Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman dan pembelajaran ketika menjadi guru pelatih adalah amat berbeza ketika menjadi

pelajar. Secara jujurnya, ketika menjadi pelajar, saya menghadapi masalah untuk membezakan
antara penilain dan pentaksiran. Namun, ketika menjadi guru pelatih saya mampu membezakan
antara penilaian dan pentaksiran.

Seperti yang anda ketahui, pentaksiran merupakan merupakan proses untuk mendapatkan
gambaran yang jelas tentang prestasi sesorang yang dalam pembelajaran. Sebagai contoh, ia
boleh diukur melalui gred atau markah berdasarkan ujian bertulis. Kemudianya, penilaian
merupakan satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil
pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran
atau sikap (Maridah Alias, 2013).

Ketika menjadi pelajar, kebiasaanya saya dinilai dan ditaksir melalui kuiz , ujian,
peperiksaan akhir, kerja amali, kemahairan mengdalikan amali, kerja khursus , penerapan
blended-learning dan sebagainya.

Ketika menjadi guru pelatih pula, saya menjalan kan pentaksiran dan penilaian yang lebih
menjurus kepada pembelajaran abad-21, sebagai contoh memberi soalan yang terdapat
penerapan element- element KBAT, open-ended question, menjalankan pentaksiran mengunakan
kahoot, flikers , traffic light, dan sebagainya.

Namun, disekolah penggunaan dan penerapan blended learning masih baharu dan
terbatas. Jika dibandingkan di university, saya sudah biasa dengan terdapatnya kemudahan
seperti wifi, OHP, Visualizer, penggunaan laptop dan sebagainya. Kemudahan ini memudahkan
pensyarah saya menjalankan pembelajaran, pentaksiran, penilaian dan pengujian. Sekiraanya
saya ingin menjalankan pentaksiran dan penilaian yang menggunakan teknologi disekolah, saya
harus memohon untuk penggunaan makmal computer, yang belum pasti terdapat kekosonggan
dan menepati waktu mengajar saya. Ia amatlah merumitkan dan memerlukan masa.

Pada pandangan saya, penilaian dan pentaksiran ketika menjadi pelajar university lebih
menarik jika dibandingkan disekolah. Ini kerana, kemudahan serta perancangan penilaian dan
pentaksiran diuniversiti lebih lancar dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai