Anda di halaman 1dari 2

Hubungan yang postitif adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan

sebuah masyarakat yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.
Tolak ansur sangatlah penting agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan ini diperkukuhkan
sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota
memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu
daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut
menanggung penderitaannya. Sebenarnya hubungan positif ini memberi manfaat dari
sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Antaranya ialah persaudaraan yang
mantap melahirkan sikap keterbukaan dan perkongsian. Keterbukaan dan perkongsian ialah
aspek yang sangat penting di dalam bilik darjah. Sifat keterbukaan penting untuk melahirkan
pendapat dan memberi teguran serta sanggup menerima teguran. Tetapi apakah yang bakal
terjadi sekiranya persahabatan sesame murid tidak bernilai? Sudah tentu sifat ini tidak dapat
wujud kerana tiada aspek kepercayaan dan kasih sayang antara satu sama lain.

Peranan guru yang pertama untuk membina hubungan yang positif di dalam bilik
darjah ialah sentiasa mengadakan program atau aktiviti menyeronokkan yang melibatkan
ahli kelas dalam bentuk jalinan kerjasama atau perkongsian bagi kepentingan bersama
dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan. Dewan mendefinisikan jalinan
kerjasama sebagai sesuatu yang dijalin, kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha
bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua atau beberapa pihak. Jalinan
kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi, permuafakatan dan perkongsian.
Menurut Rutter (1979), koloborasi dan kerja berpasukan adalah sangat penting dalam
kesatuan matlamat. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Oleh
itu permuafakatan sesama ahli kelas dan organisasi penting dalam membawa kejayaan.
Cabaran-cabaran yang melanda warga murid kita pada masa kini, terutamanya era
globalisasi memerlukan keperihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan
komuniti dalam mengatasinya. Ayat Quran ada menyebut: Maksudnya: ’Saling bantu-
membantulah dalam hal kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu saling membantu dalam
hal kejahatan dan keburukan’. Sebagai contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kelas
ialah gotong royong kelas, majlis sambutan perayaan kelas, majlis sambutan hari lahir kelas,
lawatan kelas dan lain-lain. Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan
tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan
bahawa semangat bekerjasama dalam kalangan anggota kelas dapat membentuk ukhuwah
yang kukuh dan ampuh.

Peranan guru yang seterusnya ialah

Anda mungkin juga menyukai