Anda di halaman 1dari 6

Sudah terang lagi bersuluh, hari perayaan merupakan sambutan rasmi yang lazim dilakukan

di di negara Malaysia. Setiap perayaan di negara kiat berbeza-beza mengikut bangsa masing-
masing. Tamsilnya, bangsa Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri, bangsa Cina
menyambut Tahun Baru Cina dan bangsa India menyambut Deepavali. Sehubungan dengan
itu, rumah terbuka acap kali diadakan semasa menyambut perayaan-perayaan ini. Majlis
rumah terbuka sudah menjadi amalan masyarakat Malaysia. Kerajaan juga menggalakkan
rakyat mengadakan rumah terbuka supaya penduduk yang berbilang kaum dapat mengenali
antara satu sama lain. Secara tidak langsung, hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat di negara ini. Terdapat banyak kepentingan mengadakan rumah
terbuka pada hari perayaan.

Salah satu kepentingan menganjurkan rumah terbuka ialah majlis ini mendorong
masyarakat mengeratkan silaturahim tanpa mengira kaum dan agam. Dalam majlis yang
diadakan, semua tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka itu dapat bertanyakan khabar
dan berkenalan antara satu sama lain sambil menikmati makanan yang disajikan. Dengan itu
hubungan silaturahi dapat dipererat dan secara tidak langsung perpaduan dapat dicapai.
Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian misi dan visi negara dalam
usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Jadi, setiap kaum di Malaysia boleh
berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halanganyang perlu dibimbangi.
Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

Di samping mengeratkan silaturahim, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu
masyarakat mengenali budaya sesuatu kaum. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu
bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini
juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu
sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang dalam kalangan rakan-
rakan mereka sendiri. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan
sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu
juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain lain
serta budaya yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
negara kita. Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapt dipelajari melalui amalan
murni ini.

Selain itu, amalan rumah terbuka dapat melahirkan perasaan hormat dan bermaaf-
maafan. Hal ini wujud apabila kita menghadiri rumah terbuka yang tuan rumahnya lebih
berusia, tetamu yang muda akan berasa hormat dan menyalamnya. Bukan itu sahaja, amalan
bermaaf-maafan juga menjadi tradisi apabila datangnya hari perayaan. Di samping itu,
amalan rumah terbuka dapat mengurangkan perasaan rendah diri akibat perbezaan taraf
hidup. Hal ini kerana apabila majlis rumah terbuka dianjurkan, semua tetamu dijemput hadir
tanpa mengira miskin atau kaya. Tuan rumah akan melayan semua tetamu yang hadir dengan
layanan yang sama rata. Dengan itu, mereka yang miskin akan berasa dihargai dan gembira
dengan layanan yang diberikan oleh tuan rumah.

Bayangan yang samar kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak
membawa kepentingan serta kebaikan kepada negara dan masyarakat. Oleh itu, konsep
rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak
difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat
sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap baru pahat
berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan sudah
pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi realiti dan
bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di dalam
peta dunia namun usaha untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada mata dunia.
Marcapada kini penduduk Malaysia telah sekian lama mengetahui
amalan rumah terbuka dalam kalangan masyarakat sering dilakukan
terutama sekali pada musim-musim perayaan. Rumah terbuka sering
diadakan kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum, atau lebih dikenali masyarakat
majmuk.

Amalan rumah terbuka sering diadakan kerana pelbagai perayaan yang


wujud di Malaysia. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina
dan Deepavali. Dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia,
hal ini dapat mengeratkan ikatan yang sedia terjalin. Selain itu, dengan
slogan Perdana Menteri kita, "Satu Malaysia" hal ini amat sinonim
sekali untuk menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat
negara ini.

Selain itu, amalan rumah terbuka dapat menyuburkan dan mengeratkan


hubungan silaturahim dengan jiran tetangga. Kesibukan bekerja
adakalanya kita tidak mengenali jiran tetangga, maka inilah ruang dan
peluangnya kita mengenali mereka. Di samping itu amalan tolong-
menolong,dan bergotong-royong dapat disuburkan. Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Hal ini sangat perlu, kerana bak kata pepatah,
bersatu teguh bercerai kita roboh.

Selain itu,dengan adanya rumah terbuka, kita dapat melihat dan merasai
kepalbagaian aneka masakan yang disajikan kepada tetamu. Kita juga
dapat melihat keunikkan adat dan tradisi yang diamalkan oleh sesuatu
kaum. Adat dan budaya ini masih dipertahankan dan menjadi pegangan
dan amalan kepada setiap kaum di negara kita. Bagi mereka, biar mati
anak, jangan mati adat.Kepelbagaian adat dan budaya serta amalan
pelbagai kaum di negara kita menjadi satu daya tarikan kepada
masyarakat luar, khususnya para pelancong.

Pada pendapat saya, amalan rumah terbuka banyak memberikan


kebaikan kepada masyarakat kita. Oleh itu amalan rumah tebuka ini
haruslah disuburkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini perlu supaya
amalan yang baik ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi
memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai
peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan
Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum
utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu
Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan
majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai
kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan
mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai
kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat
memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan
negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu
teguh, bercerai roboh’.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang


memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu
antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang
tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat
terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu
masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat
perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan
harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan
setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara
maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat
menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu
ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari


Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat
disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban
dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program
hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi
serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai
contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri
dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh
mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa
usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan
dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan
hubungan antara kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang
pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang
sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun.
Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil
juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan
yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain
itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya,
memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi
pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga
merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para
pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh
mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan
peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin
ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu
baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai
dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-
nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat
antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam
negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja
yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan
semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang
merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para
remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing
dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan
yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa
PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan
kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran


sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia.
Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai
hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu
misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah
pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah
aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum
demi visi Wawasam 2020.

Anda mungkin juga menyukai