Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal : 4

Minggu Praktikum : Minggu Keempat


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4 - 8 Ogos 2014
Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa.

1. Masalah / Peristiwa

Dalam tempoh seminggu ini, saya menghadapi masalah pengurusan masa yang
tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan
tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi
mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul apabila aktiviti berkumpulan dijalankan, murid-murid mengambil


masa yang lama untuk berbincang. Selain itu, murid-murid masuk lewat ke kelas selepas
rehat atau waktu subjek sebelum kelas saya. Saya terpaksa mengambil masa yang lebih
untuk menerangkannya kepada murid-murid berkenaan topik yang diajar memandangkan
terdapat ramai yang tidak memahaminya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Saya perlu tetapkan tempoh masa perbincangan kepada murid. Dalam pada itu
juga, sebagai guru saya perlu memantau dan memastikan aktiviti perbincangan
murid berlaku dalam jangka masa yang telahh ditetapkan.

b.) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah atau yang mempunyai
satu masa supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar
dengan masa yang telah dirancangkan .

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Saya akan bertindak
tegas terhadap pengurusan masa murid sama ada sewaktu perbincangan mahupun
kehadiran murid ke kelas saya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

Anda mungkin juga menyukai