Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal : 1

Minggu Praktikum : Minggu Pertama


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 14 – 18 Julai 2014
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK King George V

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu pertama ini, saya dan rakan-rakan cuba menyesuaikan diri dengan
persekitaran dan budaya sekolah baharu ini. Pada hari pertama, saya dan rakan – rakan
telah melapor diri di pejabat SK King George V. Seramai 8 orang siswa pendidik daripada
IPG Teknik manakala 4 orang siswa pendidik daripada IPG Raja Melewar berpraktikum.
Kami telah diberi taklimat oleh Guru Penolong Kanan HEM mengenai butiran berikut :
 Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah
 Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong
kanan, guru disiplin, guru panitia dan guru-guru yang lain.
 Latar belakang murid dan masyarakat setempat
 Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah
 Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

2. Analisis

Sepanjang minggu pertama, saya tidak mengalami masalah sukar kerana saya
masih lagi menyesuaikan diri di sini. Layanan warga sekolah yang begitu mesra
membantu saya dalam proses menyesuaikan diri saya. Pada minggu ini juga, saya masih
belum dapat jadual persendirian yang tetap. Namun begitu, ada juga beberapa kelas ganti
yang perlu saya masuk.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya perlu meningkatkan tahap komunikasi saya agar hubungan baik saya dengan
pihak sekolah akan terus terjalin. Saya juga perlu bersifat lebih profesional dalam
menangani segala hal bagi memudahkan saya untuk mendapatkan input secara
maksimum sepanjang tempoh praktikum di sekolah ini.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Sepanjang tempoh praktikum dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

Anda mungkin juga menyukai