Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN 1 MURID 1 SUKAN

04/07/2017

Pada 4 hari bulan Julai yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik telah
mengadakan aktiviti 1 murid 1 sukan. Walaupun sepatutnya, harus diadakan aktiviti
permaianan, disebabkan oleh beberapa sebab yang tidak dapat dikecualikan, pihak
pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik telah menjalankan program
senam robik kepada para murid. Aktiviti ini telah bermula pada pukul 7.20 pagi dan
telah ditamatkan pada pukul 8.20 pagi. Program senam robik ini dikendalikan oleh
Encik Adris. Beberapa lagu yang popular telah dimainkan dan Encik Adris telah
membimbing para murid dengan iringan muzik tersebut. Aktiviti senam robik ini telah
dilangsung di tapak perhimpunan disebabkan oleh tapaknya yang luas. Para murid
telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dengan sepenuh hatinya dan mereka telah
melibatkan diri dengan bersungguh-sungguh.
LAPORAN 1 MURID 1 SUKAN

11/07/2017

Pada 11 Julai yang lalu, pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman


Anggerik telah merancangkan aktiviti 1 Murid 1 Sukan. Cikgu pendidikan jasmani iaitu
Puan Nazriya telah meminta para murid untuk beratur mengikut permainan masing-
masing iaitu permainan bola sepak, bola baling, olahraga dan bola jaring. Guru-guru
yang ditugaskan bagi permainan masing-masing telah membawa murid masing-
masing ke tempat permainan masing-masing. Sebagai contohnya, saya ditugaskan
bagi permainan bola sepak. Jadi, saya dengan guru petugas yang lain bagi permainan
bola sepak telah membawa murid-murid permainan bola sepak ke padang.

Seorang guru petugas daripada kami telah mengambik kehadiran para murid.
Lalu, saya telah memimpin para murid untuk berlari anak kelilingi padang sebanyak
dua kali. Selepas itu, saya telah mengajar para murid untuk memanaskan badan
dengan cara yang betul. Pelbagai ilmu yang baharu dapat diajarkan kepada para
murid. Selepas itu, ilmu yang utama yang telah diajarkan pada hari itu adalah
permainan ka-ku. Permainan ka-ku ini merupakan salah satu permainan untuk belajar
cara mengawal bola dan menyepak bola yang biasanya digunakan oleh pasukan bola
sepak Barcelona. Jadi, dengan permainan ini dapat diajarkan kepada para murid
mengenai cara mengawal dan menyepak bola.

Akhirnya, apabila masanya hampir hendak tamat, saya telah meminta para
murid untuk menyejukkan badan. Daripada itu juga, murid-murid telah belajar cara
penyejukan badan yang betul.
LAPORAN 1 MURID 1 SUKAN

18/07/2017

Pada 18 hari bulan Julan yang lalu, aktiviti 1 Murid 1 Sukan tidak dapat
dijalankan disebabkan oleh cuacanya yang tidak baik. Jadi, para murid diminta untuk
berkumpul di makmal Komputer, Sains, RBT, dan Kantin mengikut permainan masing-
masing. Setelah para murid mengumpul di tempat-tempat yang diberitahukan, kami
telah mengambil kehadiran para murid. Selepas itu, bagi tidak membazirkan masa,
saya dan guru petugas yang lain telah memainkan satu permainan bola sepak melalui
paparan projektor kepada para murid. Kami meminta para murid untuk melihat dan
belajar cara mereka bermain secara professional. Apabila masanya telah tamat, saya
meminta para murid untuk berbaris di hadapan makmal RBT, lalu meminta mereka
untuk balik ke kelas.
LAPORAN 1 MURID 1 SUKAN

25/07/2017

Pada 25 hari bulan Julan yang lalu, aktiviti 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan di
Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik. Pada pukul 7.20 pagi para murid diminta untuk
berkumpul di tapak perhimpunan. Setelah para murid dikumpulkan, guru bertugas
meminta para murid untuk berbaris mengikut permianan masing-masing. Setelah
murid-murid berbaris mengikut permainan masing-masing, saya dengan guru yang
bertugas bagi permainan bola sepak telah membawa para murid ke padang.

Seorang guru yang bertugas telah mengambil kehadiran para murid. Selepas
ketua bertugas permainan bola sepak Encik Azrai telah meminta para murid untuk
memanaskan badan dengan berlari anak kelilingi pada lalu memanaskan badan.
Selepas itu, Encik Azrai telah mengajar para murid untuk menendang bola dengan
cara yang betul. Pada permulaanya, guru tersebut telah meminta beberapa orang
murid untuk menjadi penjaga gol. Selepas itu, guru telah meletakkan bola di satu jarak
yang ditetapkan lalu meminta para murid untuk menendang bola tersebut. Apabila,
para murid menendang bola, kami telah memantau murid-murid tersebut lalu
membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

Apabila masanya telah tamat, kami meminta para murid untuk menyejukkan
badan lalu bergerak ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai