Anda di halaman 1dari 4

Berpandukan model ASSURE, bincangkan secara kritis sejauh manakah koswer yang

anda membangunkan dapat digunakan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sejajar dengan PPPM, KBAT dan pembelajaran abad ke-21.

Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan
ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur sekiranya tiada
pendidikan. Dewasa ini, proses pendidikan yang dibekalkan dalam sistem persekolahan
dengan kurikulum yang sempurna adalah satu kebiasaan. Pendidikan adalah bertujuan
memberi ilmu pengetahuan dalam bentuk teori dan praktis bagi membentuk peribadi individu
serta untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah. Oleh itu,
pendidikan ini dianggap sebagai elemen yang utama dalam kemajuan negara. Hal ini
dibuktikan dengan, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi memastikan warga Malaysia dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Antara perkara yang menjadi fokus utama dalam PPPM
adalah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan penggunaan
Teknologi Maklumat dan komunikasi.

Dalam era ledakan maklumat ini, penggunaan teknologi bukan sahaja merupakan
sesuatu yang penting dalam pendidikan, tetapi ia boleh dianggap sebagai suatu kewajipan
bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam
bilik darjah abad ke-21. Tujuan utama penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan.
Dalam hal ini, perancangan pengajaran merupakan kunci utama bagi menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu dengan menggunakan idea sendiri.

Pembelajaran abad ke-21 juga diperkenalkan untuk melahirkan generasi muda yang
seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik serta
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Di sini, kita
boleh membuat kesimpulan bahawa sistem pendidikan di negara kita ingin melahirkan
generasi muda yang boleh bersaing di arena antarabangsa. Impian ini akan menjadi
kenyataan apabila menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, kami diberi tugas untuk membangunkan satu
koswer multimedia interaktif. Koswer ini dapat digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sejajar dengan PPPM, KBAT dan pembelajaran abad ke-21.
Terdapat beberapa model yang dapat membantu guru merancang pengajaran yang
memanfaatkan penggunaan media. Antaranya ialah, model ASSURE. Model ini merupakan
satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan
bentuk pengajaran yang digunakan akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Langkah pertama model ASSURE adalah menganalisis murid. Sebelum
merancang pembuatan Coswer ini, ciri-ciri umum murid, pengetahuan dan pengalaman sedia
ada murid serta gaya belajar murid telah diambilkan kira untuk memastikan Coswer ini adalah
sesuai dengan jenis murid yang dikenal pasti. Sebagai contoh, murid-murid berkeperluan
khas mempunyai kesukaran dalam mengingati sesuatu pada jangka masa yang panjang
berbanding dengan murid-murid normal. Dengan ini, Coswer ini telah disertai dengan pelbagai
bahan visual, gambar dan animasi yang sesuai untuk menarik perhatian murid. Selain itu,
penghasilan Coswer ini berdasarkan keupayaan serta ciri-ciri murid-murid berkeperluan khas
yang mempunyai penguasaan bahasa yang lemah, seperti murid-murid yang menghadapi
masalah disleksia, autisme, kerencatan mental dan sebagainya. Mereka sering mengalami
kesukaran untuk mengenal dan membezakan huruf yang hampir sama. Dengan ini, pelbagai
jenis kesan bunyi dan rakaman telah disertakan dalam Coswer ini untuk memastikan
pengajaran boleh disampaikan dengan berkesan.

Sementelahan itu, pengetahuan sedia ada murid diguna pakai dan disesuaikan dalam
Coswer ini. Murid-murid berkeperluan khas dapat menguasai sesuatu pengetahuan dengan
cepat sekiranya pengetahuan tersebut adalah berkaitan dengan kehidupan mereka.
Pengalaman sedia ada ini dapat membantu murid-murid membina pengetahuan sendiri
secara aktif. Contohnya, dalam koswer ini, beberapa suku kata kvk+ kv telah dipilih untuk
diajar kepada murid-murid supaya mereka dapat membaca di mana mereka sudah tahu dan
pernah lihat benda-benda tersebut sebelum ini. Cara pembelajaran ini akan meninggalkan
kesan yang lebih mendalam kerana ia merupakan hasil daripada usaha murid itu sendiri.
Dengan mengenal pasti keperluan setiap murid, guru dapat memilih strategi, bahan sumber
dan media yang paling wajar untuk mencapai hasil pembelajaran dengan efektif. Usaha ini
adalah selaras dengan anjakan PPPM untuk melahirkan murid berpengetahuan yang
menguasai kemahiran dalam bahasa. Penganalisisan guru yang tepat dapat membantu
mencapai objektif pembelajaran tajuk tersebut.

Langkah kedua adalah menyatakan hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran Coswer


ini adalah murid dapat membaca enam perkataan kvk + kv iaitu, (pintu, panda, kunci, mandi,
lampu dan garpu). Penentuan hasil pembelajaran membolehkan koswer ini menyediakan
suatu persekitaran pembelajaran yang merangsangkan. Sebagai contoh, koswer ini
mewujudkan suatu persekitaran di mana murid-murid seolah-olahnya melihat benda-benda
tersebut dalam bentuk grafik. Grafik ini diikuti dengan suara cara untuk membaca secara
dengan betul dan kuat. Persekitaran pembelajaran yang wujud dalam Koswer ini dapat
meningkatkan minat murid dalam pembelajaran, mengurangkan kebosanan dan keletihan
murid, merangsang pembelajaran murid dan sekali gus memupuk murid melibatkan diri
secara aktif dalam proses pengajaran. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih
berkesan kerana mereka dapat mengaitkan isi pelajaran dengan multisensori mereka.

Lebih –lebih lagi, persekitaran pembelajaran yang merangsang dapat memupuk sifat
ingin tahu murid. Sifat ingin tahu adalah salah satu profil murid yang perlu ada untuk
melahirkan murid berupaya bersaing pada peringkat global melalui pelaksanaan KBAT.
Murid-murid yang mempunyai rasa ingin tahu mempengaruhi minat dan kesungguhan mereka
untuk meneroka strategi dan idea baharu. Murid-murid turut menikmati pengalaman
pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan jikalau mereka mempunyai sifat ingin tahu.
Dalam pada ini, sifat ingin tahu murid dapat dipupuk melalui Koswer ini. Sebagai contoh,
animasi pergerakan dalam uji minda dapat mendorong murid untuk merangsang idea ingin
tahu.Situasi ini secara tidak langsung akan meningkatkan semangat kanak-kanak dalam
mencari jawapan yang sepatutnya.. Selain itu, cara penilaian pencapaian murid juga
ditetapkan dengan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas. Contohnya, dalam Koswer ini,
murid-murid perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan hasil pembelajaran.
Pengiraan markah akan dibuat selepas murid-murid menjawab soalan. Oleh itu, guru harus
menjadi pembimbing apabila murid-murid membuat latihan yang disediakan dalam koswer ini.

Langkah –langkah seterusya ialah melibatkan pemilihan kaedah, media dan bahan
sumber serta penggunaan media dan bahan sumber. Penggunaan kaedah media dan bahan
sumber sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru
telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan
dalam objektif pembelajaran. Salah satu daripada implikasi positif penggunaan ini dalam
proses pembelajaran ialah ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana
murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya, dalam koswer
ini, pelbagai nota ringkas dan padat dimasukkan agar kanak-kanak boleh meningkatkan
kemahiran membaca. Tambahan lagi, koswer ini juga mengandungi soalan dan game yang
menguji minda kanak-kanak. Soalan-soalan yang menguji minda ini akan melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kanak-kanak yang mempunyai
kemahiran berfikir ini akan menggunakan sifat ingin tahu atau inkuiri untuk meneroka sesuatu
bidang pembelajaran. Situasi yang membingungkan ini akan meningkatkan semangat kanak-
kanak dalam mencari jawapan yang sepatutnya. Koswer ini akan melahirkan kanak-kanak
yang mempunyai kemahiran berfikir dan sifat meneroka dengan deria sendiri.
Selain itu, penggunaan media dan bahan yang berpusatkan murid ini akan
menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti
yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan dalam koswer ini. Integrasi
pendekatan yang digunakan akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif
kepada semua murid kerana mereka tidak terikat dengan teknik pengajaran tradisional yang
agak membosankan dimana ianya lebih berpusatkan guru sahaja. Aplikasi penggunaan
pelbagai jenis media, grafik dalam koswer ini akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya

terikat kepada kaedah “talk and chalk”.

Langkah terakhir adalah penilaian dan semak semula .Cara Koswer ini menjalankan
penilaian mempunyai ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Pertama, pembelajaran abad ke-21
mengutamakan penggunaan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut. Dalam perkara ini, murid-murid perlu
menggunakan komputer untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
Koswer. Selain itu, pembelajaran abad ke-21 turut mementingkan pembelajaran aktif sama
ada dengan perbincangan bersama kawan, ataupun melalui penggunaan komputer.
Walaupun koswer ini bukan merupakan benda hidup, tetapi Koswer ini telah disertai dengan
pelbagai unsur multimedia interaktif. Murid-murid dapat berinteraksi dengan media
pengajaran secara aktif.

Pada masa yang sama, koswer ini dihasilkan melalui gabungan pelbagai multimedia,
video, bunyi, teks dan grafik yang menjadikan koswer ini sebuah multimedia interaktif di mana
murid-murid dapat belajar tanpa kehadiran guru. Sebagai contoh, murid-murid dapat belajar
mengenali perbendaharaan kata melalui koswer, kerana gambar dan cara penyebutan,
perkataan telah dimasukkan dalam koswer. Ciri-ciri ini adalah selaras dengan ciri
pembelajaran abad ke-21 yang menitikberatkan pembelajaran kendiri di mana bilik darjah
masih boleh berfungsi dengan pelbagai aras pembelajaran apabila guru tidak hadir.
Kesimpulannya, kini menjadi tanggungjawab pendidik untuk berusaha bersungguh-sungguh
melaksanakan pendidikan berdasarkan fokus utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia iaitu, kemahiran aras tinggi, Pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan maklumat
dan komunikasi yang diolah dengan cukup baik. Seterusnya akan terbinalah masyarakat
yang mempunyai daya intelektual seiring dengan kebenaran sejagat (universal).

Anda mungkin juga menyukai