Anda di halaman 1dari 3

Dalam sebuah hutan ,tinggal seekor Singa yang sombong.

Badannya yang besar dan kuat

menyebabkab semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan telah menjadi mangsanya.

Suatu hari,semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka

berbincang bagaimana untuk menewaskan Singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang

Kancil bangun dan bersuara.

“Wahai kawan-kawan ,kehidupan kita sekarang semakin terancam.

Semakin lama,semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa Singa yang zalim itu.Oleh itu

marilah kita sama-sama berfikir bagaimana hendak menewaskan singa itru.

“Ya ,kami sedia membantu”jawab haiwan yang lain.

“Siapa ada cadangan ,Silakan”.Kata Sang Kancil. Semua terdiam.

Tiba-tiba tebuan bersuara , “ Wahai kawan-kawan,biarlah saya cuba menewaskan Singa itu.”

Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

“Selain saya,siapakah yang berani menawarkan diri,Silakan”.Tebuan mencabar kawan-

kawanya.Masing-masing tunduk diam.

Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,marilah kita sama-

sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.”Kata Sang Kancil.

Pada kekesokan harinya,Semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan

pertarungan antara Singa dan Tebuan.Setelah tiba di suatu tempat,mereka ternampak Singa

masih tidur di bawah pokok.Tebuan pun terbang menghampiri singa.


“Hai Singa yang zalim.Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.”Kata

Tebuan dengan berani.

“Engkau nak berlawan dengan aku?”Tanya singa itu sambil ketawa.

Ha! Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!

“Belum cuba ,belum tahu.Walaupun aku kecil,tapi dengan azam yang kuat,aku akan

dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.”Jawab Tebuan dengan penuh

semangat.

“Baiklah,kalau engkau berani,marilah”Kata Singa.

Dengan pantas,Tebuan terbang mengelilingi Singa itu.Singa itu berpusing-

pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak Berjaya.Lama kelamaan Singa itu menjadi

letih.Tebuan mengambil kesempatan ini,Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang

hidung Singa yang luas itu lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.

Singa itu meraung kesakitan.Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya

mengeluarkan Tebuan.Semakin lama,semakin kuat gigitan Tebuan itu.

Tidak lama kemudian,Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat.Semua

binatang bersorak kegembiraan.Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya

lemah.
Kita tidak boleh bersikap malas.Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya.Sebelum

mengundur diri mari kita fikirkan ……kecil jangan disangka anak,besar jangan

disangka bapa…..akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan

fizikal.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai