Anda di halaman 1dari 3

TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas


1 Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas

2 Bertanggungjawab menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas/stesen P&P

3 Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sewaktu berada di sekolah

4 Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan memastikan murid keluar dari
kawasan sekolah dalam keadaan selamat

5 Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu

6 Mengawasi murid semasa perubahan Pengajaran dan pembelajaran sewaktu guru menghadiri
taklimat/urusan rasmi

7 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga semasa urusan ke
hospital

8 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid

9 Bersama murid semasa perhimpunan rasmi sekolah

10 Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur kata dan kekemasan
diri

11 Membantu menguruskan murid baharu

12 Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat

13 Membantu guru membuat tindakan susulan ke rumah ibu bapa/penjaga murid yang bermasalah

Pengurusan Khas Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan


1 Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus
sebelum dan selepas P&P

2 Memastikan kebersihan dan keceriaan dalam dan luar bilik darjah

3 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas bangunan pendidikan khas

4 Membantu murid menjaga projek PPKI seperti kebun, taman dan lain-lain

5 Memastikan terurus; semua kemudahan/projek PPKI

6 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/bangunan pendidikan
khas; Memastikan peralatan yang berbahaya disimpan. di tempat yang selamat

7 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemas kini papan kenyataan dari semasa ke
semasa

8 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif


9 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh
digunakan.

Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas


1 Membantu menyusun fail PPKI dengan teratur dan mudah diakses

2 Membantu pengurusan surat-menyurat

3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan

4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid

5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas

6 Merekod pembelian bahan dan peralatan

7 Menyemak peralatan yang perlu dihapus kira dua kali setahun

Pengajaran dan Pemudahcara


1 Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi PdPc

2 Membantu dan memasang peralatan elektronik

3 Membantu membuat salinan (photostat)

4 Membantu murid menyediakan buku dan alat tulis sebelum PdPc

5 Menguruskan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa bateri alat
pendengaran, sistem FM, kanta pembesar, mesin braille dan lain-lain;

6 Membantu mengurus masalah tingkah laku murid semasa PdPc sekiranya perlu

7 Membantu memegang tangan murid untuk aktiviti psikomotor halus dan kasar

Pengurusan/Pergerakan dan Pendidikan Khas (Mobiliti) Aktiviti Murid


1 Membantu menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke
sesuatu tempat

2 Membantu murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak

3 Menjaga keselamatan dan pergerakan murid semasa aktiviti PdPc di dalam dan di luar bilik darjah

4 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum

5 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas arus perdana


Tugas Sewaktu Cuti Sekolah
1 Memastikan bilik darjah dan tandas di blok Pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selama

2 Memastikan peralatan dan perabot perlu disusun semula

3 Memastikan tandas selamat dan boleh digunakan

4 Mengenal pasti peralatan yang boleh digunakan/ perlu diselenggara atau dihapus kira

5 Memastikan Projek PPKI seperti berkebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik

6 Membantu kerja-kerja perkebunan seperti menyiram/membaja/menggembur/memangkas/ meracun

7 Menjaga haiwan peliharaan

8 Menghubungi guru penolong kanan pendidikan khas atau penyelaras sekiranya diperlukan untuk
tindakan segera

Anda mungkin juga menyukai