Anda di halaman 1dari 152

Biogenic Aura Crest Academy

Rahsia Sikap - Biogenic Model

Membongkar rahsia pembangunan sikap


berpandukan Biogenic Model

Bina Akhlak, Cetus Aspirasi

Abang Yew
Pelopor Biogenik Model

The Secret of Character Building 1


Permata Minda Anda

Sebutir permata terlantar dalam jiwa


Menunggu saat untuk anda kilapkan
Berpuluh tahun tidur lena tanpa sinaran
Muka permata kelihatan kotor berdebu
Tetapi, kecantikan dalaman terus nyaring menjerit
Bahawasanya keindahan masih tersirat
Sampai masa Biogenik Minda membuat panggilan
Gergasi dalaman yang tertidur menyahut “Saya di sini”
Tercetusnya gegaran perubahan yang pertama
Dengan proses transformasi yang berirama
Membuang kotoran , membongkar kebenaran
Akhirnya, tercapailah saat kejayaan abadi
Permata bersinar dengan jutaan kilauan
Memancar dunia dan menggegarkan alam
Meraikan kejayaan dan keagungan penuh riang
Meninggalkan legasi yang penuh bermakna
Demi dunia yang indah untuk kalian

Abang Yew
Pelopor Biogenik Minda
Wednesday, September 07, 2011

The Secret of Character Building 2


Sepatah Dua Kata dari Abang Yew

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan


ribuan terima kasih kepada penasihat projek
saya, Y.Bhg.Prof. Madya Dr. Mohammed Fadzil
Che Din atas segala nasihat, bantuan,
bimbingan sepanjang pembangunan projek.

Penghargaan saya juga diajukan kepada


keluarga saya yang tersayang. Tanpa sokongan
mereka , toleransi dan pengorbanan, saya tidak
akan mencapai perkembangan seperti yang
diraikan pada hari ini.
Akhirnya, saya merakamkan penghargaan
kepada mentor hidup pertama dalam hidup ,
iaitu Paul J Meyer. Program SMI anda cukup
menakjubkan dan telah menjadi teras dalam
penerokaan Biogenic Model.

The Secret of Character Building 3


Juga tidak lupa kepada semua rakan “Master
Study” di UPM 2004 / 5 dan semua individu
yang saya tidak sempat tuliskan nama anda
satu persatu dalam buku ini.

The Secret of Character Building 4


Sertailah sessi “Biogenic Success Sharing”
secara online (www.hilteryew.com/member)
dan menerima tips penggunaan Biogenic
Model yang efektif serta berita inspirasi yang
yang hangat dari masa ke semasa demi
membina hidup yang lebih gemilang dan
kaya raya!

Atas dasar misi hidup saya untuk menyentuh


seramai orang dalam konteks
kecemerlangan sikap, saya memberi
kebenaran untuk anda berkongsi ilmu yang
terkandungan dalam E Book Istimewa (Harga
US47) kepada sesiapa yang anda fikirkan
perlu dengan syarat anda tidak mengubah
kandungannya.

Catatan : Terbitan draf pertama ini masih mempunyai kekurangan dan


kesilapan baik dari segi penggunaan perkataan, nahu atau susunan ayat.
Maklum balas anda amatlah saya hargai.

The Secret of Character Building 5


Penerbit buku ini telah berusaha sedaya
upaya untuk memastikan kandungan yang
tepat dan lengkap dan penulis tidak
menjamin kandungan sentiasa dikemas kini
mengikut perkembangan maklumat yang
semakin pesat kebelakangan ini.

Biarpun berbagai usaha telah diambil untuk


mengesahkan maklumat yang terkandung
dalam penerbitan ini, penerbit tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang
kesilapan, kesalahan, maklumat yang
tertinggal atau penterjemahan yang
bercanggah dengan dengan subjek sebenar.
Sebarang tangkapan yang dibuat terhadap
seseorang , organisasi atau individu tertentu
bukanlah disengajakan.

The Secret of Character Building 6


Sebagai sebuah buku yang menawarkan
nasihat praktikal; ia tidak menjanjikan
sebarang pendapatan mahupun an kesan
yang muktamad. Setiap pembaca hendaklah
menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk
menilai dan mengaplikasikan ilmu yang
disampaikan mengikut keadaan. Buku ini
hanya bertujuan untuk menyalurkan
maklumat dan tidak berhajat untuk dijadikan
sebarang sumber perundangan, perniagaan,
perakaunan mahupun nasihat professional.
Semua pembaca dinasihatkan untuk
mendapatkan bimbingan professional dari
pakar, baik dalam bidang perundangan,
perniagaan, perakaunan mahupun
pembangunan insan.
Anda digalakk untuk mencetakkan buku ini
untuk memudahkan anda membaca.

The Secret of Character Building 7


Pengenalan
Hi, nama saya Hitter Yew, ramai orang
memanggil saya Abang Yew atau Cikgu Yew,
Saya adalah pengasas Biogenic Aura Crest
Academy and pelopor modul latihan minda
“Biogenik Aura” yang bertujuan untuk
membina akhlak dan mencetuskan aspirasi

Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah


atas hajat anda untuk mendapatkan buku ini.
Anda kini sedang berhadapan dengan suatu
pendekatan yang bersifat revolusi, berkesan
dan mujarab untuk membentuk transformasi
sikap dan tabiat seseorang.

Anda mungkin bertanya-tanya, dengan rasa


curiga dan was was… “Adakah aplikasi
mental yang sebegitu mudah ini dapat

The Secret of Character Building 8


membantu saya , malah mengubah hidup
saya?”

Anda mungkin berkata “Semua orang pasti


menghebohkan programnya sebagai suatu
program yang unik dan terbaik.”

Untuk menjawab soalan ini dan


membuktikan keberkesanan model ini secara
praktikal, saya ingin kongsikan kisah benar
hidup saya…. …

The Secret of Character Building 9


Bagaimana Biogenic Model mengubah hidup
saya
Waktu saya berada di sekolah menengah, saya amat lemah dalam
matapelajaran matematik. Biarpun saya berusaha dengan gigih dan
bersungguh-sungguh, keputusan peperiksaan matematik saya masih
di bawah paras lima puluh markah. Guru matematik cuba sedaya
upaya memberi bimbingan kepada saya. Selalunya, saya dipanggil
untuk duduk di depan kelas agar memudahkan guru memberi
perhatian pada setiap gerakerja matematik saya.

Bila saya berada di Tingkatan empat, saya membuat keputusan


untuk melepaskan matematik tambahan. Ini kerana saya tidak dapat
menguasaikan pembelajaran dan tidak berminat dengan matematik.
Bila saya sampai ke tingkatan enam, Matematik Tambahan adalah
matapelajaran wajib untuk semua pelajar aliran Sains. Apa boleh
buat, saya terpaksa memperuntukkan beberapa jam tuisyen
matematik setiap hari selepas waktu sekolah. Untuk saya, Matematik
adalah subjek yang paling menyeksa sekali.

Mengenal hakikat saya lemah dalam Matematik, saya terus hilang


keyakinan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Biarpun
demikian, saya masih mempunyai kemahuan untuk melanjutkan
pelajaran di universiti. Sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga,
saya tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa. Setiap malam
sebelum tidur, saya baring atas katil sambil memikirkan impian
universiti. Saya melihat dengan jelas saat saya mengucapkan

The Secret of Character Building 10


selamat tinggal dengan ibu bapa saya di lapangan terbang Kota
Kinabalu. Saya sendiri tidak pasti mengapa saya begitu kusyuk sekali
dengan imaginasi sedemikian pada waktu tersebut. Setiap episod
yang saya ukirkan dalam minda membentuk kesungguhan dan
komitmen yang kuat dalam hati saya.

Kesedaran matlamat yang kuat dari imaginasi harian telah memberi


saya “semangat luarbiasa” untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran. Saya masih ingat rutin bangun awal pagi setiap hari untuk
mengulangkaji BM dan Biogenic Impact, kerana kedua-dua subjek ini
menjadi teras penguasaan ilmu di universiti kelak. Di samping
berbagai tugasan rumah tangga serta membantu bapa dalam
perniagaannya, Saya tetap menggunakan setiap minit yang ada
dengan sepenuhnya untuk belajar, khasnya pada waktu malam.
Saya juga mengguna masa hujung minggu dan cuti am untuk
membuat rujukan tambahan di perpustakaan negeri. Saya juga
mengorbankan semua hiburan dan rancangan TV yang menarik.

Dalam tahun 1988, impian universiti saya menjadi kenyataan.


Sungguh menakjubkan, saya telah mendapat principal dalam semua
subjek dalam STPM. Ini melayakkan saya untuk memohon
kemasukan ke universiti tempatan. Semua bayangan minda kini
telah bertukar menjadi suatu kenyataan yang sebenar dalam hidup
saya. Pada 25hb June 1988, saya telah menerima surat tawaran dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di Bandar Baru
Bangi. Saya sungguh terharu sekali. Daya motivasi saya untuk

The Secret of Character Building 11


mengejar impian universiti telah mengatasi semua keraguan dan
kerisauan.
Di samping itu, saya juga sering mengamalkan video ayangan minda
dalam berbagai aspek kehidupan yang lain. Saya bayangkan diri
saya naik ke pentas dan menerima Anugerah Pelajar Terbaik
Sekolah, dan ia menjadi kenyataan pada tahun 1985. Saya
membayangkan diri saya sebagai Ketua Pengawas sekolah, ia juga
menjadi kenyataan. Saya membayangkan diri saya menjadi juara
dalam pertandingan syarahan. Syukur, saya telah berkali-kali menjadi
juara dalam pertandingan peringkat sekolah dan peringkat negeri.
Saya bayangkan diri saya menerima Lencana Pengakap Diraja di
istana dan ia menjadi kenyataan pada tahun 1987.

Setelah tamat universiti, saya telah melibatkan diri dalam berbagai


bidang kerjaya. Saya bayangkan diri saya menjadi “top sales” dalam
perniagaan penapis air bersama Hurley Sdn Bhd, ia menjadi
kenyataan dalam tahun 1991. Saya bayangkan diri saya diri saya
sebagai “Pemidato Terbaik” dalam perjumpaan Toastmasters, ia
menjadi kenyataan pada tahun 1992. Saya bayangkan diri saya
menjadi seorang “corporate trainer” dan menjadi kenyataan pada
tahun 1994. Pada ketika itu, saya bekerja sebagai “Agency Trainer”
untuk syarikat Malaysia National Insurance (MNI). Selepas itu, saya
mengilhamkan diri untuk menjadi seorang penulis ruangan motivasi
di suratkhabar dan saya bayangkan hajat saya. Ia menjadi kenyataan
pada tahun 1995, pengalaman pertama saya sebagai penulis
(columnist) di Borneo Post. Selepas itu, saya membayangkan diri
saya menjadi seorang penceramah professional (Professional Trainer)

The Secret of Character Building 12


sepenuh masa. Pada tahun 1997, saya menubuhkan konsultan
kejurulatihan yang pertama di Sabah. Saya terus bayangkan diri saya
bercakap dengan ratus ribu pelajar seluruh Malaysia serta melawat
ke lapangan terbang setiap petang untuk membayangkan saat
kapalterbang berlepas dan saya diundang untuk memberi ceramah di
negeri lain. Semua ini menjadi kenyataan. Pada tahun 2000, saya
bayangkan diri saya muncul di depan kaca TV. Pada tahun 2001,
saya muncul buat pertama kali di TV2, Moving On Two sebagai
tetamu undangan untuk membicarakan tajuk “How to be a happy
teenager”. Saya juga menerima undangan dari TV1 sebagai Pakar
Motivasi sessi santai pagi buat lebih 50 siri di rancangan Selamat
Pagi Malaysia. Sekarang, saya sedang bayangkan diri saya
menyempurnakan 100 siri CD latihan sebelum mencapai usia 50
tahun, separuh darinya telah disempurnakan setakat ini.

Saya mula nampak dan yakin, betapa “bayangan” dapat MENJADI


FAKTOR YANG DOMINAN DALAM KEJAYAAN HIDUP SAYA. Bila
kemahuan saya berkobar-kobar, sikap saya akan diselaraskan
secara automatic mengikut hajat yang saya hendakkan. Dengan erti
kata lain, bila saya mempunyai kemahuan yang kuat untuk masuk ke
universiti, sikap pembelajaran saya menjadi semakin agresif dan
komited. Saya mula menghargai proses reformasi minda dan mula
mengamalkan video minda dalam berbagai aspek kehidupan saya.
Dengan kesungguhan ini, saya berhajat hendak memantapkan idea
tersebut dan seterusnya berkongsi dengan sesiapa yang hendak
mempelajarinya.

The Secret of Character Building 13


Saya mula membaca buku , journal dan lapuran Saintifik yang
berkaitan dengan model refleksi dan imaginasi. Ramainya pakar
motivasi dan penceramah berkaliber di dunia telah
mempropagandakan konsep yang mudah tetapi berkesan sekali
terhadap transformasi hidup. Saya juga menyertai beberapa program
bimbingan (Coaching Program) dari Mahaguru yang terkenal ,
termasuknya Paul J Meyer, Anthony Robbin , Brian Tracy, Steven
Covey. Semua dari mereka menghuraikan prinsip yang sama.
Mengenal hakikat bahawa prinsip bayangan ini telah menjadi amalan
sejak saya di bangku sekolah, saya sungguh tertarik dan percaya
dengan methodologi tersebut.

Saya mula berkongsi methodologi “Bayangan Pemantauan”


(Futuristic Imagination) dengan mengadunkan musik latar sejak
tahun 1997 dan saya namakannya sebagai Program Autogenesis
ketika itu.

Ramai dari pelajar yang menyertai sessi motivasi saya telah


mengaplikasikan methodology ini dalam hidup mereka juga. Saya
membimbing mereka untuk menggambarkan setiap detik masa
depan serta menanam impian universiti sejak di bangku sekolah lagi.
Sehingga ini, lebih dari 100,000 pelajar seluruh Malaysia telah dapat
belajar kaedah tersebut.

Dalam 2003, saya melanjutkan pelajaran Master saya di UPM dan


saya telah berkenalan dengan seorang pensyarah yang hebat
bernama Y.Bhg.Prof.Madya Dr. Mohammed Fadzil Che Diners Club.

The Secret of Character Building 14


Dr.Fadzil mempunyai kecenderungan yang kuat dalam bidang
kaunseling dan latihan reflection. Saya telah berkongsi rakaman
modul Autogenesis dengan Dr.Fadzil dan mendapat komen darinya.
Beliau telah memberi maklumbalas yang cukup bermakna kepada
saya telah mendorong saya untuk terus menjalankan penyelidikan
dalam model mental tersebut.

Dalam 2010, saya namakan semula program ini sebagai “Biogenic


Mind Visualization”. Satu dari keunikan program ini ialah keupayaan
pengamal Biogenic Model menghidupkan setiap fasa imaginasi
secara nyata dan beremosi dengan mengadunkan musik latar yang
bersesuaian dengan setiap episod yang diukirkan dalam minda.
Biogenik Minda menjadi satu-satunya model latihan minda yang
mengaplikasikan psikologi musik serta takrifan terperinci. Dengan
munculnya model revolusi ini, saya mula memperkenalkan Biogenic
Model sebagai suatu pendekatan terulung di dunia dalam sejarah
pembangunan insan.

Untuk membolehkan methodology ini dimanfaatkan oleh para


kaunselor , ibu bapa dan guru seluruh Malaysia , saya telah
mempeloporkan penubuhan Biogenic Aura Crest Academy
(Singkatan BACA) sebagai organisasi pembangunan sikap yang
terulung di Malaysia.

Sekarang , anda dapat mengenal kuasa Biogenic Mind Visualization


yang akan saya serahkan kepada anda untuk mengaktifkan “Rukun
Tarikan” dalam hidup anda sebagaimana yang telah berlaku dalam

The Secret of Character Building 15


hidup saya dan pelajar yang telah menerima ramuan tersebut dari
seminar yang saya kendalikan.

Saya berharap anda sudah mula sedar dan menghargai kuasa


luarbiasa, potensi dan kekuatan Biogenik Minda sebagai suatu
permata yang cukup bernilai dari saya kepada anda.

Adakah anda juga hendak menggunakan Biogenic Model untuk


mentransformasikan hidup anda?

Jika benar, mulalah terima amalan tersebut dan mula aktifkan


“Magnet Minda” anda untuk diri anda sendiri.

Saya sudi menunggu riwayat kecemerlangan hidup anda !

Abang Yew
Pelopor Biogenik Minda

The Secret of Character Building 16


Kandungan Buku
1. Latarbelakang pengarang
2. Sepatah Dua Kata dari Pengasas BACA
3. Mengapa saya menulis E-Buku Ini
4. Misi Biogenic Aura Crest Academy

Sikap
5. Pentingnya sikap dan tabiat
6. Bagaimana sikap dibentuk?
7. Bagaimana hendak melepaskan sikap lama dan
menggantikannya dengan sikap baru ?
8. Sudahkan anda mengendalikan penilaian sikap untuk anak dan
pelajar anda?

Biogenik Minda
9. Falsafah di sebalik program Biogenik Minda
10. Empat fasa pengurusan sikap
11. Kaitan Biogenik Minda dengan nasib hidup
12. Lima elemen modifikasi sikap
13. Kesan prinsip pembelajaran BUAT keatas Biogenic Model
14. Empat faset Biogenik Model
15. Membongkar rahsia Biogenic Mind Mapping
16. Rahsia di sebalik Rakaman Minda Biogenik
17. Kuasa Simulasi Biogenik Minda
18. Kuasa Biogenik Minda dan impian anda

The Secret of Character Building 17


Keberkesanan
19. Kaitan di antara kejayaan dan impian seseorang
20. Apakah yang hilang dalam proses transformasi diri
21. Cabaran dalam bidang kaunseling
22. Mengapa seminar motivasi tidak memberi kesan
23. Mengapa buku tidak memberi kesan yang muktamad

The Secret of Character Building 18


1. Mengenal Abang Yew , Pengasas BACA

Abang Yew adalah seorang yang


berjiwa lasak dan tidak dapat
“dihancurkan” atas misinya untuk
menabur jasa pada anak bangsa
sebagai teras kepuasan hidup. Beliau
adalah anak lelaki tunggal dalam
keluarga dan bapanya seorang pengetua sekolah manakala ibunya
seorang guru.

Abang Yew telah mengharungi hidup yang penuh dugaan dan


pancaroba. Semua pengalaman pahit yang luar dari jangkaannya
tidak pernah memurungkan jiwa raganya. Beliau tetap memaparkan
wajah yang berseri-seri serta membawa harapan dan keceriahan
kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengannya. Beliau
menghidupkan falsafah Confucius “Kemenangan paling hebat dalam
hidup seseorang bukannya tidak pernah gagal tetapi bangun semula
setiap kali kita gagal.” Beliau telah menyerlah kuasa hidup dengan
merempuh semua cabaran dan masalah dan muncul sebagai
seorang Motivator Sejati dengan menonjolkan erti motivasi yang
sebenar dalam hidupnya.

Menurut Abang Yew, kejayaan bukan bermakna anda seorang yang


sempurna dan bebas dari masalah, tetapi keupayaan anda terus
melangkah dalam saat yang paling pahit dan MEMBINA SEMUA
SEMULA. Beliau sedar hidup sempurna yang bebas dari tekanan

The Secret of Character Building 19


tidak dapat memberi makna dalam konteks kekuatan diri. Beliau kini
tinggal bersama keluarga tersayangnya di Kuala Lumpur.

Dengan hampir 20 tahun dalam arena latihan dan pembangunan


insan, beliau telah menemui suatu methodologi pembangunan sikap
yang menjadi faktor kejayaan utama dalam semua program dan
seminar yang telah dikendalikan. Beliau membawa misi untuk terus
berkongsi methodologi ini kepada seramai pendidik dan ibu bapa di
Malaysia. Kami sungguh bangga dengan jiwanya yang berkobar-
kobar untuk menjayakan misi tersebut. Kini , beliau berfokus pada
projek penerbitan CD dan buku.

Abang Yew adalah graduan BSc UKM, Sebelum melanjutkan


pengajian Master Pendidikan MSc di UPM, beliau mengajar di KK
High School untuk beberapa tahun dan memulakan kerjaya
penceramah professional pada tahun 1997. Beliau adalah guru
kegemaran ramai.

The Secret of Character Building 20


Sepatah Dua Kata Dari Abang Yew

Sejak saya memulakan kerjaya saya sebagai seorang guru pada


tahun 1992, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk
mentransformasi 100,000 orang ke arah kecemerlangan dan
kejayaan. Saya menjelajah dari bandar ke bandar, sekolah ke
sekolah untuk menyebarkan mesej motivasi yang berteraskan
Biogenic Model. Sungguh menakjubkan, methodologi tersebut telah
memberi impak motivasi yang cukup nyata sekali. Di samping
mengguna methodology imbasan (Recall), saya telah menjadikan
Biogenic Model sebagai suatu tajuk utama kursus motivasi. Semua
pelajar yang memberi maklum balas kepada saya selepas kursus
melalui SMS atau email berkongsi tentang pengalaman “Biogenik
Minda” yang telah berjaya menyemarakkan semangat mereka. Yang
lebih membanggakan, ramai dari mereka telah mengamalkan
Biogenic Model sebagai praktis minda mereka. Kesan dari amalan
Biogenik Minda seharian mereka telah menjadi teras kejayaan dalam
program bina insan yang telah dilangsungkan. Ini kerana Biogenic
Model mampu menghidupkan inspirasi perjuangan dan membina
perubahan dalaman lebih dari sekadar berceramah, berkongsi ilmu
kejayaan atau assimilasi dalam kumpulan.
Hampir dua dekad, saya telah berusaha untuk membaik pulih impak
serta pendekatan psikologi dalam “Biogenic Model”. Saya juga
mengaitkan model tersebut dengan proses pembangunan sikap
(character building) dan pembangunan kerjaya (career development).
Biarpun ia suatu model yang baik, tetapi saya berhadapan dengan

The Secret of Character Building 21


limitasi diri. Saya hanya dapat membantu ratusan pelajar yang hadir
dalam seminar. Saya percaya, puluhan ribu pelajar di luar juga
memerlukan suntikan Biogenic Model. Dalam Aug 2011, saya
memulakan suatu misi baru dalam hidup. Saya mahu berkongsi ilmu
tersebut secara terbuka kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk
menyumbang kepada pembangunan akhlak dan sikap di kalangan
belia. Dengan misi tersebut, saya percaya lebih ramai pelajar akan
memanfaatkan diri dari model ini. Hajat murni tersebut telah
mencetuskan inspirasi untuk saya menulis E-book ini dan berkongsi
rahsia « Biogenik Minda » secara percuma kepada sesiapa sahaja
yang mahu meneroka kuasa Biogenic Model.

Dengan sokongan moral dari Y.Bhg.Prof.Madya Dr. Mohammed


Fadzil Che Diners Club, saya telah menubuhkan Biogenic Aura Crest
Academy (BACA) , sebuah NGO pembangunan sikap yang pertama
di Malaysia. Dengan penubuhan akademi ini, saya berharap dapat
meninggalkan suatu legasi dan menyebarkan methodologi latihan
mental yang luar biasa ini kepada semua warga dunia secara amnya,
dan warga Malaysia khasnya.

Sesungguhnya, saya yakin dan percaya “Biogenik Model” adalah


salah satu penyelesaian yang terbaik untuk mengubati masalah sikap
dan kelemahan sahsiah. Penemuan model ini menjawab persoalan
dari para pendidik dan kaunselor terhadap tanggapan “Sikap
seseorang amat sukar diubah”. Saya juga percaya bahawa model ini
merupakan salah satu penyelesaian untuk mengkomplemen usaha
menyelesaikan masalah sosial di Malaysia. Disebabkan setiap

The Secret of Character Building 22


komuniti bermula dengan unit kekeluargaan, saya juga berharap
model ini dapat memperkayakan pembangunan nilai dalam setiap
keluarga.

Untuk membolehkan misi ini menjadi suatu kenyataan, saya ingin


membuat panggilan kesedaran pada semua ibu bapa “Marilah sama-
sama kita berganding bahu untuk membantu anak-anak kita,
sebagaimana kata pepatah, “Melenturkan buluh biarlah dari
rebungnya.”

Dengan penemuan model transformasi mental ini, saya berharap


dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap “pelajar bermasalah”
atau “individu berisiko”. Adanya orang menyatakan, “Mereka tidak
berguna, mereka tiada harapan.” Ada juga yang merungut, “Guru
mereka belum cukup baik.” Model ini telah mencetuskan suatu
harapan kepada warga pendidik untuk menyelesaikan kemusykilan
mereka. Keberkesanan program ini adalah kerana ia sejajar dengan
teori pembangunan insan yang menyatakan “Tabiat minda kita
berfungsi seperti penal penerbangan automatic (Auto-pilot).” Tanpa
olahan minda kedepan, minda kita akan terus kembali ke “Diri Lama”
secara automatik tanpa perlu difikirkan secara sedar. Dengan
mengaplikasikan Biogenic Model , keseluruhan proses transformasi
minda akan menjadi suatu proses yang automatik dan tidak dapat
dihentikan.

Selama ini, saya telah membantu individu dari berbagai latar


belakang kerjaya untuk meningkatkan kualiti mereka melalaui proses

The Secret of Character Building 23


transformasi sikap. Saya mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa
“Sikap dan tabiat adalah landasan kecemerlangan hidup.”
Berdasarkan model ini, seseorang yang terperangkap dalam
berbagai masalah hidup dapat membangunkan semula kekurangan
mereka. Individu yang telah bercerai dapat membina sikap
kekeluargaan mereka dan menikmati keluarga yang bahagia. Saya
juga membantu Individu yang kecundang berkali-kali dan lemas
semangat untuk menyemarakkan impian yang tertidur. Mereka yang
hampa akan mula merasakan keghairahan untuk mengorak langkah
dengan jiwa kemahuan yang berkobar-kobar. Jelas sekali, amalan
“Biogenik Minda” dapat mengalihkan paradigma minda seseorang
dengan menyelaras semula jurang sikap. Saya juga dapati Biogenic
Model merupakan resolusi terbaik untuk mencapai perubahan sikap
secara abadi. Saya namakan proses pembangunan mental (mental
development) ini sebagai “Imaginasi Biogenik Minda”
Anda juga boleh melibatkan diri dalam projek pembangunan insan
yang penuh bermakna ini dan merasa sendiri kuasa kejuruteraan
insan dengan mengguna “Imaginasi Biogenik Minda” Jika anda ikhlas
hendak mengenal lebih lanjut tentang projek yang istimewa ini,
hantarkan email anda kepada Crest Academy@hilteryew.com dan
saya akan membimbing anda menjadi seorang Biogenic Coach.

Abang Yew , Pelopor Biogenik Minda

The Secret of Character Building 24


2. Mengapa saya menulis buku ini
Ramai ibu bapa cenderung membantu
anak-anak mereka dalam aspek akademik,
tetapi hanya segelintir ibu bapa berkata
“Saya hendak membantu anak saya dalam
aspek sikap dan nilai hidup.”

Syabas! Saat anda mula membaca buku ini, ia menunjukkan anda


seorang ibu bapa yang istimewa dan ingin mengerjakan sesuatu
untuk memperkayakan sikap anak-anak anda. Dalam buku ini, anda
akan menikmati berbagai idea yang istimewa tentang pembangunan
sikap dan sahsiah.

Kenyataan yang petama ialah hakikat bahawa “sikap” dapat diubah


dan dibangunkan. Sebenarnya, anak anda tidak
ditakdirkan dalam skop sikap tertentu. Dengan
mendedahkan anak anda dengan suatu proses
pembangunan kesedaran, mereka akan dapat
merasa perlunya untuk mengubah sesuatu sikap.
Sebagai contohnya, bila anak anda telah dimarah
atau dipukul oleh kawan kerana lemah dalam sesuatu sikap ,
mereka akan mula sedar dengan masalah sikap yang hadir dalam
hidup mereka. Proses kesedaran sedemikian amatlah berisiko dan
membawa berbagai kesakitan dan tekanan, seringkali kesilapan yang
terlanjur sudah terlambat untuk diubati. Mereka mungkin merasa
dengan berbagai trauma emosi dan kecederaan fizikal. Itulah

The Secret of Character Building 25


sebabnya ramai orang bersetuju bahawa “Pencegahan lebih baik dari
mengubati”. Tetapi, bagaimana dapat kita lakukannya?

Para pendidik dan akademisian seluruh dunia sedang berusaha


dengan gigih untuk mencari penyelesaian terbaik
terhadap perubahan siakp pada anak-anak kita
sebelum sesuatu tragedi menghancurkan hidup
mereka. Kami hendak membekal mereka perisai
minda yang dapat mengelakkan mereka dari
menjadi mangsa masalah sosial. Di samping itu, kita juga hendak
membimbing mereka untuk membina sikap yang berkualiti dan
memimpin mereka kearah hidup yang berjaya dan bahagia.
Dari kajian mengenai sikap manusia, kami dapati perubahan sikap
hendaklah datang dari hati seseorang anak.
Bila kita marah pada anak, suara dan mesej
kita akan bersifat sebagai stimulasi luaran
kepada anak kita. Bila anak kita menunjukkan
sikap anti-teguran, mesej yang kita sampaikan
dengan tujuan untuk membantu mereka akan
ditolak oleh anak kita. Dengan erti kata lain, dengan mengarahkan
anak membetulkan sesuatu sikap tanpa penyertaan bukanlah suatu
proses pembangunan sikap yang berkesan. Anak kita mungkin
melakukannya bila memaksanya dengan sura yang tegas, tetapi
mereka tidak akan menanam apa yang mereka tidak “hargai” sebagai
suatu sikap baru dalam minda mereka. Inilah sebabnya mengapa
ramai ibu bapa merasa kecewa bila anak mereka gagal menunjukkan
perubahan sikap setelah memberi peringatan dan teguran secara

The Secret of Character Building 26


berulangan. Sayangnya, adanya ibu bapa berpendapat “Sikap tidak
dapat diubah”. Mereka membawa sikap menyerah dan tidak lagi
berusaha untuk membantu anak mereka. Bila ini berlaku, ramai ibu
bapa berpendapat “pihak ketiga” mungkin dapat membantu
selesaikan masalah anak mereka. Mereka menghantar anak mereka
ke seminar motivasi, kaunseling atau berpindah sekolah. Biarpun
demikian, ramai ibu bapa masih kecewa kerana mereka gagal
meneruskan sikap baru secara berkekalan dalam hidup. Adanya
pelajar yang dapat menunjukkan sikap kecemerlangan buat
beberapa minggu dan akhirnya kembali ke sikap asal mereka sendiri.
Tidak dinafikan, program motivasi yang
dikendalikan oleh pakar motivasi cukup
menarik dan bermakna, penceramah
berbakat dan berkarisma, tetapi program
sedemikian hanya bersifat suatu stimuli
luaran yang tidak dapat membentuk tabiat yang abadi dalam jiwa
seseorang. Pakar psikologi seluruh dunia mendapati “sikap” adalah
suatu tabiat minda yang hanya terbentuk melalui proses kesedaran
yang berulangan. Ini bermaksud hanya dengan menghadiri program
seminar atau membaca buku untuk sekali sahaja tidaklah dapat
membantu pembentukan sikap baru. Semua ilmu dan kesedaran
akan hilang dari mental anak tanpa sebarang kesan yang abadi.

Jadi, apakah yang harus kita lakukan? BACA menawarkan satu


penyelesaian untuk anda. Kami memanggilnya “Biogenic Model”.
Kami berharap dan percaya, aplikasi sistem ini dapat memberi suatu
kesan yang nyata dalam pembangunan sikap seseorang anak.

The Secret of Character Building 27


Model ini mengguna formula resonan aura badan. Bila tenaga mental
anda resonan dengan frekunsi yang dihajatkan (Kemahuan Utama
hidup anda )melalui proses imaginasi, ia akan meningkatkan proses
perubahan tabiat mental.

Keseluruhan proses latihan mental tersebut mementingkan


“penyertaan” dari anak anda. Kami
membantu anak anda menghayati
pembangunan sikap dengan memimpin
mereka untuk melibatkan diri dalam setiap
episod imaginasi yang dikendalikan.
Setiap episode dan perisitiwa telah direka khas untuk membentuk
pembelajaran seimbang berdasarkan teori “minda
total” yang bersifat realiti dan sensasi. Dengan
penghayatan sedemikian, anak anda akan dapat
melepaskan sikap lama dan mempelajari sistem
kepercayaan yang baru.

Terdapat tiga sebab mengapa Biogenic Model (Sistem pembelajaran


Biogenic Aura) dapat memberi kesan yang mujarab dalam konteks
pembangunan sikap seseorang.

Pertama sekali, tidak seperti teguran dan pengajaran dalam kelas


atau seminar, keseluruhan pengalaman “Biogenik Minda” memimpin
anak anda mencapai tahap aktualisasi diri dengan mengguna teknik
imaginasi. Anak anda akan dapat memaparkan “hajat yang
dihendaki” dalam minda mereka secara nyata sebelum ia berlaku

The Secret of Character Building 28


dalam hidupnya. Kuasa pemantauan masa depan yang sedemikian
bertindak seperti magnet yang berkuasa untuk untuk mendekatkan
anak anda dengan destinasi hidupnya. Bila tabiat minda sedemikian
telah berakar umbi dalam hidup seseorang, ia akan membentuk
proses “automatik” kearah merealisasikan sikap baru dalam hidupnya.

Kedua, Biogenic Model juga mengaplikasikan pendekatan psiko-


sonik dengan mengadunkan psikologi musik
dalam proses transformasi sikap. Keseluruhan
program melibatkan musik ambian yang dapat
menyebatikan kesan sensasi serta menyentuk
jiwa raga seseorang. Semenangnya, musik
ambient adalah suatu ramuan mental yang dapat resonan dengan
frekunsi minda kita. Anak anda pasti akan menyukai proses
sedemikian yang dapat melibatkan mereka secara emosi. Untuk
meningkatkan impak dari program Biogenik Minda, setiap episod juga
disertakan dengan “suara produksi” yang dapat mendedahkan
pendengar dengan suasana sebenar demi merasai pengalaman yang
praktikal.

Ketiga, Biogenic Model mengukirkan berbagai “kisah hidup” yang


bersifat reality dan fantasi. Anak akan akan
tertarik dengan turutan episod ibarat dirinya
sedang menonton sebuah tayangan. Mereka
amat suka dengan program sedemikian dan
menikmatinya secara berulangan. Tidak
seperti buku, tidak ramai orang suka membaca buku motivasi yang

The Secret of Character Building 29


sama secara berulangan. Tambahan lagi, proses penghayatan
secara imaginasi adalah lebih mudah diamalkan berbanding dengan
menghadiri seminar atau membaca buku. Mereka boleh
melakukannya di mana sahaja, bila-bila sahaja dengan hanya
melelapkan mata. Mereka juga boleh mendengarnya waktu mereka
makan, mandi atau berehat.

Sungguh menakjubkan, Biogenic Model adalah suatu pendekatan


untuk memprogramkan semula minda anda kearah kecemerlangan.
Dengan hanya mendengar satu tajuk Biogenik Minda setiap minggu,
anda akan melengkapkan proses pembaharuan sikap dalam tempoh
masa setahun. Anak anda juga boleh memilih tajuk yang bersesuaian
dengan impiannya dan menambah makna kepada perjuangannya.
Jika anak seorang jaguh sukan, anak boleh fokuskan pada tajuk
“Permata Olimpik”. Jika anak anda seorang pengawas sekolah,
dengarlah “Permata Pengawas” atau “Permata Pemimpin”. Di
samping itu, terdapat banyak pembangunan sikap yang berkaitan
dengan kejayaan kerjayanya, ini termasuk tajuk seperti “Permata
Kekayaan”, “Permata Usahawan”, “Permata Kewangan” atau
“Permata Kerjaya” dan lain-lain. Semua siri pembangunan sikap ini
adalah untuk mempersiapkan minda anak anda dengan sikap yang
betul sebelum mereka melangkah ke dunia kerja. Bila anak kita telah
memiliki berbagai sikap yang diperlukan untuk kejayaan hidup,
mereka akan dapat mengharungi hidup dengan lebih yakin lagi.

The Secret of Character Building 30


3. Latar Biogenic Aura Crest Academy

Biogenic Aura Crest Academy (BACA) adalah sebuah organisasi


bukan kerajaan dan bukan agama. Akademi ini menyumbang ke arah
pembangunan sikap dan keperibadian cemerlang dalam usaha untuk
memajukan kualiti hidup seluruh warga Malaysia serta
memperkayakan jiwa kesejahteraan komuniti. Akademi juga
bekerjasama dengan ibu bapa, sektor swasta, badan bukan kerajaan
dan agensi kerajaan di semua peringkat yang membawa komitmen
untuk mempromosikan erti serta pendekatan pembangunan sikap
yang cemerlang.

Biogenic Aura Crest Academy bukan tempat menjana keuntungan


dari kursus pembangunan sikap. Semua program latihan yang
dikendalikan adalah percuma dan ditaja samada dari sektor swasta
atau individual penceramah sendiri. Kami mengalu-alukan
penyertaan pekerja sosial dari berbagai peringkat untuk menjayakan
usaha murni tersebut. Kami juga akan terus menjadi perintis dalam
kajian dan penyelidikan pembangunan sikap dan membantu
menyelesaikan isu-isu yang menyentuh kesejahteraan bersama.

Pakar motivasi premier Malaysia serta usahawan, Hitter Yew adalah


pengasas Biogenic Aura Crest Academy manakala, Sylvester Fan,
selaku President CadMusic mengambil peranan sebagai pengurus
program yang bertanggungjawab untuk merangka dan
mengimplementasikan keseluruhan modul pembangunan sikap.

The Secret of Character Building 31


Usaha bersepadu Biogenic Aura Crest Academy dalam aspek
pembangunan sikap meliputi aspek perniagaan, pendidikan, unit
kekeluaragaan, agensi kerajaan serta setiap bahagian komuniti. Kami
berharap dengan komitmen ini, usaha bersepadu dari seluruh warga
komuniti dapat membentuk suatu kekuatan untuk terus
memperkasakan sikap cemerlang di kalangan masyarakat, baik di
peringkat kejiranan mahupun kekeluargaan.

Kepercayaan kami

≈ Organisasi kami membawa komitmen untuk merealisasikan


wawasan mempromisikan sikap cemerlang sebagai landasan
untuk membina masyarakat yang utuh, selamat dan bersatu-
padu.
≈ Kami percaya setiap warga Malaysia akan mendapat manfaat
dari usaha kami untuk meneraju penemuan serta implementasi
kualiti sikap yang cemerlang, khasnya belia dan generasi muda
yang bakal memikul kepimpinan negara.
≈ Kami juga percaya para belia dan remaja yang menerima
bimbingan asas dan dorongan terhadap kualiti sikap kejayaan ,
mereka akan dapat melengkapkan diri dengan kriteria
kecemerlangan diri yang bakal menyumbang pada hidup yang
lebih bermakna serta dapat membina komuniti Malaysia yang
dinamik dan berkesan.

The Secret of Character Building 32


Terma dan skop pembangunan sikap

Antara kualiti kecemerlangan seperti ketaatan, keadilan, kejujuran


dan kecekalan – adalah kunci pada kesejahteraan hidup seseorang.
Selalunya, kami gagal untuk belajar serta membangunkan setiap
aspek sikap dalam pembentukan nilai-nilai teras hidup. Sebagai
seorang dewasa, seseorang juga mudah terpedaya oleh sesuatu
sehingga kita melepaskan pertahanan sikap dan melakukan sesuatu
yang tidak sejajar dengan kepercayaan diri sendiri.

Setiap individu, keluarga dan komuniti berkongsi sifat dan


keperibadian yang unik berbanding dengan individu , keluarga atau
komuniti yang lain. Kami mengenal serta meraikan keistimewaan
yang wujud dalam masyarakat majmuk serta menghargai sumbangan
dari setiap unit komuniti terhadap kekayaan budaya dan corak hidup
berbagai bangsa di Malaysia.

Dengan memperkenalkan semua kualiti sikap teras (49 core


character) melalui kempen berfokus serta penerbitan buku dan
risalah berkala (Periodical publication) yang bersesuaian, setiap
individu dan keluarga akan dapat mengadaptasikan kualiti sikap yang
cemerlang tanpa mengira unit sosial , ekonomi dan agama. Melalui
akademi ini, semua kualiti sikap yang dimaksudkan akan dapat
disebar dan membawa manfaat kepada setiap warga Malaysia baik
secara langsung atau tidak langsung.

The Secret of Character Building 33


The Secret of Character Building 34
3. Kepentingan sikap dalam hidup
Seringnya orang berkata, saya merasa bosan hendak pergi sekolah /
kerja. Mereka hendakkan lebih banyak cuti
dan berehat. Sebaliknya, ada orang yang
tidak sabar hendak memulakan kehidupan
harian dan menikmati dunia kerjanya.
Apakah perbezaan di antara mereka yang berbeza sikap kerja?
Semuanya berdasarkan tabiat minda kita sendiri. Jika anda
mempunyai sikap yang positif , anda akan melihat sesuatu dengan
perspektif yang berbeza dan keputusan hidup anda juga berbeza
juga. Pepatah menyatakan “Nikmatilah kerja anda dan anda tidak
akan perlu kerja lagi.”

Kerap orang menyatakan “Ini bukan periuk nasi


saya, saya tidak berkelayakan untuknya.”
Sebaliknya, ada orang yang berusaha dengan
gigih untuk mempelajari serta mengadaptasi
dengan cabaran yang baru. Mereka mencapai
prestasi jutawan dan memperbaiki taraf hidup
mereka. Semua ini adalah berpandu pada tabiat minda seseorang.
Jika minda anda mempunyai sikap limpahan, anda tidak akan
menolak sesuatu peluang dan cuba sedaya upaya untuk komited
dengan cabaran baru yang menjangkaui bakat dan batasan anda.
Seperti kata pepatah, « anda akan memiliki apa sahaja yang anda
hajatkan jika akan lepaskan kepercayaan diri kononnya anda tidak
berhak dengannya. » - Dr. Robert Anthony

The Secret of Character Building 35


Kerapnya seseorang merasa tersinggung
dengan sesuatu kejadian yang mencabar
hidupnya. Mereka mengadu hidup yang malang
dan mereka rasa amat terseksa dengan apa
yang terjadi. Sebaliknya, ada orang yang
senyum dan menyatakan “Tidak apa, teruskan perjuangan saya,
yang terbaik akan datang nanti.” Mereka fikirkan perspektif yang
positif dan menjangka semua kebaikan yang bakal mendatang
(biarpun ia tidak berlaku). Ini membuatkan hidup mereka lebih selesa
dan menarik. Semua ini bergantung kepada tabiat minda anda.
Tanggapan anda terhadap setiap kejadian di sekitar anda
menentukan reaksi dan tindakan yang anda yang seterusnya.
Pepatah menyatakan “Sekadar merungut dan menyalahkan
persekitaran today akan menyumbang terhadap kejayaan
seseorang.”

Kerapnya seseorang berkata “jika saya diberi bantuan, jika saya


mempunyai peluang, jika bapa saya mengizinkan saya masuk
universiti , saya akan menjadi seorang yang kaya.” Sebaliknya, ada
juga orang yang berusaha habis-habisan dan mengatasi semua
kekurangan serta limitasi diri. Mereka menghadiri kelas malam,
mereka melabur wang dan masa untuk melengkapkan diri dengan
sesuatu yang dihajatkan, mereka juga merancang dan mencari jalan
untuk mengatasi semua kekurangan dan cabaran yang berlaku
dalam hidup. Semua ini membuktikan kuasa tabiat minda.
Bagaimana cara anda mengatasi kekurangan diri serta menyusuli
dengan siri tindakan yang dapat membina sesuatu yang anda

The Secret of Character Building 36


hajatkan dalam hidup. Pepatah menyatakan “Biarpun seluruh dunia
bercanggah dengan anda, anda masih mempunyai pilihan yang
terakhir, iaitu membina harapan dengan melakukannya sendiri.”

Adanya orang berkata. “Hidup saya sungguh menyeksa, banyak


masalah dan banyaknya perkara luar jangka yang membawa
kesakitan dalam hidup.” Ada juga orang berkata, “ Hidup saya
sungguh menarik, semua masalah membuatkan saya seorang yang
lebih matang dan tahan lasak. Terima kasih atas semua pengalaman
pahit yang dapat melengkapkan hidup saya untuk
bersiap sedia dengan kejayaan yang lebih besar
kelak. Sekali lagi, ia bergantung pada tabiat minda
anda. Kita boleh menjadi mangsa kepada sesuatu
masalah atau menjangkauinya dan menjadi tuan
pada hidup sendiri. Pepatah menyatakan “Masalah adalah tonik
hidup yang dapat menjadikan hidup lebih bermakna dan menarik.”

Selalunya orang berkata, “Hidup saya telah ditakdirkan dan saya


tidak dapat buat apa-apa untuknya.”.
Sebaliknya, ada orang berkata “ Apa sahaja
yang menghantui hidup, saya tetap buat
yang terbaik untuk mencapai apa yang saya
hajatkan.”Sekali lagi, ia bergantung pada
sikap minda anda. Tidak ada sesiapa boleh mengawal persekitaran
dan perkara luar jangka, tetapi kita boleh mengawal minda kita
sendiri. Projek anda mungkin ditangguhkan, tetapi akhirnya anda
tetap menyempurnakannya. Pepatah menyatakan “Jangan izinkan

The Secret of Character Building 37


persekitaran mengawal anda, anda boleh mengubah persekitaran
anda.” - Jackie Chan

Selalunya orang berkata , “Hidup amat tidak


adil dengan saya, mengapa orang lain tidak
memahami saya, mengapa kemalangan
menimpa hidup saya.” Sebaliknya, ada
orang yang merempuh berbagai dugaan
dan menjadi seorang juara. Mereka
menjadikan isu yang tidak adil menjadi suatu kekuatan untuk terus
berjuang dan mengejar apa yang mereka hajatkan. Mereka menukar
ketidapuasan menjadi suatu sumber pembelajaran. Dengan erti kata
lain, mereka menjadikan semua kejadian menjadi suatu perspektif
yang positif. Pepatah menyatakan “Apa yang berlaku dalam hidup
anda tidaklah penting, sebaliknya cara anda melayan dan melihat
pada semua kejadian menentukan nasib hidup anda”

Seterusnya, marilah
kita menilai kiraan
“Sains Angka”.
Kepakaran dan bakat hanya
memberi markah 82%. Ramai
orang yang berkelulusan tinggi
hanya kekal sebagai seorang
pencapai sederhana, mereka tidak
layak menikmati hidup yang mewah.
Ilmu memberi markah 96%, ramai graduan gagal mencapai kejayaan

The Secret of Character Building 38


yang besar dalam hidup. Akhirnya, sikap memberi markag 100%.
Biarpun seseorang tidak diberi pendidikan dan kepakaran, beliau
tetap dapat memanjat tangga kejayaan dalam hidup dan mencapai
prestasi luar biasa.

Sebagai kesimpulan, sikap adalah landasan kepada kejayaan.


Biogenic Model menawarkan siri latihan minda yang dapat membantu
seseorang membaik pulih sikap dan keperibadian kearah kejayaan
yang yang dihajatkan. Siapa sahaja diri anda , samada anda seorang
pelajar, seorang guru atau professional, anda pasti menghadapi
berbagai cabaran dalam hidup. Dengan sikap yang betul, anda akan
dapat merasa hidup yang lebih menarik, gembira dan menjanjikan
kebahagiaan.

The Secret of Character Building 39


4. Bagaimana sikap anda dibentukkan?
≈ “Dengan imaginasi, dengan segera, minda menukar realiti.”

≈ “Sekarag, kita ketahui dengan pasti, bahawa pemikiran,


perasaan dan kepercayaan bukan hanya sesuatu idea yang
subjektif dalam minda, tetapi akan menimbulkan perubahan
fizikal dan kimia dalam badan.”

≈ “Pemikiran dan sikap akan menginspirasikan tindakan kita, dan


tindakan kita akan membina dunia kita.”

Keseluruhan badan kita dilitupi oleh lapisan tenaga dan dinamakan


“Aura”. Ia menentukan prestasi dan productivity seseorang. Aura
mengandungi semua elemen yang berkaitan dengan diri anda. Ia
hadir dalam setiap sel badan dan menjangkaui ke setiap aspek hidup
seharian. Aura tidak hanya dikaitkan dengan fizikal badan
(kesihatan), dia juga berkait dengan emosi, pemikiran, sikap dan
pengalaman. Dengan erti kata lain , ia menggambarkan kewujudan
kita secara lahiriah dan rohaniah. Aura juga
dikenalik sebagai sejenis tenaga hayat. Bila kita
tertekan secara emoso atau jatuh sakit, Aura
kita menjadi lemah dan kita merasa tidak
bertenaga. Sebaliknya, bila kita merasa
bersemangat dan bermotivasi, Aura kita menjadi
kuat dan kita merasa baik dengan setiap perkara yang berlaku di
sekitar kita.

The Secret of Character Building 40


Corak minda anda mempengaruhi aura anda

Kajian minda dan badan telah menjadi


suatu tajuk yang amat digemari oleh para
penyelidik psikologi. Mereka mendapati
corak minda kita akan menentukan
perasaan kita dan seterusnya mempengaruhi cara kita
bertindakbalas dalam sesuatu situasi. Bila kita memikir secara positif,
kita akan merasa baik mengenai sesuatu proses dan bila ini berlaku,
kita akan membentuk frekunsi minda yang positif pada wajah kita,
tindakan kita dan sikap kita. Sebaliknya, bila kita memikirkan sesuatu
yang negatif, semua perkara yang baik di sekitar kita akan menjadi
sesuatu yang akan melemahkan mental kita. Akibatnya, kita akan
mula merungut dan bertindak secara negatif.

Kajian juga mendapati seseorang yang mempunyai minda negatif


akan cenderung merasa tertekan dan mudah merasa penat
berbanding dengan orang yang positif dan ceriah.
Telah menjadi suatu amalan yang diiktiraf sedunia,
seseorang yang mengalami penyakit yg berkait
dengan tekanan jiwa akan menjalankan pemulihan
mental sebagai suatu amalan klinikal.

Pakar psikologi mendapati seseorang yang mengalami masalah


mental boleh memulihkan semula tenaga mental mereka dengan
cara transformasi minda. Biogenik Model adalah salah satu
pendekatan yang menjurus kearah matlamat tersebut.

The Secret of Character Building 41


Imaginasi dan transformasi minda

Imaginasi bukan sahaja dapat memulihkan badan anda, tetapi


juga minda anda, hajat anda, sikap dan tahap
emosi anda juga. Imaginasi mental telah diterima
sebaqai terapi klinikal untuk sindrom psikologikal
baik melalui pendekatan NLP atau hipnosis. Ia juga
diguna dengan meluas dalam pengurusan tekanan
jiwa. Falsafah di sebalik keseluruhan proses tersebut
adalah berdasarkan kepercayaan bahawa “Kita akan dapat apa
sahaja yang kita fokuskan.” Jika kita fokus pada gambaran yang
positif , maka pemikiran kita akan memperkasakan sikap kita.
Sebaliknya, jika seseorang fokus pada gambaran yang negative,
maka sikap kita akan menjadi lemah.

Kuasa diri bukan hanya hadir pada apa yang anda lakukan atau
katakan, kuasa diri yang mutlak wujud dalam pemikiran, kepercayaan
dan hajat anda. Minda kita adalah penyumbang pada tenaga badan
dan teras pada aura anda. Sesuatu yang berlegar dalam minda, baik
secara sedar atau tidak sedar akan memainkan peranan dalam
konteks tersebut.

“Kajian terkini mendapati dengan hanya mendengar ayat yang


menghuraikan sesuatu tindakan akan mengaktifkan otak kita seolah-
olah kita sedang melakukannya (Mental Simulasi) akan menjana
kuasa kesedaran dalam minda kita.

The Secret of Character Building 42


Jelas sekali, imaginasi mengaitkan badan anda dengan reaksi badan.
Setiap sistem sarad dan otot sebenarnya disambung ke otak. Bila
kita aktifkan otak dengan sesuatu mesej, badan kita akan cenderung
untuk bertindak dengan mesej yang dikatkan dengan gelombang otak
kita.

Hubungan imaginasi dan tindakan adalah menjadi landasan dalam


usaha membangunkan sikap dan sahsiah
seseorang. Kita sedia maklum bahawa sikap dan
tabiat seseorang diukur berdasarkan cara kita
reaksi dengan persekitaran. Setiap ungkapan
pemikiran yang dijana dalam pemikiran kita akan
memperngaruhi reaksi kita, dan seterusnya
menentukan nasib hidup kita. Dengan erti kata lain, aura mental
yang positif kita boleh membina kehidupan seseorang. Seseorang
pesakit yang mengidap kemurungan akan cendering memikir secara
negatif pada semua perkara yang berlaku dalam hidupnya. Mereka
tidak berkeupayaan untuk mmebina semula pemikiran yang
meruntuhkan. Bila ini berlaku, mereka cenderung untuk mencari
penyelesaian dengan cara membunuh diri.

Memahami proses transformasi aura

Dalam usaha kita untuk meningkatkan kualiti


sikap, kita hendaklah belajar cara untuk
menguruskan pemikiran kita. Setiap pemikiran
yang dijana dari sel otak kita adalah

The Secret of Character Building 43


pemangkin transformasi sikap. Memandangkan setiap orang
mempunyai tabiat minda dirinya sendiri, usaha untuk mengubah
pemikiran seseorang adalah suatu proses
yang amat menyukarkan. Selalunya,
seseorang akan terperangkap oleh corak
minda asal biarpun dirinya diberitahu untuk
berfikir secara positif. Inilah sebab mengapa
ramai orang menganggap hidup kita telah
ditakdirkan. Kita mengolah hidup berdasarkan tabiat minda yang
beroperasi secara “penerbangan automatic” dalam hidup tanpa perlu
kita fikirkannya secara sedar.

Setelah puluhan tahun dalam kajian pembangunan sikap, kami dapati


tabiat minda boleh diubah dengan cara imaginasi berkondisi.
Keseluruhan proses berfokus pada usaha untuk mengamplifikasikan
tabiat minda yang kita hajatkan dengan mengguna strategi resonan
minda. Setiap aspek pemikiran yang kita hendak bentukkan dapat
dimantapkan dengan mengguna pemetaan minda Biogenik. Proses
tersebut akan membantu seseorang melepaskan sikap lama dan
menjana semula sikap yang baru. Objektif pemetaan minda adalah
untuk mengumpulkan aura minda yang sejajar dengan hajat utama
(core desire) serta corak minda yang hendak diubah. Sebaik sahaja
corak minda yang baru telah dikenalpasti, proses pemetaan minda
akan diselaraskan dengan imaginasi minda yang mengguna lima
prinsip Biogenic Model. Dengan mengadunkan tenaga minda dengan
frekunsi biogenik minda dari proses imaginasi tersebut, resonan aura
minda akan berlaku dan mengukuhkan corak minda yang dihajatkan.

The Secret of Character Building 44


Keseluruhan proses “Imaginasi Biogenik” tersebut juga dikenali
sebagai “Biogenic Aura Programing.”

Adakah Imaginasi Biogenik berkesan pada semua orang ?

Setiap orang mempunyai keupayaan untuk


membina gambaran minda dan berimaginasi
biarpun tahap berbeza mengikut individu.
Sayangnya, kuasa ini terus tertidur dalam
hidup orang tertentu. Ramai orang yang
berpemikiran logik hanya membayangkan apa yang telah terjadi dan
mereka percayai. Ini bermaksud , mereka akan terus merenung
setiap episod hidup yang telah berlalu. Proses ini menyebabkan
mereka terus terkongkong dengan corak minda lalu.

Sebaliknya, bila seseorang dapat menggubal dan mencorakkan


imaginasi berdasarkan sesuatu yang belum berlaku, serta meneroka
keupayaan menjangkaui limitasi minda, maka dirinya akan menjadi
lebih dinamik dan positif. Sebagai contoh, orang yang mengidap
penyakit kanser boleh memikirkan kematian, dia juga boleh
bayangkan lanjutan usia hingga 100 tahun.

Minda yang belum terlatih cenderung menjadi mangsa kepada


ugutan dan pancaroba persekitaran. Mereka akan memikirkan
keraguan dan ketakutan. Sebaliknya, bila seseorang melatih
mindanya dengan panduan imaginasi kondisi, kita akan mengalihkan

The Secret of Character Building 45


minda dari pemikiran yang negatif dan dominasi minda dengan kualiti
fikiran yang kita hajatkan. Pendek kata, imaginasi adalah suatu
amalan yang dapat digunakan oleh setiap orang untuk mengubah
sikap dan keperibadiannya.

Kesimpulan

Minda kita adalah suatu mesin takdir dalam


hidup kita. Kita menjana aura mental sendiri
dan seterusnya, aura mental menentukan
sikap dan keperibadian kita. Sayangnya,
ramai orang mengizinkan pemikiran yang
negatif untuk terus mendominasikan hidupnya dan berakhir dengan
kemarahan, kesedihan, keraguan dan ketakutan.
Dengan mengguna Biogenic Aura Programing, anda dapat membina
semula aura mental dengan mudah sekali. Melalui proses ini, hidup
anda akan ditransformasi ke tahap yang lebih cemerlang dan berjaya.

The Secret of Character Building 46


5. Mengapa imaginasi Biogenik adalah cara
terbaik untuk mengubah sikap seseorang

Imaginasi telah menjadi suatu methodologi pembangunan modal


insan yang semakin diterima ramai kebelakangan ini.

Pengenalan
Secara amnya, terdapat dua model pemprograman minda yang
dikenali sebagai “kata-kata diri” dan “imaginasi minda”. Setiap model
mempunyai kekuatan dan kehebatan yang tersendiri dalam usaha
membina transformasi mental. Berikut ini menghuraikan perbezaaan
rterhadap kedua-dua model tersebut.

Pertama : Perubahan sikap dan kata-kata diri

Bila kita mengamalkan “Kata-kata diri” dengan


menyebut sesuatu yang anda hajatkan baik
perasaan mahupun matlamat, anda telah mengguna
tahap pertama pemprograman minda. Kita sedar
dengan apa yang kita hajatkan tetapi minda kita
tidak diberi panduan dan cara untuk melakukannya. Contohnya, anda
kata dengan diri sendiri “Saya berdisiplin dalam aspek kewangan”,
minda anda telah diberi peringatan untuk berdisiplin, tetapi
bagaimana caranya? Dalam kehidupan seharian, anda akan sukar
untuk menghidupkan piawaian disiplin yang anda hajatkan. Akibatnya,
alihan sikap anda menjadi suatu proses yang kabur dan tidak mantap.

The Secret of Character Building 47


Kedua : Peruabahan sikap dan imaginasi

Melalui proses “Pengukuhan Sikap Biogenik”, anda


akan dapat mencapai tahap seterusnya dalam
pemprograman minda dengan mengguna “Imaginasi
Biogenic”. Anda akan dapat mengalamani sikap baru
dengan melibatkan diri sendiri dalam setiap perubahan
yang bakal dihidupkan dalam episod mental video anda.
Contohnya “Anda melihat diri anda menabung 10% dari pendapatan
bulanan anda ke dalam bank setip bulan secara imaginasi.” “Anda
dapat melihat penyata bank meningkat dari RM10,000 ke RM20,000.
Setelah beberapa tahun, anda dapat melihat jumlah penyata
mencapai RM100,000.00. Dengan proses imaginasi yang nyata dan
terperinci, anda dapat mengaitkan setiap peubahan sikap dengan
tindakan sebenar anda; anda juga nampak diri anda melaku setiap
proses tersebut dalam minda anda sebelum ia berlaku dalam hidup
anda.

Terdapat lima elemen yang membuatkan program “Imaginasi


Biogenic” berkesan dalam hidup anda :

Elemen pertama: Mengaplikasikan bayangan otak total

The Secret of Character Building 48


Bila kita membayangkan sesuatu hajat
dengan maklumat berbentuk fakta
semata-mata, kita mengaktifkan otak
sebelah kiri. Sebaliknya, bila kita
membayangkan sesuatu dengan
mengadunkan unsure emosi, kita
mengaktifkan otak sebelah kanan.
Dengan mengguna imaginasi otak total, kita dapat meningkatkan
kesan pemprograman mental dengan lebih sempurna.
Contoh imaginasi minda kiri: Lihat diri anda memasukan 10% dari
pendapatan anda ke dalam bank
Contoh imaginasi minda kanan: Bayangkan diri anda mengeluarkan
simpanan RM100,000 dari bank. Anda melancung ke Hong Kong
bersama keluarga tersayang. Lihat diri anda sedang bergembira di
Disney world Theme Park.

Elemen Kedua: Menyebatikan unsur potensi diri dalam


imaginasi
Bila kita membayang berdasarkan apa yang anda boleh lakukan
sekarang, kita menghentikan minda untuk menjangkaui logik. Kita
menghadkan potensi diri dan kuncikan diri pada prestasi yang
berstatus rendah. Sebaliknya, jika kita sebatikan perkara yang
mustahil, kita memimpin diri kita ke arah sikap juara yang beraspirasi
untuk membuktikan apa yang dianggap “sukar” oleh orang lain.
Contoh bayangan logik: Sebagai seorang jaguh sukan, bayangkan
diri anda menjadi juara di peringkat sekolah dan mendapat pingat
emas dari pengetua sekolah.

The Secret of Character Building 49


Contoh bayangan berunsur potensi diri:
Bayangkan diri anda sedang beristirehat di
perkampungan Olimpik. Bayangkan jurulatih anda
berkata dengan anda « Inilah masanya anda
memecahkan rekod dunia. »

Unsur ketiga : Menyebatikan kehidupan anda dalam bayangan


Untuk menjadikan imaginasi suatu pengalaman yang benar, mental
video perlu diprogram mengikut cabaran dan
persekitaran sebenar.
Contohnya: Bayangkan diri anda sedang berbaris di
kaunter check in lapangan terbang bersama isteri dan
anak-anak anda. Lihat diri anda menyerahkan paspot
kepada pegawai yang bertugas untuk mendapatkan chop resmi
imigresion. Anda boleh mendengar pengumuman airport sambil anda
berjalan menuju ke balai menunggu.
Catatan : Untuk meningkatkan reality imaginasi , anda boleh gunakan
suara produksi sebagai latar imaginasi.

Elemen keempat: Menyebatikan musik psikologi dalam proses


bayangan
Musik adalah faktor yang boleh mencetuskan perasaan sensasi
waktu melakukan imaginasi. Anda boleh mencetuskan jiwa patriotic
dengan mendengar music pancaragam yang berentak perarakan,
anda boleh merasa ketenangan dengan mendengar musik ambient.
Anda juga boleh merasa kasih sayang dan romantik dengan

The Secret of Character Building 50


mendengar musik sentimental yang berunsur “lagu cinta”. Di
samping itu, musik Violin sangat berkesan untuk menstimulasikan
perasaan sayu dan sedih. Keseluruahn proses
rakaman Biogenik Minda adalah
menggunakan latar musik yang bersesuaian
dengan setiap episode. Ini membelehkan
pendengar membina perasaan yang sejajar
dengan bayangan yang dilakukannya.

Elemen ke lima: Mengguna imaginasi kreatif


Proses imaginasi yang kreatif menggunakan cerita
simbolik dan analogi kreatif adalah sangat berkesan
untuk memberi kesedaran pada seseorang khasnya
bila kita menyentuh isu-isu yang sensitive.
Contohnya, anda boleh bayangkan diri anda
sebagai seekor kura-kura yang sedang bertanding dengan seekor
arnab. Biarpun diri anda lambat, tetapi akhirnya anda berjaya
memenangi pertandingan. Anda juga boleh bayangkan diri anda
sebagai sebiji belon besar yang sedang naik ke angkasa. Semakin
belon naik ke angkasa, bayangkan perkataan yang ditulis pada belon
berubah dari penyelia , kepada pengurus dan akhirnya sebagai
Pengurus Senior syarikat. Di atas langit, bayangkan diri anda
melambai-lambai dengan ribuan orang pekerja di bawah jagaan anda.
Ini suatu pengalaman yang cukup menarik. Anda merasa suatu
peningkatan dalam usaha menaiki tangga korporat dan menjadi seo

The Secret of Character Building 51


pemimpin yang disegani. Kini anda dapat merasa keindahan dunia di
bawah pemandangan anda.
Pendek kata, imaginasi kreatif mendedahkan proses yang menarik
dan tidak membosankan. Ia juga membolehkan pendengar
menghayati sesuatu nilai tanpa mencederakan hati sesiapa.

Imaginasi Biogenic - Suatu proses yang menarik


Dengan mengalami proses “Pengukuhan Sikap Biogenik”, anda
dapat mengubah sikap anda kearah kecemerlangan ABC. Anda tidak
perlu melalui proses pembelajaran yang membosankan seperti
membaca buku atau menghadiri seminar. Anda
juga tidak perlu berjumpa dengan Mahaguru yang
pakar dalam bidang pembangunan sikap. Anda
boleh mengecapi pembaharian sikap dengan
mengamalkan Biogenic Model.
Melalui proses ini, anda dapat menguruskan perubahan sikap “di
mana sahaja”, “bila-bila sahaja” dengan proses imaginasi yang
seronok dan menarik sekali.

Kesimpulan
Dari puluhan tahun pengalaman saya dalam bidang latihan dan
pembangunan sikap, saya dapati Imaginasi Biogenic dapat
memainkan peranan yang berkesan untuk membina sikap seseorang
serta membawa perubahan diri yang abadi dalam hidup.
Proses tersebut mengadunkan imaginasi otak total, bersama dengan
pengesahan diri dan psikologi musik. Model latihan minda ini

The Secret of Character Building 52


memberi bonus tambahan dalam usaha memantapkan latihan
pembangunan sahsia yang konvensyen seperti seminar, kaunseling
dan bimbingan peribadi.

The Secret of Character Building 53


6. Sudahkan anda menjalankan “Penilaian
Sikap” untuk anak/ pelajar anda?

The Secret of Character Building 54


Jika anak anda mempunyai sikap yang baik serta tahap risiko yang
rendah di sekitarnya, dirinya akan dapat menonjolkan keperibadian
yang cemerlang. Sebaliknya, jika dirinya mempunyai sikap yang
lemah dan didedah dengan tahap risiko yang tinggi, beliau dikenali
seorang pelajar yang berisiko. Kajian terhadap profailing risiko
membolehkan para guru dan ibu bapa mengenal pasti langkah
tindakan yang bersesuaian untuk membantu pelajar mengurangkan
kebrangkalian seseorang pelajar terprangkap dalam masalah sosial.

Proses tersebut adalah seiras kawalan keselamatan kebakaran.


Sesebuah bangunan hendaklah dikaji dengan menyeluruh dari aspek
prasarana pencegahan dan penyelenggaran keselamatan waktu
kebakaran sebelum sesebuah bangunan boleh diluluskan oleh Balai
Bomba. Penghuni bangunan juga perlu menjalankan latihan
kebakaran agar mereka bersedia secara mental untuk menangani
risiko kebakaran yang bakal berlaku. Begitu juga dengan anak-anak
kita, mereka perlu bersedia secara mental untuk menangani semua
faktor tekanan dan cabaran persekitaran yang bakal merosakkan
hidup mereka.
Jika kita meneroka secara serius terhadap risiko setiap anak, anda
akan dapati tiada anak yang bebas dari masalah sikap. Ini
bermaksud tidak ada anak yang bersikap sempurna. Setiap orang
mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Ada anak yang
mempunyai lebih banyak sikap cemerlang, ada juga yang
mempunyai lebih banyak sikap bermasalah. Biogenic Aura Crest
Academy telah menggariskan 49 sikap yang bakal menjadi pengukur
kecemerlangan dalam diri setiap orang. Sesiapa yang menunjukkan

The Secret of Character Building 55


80% dari sikap-sikap tersebut akan dikategorikan sebagai seorang
berkualiti. Sebaliknya, jika seseorang mempunyai kurang dari 30%
dari sikap yang disenaraikan, ini bermaksud mereka memerlukan
bimbingan dan perhatian khas. BACA percaya setiap anak perlu
didedahkan dengan kesemua 49 sikap tidak mengira tahap risiko
dirinya sekarang. Dengan usaha sedemikina, kita dapat membantu
mereka mengasah sikap yang cemerlang dan mengatasi sikap yang
bermasalah.
Satu lagi penilaian sikap adalah dengan memahami nisbah kekuatan
sikap Vs Visi seseorang anak. Kajian telah mendapati visi hidup
seseorang anak mempunyai kaitan yang kuat terhadap cemerlang
sahsiah.

Carta berikut mendedahkan kaitan sikap dan visi hidup


terhadap risiko masalah sosial dalam hidup seseorang.

Index Sikap Vs Visi

< Sikap , > Wawasan > Sikap, > Visi


Visi

Peringatan (Selamat) Pelajar yang baik

< Sikap , < Visi > Sikap <Visi


Risiko Tinggi Berhati-hati

Sikap
Dari carta di atas, kita difahamkan bahawa seseorang anak yang
mempunyai cemerlang terdiri dari kekuatan sikap dan kekuatan visi.
Jika anak mempunyai kekurangan dalam sikap atau visi, dirinya tidak

The Secret of Character Building 56


akan dapat mempunyai daya saing dalam dunia yang semakin
mencabar. Dengan erti kata lain , pengajaran moral sahaja tidak
memadai untuk membina landasan hidup yang kuat. Sebaliknya, kita
perlu sebatikan anak kita dengan wawasan kejraya yang jelas dan
nyata. Tanpa kedua-dua faktor tersebut, anak kita tetap mempunyai
kemungkinan untuk terperangkap dalam masalah sikap dan
seterusnya menjejaskan kejayaannya.

The Secret of Character Building 57


7. Falsafah Biogenic Model
Ia adalah suatu kuasa transformasi mental yang kuat untuk
membantu seseorang memprogram mindanya dan membina
sikap baru yang lebih cemerlang.
Berikut ini menakrifkan Biogenic Model :
- Ia adalah suatu program pembangunan mental yang holistic untuk
mengimbangkan pembelajaran otak kiri dan kanan pendekatan
ngan mengguna proses imaginasi yang berteraskan logik dan
kreatif.
- Ia adalah suatu proses penerokaan hidup yang menggunakan
projeksi masa depan dan rasakan kehadian visi dalam hidup
dengan keyakinan dan kebenaran.
- Ia mengukuhkan mental magnet dan menarik semua kualiti yang
menjurus pada pencapaian hidup
- Ia berlandaskan falsafah kejayaan “Apa sahaja yang minda anda
dapat bayangkan, anda dapat capainya”

Apakah keistimewaan latihan “Biogenik Minda”


Berikut ini disenaraikan perbezaan program Biogenik Minda
berbanding dengan latihan imaginasi lain:
- Ia adalah suatu proses imaginasi yang mengguna diskriptif
analogiI dan simbolik hidup dan membimbing anda meneroka
sikap diri berlandaskan kesedaran dalaman.
- Ia akan memimpin imaginasi anda dengan menjejaki setiap
pengalaman yang bakal berlaku dalam hidup anda.
- Ia menanam nilai-nilai kecemerlangan dalam hidup anda

The Secret of Character Building 58


8. Kebenaran di sebalik Biogenik Minda
Perkataan “Biogenik” adalah suatu istilah Sains yang merujuk pada
rembesan dari kontemporari origin; contoh bahan biogenik
semulajadi seperti mutiara, sutera dan ambergris. Dalam dunia
haiwan, proses biologi untuk menghasilkan komponen sebegini
mengambi masa yang panjang dan menyumbang berbagai produk
bernilai tinggi kepada manusia. Contoh produksi biogenik lain seperti
arang dan petroleum; ia menjalankan perubahan Bio-molekul
sepanjang jangka masa geolologi.
Sekarang, marilah kita meneroka konsep “Biogenik Minda”. Minda
biologi manusia juga menjalankan proses biogenik dengan menjana
dan menghasilkan puluhan ribu setiap hari. Semua pemikiran yang
bergayutan dalam minda akan samada disalur tanpa haluan dan
berakhir dengan berbagai ilusi minda yang bersifat kekecewaan atau
kesan emosi negatif; ia juga boleh diarahkan secara produktif ke arah
hasil yang bermakna serta membawa kejayaan dan kegembiraan.
Program “Biogenik Minda” merujuk pada dasar transformasi mental
dengan proses menyalurkan semua corak pemikiran yang dibentuk
dari minda biologi kita untuk tujuan pembangunan sahsiah dan
pengukuhan sikap positif. Bila kita dapat mengfokuskan gelombang
otak kita untuk tujuan yang baik, kita akan mula menjadi produk
cemerlang hasil dari gubahan minda kita sendiri. Seperti kata James
Allen, “Sebagaimana seseorang fikirkan, maka terjadilah dirinya.”.
Ramai pemikir hebat dunia dan guru falsafah menyimpulkan
“Pemikiran adalah suatu kebendaan”. Setiap rembesan gelombang
tenaga dalam bentuk bio-frekunsi akan dikaitkan terus dengan

The Secret of Character Building 59


realisasi proses hidup seseorang, samada ia suatu pencapaian atau
kejayaan emosi. Bapa motivasi Napoleon Hill menyatakan , “Apa
sahaja yang anda bayangkan secara jelas, kemahuan yang
berkobar-kobar, percaya dengan ikhlas dan bertindak secara
bersemangat akan akhirnya menjadi suatu kenyataan.” Ini
bermaksud, minda kita adalah asas pada kejayaan dan
kecemerlangan hidup.
Program Biogenik Minda merangkumi semua elemen asas
transformasi minda iaitu imaginasi, psikologi musik, pengesahan diri,
autogenik dan penghayatan separa sedar.
Anda akan mula mengenal kuasa Biogenic Mind yang bakal
membimbing anda ke arah corak minda yang baru. Anda akan
menjadi lebih positif, gembira dan produktif. Rahsianya tidaklah
komplikasi, anda menjuruskan tenaga mental anda ke arah entiti
yang bermanfaat seperti apa yang dihujahkan dalam siri rakaman
permata.

The Secret of Character Building 60


11. Sikap anda menentukan nasib anda
Landasan program transformasi hidup yang mengguna Biogenic
Model

Selepas puluhan tahun memerhatikan kejayaan insan dan


transformasi diri, Abang Yew menyimpul bahawa setiap orang
terkongkong oleh “takdir” pada tahap yang berbeza. Ada orang yang
sangat bergantung pada takdir, ada juga yang dapat melepaskan diri
dari takdir. Perbezaan tahap takdir dalam hidup seseorang adalah
sangat bergantung pada corak minda dan sikap seseorang.

Dengan kefahaman “Sikap seseorang adalah nasibnya:, Abang Yew


bersama rakannya telah mula meneroka beberapa siri program
pengukuhan sikap dan pengukuhan kerjaya untuk pelajar sekolah
bermula tahun 1997. Setelah menjalankan kajian intensif selama 12
tahun dengan kesungguhan dan kecekalan, Biogenic Model telah
dilancarkan dalam tahun 2011.

Abang Yew mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap “Kuasa


Sikap”. Setiap orang telah diberi dua kuasa minda yang unggul, iaitu
kuasa untuk memilih dan kuasa untuk membuat keputusan. Kedua-
dua kuasa ini menentukan kualiti sikap seseorang.
Bila kita menggunakan kuasa minda untuk membina
sikap hidup yang cemerlang, kita akan
menyumbang nilai positif kepada dunia. Sebaliknya,
jika kita tidak menggunakan kuasa minda sikap
untuk meningkatkan kualiti hidup, kita akan
cenderung menjadi mangsa kepada persekitaran.

The Secret of Character Building 61


Anda mungkin pernah pesanan “Tuhan hanya menolong insan yang
sudi menolong dirinya sendiri.” Ini bermaksud kita hendaklah
berusaha dengan gigih dan bertanggungjawab terhadap setiap
cabaran hidup sebelum layak menerima bantuan dari Tuhan.
Sayangnya, ramai orang menyerah kalah bila berhadapan dengan
masalah hidup dan tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan
kualiti hidup mereka. Mereka sekadar berdoa untuk mendapatkan
bantuan, tetapi keadaaan hidup mereka terus berada dalam keadaan
yang menyedihkan. Ada juga yang menangis sambil memikirkan
penderitaan dan kesakitan yang melanda hidupnya.

Anda mungkin pernah mendengar pepatah yang menyatakan “Saya


tidak percaya takdir dalam hidup seseorang yang bertindak , tetapi
saya percaya dengan takdir yang melanda seseorang yang tidak
bertindak.” Ini bermaksud, tindakan adalah sumber kuasa
transformasi hidup. Ramai orang tidak bertindak dengan gigih kerana
mereka belum melepaskan “brek tangan” yang sedang menahan
motivasi dan kemahuan dalamannya. Untuk itu, seseorang
hendaklah membina sesuatu idea dengan kemahuan yang intensif,
kita juga perlu membina kepercayaan yang ikhlas dan komitmen
yang tinggi terhadap apa yang dihajatkan. Semua ini adalah
bergantung pada sikap diri seseorang.

Dari penjelasan di atas, nyata sekali tindakan kita adalah dikawal


oleh corak minda dan sikap diri. Ramai orang bijak mengatur
rancangan , tetapi mereka gagal menguruskan sikap diri sendiri.
Biogenic Model adalah gris sikap yang dapat mengurangkan jurang
sikap yang mengaitkan rancangan dan tindakan.

The Secret of Character Building 62


Satu lagi pepatah menyatakan “Ramai orang hidup dan mati dengan
musik yang belum dimainkan. Mereka sering berkata “Masa tidak
mengizinkan” “Terlalu sukar” “Saya tidak mempunyai sumber yang
diperlukan.” Akibatnya, impian mereka terus ditanam dalam sikap
yang tidak berdaya maju. Mereka boleh jelaskan kesahihan alasan
dengan bukti intelektual yang menyakinkan, tetapi mereka gagal
mengatasi semua alasan yang melembabkan hajat mereka.

Program “Pengukuhan Sikap Biogenik” adalah satu proses


membaharui tabiat diri dengan melepaskan sikap lama dan
menyuntik sikap baru dalam hidup. Dengan proses ini, anda akan
dapat terus mengejar “kemahuan asasi” dalam hidup biarpun apa
yang berlaku di sekitar anda. Anda akan menjadi seorang wira yang
hebat dalam hidup untuk mengejar kejayaan tanpa sebarang alasan.

Pepatah juga menyatakan “Jika anda tidak dapat menukar nasib


anda, tukarlah sikap anda.” Kita sedia maklum, bukan semua
kejadian dalam hidup sejajar dengan hasrat dan citarasa kita. Ada
saat kita akan merasa sedih, marah atau kecundang. Pada
hakikatnya, tidak ada sesiapa yang bebas dari masalah hidup.
Orang-orang yang berjaya dan kaya raya juga pernah berdepan
dengan kegagalan dan masalah hidup. Jelas sekali, minda kita
adalah suatu kuasa yang hebat, tetapi seseorang masih perlu
menyerah pada Tuhan atas keputusanNya yang hakiki. Ini
bermaksud destini hidup adalah di tangan Tuhan dan bukan dalam
minda anda. Walaupun demikian, kita hendaklah lakukan yang
terbaik sebelum menyerahkannya kepada Tuhan untuk menentukan
segala-galanya. Pepatah menyatakan “Buatlah yang terbaik dan

The Secret of Character Building 63


Tuhan akan lakukan selebihnya.” Dalam proses ini, anda perlu
mempunyai keupayaan untuk menyahut apa sahaja dugaan yang
diserahkan oleh Tuhan, samada baik atau tidak. Program
“Pengukuhan Sikap Biogenik” akan membantu anda memulihkan
mental yang lumpuh serta membina semula minda yang optimistik
terhadap kejayaan anda.

Marilah sama-sama kita menghayati pepatah, “Sikap manusia adalah


nasibnya”. Ada orang berpendapat, ilmu adalah kuasa yang
muktamad, ada juga menyatakan kepakaran dan pengalaman adalah
faktor kejayaan yang penting. Sejarah membuktikan, insan yang
dibekalkan dengan sikap yang betul boleh membina kejayaannya
biarpun dirinya tidak mempunyai ilmu dan kepakaran. Dengan sikap
yang betul, dia akan dapat mencari jalan menyempurnakan semua
faktor kejayaan termasuk ilmu dan kepakaran. Dengan erti kata lain,
pengukuhan sikap adalah suatu proses yang lebih penting dari
kepakaran. Mereka yang mempunyai ilmu setinggi langit masih gagal
menyempurnakan kejayaan yang dihajatkan jika tidak mempunyai
sikap yang baik. Sayangnya, ramai orang belanja wang berpuluh ribu
untuk mengejar ilmu dan kepakaran, tetapi hanya beberapa sen
untuk pembangunan sikap.

Satu lagi pepatah yang berkaitan dengan takdir menyatakan “Takdir


adalah untuk mereka yang lemah untuk menentukan destini
sendiri.”Jika anda tidak dapat komit dengan lima jam ulangkaji di
rumah setiap hari, anda akan terus tergolong dalam kumpulan pelajar
bukan Straight A. Sebaliknya, mereka yang kuat dan cekal
membuktikan komitmen mereka untuk Straight A tidak mengatakan

The Secret of Character Building 64


nasib Straight A ditakdirkan, ini kerana mereka sudi membina sikap
kerajinan dan pengorbanan yang tinggi.

Sumber kekuatan dalaman yang memimpin hidup anda kearah


kecemerlangan adalah bergantung pada tahap “kemahuan” anda.
Jika anda mempunyai kemahuan utama yang berkobar-kobar, tidak
ada apa yang boleh menghentikan perjuangan anda. Rakaman
“Biogenik Minda” membolehkan anda mengenalpasti dan
mengamplifikasikan kemahuan anda ke tahap tindakan. Anda akan
dapati sikap anda bertambah cemerlang dengan mengamalkan
proses tersebut.

Ada pepatah yang menyatakan, “Buangkan seseorang yang bernasib


baik ke dalam laut, dia akan keluar dengan ikan dalam mulutnya.”
Jika anda mempunyai sikap yang berkualiti, sesuatu kejadian yang
kurang menyenangkan tidak akan menjadi titik niktah dalam hidup.
Sebaliknya, anda akan meloncat kembali dengan kuasa untuk
mencapai semua apa yang anda terlepas dari tangan anda. Kita
mungkin mengenali mereka sebagai “orang yang bernasib baik”
tetapi jika kita kaji mereka dengan mendalam, kita akan dapati
mereka mempunyai banyak kualiti sikap yang tidak terdapat pada
insan yang hanya merungut dan mengecam masalah yang telah
berlaku.

Suatu pepatah hebat menyatakan, “Manusia bukan banduan pada


penjara takdirnya, tetapi adalah banduan pada penjara minda
sendiri.” Ini bermaksud kita boleh melepaskan diri dari takdir kalau
kita tahu cara untuk membebaskan mental kita sendiri. Untuk hidup

The Secret of Character Building 65


dengan gembira, anda hendaklah melepaskan mental dari ketakutan,
kemarahan, agar diri anda menjadi tuan pada destiansi hidup sendiri.
Sayangnya, ramai orang gagal melepaskan tabiat minda yang
bermasalah. Mereka menjadi mangsa pada minda diri sendiri.
Program “Biogenik Minda” melepaskan diri anda dari mental gear dan
seterusnya membebaskan anda dari penjara minda. Anda akan
dapati diri anda dapat meneroka hidup ke arah masa depan yang
lebih cemerlang.

Satu lagi pepatah menyatakan “Setiap manusia adalah jurutera


nasibnya sendiri.”, tetapi saya ingin menambah satu frasa di
belakang ayat tersebut , iaitu “dengan izin Tuhan’. Adanya wira yang
hebat dan bongkak sehingga mereka melupakan Tuhan. Mereka
menjadi seorang wira yang “indivisualistik” dan lupa memberi
penghargaan kepada mereka yang telah membantu perjuangannya.
Dengan sikap yang betul, anda akan dapat membina hidup anda dan
menukar apa sahaja yang berlaku dalam hidup anda sekarang.

Ada pepatah menyatakan ‘Takdir tidak mempunyai kaitan dengan


apa yang anda hendak lakukan kerana andalah yang menentukan
apa yang anda hajatkan”. Bila anda berani menentukan apa yang
anda hajatkan, anda mula mengawal nasib hidup anda. Sebaliknya,
jika anda serahkan keputusan pada orang lain , nasib anda akan
dikawal oleh orang lain. Belajar mengawal destini hidup dengan
menentukan apa yang anda hendak buat dan bukan apa yang orang
lain mahu anda lakukan. Anda akan menjadi seorang insan yang
menguruskan matlamat diri dan menentukan corak hidup sendiri.

The Secret of Character Building 66


Melalui proses Biogenik Minda , anda akan mula mengenal matlamat
diri yang unik untuk diri sendiri.

Seorang penulis yang hebar bernama Emily Fate berkata, “haha,


nama terakhir saya adalah takdir”. Beliau mempunyai sikap
keceriahan yang tidak pernah merungut “susah”. Beliau juga tidak
pernah mengalah biarpun apa sahaja dugaan yang menimpa
hidupnya. Bila anda memperjuangkan misi hidup dengan jiwa yang
cekal dan teruskan usaha anda, harapan anda akan terus dalam
aktualisasi. Takdir akan mula menjajah hidup jika anda menyerah
kalah dan tidak mencuba lagi. Dengan program Biogenik Minda,
anda dapat mengesan harapan yang hakiki serta menjana tenaga
untuk terus berjuang biarpun apa sekalipun malapetaka yang
melanda hidup anda.

• Takdir – Juara tidak percaya padanya tetapi pengecut


menjadikannya sebagai alasan.

Seorang juara berkata “Setiap sebab untuk anda menyerah kalah


dan melepaskan perjuangan ; saya mempunyai sebab untuk
menang, Setiap sebab untuk anda tidak berganjak selepas
dijatuhkan, saya mempunyai sebab untuk berdiri semula dan
melawan faktor yang menjatuhkan saya.”

Sebelum saya menamatkan ruangan ini, marilah kita mengenal


satu lagi pepatah yang berbungi “ Takdir adalah masa depan yang
anda tetapkan untuk diri anda sekarang.” Ini bermaksud bila anda
melatih minda anda mencorakkan masa depan, anda telah

The Secret of Character Building 67


menentukan takdir dalam proses yang konstruktif. Dengan erti
kata lain, anda boleh menentukan takdir anda pada tahap tertentu
dengan perancangan dan tindakan strategik. Dengan mengguna
aplikasi Biogenik Minda , anda dapat membentuk destinasi hidup
yang jelas dan nyata dalam hidup anda. Secara tidak langsung,
anda telah menggubal masa depan diri anda.

The Secret of Character Building 68


9. Lima elemen modifikasi takdir

Adakah anda sedar bahawa minda anda mempunyai kuasa untuk


menjalankan proses pembelajaran semula dengan melepaskan
semua kepercayaan lama secara automatic. Dengan erti kata lain,
anda boleh mengubah hidup anda dengan mengubah sikap anda
melalui pengaktirfan sistem pemprograman semula secara automatik.

Abang Yew telah menjalankan kajian dan penyelidian hampir dua


dekad dalam bidang ini dan berjaya membina satu model
pembangunan sahsiah yang dikenali “Biogenic Model”. Dengan
mengguna model ini, seseorang dapat membaharui hidup dan sikap
semudah ABC.

Anda mungkin bertanya “Bagaimana model ini memberi kesan pada


hidup anda ?”
Marilah kita meneroka elemen pembelajaran yang terselit di sebalik
model tersebut.

Elemen pertama: Impak simulasi minda


Setiap kali anda melihat sesuatu, merasai sesuatu atau mengalami
sesuatu, anda mendapat suatu pemprograman baru dalam minda
anda sendiri.
Contohnya, bila mototsikal anda tergelincir di sebuah jalanraya
selekoh yang licin. Anda akan menjadi lebih berhati-hati dengan

The Secret of Character Building 69


kejadian tersebut. Bila anda melalui tempat yang sama, anda akan
memperlahankan kenderaan anda.
Contoh lain : Bila anda dimarah oleh atasan kerana lewat sampai ke
pejabat, anda akan mengubahsuai semula masa anda agar dapat
sampai lebih awal di pejabat.
Jelas sekali, minda kita dapat diolah dengan mengalih sikap positif
dan negatif berdasarkan proses yang sama.
Untuk itu, anda perlu membina simulasi mental dan membentuk
gambaran terhadap setiap senerio yang boleh membentuk kesedaran
untuk berrubah.
Biogenic Model membantu anda membina simulasi minda untuk
memimpin anda ke sikap yang lebih cemerlang.

Elemen kedua : Memprogram frekunsi minda anda


Jika minda anda sering memikirkan fenomena yang negatif, maka diri
anda akan diselubungi dengan frekunsi minda yang negatif. Dengan
menghayati rakaman Biogenik Minda, aura positif akan dapat
memprogramkan semula frekunsi negatif minda. Proses penyah-
negatif sedemikian akan terus berlangsung sehingga frekunsi negatif
telah dibaharui sepenuhnya dengan frekunsi simulasi yang baru.
Ini seumpama dengan baldi berisi air garam dan kemudian
dimasukkan iisi air tawar dengan menggunakan paip. Proses mengisi
air tawar akan diteruskan sehingga suatu ketika, anda tidak lagi
dapat merasakan air yang masin. Anda boleh membaharui frekunsi
minda dengan mengguna konsep yang sama. Terus dedahkan
pemikiran anda dengan frekunsi kejayaan dari rakaman Biogenic
Minda secara berulangan.

The Secret of Character Building 70


Pemprograman semula sikap memerlukan masa. Anda dapat kesan
lubang di semen setelah beberapa tahun di dedahkan dengan titisan
air hujan. Anda boleh mengecapi kuasa Bmi dengan mendengar
rakaman secara berulangankali. Proses ini lebih mudah berbanding
dengan membaca buku atau menghaidiri seminar berulang kali. You
can listen to the program anytime in your life.

Elemen ketiga : Impak resonan minda


Bila frekunsi minda anda mempunyai jarak gelombang yang sama
dengan frekunsi audio yang anda dengari, maka interaksi tersebut
akan membentuk suatu amplifikasi gelombang bunyi dan seterusnya
memberi impak terhadap frekunsi minda anda. Abang Yew
menamakan proses ini sebagai “Mental resonance”. Proses tersebut
kita boleh memperkasakan kepercayaan diri dan sikap diri. Untuk
menjayakan proses ini, anda perlu mengekstrak kepercayaan asasi
yang anda hajatkan dan kemudian rakamkan dalam bentuk audio
untuk disiarkan secara berulangan kepada minda anda.
Sejak dari dulu, pakar psikologi telah merekabentuk berbagai model
motivasi yang bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan baru.
Antara model yang paling disukai ialah “Model Pengesahan Diri” dan
“Model sinergi Minda” Kedua-dua model tersebut membantu
seseorang mengukuhkan kuasa diri dengan mengulangi frasa positif
dalam hati. Proses sedemikian tidak memerlukan rakaman audio
kerana ia boleh dijalankan dengan sebutan dalam hati seseorang.
Akibatnya, proses resonan minda hanya terhad kepada proses
kesedaran dalam fakulti minda yang sedar sahaja. Biogenic Model
membantu seseorang menjalankan pengesahan diri secara audio

The Secret of Character Building 71


dan refleksi dalaman. Dengan proses sedemikian, kita dapat
meningkatkan frekunsi mental dengan lebih berkesan di tahap separa
sedar.
Marilah kita meneliti erti resonan dalam konteks seharian. Bila anda
letakkan dua gelas berdekatan, dan anda mengetuk salah satu gelas
dengan sudu, maka anda mendengar siri turutan suara yang telah
diamplifikasi secara berulangan.

Resonan minda berlaku dalam berbagai aspek kehidupan.


Contohnya, bila kita membaca buku novel cinta, seseorang mungkin
tersentuh secara emosi sehingga menggugurkan air mata. Dalam
konteks Biogenic Model , kesan tersebut dapat ditingkatkan dengan
mengaktifkan babak cerita penghayatan dengan mengguna musik
latar dan musik produksi.

Sekarang, bacakan cerita pendek ini dengan suara hati anda “Pada
suatu hari, seorang anak memberitahu bapa tirinya, “Bapa, bolehkan
anda belikan saya ikan, saya ingin makan ikan.” Bapa menendang
pintu dengan kuat dan berkata, “Anda tidak layak, anda bukan anak
saya”
Sekarang dengar semula rakaman tadi dengan latar musik
Yang manakah dapat berikan anda impak mental yang lebih kuat?
Sudah pasti, klip kedua yang disertai dengan music latar penuh
sensasi.

Elemen ke empat : Pembelajaran bercorak pengalaman

The Secret of Character Building 72


Bila anda menonton persembahan sukan oleh jaguh idola, anda
melihat dirinya beraksi tanpa melibatkan diri anda. Ini bermaksud,
kursus yang menggunakan video tidak dapat memberi pengalaman
peribadi dalam proses tersebut. Dengan erti kata lain, sikap baru
yang dihajatkan belum dipraktis secara peribadi dan hanya menjadi
suatu informasi semata-mata.

Dalam program yang berlandaskan Biogenic Model, anda adalah


pelakun dalam keseluruhan latihan mental. Anda melihat diri sendiri
mengambil bahagian dalam setiap episod drama dan merasakannya
sensasi cerita itu sendiri. Proses melibatkan diri secara peribadi
adalah menjadi teras kejayaan transformasi diri.

Untuk mencapai tujuan pemprograman minda dengan mengalami


“perlakuan” diri sendiri , anda perlu menyebatikan persekitaran
sebenar serta merasakan proses tersebut dengan menghuraikan
setiap episode dengan keperincian yang praktikal. Contohnya, jika
anda membayangkan saat berkelah dengan keluarga tersayang.
Bayangkan suasana di pantai yang pernah anda lawati sebelum ini.
Ini akan meningkatkan penyertaan anda dengan lebih realistic dan
menarik.

Elemen ke lima :Kesan musik psikologi


Sekarang, marilah kita elemen psikologi musik dalam Biogenic Model.
Kuasa music menjadi suatu elemen yang sangat penting dalam
konteks transformasi mental. Inilah sebabnya tayangan yang hebat

The Secret of Character Building 73


seperti Titanic dan cerita Hindustan menggunakan musik dan lagu
latar yang hebat untuk menstimulasikan emosi penonton.
Bila anda mendengar musik pancaragam, anda merasa gagah dan
bertenaga. Jika anda mendengar music yang lembut (Violin yang
lembut), anda akan merasa sedih dan murung. Jika anda mendengar
suara semulajadi seperti bunyi ombak atau bunyi hutan, yang
memukul persisiran pantai, anda merasa tenang dan melegakan.
Setiap program yang dikendalikan dengan mengguna Biogenic Model
perlu diselitkan dengan musik produksi dan musik latar yang dapat
meningkatkan kesahihan imaginasi dengan membaca situasi sebenar
dalam hidup anda.
Sekarang, marilah kita membuat satu penghayatan. Bayangkan diri
anda sedang berlepas dengan menaiki kapalterbang ke London
untuk melanjutkan pengajian PHD.
Sekarang, ulang senerio yang sama dengan mengguna bunyi latar.
Anda boleh rasakan diri anda menaiki kapalterbang dan menjejaki
pengalaman yang seolah-olah benar dalam hidup anda.

Sungguh menakjubkan. Pemprograman mnetal yang mengguna


model latihan yang sesuai dapat memberi kesan mental yang jauh
lebih baik berbanding dengan hanya membaca buku atau mendengar
seminar semata-mata.

Biogenic Model menyempurnakan proses transformasi minda dengan


menyebatikan proses berikut:
≈ Membentuk proses penyertaan peribadi dalam imaginasi dan
bukan hanya menonton tayangan video.

The Secret of Character Building 74


≈ Mengguna kesan psikologi musik untuk menstimulasikan
perasaan pendengar
≈ Mengguna pengesahan diri untuk memantapkan kepercayaan
diri anda.

Pendek akata, Biogenic Model adalah suatu methodology latihan


minda yang cukup berkuasa dalam usaha mentrasformasikan sikap
dan pemikiran seseorang. Ia adalah modul pembelajaran yang
pertama di Malaysia dalam pengukuhan sikap menggunakan
imaginasi panduan (guided Imagination). Dengan mengguna model
ini, anda akan dapati hidup akan akan terus bertambah baik, anda
juga dapati harapan yang anda idamkan selama ini datang kepada
anda satu demi satu. Pepatah menyatakan “Bila minda anda menjadi
baik, seluruh dunia akan menjadi baik juga”
Marilah sama-sama kita menghidupkan Biogenic Model sebagai
suatu amalan minda dalam usaha membina transformasi yang hakiki
dalam hidup anda.

The Secret of Character Building 75


10. Prinsip Pembelajaran BUAT dan Biogenic
Model
Pepatah menyatakan , apa yang anda dengar, anda lupa, apa yang
anda lihat anda ingat dan apa yang anda lakukan, anda akan
memahaminya.
Dalam Imaginasi Biogenik , anda dapat mengukuhkan pembelajaran
melalui imaginasi dan tindakan. Ini bermaksud anda nampak diri
anda mengambil bahagian dalam setiap tindakan yang dibayangkan.
Ini membolehkan setiap peserta melibatkan diri dalam pengalaman
secara peribadi dalam minda mereka sebelum menghidupkan
pengalaman tersebut dalam hidup seharian.

Proses pembelajaran sedemikian telah memberi bonus pada kaedah


pembelajaran konvensyen seperti seminar, kaunseling atau
membaca buku. Bila seseorang melakunkan “perubahan sikap”
dalam imaginasi, ia memberi impak mentaliti yang jauh lebih
berkuasa dari menonton wayang atau melihat orang lain
melakukannya. Ia juga lebih berkuasa dari sekadar sedar untuk
berubah.

Imaginasi Biogenik merangkumi empat prinsip pembelajaran efektif


iaitu Kepercayaan – Kefahaman – Tindakan – Buktikan. Prinsip-
prinsip ini amatlah penting dalam proses pembelajaran semula
(Relearn approach) dan melepaskan diri dari sikap-sikap lama yang
telah lama bercoret dalam minda seseorang.

The Secret of Character Building 76


Hanya bila seseorang telah memprogramkan mental ke tahap
kepercayaan dan kefahaman yang baru, apa yang kita minda mereka
lakukan TIDAK akan menjadi proses yang automatic. Ini adalah
kerana minda kita masih didominasikan oleh pengalaman dan
kepercayaan lampau. Akibatnya, kita cenderung kembali pada diri
kita yang sebelumnya.

Dengan Imaginasi Biogenik , seseorang dapat menyelaras


kepercayaan dalamannya dengan menyelami hajat dan nilai diri
berdasarkan proses pembelajaran BUAT. Proses tersebut
mengguna skrip pemetaan sikap yang memimpin peserta program
mensimulasikan sikap yang dihendaki dalam minda mereka seperti
juruterbang mensimulasikan penerbangan dalam mesin simulator.
Setiap tindakan sikap yang dimainkan dalam minda akan menjana
tenaga positif dalam minda dan seterunsya membuktikan perlakuan
sikap tersebut.
Pembelajaran konvensyen seperti membaca dan mengikuti kursus
tidak dapat membina “keriangan perubahan” dalam jiwa raga.
Sebaliknya, proses Imaginasi Biogenik mengadunkan kesan
psikosonic dan memberi impak psikologi Pembelajaran sedemikian
memberi kesan yang paling istimewa dalam Biogenic Model. Kita
sedia maklum, semua pembelajaran yang tidak diadunkan dengan
perasaan positif akan terus menjadi asset minda semata-mata.

Sebagai rumusan, proses pembinaan sikap yang sejati perlu


menyepadukan prinsip TEACH. Biogenic Model adalah satu-satunya
amalan mental yang menyepadukan kesemua prinsip di atas.

The Secret of Character Building 77


Dengan aplikasi berulangan setiap hari, Biogenic Model dapat
membantu seseorang mengukuhkan sikap baru dalam hidupnya.

The Secret of Character Building 78


11. Apakah keistimewaan Imaginasi Biogenik

Imaginasi bukan suatu tajuk yang baru

Idea imaginasi telah diterokai dengan mendalam


oleh Maxwell Maltz dalam bukunya yang bertajuk
Psycho Cybernetics. Buku ini adalah penting
untuk sesiapa yang hendak meneroka pembangunan diri.

Apakah Imaginasi Biogenik istimewa ?


Biogenic Aura Crest Academy telah
menggubal semula model imaginasi
berpanduan (guided imagination) dengan
menyepadukan beberapa elemen psikologi
dalam usaha untuk merangka siri
pembangunan sikap dan kerjaya.

Kita namakannya sebagai Imaginasi Biogenik. Setiap proses


imaginasi telah dikondisikan dengan rangkap huraian yang terperinci
demi membantu seseorang mengecapi transformasi diri dengan
berkesan. Setiap tajuk imaginasi dapat memimpin seseorang
menjejaki mental video dalam minda dan seterusnya menjana
pembangunan sikap yang spesifik dengan kehendaknya. Contohnya,
seseorang yang mendengar Imaginasi Biogenik “Permata Universiti”
akan dapat menjana jiwa kecemerlangan dalam pendidikan sekolah.
Anda akan nampak dengan jelas setiap episod waktu anda belajar di
universiti. Proses mental sedemikian akan memberi impak secara

The Secret of Character Building 79


terus pada sikap pembelajaran anda. Bila wawasan anda semakin
jelas, maka perubahan sikap akan menjadi semakin nyata.

Tidak dinafikan, ramai orang mengguna cara


tersendiri untuk membina imaginasi dirinya. Proses
imaginasi menjadi suatu proses yang rambang dan
tidak sistematik. Akibatnya, mereka gagal
menjuruskan tenaga mental mereka dengan suatu .
haluan yang nyata. menyebabkan amalan imaginasi
menjadi suatu yang longgar dan berakhir dengan amalan yang tidak
seiras. Tambahan lagi, imaginasi yang tidak berkondisi tidak dapat
menghasilkan pembangunan sikap yang holistic.

Imaginasi Biogenik adakah siri pengkuhan


sikap yang pertama di dunia menggunakan
konsep Biogenik Minda dan merangkumi
kesemua 49 sikap sejagat. Anda akan dapat
mengalami imaginasi yang jelas dan nyata
dalam usaha membina pembangunan sikap
yang abadi. Berpandukan model ini, anda dapat membina semula
kepercayaan dalaman anda dengan lebih mudah dan berkesan.
Anda hanya perlu mendengar secara berulangan mesej yang
terkandung dalam setiap siri rakaman sehingga mesej tersebut
berakar umbi dalam pemikiran anda. Melalui proses imaginasi
kondisi dalam program ini, anda akan dapat mengimbangkan

The Secret of Character Building 80


pembangunan sikap serta mengkomplemen kejayaan diri secara
holistik.

The Secret of Character Building 81


12. Pemetaan Biogenik Minda

Proses “Pemetaan Biogenik Minda” membolehkan anda mengenal


kebenaran dalaman yang membawa anda ke arah hidup yang lebih
cemerlang dan berjaya. Proses ini adalah langkah paling penting
dalam usaha mengumpulkan aura seseorang dalam bentuk frekunsi
hajat minda sebelum ia diguna untuk “rakaman biogenik”. Proses
pemetaan Biogenik Minda adalah dikendalikan oleh “Biogenic Mind
Designer” yang diluluskan oleh Biogenic Mind Training Team.

Mengapa anda perlukan Reka bentuk “Biogenik Impian”?

Dengan mendengar rakaman “Biogenik Impian” yang khas direka


untuk diri sendiri, anda dapat menyemarakkan jiwa yang berkobar-
kobar terhadap masa depan dengan komitmen dan kesungguhan.

Apakah keistimewaan dan peranan Biogenic Impian?


- Biogenic Impian merangka suatu projeksi masa depan yang
strategik untuk membolehkan anda menguasai impian dan
harapan anda
o Ini dilakukan dengan mencorakkan setiap aspek masa
depan secara jelas dan terperinci dan kemudian dirakamkan
untuk penghayatan berulangan.
- Biogenic Impian membolehkan anda membina kesedaran harian
terhadap hidup bermatlamat dengan menyepadukan unsur
sentimental dalam proses tersebut.

The Secret of Character Building 82


- Biogenik Impian membolehkan minda anda menghayati setiap
aspek kejayaan yang diidamkan dengan mengguna video minda
yang disepadukan dengan psikologi musik.
- Biogenik Impian membolehkan anda mengesahkan kejayaan dan
mengukuhkan keyakinan diri.

Bagaimana anda memulakan projek rakaman : Biogenik Impian”


o Tuliskan kejayaan masa depan anda dalam bentuk
imaginasi kreatif dan imaginasi berfakta.
o Sepadukan imaginasi dengan corak komunikasi dan
penemuan peribadi yang menonjolkan kasih sayang,
prihatin, hormat dan penghargaan.
o Memilih kata-kata pengesahan yang bersesuaian dengan
impian anda
o Memilih musik latar yang sesuai untuk cerita rakaman
anda :Contohnya mengguna lagu yang bersesuaian
dengannya
o Memilih musik interaksi dan musuk produksi yang sesuai
dengan rakaman tersebut – demi menghidupkan suasana
imaginasi yang sebenar

Bagaimana pemetaan Biogenik Minda dapat membantu anda


mengecapi impian anda.
Untuk meningkatkan kuasa aura dalam proses pemetaan Biogenik
Minda. Anda perlu:

The Secret of Character Building 83


≈ Menjalankan penilaian keperibadian diri dan menganalisis
corak pembelajaran diri
≈ Mengimbangkan corak pembelajaran minda yang menyeluruh
≈ Mengesan setiap aspek impian dari analisis kepintaran
berbagai.
≈ Membantu anda mengecapi faktor emosi dengan
menyepadukan kisah hidup seharian
≈ Membantu anda mengenalpasti psikologi musik dan suara
produksi yang bersesuaiand dengan rakaman anda
- Setelah menyiapkan siri perancangan di atas, anda akan susuli
dengan rakaman biogenik di dalam studio dengan mengedit,
menyepadu musik latar dan suara produksi serta menjana klip
musik dalam bentuk MP3
- Anda juga perlu menjalankan penilaian tahunan untuk
meningkatkan perancangan strategic dengan mengguna Model
Analsisi SWOT

Bolehkan anda lakukan sendiri?


- Ya, setelah anda berjaya melengkapkan kursus orientasi
“Biogenik Minda”, anda akan mendapat dua CD panduan
perekabentuk untuk memulakan Rakaman Biogenik anda sendiri.
Walau bagaimanapun, anda juga perlu nasihat professional dari
Biogenic Mind Specialist / Designer demi meningkatkan kesan
resonan Biogenik Minda.

The Secret of Character Building 84


Apakah prinsip yang menyumbang pada kejayaan Biogenic
Model?
Keseluruhan proses rakaman Biogenik melibatkan lima elemen
minda
- Imaginasi : Menayangkan video minda masa depan anda
- Psikologi musik : Mengguna musik untuk meningkatkan kesan
pembelajaran minda seimbang
- Pengesahan : Menguatkan kepercayaan diri terhadap harapan
anda
- Nilai kecemerlangan : Menyepadukan sikap kejayaan dalam
setiap episod
- Kisah benar – mengaitkan setiap harapan dengan menceritakan
kisah hidup yang jelas dan terperinci

Apakah kos rakaman Biogenik Minda ?


- Bimbingan Pemetaan Biogenik Minda : RM2000
- Kos Penulisan : RM400 (empat A 4 dengan1.5 spacing)
- Kos produksi studio (rakaman, edit, adunan) : RM1200
- Bahan kursus : RM100 (2 CD Audio bersama buku panduan –
ujian keperibadian, Ujian kepintaran berbagai, ujian corak
pembelajaran)
- Kos keseluruhan per Biogenic Impian CD : RM3700

Apakah rahsia di sebalik pemetaan Biogenik Minda ?

First : Mengenal corak pembelajaran anda


http://www.peterhoney.com/content/LearningStylesQuestionnaire.html

The Secret of Character Building 85


Corak pembelajaran membolehkan anda memahami cara seseorang
menguasai sesuatu ilmu dan apakah kesan pembelajaran yang
mereka kecapi dengan corak pembelajaran tertentu. Kajian ini
memberi pengaruh yang berkuasa dan tersirat dalam menentukan
keberkesanna dalam pembelajaran.

Berlandaskan kajian ini, seseorang dapat menguasai elemen asas


yang menyumbang pada corak pembelajaran dirinya. Ini
membolehkan anda memilih peluang pembelajaran yang
bersusuaian. Anda juga dapat meluaskan skop penguasaan dengan
menjadi seorang pelajar yang berbagai bakat dan berjaya.

Soal selidik yang dibentangkan dalam kajian ini menggunakan empat


corak pembelajaran Honey and Mumford:

• Activis – Seseorang yang praktikal dan suka belajar dari


kesilapan dengan mencuba dan menghadapi risiko
• Reflektors – Seseorang yang perlukan maklumat lanjut dan
menerima bimbingan sebelum melakukan pembelajaran
• Theoris - Seseorang yang perlukan “bukti” untuk mengaitkan
projek anda dengan sebab yang praktikal dan sahih
• Pragmatis – Seseorang yang perlukan demo untuk
menyakinkannya dan proses tersebut telah diakui oleh
seseorang pakar.

Corak pembelajaran mana yang paling sesuai dengan anda ?

The Secret of Character Building 86


Terdapat dua versi soal selidik corak pembelajaran, masing-masing
terdiri dari 80- perkara dan 40- perkara

Keistimewaan soal selidik 80 perkara

• Sesuai untuk orang yang memerlukan soal selidik yang lebih


komprehensif (i.e. 20 perkara untuk setiap satu corak dan
bukan 10)

Manfaat dari soal selidik 80 perkara

• Sesuai untuk pengenalan secara ringkas kepada seseorang


yang belum mengenal corak pembelajarannya

Bagaimana ia berfungsi

Pengguna perlu melengkapkan soal selidik penilaian diri (mengambil


masa 10-20 min) dan menerima corak pembelajaran secara online.
Dengan keputusan ini, anda akan menerima suatu rancangan
pembangunan diri. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan
keputusan lalu dengan mengenal perbezaan yang wujud dalam
tempoh tertentu.

Second : Soal Selidik Keperibadian


http://www.teamtechnology.co.uk/tt/t-articl/mb-simpl.htm

The Secret of Character Building 87


Kajian Myers Briggs model adalah berdasarkan empat aspek
keperibadian:

• E or I (Extraversion or Introversion) (Luaran Vs Dalaman)


• S or N (Sensing or iNtuition) (Sensasi Vs Intuisi)
• T or F (Thinking or Feeling) (Fikir Vs Perasaan)
• J or P (Judgment or Perception) (Penilaian Vs Persepsi)

Anda juga boleh mengaitkan setiap rujukan Myers Brigss dalam


gabungan empat faktor , contohnya E dan S, T dan J. Ini memberi
anda corak keperibadian ESTJ. Kesemuanya ada 16 jenis
keperibadian.

Anda akan dapati diri anda mengguna kesemua ciri Myers Briggs
biarpun anda hanya mempunyai beberapa rujukan yang nyata dalam
keputusan analisis tersebut.

Penerangan lanjutan untuk keperibadian

Di manakah anda menyalurkan tenaga utama anda ?

Jika anda suka menyalurkan tenaga anda untuk berurusan dengan


seseorang , perkara atau situasi, atau dunia luar; maka rujukan
keperibadian anda adalah Extraversion. Ini disimbolkan dengan huruf
E

Jika anda suka menyalurkan idea untuk mencari idea, ilmu, informasi,
penerangan dan kepercayaan dan dunia dalaman anda, maka anda
mempunyai rujukan keperibadian yang dipanggil Interoversion, dan
diberi huruf I.

The Secret of Character Building 88


Bagaimana cara anda memproses maklumat?

Jika anda suka berurusan dengan fakta, apa yang anda tahu,
hendakkan penjelasan lanjut atau menerangkan apa yang anda
nampak, jadi rujukan keperibadian anda adalah Sensing. Ini
diwakilkan dengan huruf S.

Jika anda suka berurusan dengan idea, sesuatu yang belum


diterokai, membina kemungkinan baru atau mengambil bahagian
dalam sesuatu yang tidak jelas, rujukan keperibadian anda ialah
intuition dan diwakilkan dengan huruf N

Bagaimana cara anda membuat keputusan?

Jika anda suka membuat keputusan berdasarkan logik, mengguna


analisis atau pendekatan huraian, maka rujukan anda ialah Thinking ,
atau diwakilkan dengan T

Jika anda suka mengguna nilai dan kepercayaan diri sebagai teras
keputusan, maka landasan kepercayaan anda adalah lebih penting
kerana ia suatu yang sejajar dengan kepentingan anda. Rujukan
keperibadian anda ialah Feeling dan diberi huruf F.

Bagaimana anda menguruskan kehidupan anda ?

Jika anda hendak hidup anda dalam situasi yang terancang, stabil
dan bersistematik, maka rujukan anda adalah Judging dan diwakilkan
dengan huruf J

The Secret of Character Building 89


Jika anda suka mengikut orang lain dan sangat fleksibel bila
berhadapan dengan sesuatu tekanan, maka rujukan anda ialah
perscepsi dan diwakilkan dengan P.

Setiap rujukan keperibadian memerlukan corak Biogenik Minda yang


tersendiri.

Ketiga :Analisis kepintaran berbagai


http://en.wikipedia.org/wiki/Theory_of_multiple_intelligences

Teori kepintaran berbagai telah dicadangkan oleh Howard Gardner


dalam tahun 1983 sebagai suatu model kepintaran yang dibezakan
mengikut sistem deria asasi dalam badan seseorang dan bukan
melihatnya sebagai suatu ciri kekuatan yang tunggal semata-mata.

Gardner mempertikaikan kepintaran yang diukur dengan ujian IQ


(ujian Psikometrik) gagal mengaitkan keupayaan kognitif yang
dikaitkan secara lemah antara satu sama lain. Contohnya ,
seseorang anak yang lemah dalam kira mengira atau mengambil
masa yang panjang untuk menyiapkan suatu soalan methematik
bukan semestinya kurang pintar berbanding denagn orang lain.
Beliau 1. boleh menjana jawapan dengan pendekatan lain (yang
belum diterokai) 2. Menguasai bidang lain dengan cemerlang (bukan
matematik) 3. Berkeupayaan untuk mencari takrifan matematik yang
lebih mendalam berbandin dengan pelajar yang menguasai dengan
pantas tanpa menghalusi kefahaman dalam konteks yang lebih
mendalam.

The Secret of Character Building 90


Berikut ini memberi gambaran tujuh grid yang terkandung dalam siri
kepintaran Howard Gardner's model :

Jenis kepintaran Keupayaan dan persepsi

Linguistik Perkataan dan bahasa

Logik-Mathematik Logik dan nombor

Muzik Suara, irama, muzik

Badan - Kinestetik Kawalan gerakan badan

Spatial-Visual Gambaran dan ruang

Perhubungan manusia Perasaan orang lain

Penerokaan diri Kesedaran dalaman

The Secret of Character Building 91


13. Rahsia di sebalik rakaman Biogenik

Tahukah anda , terdapat empat aspek imaginasi yang dapat anda


belajari sertai amalkan agar anda menguasai kuasa luar biasa ini ke
tahap yang paling optima dalam kehidupan seharian anda?

Berapa kerap?

Aspek pertama ialah kekerapan anda imaginasi matlamat anda telah


dicapai. Anda boleh kaitkan imaginasi dengan melihat diri anda
menyempurnakan dengan cara yang terbaik dalam situasi yang
terpilih. Kekerapan anda menayangkan saat yang paling memberi
kepuasan untuk diri anda , semakin cepat ia menjadi sebahagian dari
reality hidup anda.

Berapa lama?

Aspek kedua ialah tempoh gambaran minda, iaitu masa yang yang
diguna untuk mengekalkan sesuatu imej dalam minda anda setiap
kali anda membayangkannya. Bila anda berehat dengan mendalam,
anda boleh gambarkan saat anda mencapai kecemerlangan buat
beberapa saat sampai beberapa minit. Semakin lama ia kekal dalam
minda anda, semakin kuat kesannya terhadap minda separa sedar
serta semakin cepat ia direalisasikan dalam pencapaian anda.

Berapa jelas?

The Secret of Character Building 92


Aspek ketiga ialah tahap gambaran yang jelas. Ada kaitan yang
nyata antara tahap kejelasan setiap gambaran dengan hajat yang
anda hendakkan dalam reality. Faktor ini mempunyai kaitan dengan
rukun tarikan dan rukun maklum balas. Semakin jelas anda
bayangkan dalam minda, semakin cepat ia menjadi kenyataan.
Seringkali, matlamat yang baru dibentukkan adalah tidak jelas. Bila
anda terus menilai, menulis kembali dan mengulanginya dalam
mental, gambaran tersebut menjadi semakin jelas.

Tahap kesungguhan anda ?

Aspek keempat ialah kesungguhan anda, tahap emosi yang anda


sertakan dalam gambaran tersebut. Pada hakikatnya, inilah aspek
yang paling penting dan berkuasa sekali dalam proses imaginasi
anda. jika emosi anda sudah menjadi kuat, dan gambaran visual
anda sudah menjadi jelas, matlamat anda akan menjadi kenyataan.

Sebenarnya, setiap faktor yang tersebut di atas, iaitu, kekerapan,


tempoh, kejelasan dan kesungguhan boleh membawa kebaikan
kepada anda, ia juga boleh merosakkan imaginasi anda. Anda
hendaklah mengolah setiap aspek dengan cara yang bijak kerana
imaginasi boleh membawa kesan yang realiti dalam hidup, samada
baik atau sebaliknya.

Tindakan

Terus muatkan imaginasi yang jelas, menarik dan penuh emosi.


Ingat, imaginasi adalah landasan hidup yang bakal datang kepada
anda.

The Secret of Character Building 93


Kuasa Simulasi Biogenik

Sejak puluhan tahun dalam bidang latihan dan pembangunan insan,


saya dapati ramai penceramah suka menggunakan sessi recall
untuk mencetuskan respon emosi terhadap pengorbanan ibu bapa
sebagai suatu cara untuk membina kesedaran dalaman.

Saya tidak mempertikaikan kebaikan methodologi recall kerana saya


juga menyepadukannya sebagai satu jurusan Biogenik Minda. Walau
bagaimanapuun, saya dapati penggunaan recall yang tidak
diselaraskan dengan pemantauan wawasan akan membawa suatu
kesan yang negative. Seseorang akan terperangkap dengan emosi
bersalah, rasa sedih dan takut akibat kesilapan lalu dan gagal
menghidupkan sikap optimistic yang ceriah terhadap masa depan.
Saya dapati pelajar yang telah menghayati masa lampu dengan sesi
recall mempunyai kefahaman yang nyata terhadap apa yang telah
melanda hidupnya, tetapi mereka terperangkap dalam jurang latihan,
iaitu bagaimana memimpin seseorang untuk menghayati impian yang
dihajatkan.

Biogenic Model adalah suatu jawapan untuk merawat jurang tersebut.


Model ini memimpin peserta merealisasikan apa yang dihajatkan
dalam hidup seseorang. Dengan proses sedemikian, kita memberi
harapan dan visi kepada seseorang. Biogenic Model juga memimpin
seseorang ke tahap keriangan ketika mencapai matlamat yang
dihajatkan. Bila seseorang mempunyai perspektif yang jelas
terhadap matlamat yang diidamkan, maka hidupnya akan bertindak

The Secret of Character Building 94


seperti magnet, terus ditarik ke arah matlamat hidup dengan proses
“penerbangan automatik”.

Konsep motivasi yang paling berkuasa


Imaginasi masa depan bukanlah suatu yang baru dalam arena
kejurulatihan, tetapi jarang diguna oleh pakar motivasi sebagai suatu
methodologi pembelajaran. Sekadar meminta peserta menonton
video yang menggambarkan kejayaan orang lain tidaklah memadai.
Contohnya , seseorang pelajar menonton video konvokesyen dengan
melihat orang lain naik ke pentas terima ijazah dari canselor.
Wlaupun video sedemikian adalah suatu sumber pengukuh imaginasi,
tetapi mereka tidak dapat menulis semula program minda seseorang.
Ini kerana seseorang tidak nampak dirinya melakukan proses
tersebut. Sebaliknya, kita hanya melihat orang lain melakukannya.
Pengalaman peribadi (experiential) adalah suatu teras penting dalam
Biogenic Model. Anda perlu mengambil bahagian secara peribadi
dan merasa pengalaman sensasi yang berkaitan dengan masa
depan anda secara imaginasi. Contohnya , anda dapat rasakan jiwa
yang bangga, puas dan gembira saat andanaik ke pentas terima
ijazah anda.
Bila anda juga dapat rasakan sesuatu proses yang melibatkan diri
anda dalam situasi yang bakal berlaku, ia akan menjadi suatu kesan
Biogenik Minda dalam hidup

Perbandingan model motibasi


Hierarchy of Needs Model Lobak dan kayu, bila daya tarikan

The Secret of Character Building 95


dah hilang, motivasi pun menurun
Theory X And You Mengubahsuai motivasi dan
tanggungjawab diri
Hygiene Model Kepimpinan dan motivasi
Biogenic Model imaginasi beremosi dan
pengubahsuaian sikap

The Secret of Character Building 96


14. Biogenik Minda dan impian anda
Adakah anda mempunyai impian?
Jawapannya sudahlah pasti “ya”. Setiap orang mempunyai berbagai
kemahuan yang tersendiri.
Ada orang berhajat hendak berusia panjang dengan menikmati
kesihatan yang optima, ada orang hendak memanjat gunung tertinggi
di dunia. Ada juga berhajat hendak menyempurnakan jemaah Haji di
Tanah Suci Mekah, ada yang mahu menjadi jutawan dan hidup tanpa
sebarang tekanan kewangan.

Persoalannya, “Bilakah dapat anda mencapainya?’


Menurut statistik , kurang dari 20% individu yang berjaya mencapai
matlamat mereka. Yang menyedihkan, ramai orang gagal
merealisasikan resolusi tahunan mereka dengan memberi berbagai
alasan. Antara alasan yang sering diungkitkan ialah :
≈ Cabaran dan persaingan terlalu sengit
≈ Kami tidak mempunyai sumber yang mencukupi
≈ Saya tidak mempunyai masa untuknya
≈ Terlalu banyak masalah yang berlaku sehingga masa terbuang
begitu sahaja.

Apa sahaja sebab yang kita berikan, jelas menunjukkan Sindrom


Tangguhan Matlamat mula menjejaskan harapan seseorang. Kita
dapati lebih 80% dari mereka yang gagal mencapai matlamat dalam
sesuatu organisasi lebih cenderung mencari alasan intelektual dari
berkata:

The Secret of Character Building 97


≈ Saya mempunyai masalah sikap
≈ Komitmen saya belum mencukupi

Yang menyedihkan, ada juga yang sanggup berkata mereka tidak


mengapa dengan kegagalan mencapai matlamat kerana tidak mahu
memberi tekanan untuk diri sendiri.
Apa sahaja yang diperkatakan, dan bagaimana pun cara anda
menutup kelemahan dirinya ; tidak ada sesiapa yang boleh salahkan
anda. Anda berhak menegakkan kebenaran diri yang hanya untuk
menggagalkan diri sendiri.

Bayangkan, kita hilang setahun dari hidup kita. Yang malang sekali,
jika sindrom tangguhan matlamat terus berlaku, hidup kita yang
berpuluh tahun akan disia-siakan tanpa sebarang pencapaian.
Sungguh menyedihkan, bila seseorang terperangkap dalam hidup
yang penuh resah tanpa sebarang pencapaian, dirinya akan memberi
satu kenyataan yang mengetawakan, “ Jika saya dapat kembali ke
saat remaja semula, saya akan buat sehabis baik untuk mengejar
pencapaian.”

Hakikatnya, semua dah terlambat. Anda sudah tidak mampu


melakukan apa-apa lagi bila usia dah melanjut.
Secara peribadi, saya menganggap diri saya seorang yang
bermotivasi. Saya telah berjaya melengkapkan banyak impian sejak
waktu di sekolah. Tetapi, sindrom tangguhan matlamat telah
membantutkan beberapa matlamat berjuta ringgit dalam tangan saya.
Diri saya merasa “layu” dan tidak mempunyai tenaga untuk terus

The Secret of Character Building 98


melangkah. Saya juga menutup kegagalan saya dengan berbagai
alasan dan sebab. Sehingga suatu hari, aura “Biogenik Minda” yang
saya ukirkan puluhan tahun dahulu mula memimpin hidup saya,
tenaga perjuangan diri saya mula beralih dari status “tidur” ke status
“kuasa penuh”
Ya, anda perlu mengaktifkan inertia mental dan menstimulasinya ke
tahap tindakan. Sekadar menjeritkan slogan dan melaung-laungkan
harapan dalam seminar motivasi bukanlah suatu penyelesaian.
Menulis matlamat dan pengesahan diri juga bukan penyelesaian
yang mutlak.
Ramai orang yang menangguhkan matlamat dalam hidup bukan
kerana mereka bodoh atau jahil. Mereka mungkin seorang yang rajin,
jujur dan baik hati, tetapi mengapa impian mereka masih tertidur?

Kini, Biogenic Model membongkarkan suatu jawapan terhadap


kemusykilan tersebut. Sebabnya mudah saja, anda perlu
mengaktifkan kemahuan asasi dalam diri anda. Dengan erti kata lain,
aspirasi diri yang masih tertidur perlu dibangunkan.
Rakaman “Biogenik Minda” adalah kunci untuk anda menjelmakan
kemahuan asasi anda. Dengan hadirkan kemahuan tersebut, anda
akan sanggup buat apa sahaja untuk mencapai matlamat anda tanpa
sebarang alasan. Biarpun anda tidak mempunyai sumber, anda akan
cari sumber; biarpun anda tidak tahu melakukannya, anda akan
belajar dan mencari jalan. Jika anda hadap masalah dan dugaan,
anda akan berusaha menyelesaikannya dan bukan mengelakkan.
Jika anda gagal, anda akan bangun semula dengan kekuatan. Ini

The Secret of Character Building 99


bermaksud, seseorang yang mempunyai kamahuan asasi adalah
seorang pejuang misi yang tidak dapat dihentikan.

Tahukah anda, apakah sumber kekuatan dalam program “Biogenik


Minda”?
Berilah peluang untuk diri anda mengenal dan memahami proses
pemetaan Biogenik Minda. Anda akan mula terharu dengan kuasa
sinergi antara perkataan dan musik dalam usaha menghidupkan
semula kemahuan asasi diri anda. Anda juga dapat belajar lima
prinsip Biogenik Minda untuk mensimulasikan masa depan anda
dengan impak emosi dan fakta; demi mencapai pengukuhan minda
total. Sebaik anda menguasai kesemua lima elemen kekuatan
Biogenic Model, anda tidak akan memberi alasan lagi. Hidup anda
akan diaktifkan ibarat sepohon bunga yang mekar dan segar.

Terdapat lima langkah dalam proses rakaman Biogenik Minda :


1. Pertama, dapatkan seorang Biogenic Mind Designer untuk
membantu anda memahami corak keperibadian, kepintaran
mental dan kekuatan SWOT.
2. Kedua : Corakkan penulisan lengkap impian hidup anda
dengan mengguna lima pendekatan “Biogenik Minda”
3. Ketiga: Rakamkan impian anda dengan suara sendiri dan
adunkan dengan musik latar yang bersesuaian.
4. Keempat : Mencetuskan resonan minda dengan mengadunkan
frekunsi minda dan frekunsi audio
5. Kelima : Merancangan hidup anda dengan mengguna Buku
Perancangan Kejayaan “Biogenik Minda”

The Secret of Character Building 100


Apakah kepentingan rakaman Biogenik Minda ?
Bila anda telah berjaya mencorakkan rakaman impian hidup dengan
mengguna Biogenic Model, anda telah berjaya mengumpulkan aura
hidup anda dalam bentuk CD. Anda boleh menyiarkan frekunsi aura
kepada minda anda secara berulangan sehingga anda dapat merasa
kuasa resonan dalam minda. Bila ini berlaku, kesungguhan anda
terhadap kemahuan asasi akan menjadi semakin kuat. Anda juga
dapat merasa irama hidup yang semakin rancak dan menarik.

Apakah kesan rakaman Biogenik Minda ?


Rakaman “Biogenik Minda” ibarat suatu pemangkin dalam minda
anda. Ia menggerakkan hidup anda ke gear pertama, kedua , ketiga,
keempat dan seterusnya kelima. Ia juga ibarat “Pencetus grafik”
sebagai suatu perisian keras komputer yang dapat melancarkan
setiap video minda tanpa gegaran atau sekatan. Perjalanan impian
hidup anda akan menjadi semakin lancar dan mudah.
Bila anda telah mempunyai gambaran matlamat yang jelas, minda
anda akan berfungsi seperti GPS, terus memimpin dan membawa
anda ke destinasi yang telah ditetapkan dengan penuh yakin tanpa
sebarang keraguan atau kemungkinan sesat.
Jika seseorang mendengar rakaman Biogenik Minda dengan kerap,
diri anda akan overhaul hidup anda dan melepaskan semua
pemikiran yang negatif dan menjejaskan perjuangan anda.

Rangka impian Biogenik Minda anda hari ini dan rasakan kecergasan
tenaga yang mengalir dalam hidup anda setiap hari. Anda akan mula
berkata “hidup ini sungguh indah sekali”. Anda akan membina daya

The Secret of Character Building 101


motivasi yang tinggi dan terus melangkah ke arah impian anda
biarpun apa sahaja yang menimpa hidup anda. Kegagalan, ejekan,
fitnah atau masalah tidak akan membantutkan usaha anda. Anda
akan terus gempur dan maju ke depan dengan usaha yang gigih
sebelum anda menerima bantuan dari Tuhan Yang Maha Esa. Anda
tahu apa yang anda hajatkan dan anda mempunyai kawalan mutlak
terhadap perjuangan anda.
Hidup adalah suatu penjelajahan yang cemerlang dan hebat.
Hidup adalah suatu proses yang penuh kepuasan.
Dengan bantuan Biogenik Impian, harapan yang tercoret dalam hati
akan menjadi intan yang bakal menyinarkan hidup anda.
Anda akan mula mengenal rahsia minda anda ,”Apa yang minda
anda dapat bayangkan, anda akan dapat mencapainya.”

The Secret of Character Building 102


15. Sikap dan kejayaan
Apakah makna sikap dalam hidup anda ? Marilah sama-sama kita
memerhatikan hidup beberapa orang yang luar biasa dan mencatat
keunggulan dalam hidup biarpun berdepan dengan berbagai cabaran
yang kurang menyenangkan.

Saya sungguh bertuah dapat menemui beberapa individu yang


istimewa , pengalaman yang istimewa dalam hidup mereka telah
menyentuh jiwa raga saya. Ada masanya kita mungkin menganggap
mereka sebagai seorang yang gila atau tidak normal. Pada
hakikatnya, mereka adalah individu yang berjaya menghidupkan
keindahan dan keajaiban hidup.

Saya telah menemui pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman.


Mereka tidak mempunyai lampu untuk membaca buku waktu malam,
mereka juga tidak mempunyai buku rujukan dalam beg. Dengan
sikap kecemerlangan, mereka sanggup berjalan berpuluh batu untuk
meminjam buku dari kawan sedarjahnya. Mereka juga sanggup
duduk di tepi jalan dan menggunakan cahara lampu jalan untuk
mengulangkaji pelajaran sebelum mereka balik ke rumah waktu
tengah malam. Semangat mereka sungguh menakjubkan.

Saya juga berjumpa dengan insan yang mengidap penyakit kritikal


dan menunggu saat kematian masih cergas mengusahakan legasi
pendidikan dengan suatu jiwa kesungguhan demi membawa
kebaikan kepada generasi muda. Mereka tidak teraniaya oleh

The Secret of Character Building 103


masalah kesihatan dan mereka masih hidup dengan suatu harapan.
Dengan hajat ini, mereka terus buat yang terbaik dan membawa
keriangan kepada orang-orang disekitarnya.

Teringat saya dengan saat bersama sekumpulan pekerja dari


Myanmar. Ramai dari mereka berpendapatan kecil dan hidup dalam
keadaan serba kekurangan. Pada masa mereka membuka bekalan
nasi yang hanya mempunyai beberapa ekor ikan bilis, mereka makan
dengan nikmat kepuasan dan makan dengan penuh keriangan.
Sebelum makan, mereka berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas
rezeki yang mereka nikmati.

Semua penemuan di atas sungguh bermakna dalam hidup saya.


Saya tabik hormat atas sikap kecemerlangan mereka. Sesungguhnya,
jika masa mengizinkan, banyak lagi kisah benar yang ingin saya
kongsi.

Sekarang, marilah kita menghayati sikap diri anda terhadap


komitmen kejayaan diri sendiri. Anda akan dapati hidup penuh
dengan berbagai cabaran dan konflik yang penuh dugaan. Anda
mungkin akan berkata “Saya tidak dapat melakukannya”. Sebelum
anda mengalah, saya ingin menjemput anda untuk mengaplikasikan
Biogenic Model sebagai suatu teras pengukuhan minda kejayaan
anda. Model tersebut mengguna teknik simulasi minda untuk
membolehkan anda menghidupkan sikap cemerlang yang dimiliki
oleh juara dan wira seluruh dunia. Mereka mungkin seorang yang
buta tetapi mengusahakan hidup dengan penuh komitmen. Mereka

The Secret of Character Building 104


mungkin seorang yang kudung dan masih memperjuangkan pingat
emas dalam pertandingan sukan “Special Olympic”. Jelas sekali,
mereka boleh cacat dari luar, tetapi kuat dari dalam.

Sungguh benar, sikap adalah segala-galanya. Lihatlah kehidupan


anak-anak zaman moden sekarang. Mereka merungut tentang
makanan yang kurang sedap. Mereka tidak tahu apakah erti
berterima kasih terhadap apa yang mereka miliki. Mereka lalai
terhadap komitmen pembelajaran dan tidak kisah dengan kejayaan
masa depan, mereka lena dan terbawa-bawa oleh mainan komputer
dan hiburan ipad. Ramai anak muda sekarang sukakan hiburan dan
keriangan dan lupa mengawal masa mereka. Ada juga yang bersikap
biadap dan tidak tahu menghormati ibu bapa. Mereka mengguna
perkataan yang kurang sopan dan hujah yang melukakan orang lain.
Mereka tidak memahami erti budi bahasa dalam hidup seharian.

Bila kita bertanpa pada ibu bapa mereka , adakah anda memimpin
anak anda dalam konteks nilai dan sikap? Ada yang menyatakan
“Ya”, ada juga yang menyatakan “tidak”. Ini menunjukkan tidak
semua ibu bapa mengambil peranan asuhan sikap sebagai suatu
tanggungjawab. Bagi ibu bapa yang menyatakan “ya”, mereka akan
merintih bahawa anak mereka masih tidak mengubah sikap mereka
biarpun diberitahu berulangkali. Bagi mereka yang menyatakan tidak,
alasan mereka adalah kerana diri mereka sibuk dan tidak mempunyai
masa untuk anak sendiri.

Apa sahaja jawapan ibu bapa, kita tetap perlu lakukan sesuatu.

The Secret of Character Building 105


Sebagai seorang ibu bapa, kita tidak mahu anak kita menjadi mangsa
masalah sosial. Kita juga tidak mahu mereka seksa seumur hidup
kerana sindrom kecurangan sikap. Sindrom tersebut adalah jauh
lebih teruk dari penyakit AIDS atau kanser. Pesakit AIDS dan kanser
akan meninggal cepat dan tidak membawa sebarang masalah atau
susulan kepada dunia. Sebaliknya, insan yang bermasalah sikap
akan membawa berbagai masalah yang boleh merosakkan
masyarakat dan negara tercinta.

Bayangkan beberapa peristiwa hitam yang disebabkan oleh masalah


sikap.
Permata : Seseorang anak yang ditangkap polis akan menyusahkan
ibu bapa membayar saman kompaun yang beribu ringgit. Mereka
mungkin juga akan ditahan dan dipenjarakan, ada juga yang dihantar
ke pusay pemulihan akhlak atau Serenti Dadah. Hidup mereka bukan
sahaja membazir wang ibu bapa, juga wang kerajaan tanpa
menyumbang sebarang nilai positif kepada masyarakat.

Kedua : Seorang suami yang tidak setia dengan isteri dan suka
berpoya-poya di kelab malam akan mengabaikan tanggungjawab
kewangan keluarga. Ada juga yang mencetuskan trauma fizikal
kepada pasangan hidup dan anak-anak tersayang.

Ketiga : Seorang pekerja yang bermasalah sikap akan mewujudkan


ketegangan dalam syarikat. Ramai orang akan merasa marah dan
produktiviti kerja akan menurun. Ini secara langsung membawa
kerugian kepada syarikat

The Secret of Character Building 106


Dari huraian sindrom masalah sikap di atas, kita dapat memahami
betapa pentingnya sikap dalam kehidupan seharian kita.

The Secret of Character Building 107


16. Methodologo Biogenik Minda
Pertama: Pengkodan Aura (Pemetaan Biogenik Minda )
- Mengguna konsep Biogenik Minda

Kedua : Unifikasi Aura (Rakaman Biogenik Minda )


- Mengguna imaginasi Biogenik

Ketiga : Amplifikasi Aura (Resonan Biogenik Minda)


- Mengguna proses simulasi minda

Keempat : Rehabilitasi Aura (Pemprograman Biogenik Minda )


- Mengguna prinsip ulangan dan pendedahan berterusan

Kelima : Aktualisasi Aura (Bimbingan Peribadi Biogenik)


- Mengguna program perancang hidup Biogenik Minda

The Secret of Character Building 108


17. Kuasa Biogenik Minda
Berikut ini adalah perbandingan Biogenic Model dengan Model
penghayatan lain yang lumrah diamalkan dalam program
pembangunan insan.

Pertama : Kuasa imaginasi


Amalan am : Saya seorang yang berdisiplin. Saya merasa gembira.
Saya seorang yang berkeyakinan tinggi. (Terma am tanpa peristiwa
yang spesifik)

Amalam Biogenik: Sekarang, lihat diri anda sedang memandu


sebuah kereta BMW. Anda menekan brek
dan menghentikan kereta di depan sebuah
lampu isyarat bila anda nampak lampu
mula bertukar ke warna oren. (Kesedaran
terhadap undang-undang lalulintas)

Kedua : Kuasa imaginasi kreatif


Amalan biasa: Bayangkan diri anda berlari dengan pantas dan
memenangi pingat emas

Amalan Biogenik : Lihat diri anda mencecah


garis penamat dan memegang seketul emas yang
besar dalam tangan anda. kejayaan anda telah
membawa masa depan yang bernilai jutaan ringgit
dan menukar nasib hidup anda. Dengan kejayaan
ini, anda menikmati hp yang mewah.

The Secret of Character Building 109


Ketiga : Kuasa imginasi yang terperinci
Amalan biasa: Bayangkan diri anda sedang membawa sebuah
kereta.

Amalan Biogenik : Bayangkan diri anda sedang memandu sebuah


kereta mereh. Hiasan luaran kereta
yang berjalur “belang harimau” dan
panel aerodinamik di belakang kereta.
Anda boleh mendengar suara turbo
yang kuat bila anda memijak minyak dan anda juga dapat rasakan
kuasa pecutan kereta yang tinggi.

Keempat : Kuasa psikologi musik


Amalan Am : Inilah saat kegemilangan
anda , anda naik ke pentas menerima ijazah
dari Chanselor.
Amalan Biogenik: Rasakan impak proses
yang sama dengan memainkan musik latar
yang bersifat motivasi.

Kelima : Kuasa penyertaan

Amalan am: Menonton juara sukan Olimpik – dengan harapan


untuk mencontohi kejayaannya. (Bangga dan terharu dengan
kejayaan orang lain )
Amalan Biogenik : Lihat diri anda memecut atas landasan trak 100
meter , anda memotong peserta lain satu per satu. (Simulasikan

The Secret of Character Building 110


situasi sebenar dalam minda anda) Bila anda berjaya
mencecah garis penamat, lihat diri anda menjulang
bendera Malaysia dan lari keliling padang. Ratusan
wartawan mengekori anda sambil mengambil saat
keriangan kegemilangan anda.

Keenam : Kuasa Minda Pemantauan


Amalan Am: Mengenang kembali saat anda malas dan dibuang
kerja, ada merasa sedih dan bersalah. (Recall process)

Amalan Biogenik : Lihat diri anda memulakan kehidupan baru


dengan berbagai kecemerlangan. Anda
menjalankan tugasan anda dengan penuh
bersungguh-sungguh. Setiap ahli pasukan
merasa bangga dengan kehadiran anda. Anda
mempunyai banyak kualiti yang terpuji dan
disegani ramai. Nampak diri anda naik ke pentas menerima sijil
“perkhidmatan cemerlang” dari pengurus besar syarikat

Ke tujuh : Kuasa Minda Luarbiasa

Amalan am: Bayangkan diri anda lulus peperiksaan dengan


cemerlang ( Sistem kepercayaan biasa)

The Secret of Character Building 111


Amalan Biogenik : Nampak diri anda mendapat Straight
A dan menjadi pelajar yang paling cemerlang di Malaysia.
Anda menerima sepucuk surat tawaran biasiswa dari
universiti London.

Kelapan : Kuasa minda holistik


Amalan Am: Anda mempunyai pendapatan yang lumayan. Bila
anda sampai ke bank, anda dapat melihat jumlah wang sejuta ringgit
dalam akaun anda. Anda merasa erti kejayaan dalam hidup .

Amalan Biogenik :
Di samping pendapatan yang lumayan, nampak diri
anda mempunyai hidup yang selesa dan bahagia
dengan ahli keluarga tersayang. Dengan pendapatan
yang lumayan, anda juga dapat menyumbang derma
ikhlas kepada badan kebajikan . Anda juga dapat
meruangkan masa untuk persatuan sosial dan
tanggungjawab masyarakat. Lihat diri anda menerima gelaran Tan
Sri di Istana dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Untuk meningkatkan kredibiliti diri, anda menghadiri kursus MBA di
sebuah universiti yang terkenal. (kejayaan yang seimbang)

Ke sembilan: Kuasa Penghayatan


Amalan Am: Anda menjadi seorang juara dunia

The Secret of Character Building 112


Amalan Biogenik : Nampak diri anda sedang duduk di tepi pantai
sambil memegang pingat emas Olimpik dalam
tangan. Kemenangan anda sebagai seorang
juara dunia memberi suatu kepuasan yang tidak
terhingga dalam hati. Bayangkan kehadiran
ribuan orang peminat di sisi kubur anda. Mereka memberi
penghormatan kepada seorang juara yang telah mengharumjan
nama negara.

The Secret of Character Building 113


17. Prospek kerjaya Biogenik Minda

Mengapa hendak menjadi Biogenic Mind Designer?


Satu dari kredibiliti mulia seorang penceramah/ motivator adalah
keupayaan untuk membantu peserta kursus mencapai impian
mereka dalam hidup. Untuk kita memastikan setiap peserta kursus
dapat meneruskan proses merealisasikan impian masing-masing
selepas menghadirkan program motivasi, kita hendaklah memberi
teknik mental yang dapat diamalkan oleh mereka setiap hari dalam
usaha memantapkan kemahuan mereka. Dengan itu, kita dapat
membantu mereka menyemarakkan kesungguhan dan kepercayaan
diri sehingga mereka mencapai impian mereka.

Bagaimana hendak menjadi seorang Biogenic Mind Designer ?

≈ Untuk melayakkan diri anda menjadi seorang Biogenic Mind


Designer yang berkaliber , anda hendaklah mempunyai
kredibiliti berikut:
a. Memahami konsep pemetaan Biogenik Minda
b. Memahami landasan dan ilmu kerjaya dengan mendalam

Untuk mencapai kredibiliti tersebut, semua Biogenic Mind Designer


akan diberi sessi pengenalan Biogenik Minda dan diikuti dengan ujian
bertulis. Ini adalah untuk memastikan mereka telah menguasai
konsep Biogenik Minda dengan sepenuhnya. Untuk membantu
seseorang merangka pemetaan Biogenik Minda , designer perlu

The Secret of Character Building 114


merumuskan latarbelakang kerjaya dan cabaran yang dihadapi
dalam kerjaya tersebut. Bila designer telah menguasai kedua-dua
kredibiliti tersebut, barulah anda memulakan projek penulisan anda.
Penulisan anda akan diiktirafkan oleh Biogenic Mind Specialist
sebelum ia diluluskan untuk tujuan rakaman.

Biogenic Mind Designer: Peranan dan komitmen


Peranan utama seorang Biogenic Mind Designer adalah untuk
membina suatu trak imaginasi yang unggul demi menggerakkan
seseorang memperjuangkan impian mereka dengan jiwa yang
bersungguh-sungguh. Proses membina rakaman impian Biogenik
Minda adalah suatu seni membina fantasi dalam minda seseorang.
Proses ini bukanlah berteraskan pada keupayaan dan pencapaian
dirinya, tetapi berteraskan pada keupayaan yang dicapai oleh juara-
juara hebat di dunia ini.
Tugas seseorang Biogenic Mind Designer bukanlah untuk membina
track audio berpandukan konsep Biogenik Minda, tetapi juga untuk
memastikan pengguna mempraktiskan amalan tersebut setiap hari.

Siapakah Biogenic Mind Designer?


Bila anda telah mempraktiskan serta merasa kuasa Biogenik Minda
dalam hidup anda, anda akan mempunyai kepercayaan yang tinggi
terhadap kesan Biogenik Minda dalam hidup anda sendiri. Dengan
keyakinan tersebut, anda akan dapat membantu orang lain
mengamalkan konsep Biogenik Minda dengan lebih berkesan.

The Secret of Character Building 115


Berikan diri anda masa setahun untuk merasai serta menguasai
imaginasi Biogenik. Anda akan membuktikan kuasa program ini
dalam kejayaan hidup anda sendiri.

Kefahaman terhadap proses Biogenik Minda ?


Sebagai seorang Biogenic Mind Designer , anda hendaklah
mempunyai kefahaman proses Biogenik Minda dengan mendalam
Pertama : Merakam kepercayaan dan kemahuan seseorang dalam
bentuk audio.
Kedua : Menyiarkan aura mental dan diharmonikan dengan tenaga/
aura badan anda
Ketiga : Membentuk resonan aura dengan kepercayaan diri sendiri
Keempat : Menstimulasikan kejayaan dalam minda anda sehingga ia
menjadi suatu kesungguhan dalam hidup
Kelima : Membina komitmen peribadi dengan mengguna modul
peracangan hidup

Apakah keistimewaan Biogenic Mind Designer berbanding dengan


penceramah motivasi ?

Proses Biogenik Minda adalah untuk menguruskan kemahuan asasi


seseorang. Untuk itu, seseorang Biogenic Mind Designer hendaklah
mengenal struktur DNA mental dan memahami keunikan minda
seseorang dengan mengguna analisis psikomatik. Ia kemudian
dirakam dalam bentuk audio CD. Rakaman ini menjadi teras misi
hidup seseorang. Penghayatan Rakaman Biogenik Minda secara
berterusan akan membolehkan diri anda membentuk magnet peribadi

The Secret of Character Building 116


dalam menarik semua faktor kejayaan hidup anda. Pepatah
menyatakan “Bila minda akan bersedia, alam sejagat juga bersedia
membantu anda.”
Ia berbeza dengan sessi ceramah atau bimbingan peribadi yang
sering dimulakan dengan buku kursus. Anda perlu menguasai
falsafah kejayaan sebelum merangka perancangan hidup dengan
menulis “pelan tindakan” anda. Ramai orang merasa sukar untuk
menguasai ilmu dalam buku kursus serta mengamalkannya.

The Secret of Character Building 117


18. Kehebatan Biogenic Model
Biogenic Model adalah ibarat mengilatkan kasut. Ia memancarkan
sinaran aura hidup dan menghidupkan tenaga perjuangan yang
ceriah dan positif..

Biogenic Model adalah ibarat penggali intan permata. Terus menggali


biarpun berhadapan dengan berbagai penghalang. Jiwa tidak kental
untuk mencari intan yang bersinar.

Biogenic Model adalah ibarat baju kalis peluru. Ia membuatkan anda


kebal terhadap semua cabaran persekitaran atau individu yang
negatif.

Dengan mengaplikasikan Biogenic Model dalam hidup, anda ibarat


menyemburkan air pada hidup kemarau dan mencambahkan hidup
keagungan dari benih minda anda.

Anda akan merasa inersia hidup yang mengkongkong kemajuan diri


selama ini telag berubah menjadi suatu momentum kekayaan dan
keriangan.

Dengan mengamalkan Biogenic Model, anda akan menjangkaui


limitasi peribadi dan membebaskan diri dari penjara mental. Anda
akan menikmati hidup yang indah dan bahagia. Semua impian anda
menjadi kenyataan satu per satu.

The Secret of Character Building 118


Biogenic Model adalah ibarat insurans hidup anda. Ia membantu
anda menyempurnakan hajat anda dengan praktikal dan bukan
hanya suatu perbualan mulut. Setiap apa yang dihajatkan akan
menjadi kenyataan biarpun anda mempunyai kecacatan dan
kekurangan tersendiri.

The Secret of Character Building 119


19. Kata-kata pujangga mengenai sikap
Marilah sama-sama kita menghayati beberapa kata-kata pujangga
yang berkait dengan sikap diri.

Sebagai manusia, keagungan kita bukan diukur pada keupayaan


anda mengubah dunia anda – ini adalah mitos zaman atom –
sebaliknya, pada keupayaan mengubah diri sendiri. Mahatma Ghandi

Jika anda tidak suka sesuatu, ubahkannya. Jika anda tidak dapat
mengubahnya, ubah sikap anda - Maya Angelou

Sikap kita terhadap hidup akan menentukan sikap hidup tehadap


kita. John N. Mitchell quotes

Semakin panjang usia saya, semakin saya sedar tentang impak sikap
terhadap hidup. Sikap , kepada saya, adalah lebih penting dari fakta.
Ia lebih penting dari masa lalu, pelajaran, duit, mahupun
persekitaran, ia juga lebih penting dari kegagalan, kejayaan, apa
yang yang orang lain perkatakan. Ia lebih penting dari ketrampilan
anda, bakat atau kemahiran. Ia akan membina atau meruntuhkan
syarikat .. pusat ibadat.. rumah. Yang paling istimewa pada setiap
insan ialah keupayaan untuk memilih jenis sikap untuk melayan hidup
harian anda. Kita tidak dapat mengubah masa lalu… kita tidak dapat
mengubah cara orang bertindak dan berkata sesuatu. Kita tidak
dapat menguabh sesuatu yang sudah berlaku. Hanya satu sahaja
yang dapat kita usahakan, iaitu sikap kita sendiri. Saya yakin bahawa
hidup adalah 10% apa yang berlaku dan 90% cara kita bertindak

The Secret of Character Building 120


terhadapnya. Dan itu adalah hak anda…kita bertanggungjawab
terhadap sikap sendiri. Charles R. Swindoll quotes

Anda tidak dapat mengawal apa yang berlaku, tetapi kita boleh
mengawal sikap kita terhadap apa yang telah berlaku. Dalam usaha
ini, anda akan menguasai perubahan dan tidak mengizinkan kejadian
tersebut mengawal hidup anda Brian Tracy

Sikap adalah perkara kecil dan membawa perbezaan yang besar


dalam hidup. Winston Churchill quotes

Satu-satunya kecacatan dalam hidup ialah sikap yang teruk. Scott


Hamilton quotes

Sikap mental yang positif adalah mencari jalan untuk


menyempurnakan sesuatu dan bukan menjelaskan kenapa ia tidak
dapat dilakukan. Bo Bennett quotes

Bila anda konflik dengan seseorang, hanya satu faktor yang dapat
membawa perbezaan, samada terus merosakkan perhubungan atau
mengukuhkannya. Faktor tersebut ialah sikap. William James quotes

Saya tidak dapat mengubah haluan angina, tetapi saya boleh


mengubahsuai layar saya untuk membolehkan saya sampai ke
destinasi yang saya hajatkan. Jimmy Dean quotes

The Secret of Character Building 121


20. Nilai pembangunan sikap dalam hidup
anda
Terdapat dua jenis pelaburan yang sering seseorang lakukan
terhadap hidupnya
Pertama, kita melabur keperluan asasi seperti makanan dan
penginapan
Kedua, kita melabur dalam ilmu dan kemahiran hidup

Jika anda jumlahkah semua wang yang dicurahkan untuk kedua-dua


aspek pelaburan di atas, anda akan terharu dengan kos kehidupan
yang mahal sekali.

Marilah kita bicara tentang makanan harian. Sungguh menakjubkan,


jumlah kos makanan yang anda gunakan sepanjang 80 tahun usia
anda adalah hampir setengah juta ringgit.
RM20 X 365 X 80 = 584,000
.
Begitu juga dengan kos pendidikan formal. Seorang graduan akan
membelanjakan kos pendidikan dari tadika ke universiti yang
berjumlah hampir setengah juta, lebih-lebih lagi kalau anda belajar di
England. Sudah pasti, pelaburan pendidikan akan meningkatkan
kemahiran dan ilmu anda.

Pernahkah aa bertanya diri sendiri, apa kos pelaburan « sikap » yang


telah telah anda belanjakan untuk diri anda ?

The Secret of Character Building 122


Malangnya, kita kurang melabur wang untuk minda kita sendiri.
Apakah maknanya? Kita mempunyai tanggapan bahawa sikap kita
bukanlah elemen yang penting dalam mengukur kejayaan dan
kebahagiaan hidup. Kita melihat pada pelaburan ilmu akademik lebih
dari pengetahuan terhadap sikap kita sendiri. Kita juga percaya
makanan dan keselesaan adalah lebih penting dari sikap. Ini
bermaksud, seseorang tidak sanggup berlapar perut tetapi sanggup
berlapar “sikap”.

Sememangnya, tidak ada sesiapa boleh mempertikaikan


kepercayaan anda. Setiap orang dalam hidup memerlukan makanan
dan ilmu pengetahuan. Persoalan yang paling besar, “Apa yang telah
terjadi dengan hidup kita?”
Mengapa tidak semua orang dapat menikmati keriangan, motivasi,
ketenangan dan kemuliaan dalaman ?
Sudah pasti wujudnya suatu jurang yang membantutkan denai
kejayaan kita. Hanya bila seseorang telah berjaya melepaskan sikap
lama dan mempelajari sikap yang baru, diri tidak akan menjangkaui
prestasi dan kegembiraan yang anda kecapi sekarang.
Dari analisis Fobes, hanya 0.2% dari populasi dunia yang berjaya
digelar jutawan. 8% dari populasi berada di tahap prestasi optima,
samada seorang juara dunia atau memecah rekod dunia.
Kurang dari 12% dari populasi mempunyai peluang untuk melancung
setiap tahun dan kurang dari 18% manusia yang menikmati
pendapatan lima angka sebulan (USD)
Apakah yang telah berlaku dengan orang-orang lain?

The Secret of Character Building 123


Ada yang mengganggap diri sendiri normal dan gembira, ada juga
yang mengatakan diri mereka sedih dan bermasalah, paling ramai
yang mengatakan mereka “tidak bernasib baik dan gagal”

Apa sahaja tahap kejayaan dalam hidup bukanlah suatu yang penting.
Yang penting adalah keupayaan seseorang melihat keperluan dirinya
untuk menggempurkan hidupnya ke tahap yang lebih baik. Pepatah
menyatakan “Tidaklah penting di mana anda sekarang, sebaliknya
kea rah mana anda pergi.”

Sememangnya, hajat anda untuk meningkatkan corak hidup ,


pendapatan dan keriangan hidup adalah sebab asasi untuk
mendorong anda mengejar perubahan dalam hidup.

Bila tahap kemahuan kita adalah sifar, kita akan terus kekal pada
status yang sama tanpa melakukan apa-apa demi kemajuan dan
kecemerlangan. Bila suatu peluang yang dapat mentransformasikan
hidup menjelma, mereka akan menolak dengan berbagai alasan ;
« ia terlalu mahal » « saya tidak perlukannya » « Saya OK
sekarang »

Yang peliknya, insan yang tidak sudi melabur untuk pembanguna


sikap mempunyai wang untuk membeli segala kemewahan seperti
kereta dan rumah. Mereka sanggap menghiaskan kehidupan dengan
kejayaan luaran yang memerlukan bayaran ansuran puluhan ribu
ringgit sebulan. Persoalannya, mengapa mereka tidak katakan

The Secret of Character Building 124


pelaburan kemewahan ini suatu yang mahal, dan sebaliknya
mengatakan pelaburan sikap amatlah mahal?

Sudah pasti, insan yang tidak memberi keutamaan pada pelaburan


sikap akan terus menyatakan “kereta adalah lebih penting dari sikap
kerana ia memberi kita kemudahan, status dan kepuasan.”

Jelas swekali, ramai orang mengenepikan pelaburan sikap.


Mencurahkan wang RM1 untuk buku sikap adalah suatu yang amat
berat dilakukan berbanding dengan gula-gula untuk memaniskan
mulut sendiri.
Kemanisan hidup bukanlah suatu keputusan segera berbanding
dengan kemanisan mulut.
Mereka tidak dapat merasa nilai sikap secara sentuhan.
Mereka juga tidak dapat menjana keselesaan sensasi dari sikap.
Bagi kebanyakan orang , pembangunan sikap adalah suatu yang
membazir wang.

Suatu berita yang menakjubkan.


Kajian statistic terhadap jutawan di seluruh dunia mendapati faktor
nombor satu kejayaan mereka ialah disiplin. Dengan erti kata lain,
mereka mempunyai sikap yang cemerlang, bukan ilmu dan
kemahiran.

Jika kita menilai aktiviti hidup seharian , kita menyapu lantai


rumah kita setiap hari tetapi jarang-jarang kita membersihkan
kelemahan sikap yang menjejaskan prestasi hidup kita.

The Secret of Character Building 125


Kita menyelenggarakan kereta dan menukar minyak hitam setiap
5000 KM, tetapi kita gagal menyelenggarakan minda kita sendiri. Kita
menukar tayar yang telah usang, tetapi kita terus menyimpan
keresahan dan kemarahan kita yang telah busuk dalam hati kita.

Adakah ini bermaksud, kereta dan rumah adalah lebih berharga


berbanding dengan hidup anda?
Jawapannya sudahlah pasti tidak
Hayat kita jauh lebih berharga dari kereta dan rumah.
Disebabkan kekuatan sikap, kita mampu membeli kereta dan rumah.
Tetapi, mengapa kita melayan sikap sebagai penduduk second class?
Sebaliknya, kita melayan rumah dan kereta sebagai penduduk paling
berwibawa dalam hidup kita.
Apakah yang telah berlaku?
Kita membunuh angsa yang boleh mengeluarkan telur emas , iaitu
diri sendiri.

Hakikatnya, pembelajaran sikap akan menjadi faktor paling utama


yang menentukan taraf hidup anda sepuluh tahun dari sekarang.

Sayangnya, ramai orang yang idamkan kemajuan taraf hidup,


peningkatan pendapatan ; tetapi tidak langsung melabur wang untuk
membaharui sikapnya.
Mereka terus mengguna kereta 1000cc dengan harapan hendak
mengangkut kekayaan yang seberat lapan ton

The Secret of Character Building 126


Mereka terus mengguna kapal kecil dengan harapan dengan
menjelayaj di lautan yang ganas
Mereka menggunakan sudu yang kecil dengan harapan untuk makan
dengan gelojoh
Mereka akan merasa kecewa. Semua hajat yang murni akan terus
tertidur dalam minda selagi saluran sikap tidak diaktifkan. Semakin
anda berusaha meningkatkan kuasa sikap dalam hidup , semakin
tinggi keupayaan untuk menarik bebasan berat ke dalam hidup anda.

Marilah kita sama-sama kita meneliti dengan mendalam, mengapa


ramai orang mengabaikan pelaburan sikap dalam hidupnya.

Mereka menyatakan sumber kewangan mereka amat terhad


Hanya golongan yang mempunyai wang lebihan akan melabur dalam
pembelajaran sikap mereka
Jelas sekali, fenomena ini adalah suatu perangkap untuk orang-
orang yang miskin dan bermasalah wang
Mereka tidak sedar bahawa corak minda mereka yang mengelakkan
pelaburan sikap adalah suatu faktor yang terus menghalang mereka
dari menjadi kaya
Mereka menggunakan sebab “tidak cukup wang” sebagai sebab
untuk mengelakkan pembangunan diri dan terus merana seumur
hidup.
Soalnya, bagaimana kita dapat melepaskan batu penghalang yang
membantutkan pembangunan sikap?
Jawapannya - buat keputusan sekarang.

The Secret of Character Building 127


Bia anda telah membuat keputusan untuk belajar, untuk memajukan
diri dan untuk mengejar kecemerlangan
Anda akan dapat belajar cara untuk mengatasi semua penghalang
yang menghalang anda.
Bila anda telah membuat keputusan untuk belajar.
Jika anda tidak mempunyai wang, anda akan mencari wang
Jika anda tidak mempunyai pengangkutan, anda akan berjalan kaki
Jika anda tiada masa, anda akan korbankan sesuatu aktiviti lain
Jelas sekali, sikap yang baik akan menentukan cara anda melayan
cabaran anda
Akhirnya, anda akan menerima program ini sebagai suatu
“pemangkin hidup” dan memimpin anda ke tahap hidup yang lebih
hebat kelak.
Jika anda menyatakan faktor kejayaan diri yang paling penting, ia
bukan bergantung pada ilmu dan kemahiran; sebaliknya ia adalah
sikap anda.
Buat keputusan sekarang.
Jangan izinkan persekitaran anda mengawal hidup anda.

The Secret of Character Building 128


Sajak “Biogenik Minda”

Lepaskan brek minda anda


Minda anda mempunyai brek
Ia membantutkan hidup anda
Ia membuatkan anda kaku
Resolusi awal tahun sering tersekat
Perancangan hanya tinggal pada kertas
Hidup dalam kekecewaan dan hampa
Mengharungi trauma kewangan
Hidup menjadi pahit dan sukar
Jiwa anda merasa sakit dan merana
Jiwa anda menjerit meminta tolong
Tolong jangan bazirkan hidup saya
Sila buat sesuatu untuk berjaya
Brek hati anda mula dilepaskan
Momentum hidup mula merancak
Biogenik Minda mula menggempur masa depan
Anda tahu dengan pastinya
Yang terbaik akan mendatang

Abang Yew
Pelopor Biogenic Model

The Secret of Character Building 129


Keajaiban hidup
Bila anda nampak hanya kaca
Saya nampak permata yang bersinar
Bila anda nampak hanya batu
Saya nampak intan yang berharga
Cara anda melihat dunia sekitar anda
Menentukan apa yang anda akan dapat
Lihat limpahan kurniaan Tuhan setiap hari
Hapuskan minda merungut tentang kekurangan
Anda mula menjunjung minda kekayaan
Dan memprogramkan minda yang penuh berkuasa
Untuk menyahut keajaiban dalam hidup
Dalam masa biasa yang tidak dijangka

Abang Yew
Pelopor Biogenik Minda

The Secret of Character Building 130


Yang terbaik akan datang
Bila hidup semakin susah
Setiap dugaan menendang hidup anda
Anda mula terseksa siang dan malam
Lihatlah pada bintang yang berkelipan
Yang membawa anda keluar dari kesusahan
Membawa anda ke dunia kegemilangan
Anda mencari-cari
Di manakah bintang yang berkelipan
Yang bakal membawa perubahan dalam hidup
Suatu suara kecil mula menjelma
Bintang tersebut dalam hati anda
Mula mendukung hati anda dengan harapan
Mula melihat yang terbaik dalam hati anda
Anda akan menemui
Yang terbaik akan menyerlah dalam hidup

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

The Secret of Character Building 131


Memulakan harapan anda
Apa sahaja yang anda miliki
Reflek corak minda yang lalu
Apa yang anda miliki pada masa depan
Reflek corak minda anda sekarang
Mula ubah fikiran dan minda anda
Programkan visi baru dengan kesungguhan
Bila desakan dalaman menjadi kuat
Anda mencapai kuasa luar biasa
Menggerakan dan meratakan gunung
Yang orang lain kata susah betul
Menyeberangi laut yang ganas
Yang orang lain katakan bahaya
Mendapat limpahan dari dunia
Yang orang lain kata mustahil
Bila anda melepaskan ikatan minda
Dan kembali ke tahap default
Anda mula rasakan kekuatan tenaga anda
Yang memimpin anda ke dunia yang baru

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Bangunkan harimau anda

Nilai masa depan anda

The Secret of Character Building 132


Ibarat permata dalam hidup anda
Tunggu saat memancarikan sinarnya
Menyinar hidup dengan kekayaan dan limpahan
Untuk menikmati hasil perjuangan anda
Membeli apa sahaja yang anda hajatkan
Melawat tempat yang paling indah di dunia
Memulakan status hidup yang bergaya
Menyumbang kepada insan yang malang
Hidup sungguh berharga dan jangan disia-siakan
Jangan juga rosakkan atau berkarat
Lepaskan racun minda dan belajarkan kebenaran
Membawa masa depan yang lebih menjaminkan
Untuk diri anda dan keluarga anda

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Melangkah dengan kuasa


Melajak menuju destinasi hidup
Bila masa servis dah sampai
Kita akan masuk ke bengkel

The Secret of Character Building 133


Membuangkan minyak hitam lama
Isi semula dengan minyak baru
Untuk memastikan prestasi optima
Soalnya…
Berapa kerap kita servis hidup kita?
Jawapannya sungguh menyedihkan
Ramai yang tidak servis mindanya
Rupanya hidup mereka tidak sepenting kereta
Marilah lakukan sesuatu untuk minda kita
Biogenic Mind adalah salah satu pendekatan
Memimpin anda ke tahap kuasa yang tinggi
Dan nikmati kekayaan yang melimpah-limpah
Dan mencorakkan masa depan anda
Dengan penuh keceriahan dan kebahagiaan

Abang Yew
Biogenic Mind Founder

Memancar harapan anda


Minda anda ibarat sebuah radio
Setiap masa anda fikir impian
Ia memancar sinaran ke alam sejagat

The Secret of Character Building 134


Tenaga yang terus menyerlah tanpa batasan
Sejajar dengan Hukum Newton yang pertama
Membawa tenaga anda ke alam yang realiti
Untuk menikmati penemuan baru dalam hidup
Dan mengecapi nikmati pencapaian
Menuju ke Hukum Newton ke dua
Tahap frekunsi minda anda
Menentukan kepantasan realisasi impian
Bila ia telah mencapai tahap maksima
Realisasi anda akan menjadi kenyataan
Diikuti dengan Hukum Newton ke tiga
When ideas interact with the action
Membawa kepada reaksi momentum yang berterusan
Dan memimpin ke pradigma hidup yang baru
Mengecapi sesuatu yang belum dialami sebelum ini

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Menyerlah impian anda


Bila hidup mula membantut
Tanpa berubah untuk puluhan tahun
Meneruskan rutin harian yang membosankan

The Secret of Character Building 135


Mengecapi keputusan yang basi dan lembap
Inilah masa untuk mencari jawapan
Dan meneroka impian yang masih tertidur
Yang tidur dalam hati anda buat berabad lama
Merangsang detik huraian impian yang penuh terperinci
Mengguna pemetaan Biogenik Minda
Dan alplifikasi impian dengan resonan minda
Menyinar pencapaian dengan tindakan yang praktikal
Melihat masa depan yang semakin bermakna
Dengan rasa syukur anda berkata “terima kasih”

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Bila minda anda dah bersedia


Bila anda sesat dan penat
Bertahan dan terus merempuh saat mencabar

The Secret of Character Building 136


Menyerlah tahap tenaga baru dalam hidup
Mengesan kuasa yang bakal menggegarkan dunia
Untuk memantapkan semangat perjuangan anda
Bila fantasi impian mula menjelma
Dan membina hidup yang indah permai
Anda mula berterimakasih
Dengan cabaran dan dugaan saat yang perit
Sebagai sumber transformasi diri
Yang memberi ganjaran istimewa dalam hidup anda
Untuk mencapai kesempurnanaan dan nikmat hidup

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Sebagai Pembina Biogenik


Bila anda fasih mengorak impian anda
Dan corakkan resonan kuasa minda

The Secret of Character Building 137


Meningkatkan keyakinan dan komitmen
Anda mula membina Biogenik Minda
Merancakkan kemahuan dan azam anda
Mencari jalan mengaktualisasikan harapan
Dengan kesungguhan dan keyakinan
Tidak mengenal erti kekalahan dan kecundang
Tidak mengenal erti susah dan kesakitan
Anda terus melangkah dan melangkah
Dalam saat biasa di masa yang tidak dijangka
Anda akan mengatakan terima kasih Biogenik Minda

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Membina keajaiban
Harapan anda adalah suatu tanda tanya
Sehingga anda mendefinasikan hidup anda

The Secret of Character Building 138


Kejayaan anda adalah tidak pasti
Sehingga anda mencorakkan misi anda
Andalah penggerak hidup
Mulakan penjana tenaga hidup anda sekarang
Dan mula menuju ke mercu keagungan hidup
Mulakan engin turbo anda sekarang
Dan lepaskan semua pemikiran yang terhad
Anda tidak akan tahu betapa tinggi anda akan terbang
Anda tidak akan tahu betapa banyak yang boleh dicapai
Dan mula menikmati keajaiban dalam hidup anda
Sebagai hadiah istimewa Biogenik Minda

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Menyambar impian anda


Jangan hilangkan kuasa impian anda
Kumpul dan simpan aura harapan anda

The Secret of Character Building 139


Mempraktis ratptai mental sebelum bermula
Melihat harapan dalam video minda mu
Dan ulangi video mental secara berterusan
Memimpin anda ke hidup yang penuh makna
Sambil menikmati kejayaan sebelum ia terjadi
Merasa nikmat kegemilangan dengan kepuasan
Dengan titisan air mata kesyukuran
Dan berkata “Sungguh indah hidup ku”

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Buangkan perkataan Mustahil


Bila minda anda berkata tidak
Anda berkata ya dan terus melangkah

The Secret of Character Building 140


Jangan menjadi mangsa mustahil
Berani menegakkan keyakinan anda
Dan buktikan misi anda tanpa batasan
Bila anda optimistic dengan misi hidup
Anda nampak penyelesaian dan bukan penghalang
Bila anda mahu sesuatu dengan niat yang 100%
Semua cabaran akan disahut dengan tabah
Bila anda tahu semua impian boleh dicapai
Anda akan lepaskan analisis fakta yang menyanggalkan
Hidup adalah suatu pilihan
Bila anda menjadi seorang yang berfikir boleh
Dunia akan datang membantu anda
Dan memimpin anda jauh dari lumpur hidup
Menyentuh langit dan memetik bintang
Terima kasih Biogenik Minda

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Pencorak Hidup Biogenik


Impian yang tidak bermaya dan membosankan
Sehingga ia disebatikan aura keceriahan

The Secret of Character Building 141


Impian yang penuh limitasi dan cabaran
Sehingga anda nyata melihat kemungkinan
Impian hanya suatu kemahuan yang lemah
Sehingga anda fokuskan kuasa dengan komitmen
Biogenic Model adalah proses kejuruteraan hidup
Menyepadukan impian anda dalam perspektif yang betul
Dengan lima elemen resepki psikologi
Menyedapkan misi yang basi dan kontang
Sehingga kuasanya tidak dapat dihentikan
Memimpin anda ke tahap yang lebih tinggi
Merealisasi impian tanpa sebarang alasan
Menikmati nikmat kejayaan misi hidup

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

Get out of your mental jail


Bila impian anda masih tersirat

The Secret of Character Building 142


Diselubungi seribu satu alasan dan penghalang
Minda anda terperangkap dalam penjara
Terkunci semua kemungkinan dan peluang
Hidup serba biasa tanpa keistimewaan
Menjeritkan duka lara yang menyeksa
Terus salahkan dunia yang jahanam dan tidak adil
Tanggapan kononnya hidup telah ditakdirkan
Impian mula tidur lena buat selamanya
Tunggu untuk dikebumikan bersama jasadmu
Sehingga saat Biogenic Model membuat panggilan
Memimpin anda keluar dari penjara
Menceriahkan diri dengan kuasa dan kejayaan

Abang Yew
Penggubal Biogenik Minda

The Secret of Character Building 143


Adakah anda menikmati Imaginasi Biogenik?

Saya percaya anda pasti terharu dengan


penemuan Biogenic Model ... dan anda mungkin
tertanya-tanya… “Apa yang perlu saya lakukan
sekarang?”

Jelasnya, Kefahaman tentang methodology


hanyalah suatu permulaan.

Dalam penerbitan yang berikutnya, anda akan


menemui tajuk yang berfokus pada sesuatu
bidang sikap yang spesifik untuk anda
laksanakan dalam hidup anda… contohnya
bidang keyakinan diri, bidang kesukanan,
kekeluargaan atau kewangan. Ruangkanlah
masa untuk mengenal tajuk penerbitan yang
sesuai dengan citarasa sebelum anda

The Secret of Character Building 144


mendapatkannya untuk memenuhi bantuan
speisifik dalam hidup anda.

Disamping itu, saya juga akan memberi


rekomen tinggi kepada anda untuk menggunaan
kuasa pengesahan diri yang terkandung dalam
laman web http://hilteryew.com/affirmation demi
mencapai alihan sikap yang optima.
Bagaimanapun, semua ini adalah bergantung
pada pilihan anda sendiri. Dapatkannya
sekarang jika anda hendak mencepatkan
penguasaaan anda dalam proses tersebut.

Ingat, TINDAKAN adalah kunci utama untuk


menjayakan rukun PENARIKAN dalam hidup
anda
Ini bermaksud, janganlah kita hanya
berpandukan pada Imaginasi Biogenik setiap

The Secret of Character Building 145


hari dan tidak buat apa-apa … tidak ada apa
yang akan berlaku dalam hidup anda.

Saya selalu mengguna contoh di mana


seseorang yang mahu menang loteri tidak
pernah berusaha untuk membeli tiket loteri.
LOL…

Sesungguhnya, saya telah melabur lebih dari


RM80,000 untuk berbagai seminar dan produk
pembangunan diri. Saya juga telah membaca
lebih 300 buku berkaitan dengan tajuk minda
dan sikap. Saya telah sebatikan ilmu kejayaan
tersebut dalam hujah pengesahan yang
terkandung dalam setiap program penerbitan
saya dengan harapan ia dapat membantu anda
menarik sumber kenalan, perlatan dan peluang
yang anda hajatkan.

The Secret of Character Building 146


Anda tidak semestinya hendak mengikut jejak
langkah saya, tetapi ingat.. terus melaburkan diri
dalam konteks pendidikan hidup, samada dalam
aspek kerjaya atau cara anda mengguna rukun
penarikan yang bakal membawa hidup anda ke
tahap kerjaya / kemahiran hidup yang anda
hendakkan. Anda akan dapati, semua pelaburan
anda membawa pulangan yang cukup lumayan
dalam hayat anda.
Dengan itu, saya mengundang anda untuk terus
meneroka sumber kejayaan. Semoga buku ini
membawa kebaikan dalam hidup anda dan
seterusnya alam sejagat akan memberi apa
sahaja yang anda hajatkan.

The Secret of Character Building 147


Latar belakang Abang Yew

Anugerah Pengakap Diraja


- Di samping tugas pembelajaran dan komitmen keluarga, saya telah lulus semua
ujian pentaraf “Pengakap Diraja”. Waktu saya menyertai pasukan pengakap
dalam Tingkatan Satu, saya sudah membayangkan lencana penuh pada lengan
baju saya. Semua harapan saya menjadi kenyataan waktu saya menerima Augerah
Pengakap Diraja di tingkatan enam.

Graduan UKM
- Hajat saya masuk universiti telah mula bergema dalam jiwa saya sewaktu saya
dalam Tingkatan tiga. Saya sering membayangkan saat saya berpisah dengan
keluarga di lapangan terbang dan bertolak ke universiti. Dengan imaginasi yang
konsisten, harapan tersebut telah menjadi kenyataan.

Guru KKHS
- Saya mula memimpin pelajar sekolah mengguna Biogenic Model pada tahun 1992
sewaktu saya bertugas sebagai kaunselor di sekolah tersebut. Saya menganjurkan
berbagai kursus motivasi, kem kepimpinan untuk pelajar. Mula waktu itu,
kecenderungan saya terhadap pembangunan insan semakin menyemarak.

Polis Sukarelawan(PVR)
- Saya mempunyai aspirasi untuk menabur jasa sebagai seorang anggota polis yang
baik. Dengan imaginasi yang saya coretkan salam minda, saya telah menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000.

Perwakilan Hari Kebangsaan 1984


- Saya mempunyai hajat hendak mewakili negeri dalam berbagai acara yang
menggemparkan. Pada tahun 1984, saya telah dipilih sebagai salah seorang
perwakilan dalam perarakan Hari Kebangsaan di KL.

The Secret of Character Building 148


-
Straight A
- Saya membayangkan diri saya mencapai Straight A dalam semua peperiksaan
kerajaan. Saya memotong petikan suratkhabar yang memaparkan kejayaan pelajar
Straight A dan lekatkan di tempat saya belajar. Setiap kali saya belajar, saya akan
menutup mata dan membayangkan kejayaan saya. Sekali lagi, Ia menjadi suatu
kenyataan.

Anugerah Pelajar Terbaik Sekolah


- In 1984, I have strong urge to be the Model Students of the schools. My passion
grow stronger when I know that 1984 candidate is not me. My visualization to be
the model student of the school keep my momentum growing and I make it in 1985.

The Best Monitor Award


- Out of all the class monitors, I have an honor to be be awarded as the Best Monitor
of the school. When I was appointed as a monitor, I start to visualize the classroom
cleanliness and decoration I desired. I than make every idea into action.

The Most Enthusiasm Toastmaster Awards


- When I graduate from UKM, my English speaking is very poor. But my passion to
speak give me an award from Toastmaster Club. Again my visualization to be a
great speaker come to reality.

The Toastmasters Speech Champion


- Saya telah menang lebih sepuluh pertandingan syarahan. Saya juga mengecapi
Juara Syarahan. Saya akan bayangkan diri saya beraksi atas pentas sebelum
pertandingan. Ia membantu saya menjadi seorang yang lebih yakin diri dan berjiwa
kemenangan.

Penceramah professional

The Secret of Character Building 149


- Sejak waktu saya seorang guru, saya sering duduk di kafe lapangan terbang sambil
membayankan diri sendiri melancung ke seluruh dunia memberi ceramah.
- Setakat ini, saya telah berjaya menjejak kaki ke beberapa negara lain di Asean
untuk mengendalikan program latihan korporat.

Kebahagian keluarga
- I am living happilly with my beloved wife Bee Simm. I love my children so much.
My daily visualization of seeing myself and my family sleep on a pool of rose is
really a romantic experience.

Success in Networking
- Saya telah membayangkan diri saya mencapai kejayaan “crown manager” sejak
saya berkecimpung dalam arena kejurulatihan demi membina kredibiliti saya untuk
menganjurkan kursus dalam arena MLM. Saya sempat menceritakan kejayaan saya
dalam perniagaan rangkaian di depan ribuan peserta dan menerima anuegerah
Crown Manager pada tahun 2007.

Liputan suratkhabar
- Saya telah mula membayangkan diri saya disiarkan dalam suratkhabar sejak waktu
saya di sekolah menengah lagi. Di samping beberapa liputan temuramah khas oleh
wartawan, saya juga menjadi penulis ruangan motivasi di beberapa suratkhabar
tempatan.

Tetamu jemputan TV1


- Saya mempunyai cita-cita untuk bercakap dengan jutaan penonton TV seluruh
negara dan berkongsi ilmu kejayaan. Hajat saya menjadi kenyataan pada tahun
2009. Saya telah diundang lebih 50 sessi temubual Selamat Pagi Malaysia, TV1 .

Tarian Singa

The Secret of Character Building 150


- Saya mempunyai impian hendak menjadi seorang pemain tarian singa yang handal
sejak saya di sekolah lagi. Dengan usaha yang gigih, saya telah menyempurnakan
misi tersebut dan digelar “Superman” oleh rakan-rakan sepasukan saya.

Bina badan dan kecergasan


- Saya mempunyai impian hendak memiliki badan yang cantik. Setakat ini, saya telah
mencapai ukur lilit badan 42-30-35. Saya berazam hendak mengambil pertandingan
Mr. Malaysia pada tahun 2016 dengan matlamat ukuran 50-30-39. Untuk misi ini,
saya membayangkan diri saya bertanding dalam sukan bina badan dan melihat pada
video serta gambar Arnold S setiap hari.

Penerbitan CD Pendidikan
- Pada tahun 1992, saya memberi cabaran untuk mengeluarkan 100 CD pendidikan
untuk pelajar. Setakat ini, saya telah siap mengerjakan 50 CD audio penghayatan
Biogenik Minda dan saya namakannya Siri Permata Pembangunan Sikap. Saya
akan terus menyempurnakan 50 CD lagi dalam siri Mutiara yang khas untuk
Pembangunan kerjaya pelajar.

1000 sijil dan banner


- Saya mempunyai impian untuk mengumpul 1000 sijil dalam hidup saya. Setakat ini,
saya telah berjaya mencapai 871 sijil ; merangkui sijil dari pengakap, sukan,
sekolah dan sebagainya. Misi tersebut masih diteruskan selagi saya belum mencapai
jumlah yang saaya hajatkan.

Perniagaan Sendiri
- In 1997, Saya menubuhkan syarikat pertama saya bernama Top (HRD) Training
Consultant. Tiga tahun sebelum itu, saya telah mengilhamkan nama syarikat dalam
semua karya penulisan saya.

The Secret of Character Building 151


Projek Licensee Pendidikan
- Perniagaan rangkaian adalah suatu hajat dan minat saya. Pada tahun 2008, saya
telah dilantik sebagai pengarah syarikat penerbitan buku pendidikan yang bernama
SLP Media Sdn Bhd. Kita telah berjaya membuka 10 syarikat licensee di seluruh
negara yang mengguna program pendidikan SLP. Sayangnya, MD telah menutup
syarikat tersebut pada tahun 2010. Hajat saya untuk membina imaginasi membuka
syarikat penerbitan terus bergema dalam hati saya sampai hari ini.

Penulisan dan penggubal lagu


- Saya telah berjaya menulis beberapa lagu korporat dan berjaya digubal dalam
bentuk rakaman audio. Saya sedang memikirkan harapan saya untuk menggubal siri
lagu pariotik dan motivasi kepada semua pelajar sekolah. Imaginasi saya masih
bergema dalam minda sehingga hari ini.

The Secret of Character Building 152

Anda mungkin juga menyukai