Anda di halaman 1dari 2
PEJABAT TINBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, (OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUGATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK €2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE 162604 PUTRAJAYA MALAYSIA Tel: ¥903-8084 9302 Foks : +603-8886 6680 Webslie : htpzivaww.moe.govmyl KPM.600-14/1/56 JId.3 ( 38) 26 April 2017 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Y. Bhg. Datuk/Dato//Tuan PERKHIDMATAN MESIN LAYAN DIRI (VENDING MACHINE) DI SEKOLAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberikan perhatian berat terhadap kesihatan dan keselamatan murid, Usaha-usaha untuk melindung, menjaga dan memelihara kesihatan dan keselamatan murid hendaklah diberi keutamaan. 2. __ Kebelakangan ini negara kita telah mengalami masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat amalan pemakanan tidak sihat dan gaya hidup yang tidak aktif seperti obesiti, diabetes, hipertensi dan penyakit jantung. Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 14/2016 pada 7 September 2016 telah memutuskan agar makanan dan minuman dalam kategori tidak digalakkan untuk dijual dimasukan kedalam kategori dilarang untuk dijual di kantin sekolah 3. Selaras dengan siaran Larangan Penjualan Makanan Dan Minuman Yang Tidak Digalakkan Penjualannya Di Kantin Sekolah, semua perkhidmatan mesin layan diti yang menjual makanan dan minuman yang dilarang tidak dibenarkan berada di premis dan kawasan institusi sekolah. Produk makanan dan minuman bagi mesin layan diri mestilah mematuhi senarai makanan dan minuman yang boleh dijual sahaja 4. Semua kontrak perkhidmatan mesin layan diri yang berada di premis dan kawasan institusi sekolah mestilah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri kecuali yang diuruskan oleh pengusaha kantin yang dilantik dan berada di premis kantin sekolah. 5. Sewa perkhidmatan mesin layan diri yang dilantik oleh pihak sekolah mestilah diakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Sekolah (SUWA) berasaskan Garis Panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah. 6. Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah hendaklah _memastikan arahan ini dipatuhi dan dikuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. Semua mesin layan diri yang masih mempunyai kontrak dengan pihak sekolah tidak boleh disambung perkhidmatannya setelah tamat kontrak. 7. Kerjasama Y.8hg Datuk/Dato/Tuan dimohon untuk memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pojabat Pendidikan Daerah, pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran Y.Bhg Datuk/Dato'/Tuan. Sekian Feria kasih. RKHIDMA UNTUK NEGARA" DATO’ HAJ! AHMAD/TAJUDIN BIN Ji 1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran 3. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan. 4. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pedidikan 5. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai