Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

Arahan: Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan. Bagi setiap soalan. Pilih
satu jawapan yang tepat atau yang paling sesuai.
1. Pilih pernyataan yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia.
A Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
B Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap
C Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang
organisasi
D Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat
organisasi

2. Mengapakah pengurusan sumber manusia B penting untuk sesebuah organisasi


perniagaan?
I Dapat mengekalkan tahap motivasi pekerja
II Dapat mengurangkan kadar pengangguran pekerja
III Dapat mengatasi persaingan yang dihadapi di pasaran
IV Dapat memastikan tenaga pekerja sentiasa mencukupi
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan oleh pengurus
sumber manusia.

Mengenal pasti keperluan tenaga kerja dengan mengkaji sama ada organisasi
mempunyai bilangan pekerja yang mencukupi, berlebihan atau kekurangan pekerja.
Menempatkan pekerja di jabatan dan bahagian mengikut kemahiran dan
kepakaran masing-masing.

Apakah proses pengurusan sumber manusia yang terlibat?


I Mengawal
II Memimpin
III Merancang
IV Mengorganisasi
A 1 dan II C II dan III
B 1 dan IV D III dan IV

4. Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.

“Pengurus menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) kumpulan untuk memastikan


hasil kerja yang ditetapkan dapat dicapai”

Apakah peranan pengurusan sumber manusia?


A Menentukan deskripsi tugas
B Pemantapan budaya profesional
C Menggalakkan kreativiti dan inovasi
D Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
5. Mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi
organisasi?
I Menjamin kesetiaan pekerja
II Dapat meningkatkan imej syarikat
III Dapat meningkatkan motivasi pekerja
IV Dapat meningkatkan kreativiti pekerja
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

6. Rajah yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia dalam
organisasi

PERKHIDMATAN
TERBAIK UNTUK
X PELANGGAN

PEMENTAPAN
BUDAYA
PROFESIONAL

KECEMERLANGAN BERETIKA

Apakah X?
A Kreatif C Kepakaran
B Inovatif D Berintegriti

7. Maklumat yang berikut menunjukkan dua peranan pengurusan sumber manusia.

Menggalakkan kreativiti dan inovasi .


Menyediakan program latihan peningkatan

Bagaimanakah peranan di atas dapat membantu kemajuan organisasi dalam jangka


panjang?
A Produktiviti meningkat
B Pekerja bertambah mahir
C Motivasi pekerja meningkat
D Pemantapan budaya professional

8. Salah satu peranan pengurusan sumber manusia ialah memantapkan budaya


profesional.
Bagaimanakah pemantapan budaya profesional dapat membantu organisasi?
I Dapat meningkatkan imej organisasi
II Dapat meningkatkan jualan perniagaan
III Dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi
IV Pekerja dapat menjalankan tugas dengan cekap
A I dan II
B 1 dan IV
C II dan III
D III dan IV
9. Maklumat yang berikut boleh diperoleh dalam satu dokumen formal perancangan
sumber manusia.
• Tajuk kerja
• Ringkasan kerja
• Tanggungjawab kerja
• Hubungan autoriti
Apakah dokumen berkenaan?
A Kontrak kerja
B Analisis kerja
C Deskripsi tugas
D Struktur organisasi

10. Antara yang berikut, manakah fungsi ganjaran kepada pekerja?


I Meningkatkan motivasi
II Meningkatkan kreativiti
III Meningkatkan kesetiaan
IV Meningkatkan kemahiran
A I dan II
B 1 dan III
C II dan III
D III dan IV

11. Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu aspek pengelolaan sumber
manusia dalam organisasi.

Syarikat M-Force merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan


keselamatan di seluruh negara dengan bilangan kakitangan seramai 1 500 orang.
Pengurus sumber manusia mengutamakan keselamatan pekerja dalam melaksanakan
tugas harian mereka. Setiap pagi, setiap penyelia di semua cawangan diwajibkan
untuk memberi taklimat tentang kaedah dan peraturan serta langkah-langkah
keselamatan semasa menghadapi sebarang situasi yang boleh menyebabkan
kecederaan atau kematian.

Apakah aspek berkenaan?


A Struktur organisasi
B Penempatan pekerja
C Penyelesaian masalah
D Standard prosedur operasi

12. Antara yang berikut, manakah yang betul tentang kepentingan struktur organisasi?
I Melatih sumber manusia
II Menetapkan visi dan misi
III Mewujudkan rantaian arahan
IV Mengagihkan sumber organisasi dengan berkesan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
13. Antara yang berikut, kesalahan manakah yang dilakukan oleh kakitangan yang boleh
disiasat dan diambil tindakan oleh organisasi?
I Ingkar arahan penyelia
II Merompak orang awam
III Menyalahgunakan aset syarikat
IV Menerima rasuah daripada pembekal
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B 1, II, dan IV D 11, 111, dan IV

14. Yang berikut merupakan rekod kesalahan Encik Malik Kudus, seorang kerani akaun.

Lewat datang kerja sebanyak dua kali

Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?


A Dipecat kerja
B Amaran bertulis
C Ditahan kenaikan gaji
D Tiada kenaikan pangkat

15. Berhubung dengan aspek pengelolaan sumber GZ manusia. pernyataan manakah vang
betul tentang sistem penggajian?
A Sistem penggajian yang adil dapat mengurangkan kadar lantik henti
B Sistem penggajian yang kompetitif dapat meningkatkan kemahiran pekerja
C Pekerja vang telah berkhidmat lama akan dibayar gaji yang lebih tinggi berbanding
pekerja mahir
D Perniagaan yang mengamalkan sistem penggajian yang menarik dapat
menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi

16. Pilih definisi kebolehkerjaan yang betul.


A Pera[atan yang sesuai digunakan dalam proses kerja
B Etika kerja yang perlu ada pada kakitangan organisasi
C Sistem dan peraturan kerja dalam sesebuah organisasi
D Kemahiran yang dimiliki olch pekerja dalam organisasi

17. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Lever's Tech Berhad.

Syarikat Lever's Tech Berhad adaLah sebuah svarikat yang menghasilkan dan
mcmasarkan pelbagai barangan elektrik dan elektronik. Syarikat ingin mengeluarkan
sejenis produk baharu. Untuk itu, syarikat membentuk satu kumpulan khas seramai
lima orang untuk menyediakan konsep produk

Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada ahli dalam kumpulan
berkenaan?
I Berdikari
II Kerja berpasukan
III Kemahiran berkomunikasi
IV Penggunaan teknologi terkini
A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV
18. Mengapakah pelbagai jenis kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang
bakal graduan?
A Majikan berminat menawarkan kerja
B Dapat merancang dan mengurus diri
C Dapat berkomunikasi dengan berkesan
D Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah

19. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan keperluan kemahiran kebolehkerjaan untuk
melaksanakan kerja dengan cekap.

Encik Nizam Gam berumur 45 tahun dan bertugas sebagai jurujual kereta dengan
Syarikat X-Motors Sdn. Bhd. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai juruteknik
menguji kereta di kilang pengeluaran kereta selama 25 tahun setelah menamatkan
pengajian di peringkat diploma dalam bidang keiuruteraan mekanikal

Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan berkenaan?


I Berpengalaman
II Kelayakan yang sesuai
III Berpengetahuan tentang produk
IV Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan
A I dan 11
B I dan 111
C II dan IV
D III dan IV

20. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan d” Azleen. seorang akauntan
bertauliah.

• Pernah bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat cari gali


minyak antarabangsa selama 10 tahun.
• Sekarang ingin menjadi jururunding pelaburan dalam syarikat minyak dan
gas.

Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Puan d” Azleen?


I Keberkesanan mencapai sasaran kumpulan
II Berpengetahuan tentang produk
III Berpengalaman dalam industri
IV Kelayakan yang sesuai
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
BAHAGIAN B : (STRUKTUR 30 MARKAH)

1. Jelaskan definisi pengurusan sumber manusia (PSM) dalam organisasi perniagaan?


(2 markah)
2. Terangkan tiga kepentingan pengurusan sumber manusia kepada sebuah perniagaan?
(3 markah)
3. Nyatakan tiga peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan?
(3 markah)
4. Nyatakan tiga jenis faedah yang diterima oleh pekerja dalam sistem penggajian.
(3 markah)

5. Nyatakan lima faktor penentu dalam sistem penggajian yang diamalkan oleh
sesebuah perniagaan. (5 markah)

6. Jelaskan maksud sumber fizikal dalam sesebuah syarikat perniagaan. (3 markah)

7. Nyatakan enam sumber fizikal yang perlu diuruskan oleh usahawan. ( 6 markah)

8. Senaraikan tiga jenis sumber teknologi. (3 markah)

9. Jelaskan peranan MyIPO dalam membantu syarikat perniagaan di Malaysia.


(2 Markah)

10. Berikan maksud paten suatu rekacipta produk. (2 markah)

Anda mungkin juga menyukai