Anda di halaman 1dari 1

Saya mempunyai pengalaman mengajar murid-murid tahun 6 selama 4 tahun.

Sepanjang penngalaman saya mengajar tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ramai murid-murid tidak dapat
mengaplikasikan soalan-soalan yang melibatkan aplikasi tajuk bentuk 2 Dimensi(2D)
yang melibatkan aplikasi dalam kehidupan seharian.

Murid haruslah difahamkan dengan konsep geometri dari yang paling asas
iaitu pengetahuan tentang bentuk-bentuk 2D dan 3D sehinggalah kepada konsep
geometri yang lain sehinggalah mereka faham mengapa setiap bangunan yang
dibina dengan bentuk-bentuk yang berlainan tetapi masih mempunyai fungsi yang
sama. Nasional Consul of Supervisor of Mathematics, NCTM (1989) mengesahkan
bahawa kemahiran dalam bidang geometri adalah salah satu kemahiran asas
daripada sepuluh kemahiran asas Matematik. Seharusnyalah kemahiran ini dapat
disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Antara kaedah yang sering
digunakan oleh saya sebelum ini adalah demonstrasi, syarahan, perbincangan
kumpulan dan tutorial. Pembelajaran yang berkesan dapat dicapai apabila guru-guru
bijak dan kreatif dalam merancang strategi pengajaran yang dapat meningkatkan
kesediaan dan motivasi pelajarnya (Tomlinson, Brighton, Hertberg, Callahan, Moon,
Brimijoin, Conover & Reynolds, 2003).

Berdasarkan beberapa bahan bacaan saya telah mencuba satu keadah baru. Saya
telah menggunakan Frog Vle dalam Pdp saya dan saya bandingkan kaedah ini
dengan kaedah sebelum ini yang lebih berpusatkan guru. Ini adalah satu kaedah
Abad ke 21, yang telah saya cuba dan menghasilkan impak yang tinggi dan objektif
pembelajaran saya berjaya. Saya telah memberi peluang kepada pelajar belajar
secara kendiri dengan bimbingan. Saya telah cuba pembelajaran berasaskan projek
dan penyelesaian masalah.
Dalam era dunia digital hari ini, kanak- kanak merupakan generasi yang terdedah
kepada kepesatan dan kemajuan teknologi. Generasi ini dilihat mempunyai
kebolehan semula jadi dalam meneroka teknologi (Maizatul, 2009). Melalui
pembelajaran berpusatkan pelajar, saya sebagai guru berperanan sebagai pemudah
cara dalam memantau dan menilai permainan digital yang dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai