Anda di halaman 1dari 2

Wasiat Imam Hasan al-Banna

1. Wahai kawanku,segera tunaikan solat pada awal waktu,ketika


mendengarazan,usahakan semampu terdaya(utk bersembahyang). Ini
membuktikan kesungguhan anda. Disitu ada sumber kejayaan,pertolongan dan
taufiq.perhatikan, byk perintah ayat al-Quran dimulakan dgn menyebut solat di
awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan
pada saat genting serta cemas.
2. Wahai kawanku,bacalah al-Quran dan perhatikan mesejnya. Selalu berzikir dan
cari ilmu,walaupun sedikit. Kurangkan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya
al-Quran sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kpd anda dan saya.Bacalah al-
Quran kelak ia akan memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal dan cuba
hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir.Disini ada
ketenteraman,ada kedamaian dan ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera.
3. Wahai kawanku,dorongkan diri anda menguasai bahasa al-Quran.Mulakan dulu
walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermulaiaitu sejak
anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tak paham.Antara malapetaka pertama
menimpa umat kita adalah kecuaian menguasai bahasa agamanya.Juga
mengutamakan bahasa pasar. Ayuh! Apa tunggu lagi! Bukalah ruang walaupun
seminit.
4. Wahai kawanku,usah bertarung idea tanpa adab. Berdebat jika ada berbuahkan
kebaikan. Awasi pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan
namanya.
5. Wahai kawanku, senyum selalu tetapi beserdehana lah dalam ketawa.Rasulullah
saw paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya,tetapi berpada-
pada sahaja. Wahai kawan,Plato berharap pementasan hiburan tidak bermutu dan
terlalu banyak ketawa bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan
asing. Aristotle berpendapat belia ditegah menyaksikan hiburan yang
membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular
keburukan dalam diri.
6. Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius
hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorg penyair:
"Rehatkan jiwamu yang sibuk dengan berfikir,ubatinya dengan bergurau,tetapi
kalau mengubatinya dengan bergurau,mestilah dalam batas seperti kau masukkan
garam dalam gulai".
7. Wahai kawanku, kawal nada suaramu setakat diperlukan pendengar di depanmu.
Jangan berlebihan sehingga kata-kata kita menyakit hati orang lain. Luqman El-
Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada
tempatnya. Itulah katanya suara keldai. Surah al-Isra' memberi tips kepada kita:
"Jangan keraskan suaramu dalam solat tetapi jangan pula merendahkannya. Cari
jalan tengah diantara keduanya."
8. Wahai kawanku,usah umpat-mengumpat. Usah merendahkan pertubuhan lain.
Bercakap jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat.Tidak sekali
mencabuli jemaah yang lain.Perkataan kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka. Tetapi sukakah anda memakan
daging kawan anda yang mati? Sesekali tidak. Begitulah dosa orang yang
mengumpat. Bertaubat la jika anda mengumpat,tetapi mesti minta ampun
terhadap orang yang umpatanmu bersama. Boleh mengumpat apabila ada tujuan
syarie, iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi,untuk menghapuskan
kemungkaran,untuk memberi amaran kepada Muslim mengenai kejahatan, dan
untuk mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9. Wahai kawanku,luaskan interaksi mu dengan umat manusia, sekalipun mereka
tidak diminta berbuat demekian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam
kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkan salam perkenalan. Lihatlah
pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa,lapisan dan darjat datang berkunjung.
Bersama-sama mereka menjunjung obor suci tidak mengenali tetapi tidak sepi.
10. Wahai kawanku,maksimumkan faedah waktu anda dan tolong orang lain supaya
manfaatkan masa. Hadkan masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual.

Anda mungkin juga menyukai