Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

CERAMAH
MENANGANI GEJALA
SOSIAL
TEMPAT:
KANTIN, SK KUALA TERIANG

TARIKH:
01 APRIL 2018 (AHAD)

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENDAHULUAN
Program Ceramah Remaja dan Masalah Sosial Masa Kini merupakan satu
program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan
Kuala Teriang, Langkawi. Program yang bakal dilaksanakan ini merupakan salah satu
program berorentasi pendidikan kepada murid berkaitan dengan permasalahan sosial
dalam kalangan murid, pelajar dan remaja.

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang


amalan disiplin yang positif seharusnya dipupuk dikalangan murid dan menanamkan
budaya disiplin yang sihat. Program ini juga merupakan antara langkah pencegahan yang
terbaik bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Negara yang ingin menghasilkan
murid yang berilmu tinggi dan mengurangkan masalah sosial dikalangan murid dari
terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang akhirnya memusnahkan pemuda-pemudi
harapan negara pada hari ini.

2.0 MATLAMAT PROGRAM


2.1 Memupuk amalan disiplin yang baik dikalangan murid.
2.2 Mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
2.3 Mewujudkan sikap bertanggungjawab dan rasa sayang terhadap diri sendiri, keluarga,
masyarakat, bangsa dan negara.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Melahirkan insan yang mempunyai sifat sayang pada diri sendiri
3.2 Meningkatkan kesedaran diri murid bahawa disiplin yang bagus akan memberi
kejayaan kepada murid.
3.3 Memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dikalangan murid untuk sama
sama membanteras masalah disiplin di kalangan murid.
3.4 Menjadikan kawasan sekolah bebas dari salah laku dan masalah disiplin.

4.0 SASARAN
Warga SK Kuala Teriang, Langkawi

5.0 KETETAPAN
Tarikh : 01 April 2018 (Ahad)
Tempat: Tapak Perhimpunan SK Kuala Teriang.
Masa : 7.30 pagi
6.0 TEMA PROGRAM
“Disiplin Cemerlang, Sahsiah Gemilang”

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

CERAMAH REMAJA DAN MASALAH SOSIAL MASA KINI

PENAUNG
Tn. Hj. Din bin Ibrahim

PENASIHAT
Pn. Rakiah binti Ramli
Tn. Hj. Fadzil bin Abd Hamid
En. Morat bin Saad

SETIAUSAHA
Pn. Zabiah binti Asnah

DISIPLIN & KAWALAN MURID PERSIAPAN TEMPAT


Haji Mohd Shazuri bin Saad En. Mohd Zamri bin Hashim
Mohd Syahir bin Saidin En. Fadzil bin Mohamad Noh
Pn. Rosmaria bt Abd Rahim En. Mohd. Zaini b. Mohd Isa
Pn. Farizan bt. Saiddin En. Haizuwan b. Md. Ad. Sani
Pn. Huzaifah bt Md Daud En. Mat Najib b. Abd Kadir
Pn. Kalsom binti Nyan
Pn. Nurul Fadhilah bt Mohd Nasir JEMPUTAN VIP
Pn. Hajjah Norlida binti Wahab En. Mohd Nasrul bin Karim
Pn. Rosiah binti Najamudin En. Ahmad Saad bin Othman
Pn. Wan Nur Syazwana bt Wan Azmi
PENGACARA MAJLIS
PERSIAPAN TEKNIKAL En. Azeri bin Saad
En. Saiful Hazreen bin Basiran
HADIAH & CENDERAMATA
DOKUMENTASI Pn. Nurazlina binti Alias
Pn. Zabiah binti Asnah
Pn. Marfuzah binti Saad
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER


KEWANGAN
1 Cenderamata Penceramah RM 30 x 2 RM60.00 Unit Bimbingan dan

2 Makan & Minum RM 10 x 4 RM40.00 Kaunseling


RM100.00

9.0 TENTATIF PROGRAM


Masa Aktiviti Tindakan
7.40 pagi Nyanyian Lagu Negaraku Warga SKKT
Nyanyian Lagu Negeri Kedah
Nyanyian Lagu Sekolah
Ikrar
8.00 pagi Ucapan Guru Besar
8.15 pagi Ucapan Sarjan Ahmad bin Ramli
9.00 pagi Penyampaian cenderahati

10. PENUTUP
Dengan adanya program ini, diharapkan agar ia dapat mencapai matlamat dan objektif
sekolah yang ingin meningkatkan prestasi mutu sahsiah yang cemerlang dan mengurangkan
masalah salah laku disiplin murid. Adalah dipercayai bahawa disiplin yang baik akan dapat
membantu murid untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Di samping
itu, diharapkan program yang diadakan dapat meningkatkan jati diri dan moral murid-murid
supaya mereka tidak terjebak dengan bahana gejala sosial kelak.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………..…..... ……………….……………..
(ZABIAH BINTI ASNAH) (HJ. DIN BIN IBRAHIM)
Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Besar
SK Kuala Teriang, Langkawi SK Kuala Teriang, Langkawi

Anda mungkin juga menyukai