Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MAY 2012

HBSC 4103

TEACHING SCIENCE FOR UPPER SECONDARY III

NO. MATRIKULASI : 800102016261002


NO. KAD PENGNEALAN : 800102016261
NO. TELEFON : 017-6659170
E-MEL : razali.oum@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MELAKA CENTRE


HBSC4103

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Syukur Alhamdulillah,
saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan rahimnya yang telah
memberikan kekuatan fizikal dan mental untuk menjalankan dan menyempurnakan kajian
ini mengikut format dan tempoh yang telah ditetapkan.

Penghargaan ini saya tujukan kepada tutor Encik Mohd. Fairuz B. Md. Jani selaku
tutor HBSC4103 yang telah banyak member tunjuk ajar serta dorongan dalam menyiapkan
tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang telah bersama-sama membantu dari segi sokongan moral, idea-idea dan juga galakkan
yang diberikan sehingga tugasan ini berjaya disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga buat keluarga , serta sesiapa sahaja yang terlibat
sepanjang usaha dalam menyediakkan serta menyiapkan kajian ini, kerana memahami
dan memberikan ruang waktu yang secukupnya buat saya menjalankan dan menyiapkan
kajian ini dengan jayanya. Segala usaha dan kerjasama dari semua pihak saya dahulukan
dengan ribuan terima kasih hanya Allah dapat membalasnya.

2
HBSC4103
Pengenalan

Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif kepada
kita dan berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sains telah membawa
kebahagiaan kepada manusia. Sesungguhnya banyak faedah yang telah kita nikmati hasil
daripada kemajuan sains dan teknologi. Justeru itu tidak hairanlah jika sesebuah negara
menyumbangkan belanja yang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi
mewujudkan sebuah negara yang disegani. Fenomena ini membuktikan bahawa kemajuan
sains lebih banyak mendatangkan kesan positif daripada kesan negatif. Walaupun tidak
dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan
dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia mampu memenuhi kekurangan dari segi
kebendaan. Bidang penyelidikan dan pembangunan akan hanya mencapai tahap yang tinggi
melalui penerokaan dalam sains dan teknologi.Kepakaran yang tinggi akan membolehkan
lebih banyak kajian dan penyelidikan sainstifik dijalankan serta dapat membantu
menghasilkan produk-produk prototaip dalam pelbagai bidang sosial dan ekonomi.

Kebaikan sains dan teknologi

Khususnya dalam sektor pertanian, negara akan mengalami kemajuan yang besar
sekiranya menggunakan sains dan teknologi yang canggih. Melalui kepakaran dalam
bioteknologi, teknik dan teknologi pertanian akan mengalami transformasi. Teknik-teknik
moden yang efektif dalam bidang penanaman, penternakan dan penuaian akan membantu
meningkatkan produktiviti.Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan baka,
benih dan racun bagi memajukan sektor pertanian.Pertanian yang berorientasi intensif
teknologi bukan sahaja meningkatkan kualiti makanan tetapi juga menjamin kelangsungan
makanan. Lantarannya, usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan dapat
membantu memelihara ekologi tanaman yang akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Bioteknologi adalah gabungan antara dua perkataan iaitu biologi dan teknologi .
Maksud biologi ialah ilmu hayat atau benda-benda hidup .Teknologi pula bermaksud
pengetahuan mengenai semua ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan

3
HBSC4103
yang mempunyai nilai ekonomi . Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang
dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian , perubatan dan kualiti alam
sekitar .Terdapat pelbagai kepentingan bioteknologi kepada manusia,diantaranya dalam
bidang pertanian. Melalui bioteknologi kualiti dan kuantiti hasil pertanian dapat
ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan para petani moden pada masa
kini. Jesteru itu, taraf hidup manusia akan dapat ditingkatkan. Contoh bioteknologi
pertanian adalah penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. Selain itu,
bioteknologi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan kandungan protein dan vitamin
dalam produk pertanian. Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia
seterusnya dapat menjadikan manusia lebih sihat dan lebih tahan terhadap serangan
penyakit.

Perkembangan sains dan teknologi dengan pesatnya telah mendatangkan pelbagai


kebaikan terhadap peningkatan taraf hidup manusia seperti penciptaan teknologi laser.
Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang penting dalam bidang
komunikasi dan perindustrian. Kini, teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang
telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber. Jalur laser yang lebih luas
membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat
serta meminimumkan risiko kehilangan data. Selain itu,bidang perindustrian turut
berkembang maju dengan kemunculan penggunaan laser. Laser merupakan alat pemecah
dan pemotong yang termoden. Laser dapat memotong batu permata,intan,kaca,malah
kepingan logam tanpa mengeluarkan haba,bunyi dan sisa kotoran.

Oleh demikian, dapatlah kita memutuskan bahawa teknologi laser mampu


meningkatkan taraf hidup manusia dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil
industri serta mencetuskan perkembangan dalam bidang komunikasi dan perindustrian. Jika
bidang perindustrian ini semakin maju, lebih banyak kilang – kilang perindustrian akan di
buka dan ini secara tidak langsung akan membuka dan menawarkan lebih banyak peluang
pekerjaan untuk manusia dan sekaligus membantu kerajaan di dalam membanteras isu
pengganguran yang berlaku di Malaysia.

4
HBSC4103
Kerajaan semakin menitikberatkan Dasar Sains dan Teknologi untuk
mempertingkatkan sumbangannya dalam pelbagai aspek. Sains dan teknologi
meningkatkan taraf hidup manusia melalui perkembangan dalam bidang perubatan dan
kesihatan. Kemajuan sains dan teknologi membawa kepada pengenalan ubat-ubatan baru
untuk pelbagai jenis penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan dahulu,
menambahbaikkan fungsi dan meningkatkan kualiti ubat-ubatan yang sedia ada dan lain-
lain ,misalnya penyakit barah.Tambahan pula, penyakit-penyakit yang dihadapi dapat
ditentukan dengan cepat dan tepat semasa diagnosis dijalankan sebelum kemunculan tanda-
tanda yang ketara. Oleh itu,penyakit itu dapat diubati dengan efektifnya sebelum dikesan
lewat. Selain itu, risiko penyakit dapat kita kurangkan melalui program vaksinasi.
Kemajuan sains dan teknologi juga membawa kemudahan dalam menjalankan
pembedahan. Penggunaan mesin untuk menjalankan operasi dapat mengurangkan risiko
dan kesilapan yang akan berlaku terutamanya bagi operasi yang agak rumit dalam
prosesnya.

Pelbagai mesin telah di wujudkan oleh kerajaan di dalam membantu manusia yang
mempunyai penyakit kronik seperti barah, sakit tulang dan sebagainya. Ini adalah untuk
memastikan akan kekal sihat dengan adanya alat – alat perubatan yang berteraskan sains
dan teknologi yang mana amat diperlukan oleh manusia pada masa kini. Teknologi dalam
bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada
jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang
perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov
serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif.
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks
bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada
para pesakit.

Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat
diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi,
sesetengah pesakit kancer dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi

5
HBSC4103
kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden. Seperti pertanian, bidang
perubatan juga menggunakan bioteknologi secara meluas. Bioteknologi dapat digunakan
dalam penghasilan antibiotik untuk jangkitan penyakit yang berbeza-beza dan penghasilan
vaksin untuk menguatkan sistem imunasi seterusnya dapat mengesan dan mengubati
sebarang kecacatan genetik.Kepentingan lain bioteknologi dalam bidang perubatan adalah
kejayaan dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, profil DNA, forensik
dan teknologi pemindahan organ.

Sains dan Teknologi berupaya memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(ICT) yang semakin penting dalam era maklumat. Kepesatan ini di Malaysia dapat
mempermudah kita berhubung dengan orang lain serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Kebelakangan ini, manusia semakin bijak dan kian mahir dalam penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mencipta peralatan berteknologi seperti internet,
telefon bimbit canggih dan satelit. Internet membolehkan kita melayari laman web untuk
mencari maklumat dan boleh berbalas e-emel dengan sesiapa sahaja walaupun seseorang
itu berada di tempat yang jauh.

Penciptaan komputer riba juga telah memudahkan pergerakan kita dan mudah
dibawa ke mana-mana tempat. Telefon bimbit juga memberi kesenangan kepada rakyat
kini untuk berkomunikasi dari jarak jauh. Tambahan pula, penggunaan satelit turut
membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negeri asing dan sebaliknya di
negara lain juga.Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) akan dapat menjadi lebuh raya
maklumat melalui input sains dan teknologi yang secukupnya.

Selain itu, kemajuan sains dan teknologi turut menyumbang kepada kemajuan
dalam bidang pendidikan.Contohnya,pelancaran satelit pertama Malaysia, MEASAT
membantu dalam menjayakan program pendidikan jarak jauh. Hal ini secara tidak
langsung mencapai matlamat kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu.
Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk Malaysia

6
HBSC4103
malah oleh penduduk negara-negara lain di rantau ini yang berada dalam lingkungan jejak
MEASAT. Hal ini juga merealisasikan konsep "langit terbuka" yang diharapkan dapat
membuka minda masyarakat supaya lebih inovatif, keatif, berdaya tahan dan berdaya saing.

Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam
bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan
lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Teknologi
memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P terutama semasa membuat pemilihan
bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan
yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam
sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah. Di samping mengetahui bagaimana hendak
menilai secara berterusan bahan teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan
digunakan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran, pemilihan bahan teknologi
bukanlah sukar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam
menggunakan bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar
setelah sesuatu bahan digunakan.

Dahulu papan tulis dipanggil papan batu, papan kapur atau papan hitam kerana
papan ini ditulis menggunakan pelbagai alat tulis. Papan batu ditulis menggunakan kapur
batu, papan kapur atau papan hitam ditulis menggunakan kapur putih atau kapur warna.
Tetapi sekarang papan dengan fungsi yang sama ditulis menggunakan pen sinar letrik atau
sinar laser. Ia di panggil papan tulis elektronik dan fungsinya lebih kurang sama dengan
computer Cuma membezakannya hanyalah guru perlu menulis tetapi tidak lagi
menggunakan kapur atau pen marker lagi. Dengan adanya teknologi seperti ini guru tidak
perlu lagi menghadapi masalah ketiadaan kapur dan sebagainya. Cuma mungkin pihak
kerajaan perlu menhadapi kos penyelenggaraan yang lebih tinggi berbanding penggunaan
papan hitam ataupun papan putih. Seterusnya, pihak kerajaan juga menyediakan computer
serta internet secara percuma di semua sekolah di seluruh Negara. Dengan teknologi ini
murid serta pelajar – pelajar dapat mempelajari dan juga memperolehi pelbagai ilmu di
dalam semua bidang yang di minati. Masyarakat juga di dedahkan dengan penggunaan

7
HBSC4103
internet secara meluaskan kerana boleh menggunakan sistem wireless dan sebagainya. Ini
bermakna, masyarakat sejagat tidak ketinggalan dengan teknologi serta pengetahuan yang
melibatkan bukan sahaja Malaysia malahan dapat mengetahui tentang Negara Luar.

Sekiranya komputer digunakan dengan secara sistematik dan terancang, proses


pengajaran akan berjalan lebih lancar, selain sebarang masalah yang rumit dalam
penyampaian dapat diselesaikan dengan mudah (Heinich, 1996). Dengan kata yang lain,
kehadiran komputer sebenarnya telah memperkayakan teknik pengajaran dan memudahkan
proses tersebut di dalam bilik darjah. Komputer sebagai bahan simulasi yang mana guru
boleh menggunakan program yang mudah seperti persembahan elektronik untuk dijadikan
bahan simulasi dalam pelbagai aktiviti dengan cara menulis dan menyediakan bahan
persembahan audio dan visual di samping seperti program Real Adobe yang boleh
digunakan sebagai bahan simulasi untuk membantu pelajar dalam latihan pengajaran
bacaan dan pemahaman bacaan.

Kelemahan

8
HBSC4103
Dalam era dunia tanpa sempadan, s emua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains
dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak
boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan
teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang
kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan
alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri
pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal
mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun
sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar
kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa.
Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang
tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan
oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi juga
mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidak menepati
apa yang telah Islam utarakan.

Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi
pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat
pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi
kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada
negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat
canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan
alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga
banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan
penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar
untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada
kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap
kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah
bom nuklear.

9
HBSC4103
Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkan
amalannya kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom
nuklear tetapi boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan
yang lebih luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang
pengetahuan mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan
ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan
kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga
kerja yang ramai dan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan memberi kesan kepada
ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar
melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang
turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang
sedia ada.

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan


semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan
maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna
kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini,
terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari.
Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya
kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan
teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang
merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan
kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak
berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan
pembangunan nafs mereka.
Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini
berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana
maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini
juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan

10
HBSC4103
buruk kerana boleh menyebabkan fitnah. Kini bioteknologi memacu negara ke arah
pembangunan.

Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan


makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri
terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan
pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan
adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai
gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang
digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-
benda yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia
kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya. Isu
pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak.

Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke


organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang induk. Isu
ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan
pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan agama yang sebenar.
Begitu juga dengan teknologi "stem cell" yang banyak kelebihannya dalam membantu
mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan "embryonic stem
cell" bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia. Natijah daripada kemajuan
sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping
terselit juga keburukan.

Kesimpulan

11
HBSC4103
Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini
mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi,
pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti
pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti
yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik,
yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding
dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada
pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-
teknologi pengeluaran.

Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh Kerajaan
menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-
sumber Sains dan Teknologi ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses
melahirkan sektor perindustrian yang dinamik. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang
dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu
yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak
terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala
keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.

Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari
segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan
alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang
mampu membawa padah kepada manusia dan alam

2800 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN / APENDIKS

A.Murad Merican (pnyt). 2008. Blinded By The Lights: Journalism and Communication

12
HBSC4103
Study in Malaysia since 1971. Shah Alam: University Publication Centre, UiTM.

Adam M.W.W. dan Kelly R.M (1998). Finding and Using Hyperthermophilic

Enzyme. Tibtech 16:329-332.

Alcamo , I.E. (1997). Fundamentals of Microbiology. 2 nd Ed. Saunders

College Publication.

Buerk D.G. (1993). Biosensors: Theory Applications. Technomic Publishing Company Inc.
USA

Fiecher, A. (1992). Enzymes. Products From Bacteria, Fungi And Plant Cells. Advances in
Biochemical Engineering/Biotechnolgy 45.

Fox. B.A. dan Cameron, A.G. (1995). Food Science, Nutrition and Health , 6 th Ed.

London : Division of Hodder Headline PLC.

Gerhartz, W. (1990). Enzymes in Industry : Production and Application. VCH Publication.

Mohd Hazim Shah and Phua Kai Lit (eds.), (2004) Public Policy, Culture, and

The Impact of Globalization in Malaysia. Kuala Lumpur: Malaysian Social Science


Association

13
HBSC4103
Mohd Hazim Shah. 2011. The Role of Philosophy in Civilisational Dialogue. In

Baharuddin Ahmad (ed.), Philosophy in the Age of Religious and Cultural


Pluralism. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and
International Islamic University Malaysia. Pp.63-71. [Published in 2012]

Mohd Hazim Shah, Contemporary Muslim Intellectuals and Their Responses to Modern

Science and Technology. In Studies in Contemporary Islam, vol.3, no.2, Fall 2001,
pp. 1-30 (SCOPUS-Cited Publication)

Receipt No : 180683

Assignment Submission Receipt


Student ID 800102016261
Course HBSC4103SMP
Title MAY 2012 : HBSC4103SMP ASSIGNMENT
Due Date 09 July 2012
Submission Date 08 July 2012
Submission Time 23:08:17

14
HBSC4103

15

Anda mungkin juga menyukai