Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam
masa yang ditetapkan. Selepas saya menerima kerja khusus isu-isu dan
trenda dalam pendidikan khas dari Puan Rayahin, saya tidak dapat menafikan
bahawa diri saya kurang pengetahuan tentang pelaksanaan kerja kursus.
Pelaksanaan kerja kursus ini telah membantu saya memperoleh sebuah
pengalaman baru yang sangat berharga dan penting untuk masa depan saya
kelak di alam pekerjaan sebagai seorang pendidik.

Kerja kursus ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian


pertama memerlukan saya untuk membuat ulasan secara kritis pada jurnal.
Seterusnya, bahagian kedua pula memerlukan saya untuk membina instrumen
kajian dan laksanakan kajian terhadap isu-isu dalam pendidikan khas dan
bahagian terakhir kerja kursus pula memerlukan saya untuk membuat
penulisan reflektif terhadap kerja kursus.

Semasa menerima kerja kursus, saya berasa keliru dan takut untuk
memulakan tugasan ini kerana takut tersalah tafsir kehendak soalan. Puan
Rayahin telah memberikan penerangan tentang segala tugasan ini. Beliau
telah menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan dari awal hingga
akhir. Atas kesungguhan dan bimbingan dari Puan Rayahin, saya dapat
memahami dengan jelas segala kehendak soalan. Bimbingan dari beliau telah
menaikkan semangat saya untuk melaksanakan tugasan dengan baik.

Selepas pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah mempelajari pelbagai


ilmu pengetahuan yang bertindak sebagai serampang dua mata bagi saya.
Selepas mendapatkan bimbingan dari Puan Rayahin dan membuat rujukan
dari pelbagai sumber, saya telah mempertingkatkan ilmu tentang cara
membuat ulasan jurnal secara kritis dan menggunakan format yang betul.
Penulisan ulasan jurnal dengan menggunakan format yang betul adalah
penting supaya dapat mencatat isi maklumat yang penting dalam sesebuah
jurnal.

Seterusnya, penulisan ulasan jurnal juga membantu saya menguasai


pelbagai ilmu yang berharga. Hal ini demikian kerana setiap jurnal itu
merupakan hasil kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji yang banyak
mengorbankan masa dan tenaga. Pengkaji seterusnya memaparkan hasil
kajian dalam bentuk penulisan jurnal. Oleh itu, penulisan ulasan jurnal itu telah
membantu saya memahami hasil pemikiran dan kajian yang dilakukan oleh
mereka dan seterusnya mengembangkan pemikiran saya.

Jurnal yang dipilih dan diulas dalam kerja kursus ini telah berjaya
menyedari saya bahawa pendidikan Khas bukanlah satu cabang profession
perguruan yang bersih dari isu-isu dan masalah yang pelbagai ragam dan
kadangkala sangat membimbangkan. Jurnal yang diulas telah memberi
gambaran fenomena bias dalam pelajaran khas dan pelajaran normal sering
berlaku di sekolah. Pendidikan khas tidak seperti yang disangkakan oleh
sesetengah pihak. Apabila berkhidmat dalam program ini, kesabaran yang
sangat tinggi diperlukan dan pengorbanan dari pelbagai aspek untuk mendidik
dan membimbing murid-murid khas yang sememangnya mempunyai hak untuk
belajar dalam kelas normal untuk membantu memperkembangkan potensi
mereka.

Dalam bahagian kedua kerja kursus iaitu membina instrumen kajian dan
melaksanakan kajian pula, saya juga mempelajari pelbagai pengalaman yang
berharga. Saya telah membina instrumen kajian iaitu soal selidik dan
laksanakan di sekolah. Seterusnya, saya mengedarkan kepada guru-guru di
sekolah dan berinteraksi dengan mereka untuk membantu saya melaksanakan
kajian saya.

Semasa berinteraksi dengan guru-guru di sekolah, saya telah berjaya


memperoleh pengalaman yang baru seperti yang dinyatakan dalam teori
pembelajaran Interaksionalisme. Interaksi dengan pelbagai pihak untuk
menjalankan kajian telah menyedarkan saya bahawa begitunya penting
interaksi dengan orang lain. Saya dapat mempelajari pelbagai ilmu daripada
orang lain. Melalui interaksi dengan para guru, saya mampu lebih mengenali
mereka dan seterusnya dapat melaksanakan kajian saya.

Melalui pelaksanaan kerja kursus, saya juga telah memahami bahawa


cara membuat penulisan akademik berdasarkan sesuatu masalah dalam
pendidikan khas. Saya telah berjaya melaksanakan kajian dengan
menggunakan instrumen kajian dan berinteraksi dengan guru-guru. Hal ini
merupakan pengalaman yang amat berharga kerana saya akan membuat
penyelidikan tindakan pada semester seterusnya. Oleh itu, pelaksanaan kerja
kursus ini telah membuka minda saya tentang cara untuk menghasilkan
instrumen kajian dan melaksanakan kajian.

Akhir kata, kerja khusus ini telah banyak membantu saya dalam
mempertingkatkan ilmu dalam isu dan trenda dalam pendidikan khas.
Pelaksanaan tugasan ini juga telah membuka kotak fikiran saya untuk lebih
berfikir di luar kotak. Selepas pelaksanaan kerja kursus ini, saya juga telah
memahami bahawa pendidikan Khas ini merupakan satu cabaran kepada guru.
Hal ini demikian kerana guru akan mencuba sedaya upaya untuk membentuk
murid yang dari tiada apa-apa menjadi murid dan insan yang boleh. Oleh itu,
saya akan berusaha untuk mengaplikasikan ilmu yang saya perolehi dalam
alam pekerjaan saya kelak.

Anda mungkin juga menyukai