Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 4

(FELDA)
72300 SIMPANG PERTANG,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
. NO. TELEFON : 06 4951002 NO. FAX : 06 4951226

....................................................................................................................................................................
Tarikh : 11 Julai 2016

Kepada,

Guru Besar,
SK pasoh 4(F),
72300 Simpang Pertang,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

TUNJUK SEBAB KEGAGALAN MENUNJUKKAN REKOD CEMERLANG


PENGGUNAAN VLE-FROG

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama-sama ini saya nyatakan sebab-sebab kegagalan menunjukkan rekod


cemerlang dalam penggunaan VLE-FROG:-
i. Kegagalan dan kelemahan saya sendiri penggunaan VLE berdasarkan
kekurangan ilmu tentang ICT
ii. Terdapat masalah yang dihadapi berkaitan dengan murid dan kekurangan
Kelas yang dibawa ke makmal komputer. Hanya beberapa murid sahaja yang
dapat Log In ke VLE-Frog. Hal ini disebabkan oleh hanya beberapa komputer
yang boleh digunakan.
iii. Capaian Internet juga sangat lemah dan masa setengah jam tidak mencukupi
untuk melayari ke laman Vle frog.
Dengan sebab-sebab yang telah saya nyatakan di atas, saya memohon maaf atas kegagalan
dalam meningkatkan Penggunaan VLE-Frog di sekolah ini. Saya akan cuba meningkatkan
penggunaan VLE-Frog sama ada untuk diri saya, kalangan guru-guru dan juga kalangan
murid-murid SKP4 (F) sendiri pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang Benar,

................................................
Wan NurulHawani binti Arifin

Anda mungkin juga menyukai