Anda di halaman 1dari 11

SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018

PEMAHAMAN TAHUN 4

Bahagian A
[20 markah]

Jawab semua soalan.Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh tempat pilihan jawapan
iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Tuanku, perintah tuanku supaya membawa tabib ke istana telah _____________


laksanakan,” kata Bendahara kepada Sultan Melaka.
A. hamba
B. beta
C. patik
D. tuanku

2. Saleha telah terpilih ______________ ketua kelas Tahun Empat Cemerlang.


A. sebagai
B. bagi
C. dengan
D. akan

3. Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Danny terjumpa se _____________ kunci di tepi longkang sekolahnya.


A. buah
B. butir
C. gugus
D. rawan

1
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

4. Haikal marah-marah kerana adiknya _____________ buku teks sekolahnya dengan pen.
A. mengoyak
B. melipat
C. melakar
D. menconteng

5. Setiap hari, Cikgu Asmadi _____________ melalui jalan yang berliku untuk ke sekolahnya.
A. lalu-lalang
B. ulang-alik
C. mundar-mandir
D. liang-liuk

6. _____________ Aiman cacat penglihatan, ______________ dia mampu untuk pergi ke


sekolah setiap hari.
A. Walaupun … namun
B. Sama ada … atau
C. Makin … makin
D. Lantaran … padahal

7. “ ______________ harga sekilo buah rambutan ini?” tanya Azizi kepada penjual buah-
buahan itu.
A. Bagaimana
B. Apa
C. Berapa
D. Bila

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Parang itu menjadi ____________ selepas diasah oleh ayah.


A. tumpul
B. bisa
C. licin
D. tajam

2
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Kapal persiaran itu sedang _____________ di Jeti Marina.


A. berlabuh
B. berhenti
C. bersantai
D. berehat

10. “ ____________lah kamu bersedih kerana saya bersedia untuk menolong kamu,” pujuk Aina
kepada Qistina.
A. Tolong
B. Sila
C. Usah
D. Jemput

11. Keluarga Mariah menjadi porak-peranda setelah ahli keluarganya saling berebut harta
_________ arwah bapanya.
A. meninggalkan
B. ketinggalan
C. peninggalan
D. ditinggalkan

12. Pasukan bola sepak itu dilatih oleh seorang ______________ berpengalaman yang diimport
dari negara Brazil.
A. jurulatih
B. juruterbang
C. juruacara
D. juruhebah

13. Nenek sangat teruja apabila melihat _____________ bangunan Menara Berkembar Petronas
itu.
A. reka cipta
B. reka bentuk
C. susun atur
D. susun letak

3
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

Soalan 14 dan Soalan 15


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. “Ahmad, simpan alat tulis kamu ke dalam bekas pensel supaya tidak dihilangkan oleh adik
kamu,” nasihat ayah Ahmad.
A. Ahmad dan ayahnya diminta untuk menyimpan alat tulis ke dalam bekas pensel supaya
tidak dihilangkan oleh adik.
B. Ayahnya diminta oleh Ahmad supaya menyimpan alat tulis ke dalam bekas pensel supaya
tidak dihilangkan oleh adik.
C. Ayah menasihati Ahmad untuk menyimpan alat tulis supaya tidak dihilangkan oleh
adiknya.
D. Ayah menasihati Ahmad supaya terus menjaga alat tulis supaya tidak hilang lagi.

15. Makan makanan yang seimbang supaya tubuh badan akan menjadi sihat.
A. Tubuh badan akan menjadi sihat jika makan makanan yang seimbang.
B. Kita mestilah menjaga kesihatan diri dengan makan makanan yang sihat.
C. Tubuh badan akan menjadi seimbang apabila kita makan makanan yang sihat.
D. Makanan yang seimbang sangat baik untuk kesihatan manusia.

16. Pilih ayat yang betul.


A. Kami telah membersihkan longkang yang kotor itu.
B. Laporan lawatan ke Pulau Redang itu disediakan oleh saya.
C. Makanan untuk makan malam sudah disediakan oleh beta.
D. Fatin demam kerana dia dihujani ketika pulang dari kelas muziknya.

4
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

Soalan 17 hingga 20.


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

17. Apakah maksud tanaman hidroponik?


A. Teknologi cucuk tanam baharu yang menggunakan air sahaja.
B. Teknologi cucuk tanam baharu yang menggunakan nutrien dan oksigen sahaja.
C. Teknologi cucuk tanam baharu yang menggunakan tanah dan air.
D. Teknologi cucuk tanam baharu yang menggunakan air, nutrien dan oksigen.

18. Mengapakah tanaman hidroponik juga dikatakan tanaman yang jimat air?
A. Tanaman hidroponik tidak memerlukan air untuk hidup.
B. Tanaman hidroponik memerlukan hanya 5/20 air daripada tanaman biasa.
C. Tanaman hidroponik memerlukan hanya 1/20 air daripada tanaman biasa.
D. Tanaman hidroponik ditanam di dalam tempat yang bertakung.

19. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang tanaman hidroponik dalam petikan di atas.
A. Tanaman hidroponik mengurangkan gas karbon dioksida kerana tidak perlu
menggunakan kenderaan atau mesin.
B. Tanaman hidroponik ditanam secara bermusim.
C. Tanaman hidroponik tidak memerlukan tempat yang luas.
D. Pertumbuhan tanaman lebih cepat dan kualiti hasil tanaman dapat dijaga dengan baik.

20. Perkataan yang seerti bagi perkataan komersial dalam petikan di atas ialah
A. penternakan
B. perniagaan
C. pembangunan
D. kemajuan

5
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Garis kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Baju kakak telah luntur warnanya kerana terkena cecair peluntur.


2. Bunga-bunga di taman itu kian layu kerana tidak disiram.
3. Zaid berasa tertekan akibat masalah kewangan yang dialaminya.
4. Walaupun Halim disahkan menghidap penyakit kanser, dia tetap tabah meneruskan
kehidupannya.
[4 markah]

Soalan 22
(a) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif .

Ayat pasif:

Buah durian itu dihidu oleh Hadi sebelum dibelinya.

Ayat aktif:

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

6
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

Situasi:

Dua orang pemuda telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kes ragut di
Jalan Melawati.

Adam berbual dengan Haris tentang kejadian tersebut.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Lobak merah merupakan sejenis sayur-sayuran jenis buah yang mempunyai pelbagai khasiat. Dengan lobak
merah, anda boleh
Nyatakan mendapat
peribahasa yangvitamin A dan pelbagai
sesuai berdasarkan faedah
gambar kesihatan yang lain termasuklah kulit yang
di atas.
cantik, mencegah kanser dan anti-penuaan.
______________________________________________________________________________
Lobak merah kaya dengan beta-karotena yang bertukar menjadi vitamin A di dalam hati. Vitamin A
dalam retina berfungsi untuk menghasilkan rhodopsin pigmen ungu untuk menjadikan penglihatan mata
[2 markah]
menjadi lebih terang. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa lobak merah mengurangkan kanser paru-paru,
kanser payudara dan kanser kolon.
Soalan 23
Lobak merah yang mengandungi beta-karotena yang tinggi juga bertindak sebagai antioksidan untuk
sel Baca
rosak petikan
dalam badan. Hal kemudian
di bawah, ini mampu jawab
melambatkan penuaanyang
soalan-soalan sel badan dan kulit. Selain itu, vitamin A dan
berikutnya.
antioksidan juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari.
7
Pakar herba juga mendapati bahawa lobak merah boleh dijadikan sebagai antiseptik untuk mencegah
jangkitan. Lobak merah perlu dicencang, dilenyek mentah dan kemudiannya disapu pada bahagian luka untuk
mencegah jangkitan.
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

(a) Perkataan berfungsi dalam petikan boleh digantikan dengan __________________________


[1 markah]

(b) Apakah kandungan dalam lobak merah yang bertindak sebagai antioksidan untuk sel rosak
kepada badan?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.

Lobak merah boleh menjadikan penglihatan mata menjadi


terang.
Lobak merah mengurangkan kanser paru-paru, kanser
payudara dan kanser kolon. betul

Lobak merah tidak mampu melambatkan penuaan sel-sel salah


badan dan kulit.

Pakar herba mendapati bahawa lobak merah hanya boleh


Soalan 24
dijadikan sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan
Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. [2 markah]
kuman sahaja.

8
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

(a) Laporan ini ditulis oleh _______________________________________________________


[1 markah]
(b) Apakah aktiviti yang dijalankan sepanjang Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan tersebut?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Bilakah acara penyampaian hadiah untuk para pemenang diadakan?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
(d) Pada pendapat kamu, mengapakah aktiviti seperti ini perlu dijadikan acara tahunan sekolah?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

JAGALAH KESELAMATAN
Tiang lampu penuh makna
tiga warna patuhi sentiasa
merah, kuning dan hijau
petunjuk penting buat pengguna jalan raya.

Hindari mempertaruhkan nyawa


hindari ego, menunjuk segala
patuhi keselamatan jalan raya
agar kemalangan tidak menimpa kita.

Usah cuai, usah beremosi


jaga adab, sabarkan diri
demi menjaga keselamatan diri
agar malang tidak menimpa diri.

Malang itu tidak berbau


penyesalan tiada berguna lagi
hemat tinggi jiwa murni
agar keselamatan milik abadi.

(a) Apakah maksud rangkap pertama sajak tersebut?


___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Berdasarkan sajak tersebut, mengapakah kita mesti mematuhi peraturan jalan raya?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

10
SULIT/011 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2018
PEMAHAMAN TAHUN 4

[2 markah]

Usah cuai, usah beremosi

jaga adab, sabarkan diri

demi menjaga keselamatan diri

agar malang tidak menimpa diri.

(c) Terangkan maksud baris sajak di atas.


___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[3 markah]

-TAMAT-

11

Anda mungkin juga menyukai