh ialah
_______________ yang dipasangkan pada kit model kereta dan berfungsi untuk
mengawal pergerakan kereta.

( c ) Semua komponen lain seperti gear, pemegang bateri, motor, suis dipasangkan
pada _____________ . Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan kit model.

( d ) Sistem _______________ ialah gabungan system yang terdapat


daripada komponen mekanikal dan system elektrik dan elektronik.

( e ) Semasa menguji komponen kit model , ____________________ digunakan


untuk menguji arah pergerakan kit model.

( 10 markah )

Anda mungkin juga menyukai