Anda di halaman 1dari 5

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK BATU UNJUR

KERTAS CADANGAN

NAMA
PROGRAM KECEMERLANGAN MURID TAHUN 6 SERTA
PROGRAM
AKUJANJI UPSR 2018

PENGENALAN
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah merupakan satu penilaian
khususyang diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah sebelum
menamatkan persekolahan darjah enam. Peperiksaan ini dianggap penting
kerana ia menggambarkan kesemua apa yang dipelajari di sekolah rendah.
Maka dengan itu, perjumpaan ibu-bapa telah dijadikan satu program wajib
bagi sekolah pada setiap tahun. Perjumpaan ibu-bapa tahun 6 adalah satu
medium yang diguna pakai bagi melaporkan prestasi murid-murid tahun 6
disamping dijadikan satu medan untuk bermuafakat serta bermusyawarah
dalam membincangkan isu-isu pembelajaran murid-murid tahun 6.

Perkongsian pintar ini mampu dijadikan satu landasan dalam memperbaiki


pendidikan anak-anak mereka malah ibu-bapa juga boleh
memastikan ibu- bapa dapat mengenalpasti kelemahan dan juga kekuatan
anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2018.

Program ini juga memberi peluang kepada ibubapa untuk menilai kembali
tanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberi perhatian yang
sepenuhnya dalam menjadikan mereka murid yang memiliki
kecemerlangan baik dari aspek akademik mahupun sahsiah. Ini kerana
segelintir ibubapa meletakkan seluruh tanggungjawab mendidik anak-anak
kepada guru semata-mata.

OBJEKTIF/ MATLAMAT :
MATLAMAT
PROGRAM Perjumpaan ibubapa dan guru ini adalah satu wadah yang dapat
membantu sekolah dari segi:

1) Melaporkan kepada ibu-bapa mengenai prestasi anak –anak mereka


sepanjang proses pembelajaran di sekolah sebelum ini .

2) Ibu-bapa dapat memberikan tindakan sewajarnya kepada anak

3) di bawah jagaannya agar seiring dengan target sekolah.


4) Menerangkan kepada ibubapa mengenai keperluan kewangan
tambahan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program
Kecemerlangan yang dirancang.
5) Menerangkan mengenai perancangan pihak sekolah yang telah
dirancang dan akan dilaksanakan bagi kecemerlangan murid dalam
peperiksaan UPSR nanti.
6) Diharapkan ibubapa sedar dan lebih prihatin kepada tanggungjawab
sebagai penjaga dalam aspek pendidikan anak,pembentukan
sahsiah dan kerohanian.

OBJEKTIF :

Di akhir program, diharapkan semua ibu-bapa dapat;

a) Mengusulkan dan berkongsi pengalaman di dalam perancangan


program-program UPSR dalam meningkatkan prestasi anak-anak
mereka terutama semasa perjumpaan diadakan.
b) Ibubapa bersedia bersama-sama berusaha dalam mencapai
kecemerlangan anak-anak dengan melaksanakan tanggungjawab
yang sewajarnya mendidik anak di rumah.

RASIONAL
Untuk Kecemerlangan murid tahun 6 sesi 2018
PROGRAM

PENYERTAAN
i. Semua murid tahun 6 sesi 2018
ii. Semua ibu bapa dan penjaga murid tahun 6
iii. Semua guru SK Batu Unjur
iv. AJK PIBG

KAEDAH
i. Jemputan kepada semua ibubapa dan penjaga
PELAKSANAAN
ii. Menyediakan maklumat lengkap mengenai prestasi calon-
calon UPSR 2018 untuk makluman kepada ibubapa dan
penjaga.
iii. Penerangan mengenai takwim dan perancangan program
sepanjang tahun untuk kecemerlangan UPSR.
iv. Mengadakan slot ceramah dan perkongsian mengenai
tanggungjawab keibubapan oleh penceramah jemputan.
v. Membincangkan perkara-perkara berbangkit dan perkongsian
idea bagi peningkatan kecemerlangan anak-anak mereka.

TEMPAT
i. Dewan Wawasan SK Batu Unjur

BUTIRAN
Program dirancang diadakan pada 20 Januari 2018 (Sabtu)
PROGRAM

ANGGARAN
Perbelanjaan:
BELANJAWAN
PROGRAM
i. MAKANAN DAN MINUMAN MURID

 Roti
2 pcs x 180 orang murid
RM 0.70 x 360 pcs = RM 252.00
 Air mineral cup
2 pcs x 180 orang murid
RM 0.50 x 360 pcs = RM 180.00

 Saguhati penceramah jemputan


Rm 100.00

Bahan cetakan – RM 68.00

JUMLAH KESELURUHAN – RM 600.00

Sumber Kos:

(SUMBANGAN PIBG)

TENTATIF
PROGRAM
08:00 pagi – 8:30 pagi Pendaftaran ibubapa
08:30 pagi – 8:40 pagi Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan doa
08:40 pagi – 9.00 pagi Ucapan Guru Besar SK Batu Unjur
(Encik Hud Bin Abdul Ghani)
9:00 pagi – 9.30 pagi Taklimat Guru Penolong Kanan Kurikulum
(Puan Fauziah binti Hassan)
9:30-10:15 pagi perkongsian ilmu “ Anak Itu Amanah”
10.15 – 10.30 Bacaan Akujanji Murid
10.40 pagi Bersurai

AHLI JAWATAN
JAWATANKUASA INDUK
KUASA
MAJLIS PERMUFAKATAN IBUBAPA DAN GURU MURID
TAHUN 6 SERTA AKUJANJI UPSR 2018

Penasihat : Encik Hud bin Abdul Ghani ( Guru Besar )


Pengerusi : Pn Fauziah binti Hassan ( GPK Pentadbiran)
Naib pengerusi : En Ahmad Ubaidillah bin Hairun (GPK HEM)
: En Rizaudin bin Md Yaakob ( GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Nur Alina Yap Abdullah (Penyelas Tahun 6)
Setiausaha : Pn Aminah binti Sabtu (Guru Bimbingan dan
Kaunseling)

JAWATANKUASA PERLAKSANA

Pendaftaran Murid : Semua Guru Kelas Tahun 6


Disiplin murid : En Muhaimin bin Mohamed
: Semua Guru Kelas
Pengacara Majlis : En Amiruddin Hafiz bin Zainuddin
Bacaan Doa : En Hidar bin Nuruddin
Persiapan tempat : En Yusof bin Nordin
: En Shahrudin bin Mohd Sodikin
: En Mohd Azmi Awang
: En Samsukama Mohd Zahri
Bahan edaran : Pn Alina Yap Abdullah
Gambar/Dokumentasi : Pn Aminah binti Sabtu
Jamuan murid dan VIP : Pn Siti Ilyana binti Idris
: Pn Badzariah bt Jamlus
: Pn Noraini bt Mohamed Ekson
: Semua Guru Kelas
Pa sistem : En Mohd Arif bin Ismail
Buku Program : Pn Fazida binti Mardi

PENUTUP
Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini mendapat
kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah agar matlamat asal
pelaksanaan program ini dapat dicapai. Pihak kami juga menaruh harapan
yang amat tinggi agar program ini mendapat sokongan dan pertolongan
yang sepenuhnya daripada pihak pentadbiran sekolah kerana dengan
adanya program ini, maka akan lahirlah ibu-bapa yang lebih sensitif dan
juga peka terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

__________________________ _______________________
( AMINAH BINTI SABTU ) (FAUZIAH BINTI HASSAN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Pentadbirn
(Penyelaras Program) SK Batu Unjur
SK Batu Unjur

Disahkan oleh,

___________________________
( HUD BIN ABDUL GHANI )
Guru Besar
SK Batu Unjur

Ulasan: :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai