Anda di halaman 1dari 5

Bincangkan ciri-ciri keistimewaan sIstem munakahat islam dengan memberi focus kepada

jaminan keselamatan dan keadilan kepada wanita jika berlaku pembubaran perkahwinan.,

1.0 PENGENALAN
Pembinaan institusi keluarga yang mengikut acuan Islam dan prinsip Syarak
pastinya akan beroleh kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Islam memberi
petunjuk kepada manusia bagaimana cara membaiki keadaan hidupnya, mengenal
hak dan kewajipan dalam pergaulan, bahkan dalam segala pekerjaan termasuk
urusan mentadbir dan memimpin keluarga supaya manusia beroleh keuntungan di
dunia dan akhirat kelak.

2.0 SISTEM MUNAKAHAT ISLAM (PERKAHWINAN)


Perkawinan dari sudut pandangan Islam pula merupakan sistem atau
peraturan dari Allah SWT yang mengandung karunia yang besar dan hikmah yang
agung. Melalui perkawinan dapat diatur hubungan lelaki dan wanita ( yang secara
fitrahnya saling tertarik ) dengan aturan yang khusus. Dari hasil pertemuan ini juga
akan berkembang jenis keturunan sebagai salah satu tujuan dari perkawinan tersebut.
Dan dari perkawinan itu pulalah terbentuk sebuah keluarga yang mendirikan beberapa
peraturan hidup yang khusus dari sebuah perkawinan.
Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. Manakala dari segi
syarak pula ialah satu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh dan berseronok-
seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak.
Dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukan di
antara satu sama lain. Orang Arab menggunakan perkataan nikah dengan makna
akad, juga dengan makna persetubuhan serta berseronok-seronok. Walaupun begitu
makna hakiki bagi kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya (majaz)
ialah persetubuhan.
Secara umumnya, Al-Quran menggunakan perkataan nikah dengan makna
akad dan bukannya persetubuhan.
Firman Allah S.W.T.:
ّ
‫عليهن من عدّة تعتدّونها‬ ّ ‫قتموهن من قبل أن تمس‬
‫ّوهن فمالكم‬ ّ ّ‫يأيّها الذين ءامنوا إذانكحْ تم المؤمنات ث ّم طل‬

Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menikahi


(mengahwini) perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan sebelum kamu
menyentuhnya, tidaklah perlu kamu menghitung
edahnya.” (Al-Ahzab: 49)
Yang dimaksudkan dengan kalimah ‘menikahi perempuan yang beriman’ ialah
kamu mengadakan akad perkahwinan dengan perempuan yang beriman. Ini
berpandukan firman Allah selepas itu yang bermaksud: ‘Kemudian kamu ceraikan
sebelum kamu menyentuhnya‘. Maksud menyentuhnya ialah menyetubuhinya.
2.1 CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MUNAKAHAT ISLAM

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah


s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang
yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna,
dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini adalah golongan yang berjaya
melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang
mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap
rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi
kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah.
Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan
dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan
perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.
Di sini menunjukkan bahawa, perkahwinan itu bukanlah sebagai satu
ikatan sahaja, malah sebagai satu sunnah Nabi dan sebagai satu perintah dari
Allah S.W.T. Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana
perkahwinan kerana perkahwinan mempunyai faedah yang besar kepada
individu dan masyarakat.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
.‫الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة‬
Ertinya: “Dunia adalah bahan berseronok dan sebaik-baik keseronokan
dunia ialah perempuan yang solehah.”
(Riwayat Muslim dalam
kitab penyusuan)
.‫اربع من سنن المرسلين الحياء والتعطر والسواك والنكاح‬
Ertinya: “Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul iaitu malu,
memakai wangian, bersugi dan berkahwin.”
(Riwayat At-Tarmidzi
dalam kitab nikah)
Perkahwinan yang syar’ie akan menghasilkan ketenangan jiwa dan
ketenteraman diri. Firman Allah Taala :
‫ومن ءاياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورهمة إن في ذالك أليات‬
‫لقوم يتفكرون‬
Ertinya : “ dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.“ (Ar-Rum: 21)
3.0 PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Perceraian ialah memutuskan ikatan perkahwinan yang sah oleh suami
dengan nyata atau kiasan. “Nyata” di sini bermaksud bahawa suami melafazkan
perkataan cerai atau talak secara terang-terangan seperti kata suami kepada isterinya:
“...aku ceraikan kau dengan talak satu.”
Manakala “kiasan” pula bermaksud suami melafazkan perkataan berupa
kiasan dan ia bermaksud atau berniat untuk menceraikan isterinya, seperti kata suami
kepada isterinya: “...keluarlah dari rumah ini.” Peruntukan melakukan perceraian pada
asalnya merupakan hak suami, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu isteri juga
boleh membubarkan perkahwinan.
Sekiranya perasaan kasih-sayang sudah tidak wujud lagi di antara pasangan
suami isteri maka adalah tidak wajar untuk memaksa diri untuk terus hidup bersama
kerana apalah ertinya menjalinkan hubungan dalam keadaan benci-membenci di
antara satu sama lain. Bahkan rumahtangga yang tidak bahagia menyebabkan
masyarakat menjadi kucar kacir seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara.
Oleh yang demikian Islam sebagai agama yang mementingkan keharmonian
dan ketenangan hidup manusia telah membenarkan untuk dibubarkan sesebuah
perkahwinan itu sebagai salah satu daripada cara terbaik dalam menyelesaikan konflik
suami isteri. Firman Allah SWT yang maksudnya: “...tidak ada suatu pun dosa atas
kamu jika kamu menceraikan isteri.” (Surah al-Baqarah: 236). Walaupun begitu di
dalam Islam perceraian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebarang
alasan malah bercerai itu sekalipun halal namun amat dibenci oleh Allah SWT. (HR
Abu Daud dan Ibnu Majah)

3.1 JAMINAN KEADILAN KEPADA WANITA SELEPAS PEMBUBARAN


PERKAHWINAN
Undang-Undang Keluarga Islam adalah kesinambungan daripada
kondisi masyarakat yang berbilang bangsa, budaya dan adat resam. Walaupun
ia adalah jelmaan daripada Undang-Undang Inggeris pada asalnya, tetapi
Undang-Undang Keluarga Islam telah diperluaskan dan diperbaiki serta
dikembalikan kedudukan asalnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Fiqh
Islam.
Undang-undang keluarga Islam hari ini adalah rombakan daripada fiqh
yang memperbaiki kedudukan wanita dan kanak-kanak terutamanya dalam
masyarakat moden hari ini. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa peruntukan
undang-undang yang menyentuh khusus tentang hak-hak mereka. Ini diseliputi
hak-hak berhubung dengan kewangan seperti mahar, nafkah, mut’ah, harta
sepencarian dan lain-lain peruntukan semasa dalam tempoh perkahwinan dan
juga selepas perceraian berlaku.
Perkahwinan di dalam Islam adalah tidak menyentuh mengenai
kedudukan peribadi seorang perempuan Islam. Perempuan tersebut
mempunyai hartanya dan apa-apa gaji atau pendapatan yang diperolehi atau
didapati olehnya adalah kepunyaannya. Dia berhak menuntut atas namanya
sendiri hartanya dan kontrak yang diikatnya olehnya.
Akta Perempuan-Perempuan Bersuami 1957 memperuntukan bahawa
Akta itu berkuatkuasa di negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah-Wilayah
Persekutuan berhubung dengan perempuan Islam yang bersuami dan hak
harta mereka dan tanggungjawab mereka tertakluk kepada undang-undang
Islam dan adat Melayu mengenai perhubungan antara suami isteri setakat
mana ia terpakai dan di negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang, dan tertakluk
kepada undang-undang Islam negeri-negeri ini dalam semua perkara di mana
undang-undang Islam itu terpakai.

4.0 PENUTUP

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah tahun 2008, juga adalah peruntukan
undang-undang yang boleh menangani masalah umat Islam di Negeri Kedah selepas
berlakunya perceraian, iaitu bagi memastikan pihak-pihak isteri mahupun suami yang
telah berpisah mendapatkan hak-hak mereka selepas berlakunya perceraian. Iaitu
bagi memastikan bahawa pihak-pihak yang telah bercerai itu mendapatkan hak
mereka seperti, bagi isteri boleh mendapatkan kembali mahar yang tertangguh, iaitu
mahar yang masih belum dijelaskan oleh pihak suami semasa perkahwinan,
nafkah ciddah, mut’ah, tunggakan nafkah dan apa-apa hutang yang dibuat oleh suami
semasa di dalam perkahwinan. Di samping itu, kedua-dua pihak sama ada suami
ataupun isteri boleh untuk menuntut harta sepencarian yang diperolehi selepas
perkahwinan berpandukan kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah
tahun 2008, begitu juga dengan penjagaan anak selepas berlakunya perceraian.
Tuntutan nafkah anak juga boleh di tuntut berdasarkan peruntukan Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Kedah tahun 2008 kepada bapa ataupun waris kanak-kanak
tersebut.
Dengan ini dapatlah disimpulkan, bahawa Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam Kedah tahun 2008 merupakan satu undang-undang keluarga yang menjadi
panduan kepada orang-orang Islam untuk menangani masalah rumahtangga iaitu
sama ada jalan pendamaian kembali pasangan tersebut ataupun dengan jalan
pembubaran perkahwinan. Walaupun pasangan-pasangan tersebut dipisahkan
setelah tidak dapat lagi menyelamatkan rumahtangga mereka, namun begitu, hak-hak
selepas perkahwinan boleh dituntut, secara tidak langsung pihak-pihak terlibat tidak
mengalami kerugian harta mahupun kasih sayang anak-anak hasil daripada
perkahwinan.

Anda mungkin juga menyukai