Anda di halaman 1dari 3

Pemerhatian dijalankan semasa intervensi dijalankan.

Semasa intervensi
pengkaji akan memerhati cara peserta kajian membaca huruf sesuatu huruf vokal,
mebaca vokal berganding dan membaca perkataan vokal berganding . Seterusnya
pengkaji telah mecatatkan maklumat yang diperoleh dalam borang senarai semak yang
telah disediakan.

Pengkaji akan sediakan perakam video semasa intervensi dijalankan. video akan
dirakam sepanjang sesi intervensi sedang dijalankan. Hal ini membantu pengkaji untuk
mengesan masalah murid dengan lebih terperinci.

5.3 Perancangan Analisis Data

Menurut Mertler (2008), data yang dikumpul perlu dianalisis dan dibuat
interpretasi bagi membolehkan pengkaji melapor dapatan kajian berdasarkan bukti-
bukti yang telah diperoleh (Pasukan Penyelidik, 2015). Analisis dan interpretasi data ini
dilakukan bepandu kepada cara pengumpulan data iaitu ujian, senarai semak
pemerhatian dan temu bual. Pengkaji telah menyediakan jadual perbandiangan skor
ujian pra dan ujian pos bagi menganalisis tahap penguasaan murid membaca vokal
berganding. Seterusnya, bagi temu bual pula pengkaji telah membuat data kualitatif dan
membuat perbandingan antara sebelum dan selepas intervensi. Perbandingan tersebut
dicatat dalam bentuk deskriptif. Pengkaji juga akan mencatat data yang telah diperoleh
daripada pemerhatian dalam bentuk kualitatif dan juga kuantitatif.

5.4 Perancangan Semakan Data

Bahagian ini menerangkan cara untuk menyemak data bagi menjawab soalan
kajian. Data yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Selain itu, dalam bahagian ini ada juga menerangkan tentang wajaran markah bagi
setiap soalan yang dijawab oleh murid. Sebelum mengaplikasikan kaedah atau
tindakan yang dicadangkan, pengkaji akan membuat tinjauan masalah yang telah
dikenalpasti bagi tujuan mengetahui tahap penguasaan kemahiran membaca perkataan
vokal berganding murid. Pengkaji juga akan membuat rumusan tentang tahap
penguasaan kemahiran membaca murid.

Pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen kajian bagi mendapatkan data


kajian iaitu ujian Pra, temu bual berstruktur, rekod pemerhatian serta rakaman video
(pemerhatian). Rasioanal pengkaji memilih 3 instrumen adalah untuk membentuk
tringulasi dan mendapatkan suatu data yang sah. Hal ini bagi memudahkan instrumen
ini untuk mengukur objektif kajian yang berbeza.

Jadual 4
Perancangan Semakan Data

Soalan Kajian Cara Pengumpulan Analisis


Data
1) Sejauh manakah murid Ujian Pra Peratus &
pemulihan menguasai Ujian Pos Min
kemahiran membaca
perkataan vokal
berganding?

2) Apakah tahap murid Temu bual Peratus &


Pemulihan dalam kemahiran berstruktur Min
membaca perkataan vokal
berganding?

3) Apakah kesilapan yang Pemerhatian Peratus &


dilakukan oleh murid Rakaman Video Min
pemulihan semasa
membaca perkataan vokal
berganding?

Anda mungkin juga menyukai