Anda di halaman 1dari 3

TEMA 3 : KESELAMATAN/KETENTERAAN

OLEH : NOOR SYUHADAH BINTI KASMAN

TAJUK : SEJARAH DAN PERANAAN POLIS PGA DALAM MEMPERTAHANKAN


KESELAMATAN MASYARAKAT DI SANDAKAN PADA TAHUN 2006-2016

PENGENALAN

pasukan gerakan am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah

ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran

peranaan besar yang dimain oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang

insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa darurat 1948-1969 dan

1969-1989 . penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan polis

dalam merealisasikan strategik peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis

menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950

oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap polis yang drastik

yang menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan

tersebut bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis .

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejarah penubuhan Polis

PGA di Sandakan pada tahun 2006-2016.

Selain itu , tujuan kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengenalpasti peranan yang

dilakukan oleh Polis PGA di Sandakan dalam melaksanakan tugasan mereka .

Seterusmya , kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengenalpasti sumbangan yang

dilakukan oleh Polis PGA dalam mempertahankan keselamatan masyarakat di Sandakan dalam

tempoh kajian .

1
MASALAH KAJIAN

Terdapat beberapa pemasalah kajian dalam melaksanakan kajian ini. Antaranya ialah

bagaimana penubuhan Polis PGA di Sandakan pada tahun 2006-2016 .

Selain itu , kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui apakah peranan yang dilakukan

oleh Polis PGA Sandakan dalam melaksanakan tugasan .

Seterusnya , kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasti sumbangan yang dilakukan oleh

Polis PGA dalam mempertahankan keselamatan masyarakat di Sandakan dalam tempoh kajian .

SKOP KAJIAN

skop kajian ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu lokasi kajian , tempoh kajian dan

isu yang dikaji. Dari segi kajian akan dilakukan di Sandakan .

tempoh masa kajian adalah antara tahun 2006 hingga tahun 2016 yang merangkumi

jangka masa 10 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut terdapat masalah yang berlaku

di sempadan dalam mempertahankan keselamatan msyarakat di Sandakan.

Aspek yang terakhir ialah isu isu kajian yang hendak dikaji. Pengkaji akan mengkaji dan

menganalisis maklumat kajian berkaitan dengan sejarah penubuhan dan peranaan yang dilaku

oleh Polis PGA dalam mempertahankan keselamatan masyarakat di Sandakan .

2
i

Anda mungkin juga menyukai