Anda di halaman 1dari 20

1z777777

BUKU PANDUAN
PENGURUSAN
UNIT PSS 2018

Disediakan oleh:

NOORFAIZAH SALLEH
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
SMK Benoni
Papar, Sabah
1
KANDUNGAN

1. 0 VISI, MISI & MOTTO

2. 0 PIAGAM & MATLAMAT

3. 0 LATAR BELAKANG PSS

4. 0 ORGANISASI PUSAT SUMBER 2018

5. 0 AGIHAN TUGAS DAN PERANAN AJK PSS 2018

6. 0 AGIHAN TUGAS PAMERAN BERTEMA TAHUN 2018

7. 0 JADUAL BERTUGAS GURU PSS SMKB 2018

8. 0 SENARAI AGIHAN KUNCI PSS UNTUK KEGUNAAN

9. 0 RANCANGAN TAHUNAN PSS 2018

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN PSS 2018

11.0 PENUTUP

2
1.0 VISI, MISI DAN MOTTO

VISI
Pusat Sumber Cemerlang Membentuk Minda Berprestij

MISI
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Sebagai Agen Membudayakan
Kecintaan Terhadap Ilmu dan Membentuk Sahsiah dan Minda Elit Bagi
Melahirkan Warga Sekolah Yang Berprestij

MOTTO
Dampingi Kami Anda Pasti Bestari

2.0 PIAGAM DAN MATLAMAT

PIAGAM

1. Membantu meningkatkan kualiti pendidikan SMK Benoni.


2. Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum.
3. Membentuk generasi yang gemar membaca dan berilmu pengetahuan.
4. Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan penyaluran maklumat kepada warga SMK
Benoni.
MATLAMAT
1. Melengkapkan PSS Dengan Informasi Berkualiti Dan Terkini
2. Menyediakan Prasarana Yang Berfungsi Secara Optimum, Selesa Dan Berteknologi.
3. Menguruskan Sistem Fail Dan Dokumentasi Dengan Cemerlang.
4. Mengintegrasikan PSS Merentas Pembangunan Kurikulum Sekolah.
5. Menjadi Medium Khazanah Ilmu Yang Berkesan Melalui Penglibatan Warga Sekolah
Dan Pibg
6. Membudayakan Tabiat Membaca Dan Kecintaan Terhadap Ilmu Di Kalangan Warga
Sekolah Melalui Pelaksanaan Program Nilam Yang Lebih Efektif
7. Meneroka Dunia Tanpa Sempadan

3
3.0 LATAR BELAKANG PSS SMK BENONI

1. Pusat Sumber SMK Benoni berada di bawah pengurusan akademik yang


dipengerusikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Rosni Binti Wahab

2. Pusat Sumber SMK Benoni diuruskan oleh Puan Noorfaizah Binti Salleh selaku Guru
Perpustakaan dan Media (GPM ).

3. Terdapat 4 orang guru pusat sumber yang membantu menyelaras bilik-bilik


/program PSS iaitu
a) 2 orang Guru Perpustakaan
b) 2 orang Guru NILAM
c) Dibantu oleh 40 orang pengawas Pusat Sumber.

4. Waktu Operasi :
Pusat sumber dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu.
Waktu pengoperasian ialah dari jam 7.00 pagi hingga hingga 1.30 tengah hari.

5. Pusat sumber boleh memuatkan 45 orang dengan selesa pada satu-satu masa

6. Setiap pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam satu-satu masa dalam
tempoh seminggu manakala guru 4 buah buku dalam tempoh dua minggu

7. Denda kelewatan satu hari bagi sebuah buku ialah RM0.30

4
4.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PSS SMKB 2018

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK BENONI

Pengerusi : Puan Hajah Rosni Binti Wahab

Timbalan Pengerusi : En. Ak Johari Pg. Abu Bakar

Naib Pengerusi : En Juhrin Bin Osman

Naib Pengerusi 1 : Tuan Haji Narawi Bin Diasim

Naib Pengerusi 2 : Puan Noraini Binti Talib

GPM : Pn. Noorfaizah Binti Salleh

Setiausaha/ GP : Pn. Fatmah Wati Binti Rukkah

Guru Perpustakaan : Pn. Dg. Isneayu Binti Pg. Abd. Halim

Guru NILAM : Pn. Rita Chau @ Rita Joseph

Guru data NILAM : En. M.Jaya Sham Bin Hj.Kassim

AJK : Semua guru kanan

: Semua ketua panitia

5
5.0 AGIHAN TUGAS DAN PERANAN AJK PSS SMKB

SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH


TINDAKAN: Pn Noorfaizah Binti Salleh

1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat


Sumber Sekolah..
2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan
literasi teknologi pendidikan.
3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat
Sumber Sekolah
4. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan program tahunan
Pusat Sumber Sekolah.
5. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang komprehensif,
seimbang dan kemaskini.
6. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah
melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan melalui
penggunaan carian maklumat secara berkomputer.
7. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan dan
menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber Sekolah.
8. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat
menyokong Tindakan pengajaran dan pembelajaran.
9. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf berkaitan
pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
10. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan pelbagai kaedah
instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
11. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan
penyampaian maklumat serta penghasilan media. .

6
12. Bekerjasama dengan Guru ICT dalam memberi bantuan penggunaan teknologi
pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan
penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.
13. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan
bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan
maklumat warga sekolah.
14. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
15. Menilai keberkesanan Tindakan program, perkhidmatan dan penggunaan Pusat
Sumber Sekolah.
16. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan Pusat Sumber
Sekolah.
17. Menyediakan laporan serta analisis Tindakan pembangunan PSS
18. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian, Pusat
Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk meningkatkan perkhidmatan dan
program Pusat Sumber Sekolah.
19. Melaporkan Tindakan program Pusat Sumber Sekolah kepada Bahagian Teknologi
Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri.
20. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA


TINDAKAN: Pn. Fatmah Wati Binti Rukkah

1. Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan


2. Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS
4. Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan
Pengawas PSS
5. Membantu dalam pemilihan dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS

7
6. Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
7. Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun
8. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang
berkenaan mengenai perkhidmatan PSS
9. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS
10. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan
mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran PSS
11. Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
12. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1

GURU PERPUSTAKAAN
TINDAKAN : Pn. Dg.Isneayu Binti Pg. Abd. Halim

1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS


2. Menyediakan análisis penggunaan perpustakaan dan rekod pinjaman bahan
perpustakaan.
3. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
4. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira
koleksi/bahan perpustakaan
5. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar
menggunakan perpustakaan
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang
bersesuaian dengan objektif PSS
7. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk
makluman guru dan pelajar
8. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
9. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu
menguruskan perpustakaan
10. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.

8
11. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada
penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku
yang perlu dan dapat dibeli.
12. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar
mengikut keperluan.
13. Membantu Guru Perpustakaan & Media Sekolah memilih dan melatih Pengawas PSS.
14. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun

PENYELARAS NILAM
TINDAKAN : Pn.Noorfaizah Binti Salleh

1. Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun
2. Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak
dilaksanakan.
3. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM
4. Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah
5. Memastikan program berjalan dengan lancer
6. Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah
7. Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri.
8. Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua
9. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG
10. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

SETIAUSAHA NILAM-GURU NILAM


TINDAKAN : Pn. Rita Chau @ Rita Joseph
1. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan
3. Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM
4. Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM
5. Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data) dan menyerahkan
kepada Penyelaras Program

9
6. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan
kepada Penyelaras Program dan salinan kepada pengerusi
7. Menyemak dan mengesah rekod bahan bacaan murid

PENOLONG SETIAUSAHA NILAM-GURU DATA NILAM


TINDAKAN : En. M.Jaya Sham Bin Hj.Kassim
1. Mengumpul data rekod membaca dan aktiviti murid daripada Guru Tingkatan/Kelas
setiap bulan
2. Memasukkan data ke pengkalan data
3. Menganalisis data rekod membaca dan aktiviti murid dan menyerahkannya kepada
Guru NILAM
4. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid

GURU KETUA PANITIA MATAPELAJARAN


1. Memproses pembelian bahan buku dan bahan bukan buku panitia yang dibeli
dengan wang PCG.
2. Merancang dan melaksanakan program panitia bersama unit PSS.
3. Membantu PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
4. Membantu PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau
dihasilkan sendiri
5. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
6. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut
kemudahan guru-guru.
7. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua

SENARAI TUGAS KERANI PSS


(TIADA)
Urusan awam (PENGAWAS PSS)
a. Mengawal perpustakaan semasa dibuka
b. Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
c. Menjaga kebersihan perpustakaan

10
Pinjaman (GURU PERPUSTAKAAN)
a. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
b. Menyemak buku-buku yang dipulangkan
c. Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum
memulangkan buku
d. Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman

Pembelian (GPM)
a. Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan
senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru
dibeli

Memproseskan buku-buku (GURU PERPUSTAKAAN)


a. Menyediakan senarai rak
b. Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
c. Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
d. Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan
memproses buku, majalah dan sebagainya

Memperbaiki dan melupuskan buku rosak (GURU PERPUSTAKAAN)


a. membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
b. menjilid majalah dan lain-lain yang perlu

Memproses bahan-bahan yang bukan berbentuk buku (GURU PERPUSTAKAAN)


a. Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-
gambar, guntingan akhbar dan sebagainya

Rekod (GPM)
a. Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS
b. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan Stok
c. Menyusun Kad-kad Katalog

Seranta (GPM, PENGAWAS PSS DAN GURU PERPUSTAKAAN)


a. Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya

Lain-lain tugas
a. Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
b. Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-guru
PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Pengetua

11
6.0 AGIHAN TUGAS PAMERAN BERTEMA MENGIKUT
PANITIA 2018

BIL GURU TERLIBAT BULAN TEMA

 Pn. Noorfaizah Binti Salleh


 Panitia Sains APRIL Sains & Teknologi

1  Panitia Matematik

 Pn Fatmah Wati Binti Rukkah


 Panitia Sivik & Kewarganegaraan
2 MEI Hari Raya Aidil Fitri
 Panitia P.Islam
 Panita P.Seni

 Pn. Dg Isneayu Pg. Abd Halim


 Panitia Pendidikan Jasmani & Permainan
3 JULAI
Kesihatan Tradisional
 Panitia P.Moral

 Pn Noorfaizah Salleh
4  Panitia Geografi
 Panitia Sejarah OGOS Kemerdekaan

 Pn. Dg Isneayu Binti Pg. Abd. Halim


 Panitia B.Melayu
5 SEPTEMBER Kebudayaan
 Panitia B.Inggeris
 Panitia B.Arab

 Pn. Fatmah Wati Binti Rukkah


6  Panitia PA,Eko & Perniagaan
OKTOBER Deepavali
 Panitia KH

12
7.0 JADUAL BERTUGAS GURU PSS SMK BENONI 2018

HARI GURU
Isnin – Jumaat 1. Pn. Noorfaizah Binti Salleh
2. Pn. Fatmah Wati Binti Rukkah
3. Pn. Dg Isneayu Binti Pg Abd Halim

*** tugas guru bertugas adalah untuk memastikan peralatan Pusat Sumber & Pintu dikunci sebelum
tamat sesi persekolahan

8.0 SENARAI AGIHAN KUNCI PSS UNTUK KEGUNAAN

BIL KUNCI NAMA

1 1 Set Pn Noorfaizah Binti Salleh

2 1 Set Pn Fatmah Wati Rukkah

3 1 set Pejabat (No.44)

13
9.0 RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM 2018

RANCANGAN TAHUNAN PUSAT SUMBER SMK BENONI 2018

BIL PROGRAM/PROJEK OBJEKTIF TANGGUNGJAWAB TEMPOH KOS OUTPUT INDIKATOR


PENCAPAIAN
1 Menyediakan Memastikan aktiviti Jan - Aktiviti PSS lebih Pelbagai aktiviti
Rancangan Tahunan PS berjalan dengan GPM teratur dan yang bersesuaian
teratur terancang dapat dijalankan
2 Menyediakan Memastikan - Pembelian Perbelanjaan
Belanjawan perbelanjaan Jan buku/asset berhemah dan
dibelanjakan dalam mengikut menepati jumlah
GPM
keadaan teratur keperluan pcg tahun semasa

3 Pemilihan Pengawas Melatih pelajar dari Mengadakan Dapat melahirkan


Pss aspek pengurusan Jan - temuduga pengawas PSS yang
perpustakaan dan kepada pelajar bertanggungjawab
GPM,GP
melatih pelajar yang berminat & berintegriti
berorganisasi
4 Taklimat PSS/ NILAM Memperkenalkan Feb RM 300.00 Pelajar tingkatan Lebih ramai pelajar
Pelajar Tingkatan 1 PSS dan NILAM GPM & S/U NILAM 1 dapat menggunakan PSS
dan guru-guru Sekolah & pelajar Ting 1 mengenali PSS & dan % Nilam
Nilam Baharu Sekolah meningkat
5 Mesyuarat Membentangkan Pentadbir & GPM Gerak kerja
Jawatankuasa Induk Belanjawan dan Feb - bergerak seiring tahunan PSS lebih
Pusat Sumber aktiviti Pusat dalam tersusun dan dapat
Pentadbir & Guru
Sumber Tahun 2018 menjalankan dijalankan
PSS
Membentangkan tugas-tugas mengikut masa
peruntukan bagi sekolah yang telah di
tahun 2018 tetapkan

14
6 Majlis Pelantikan Melantik pengawas HEM, Penyelaras Pengawas dapat Pengawas PSS
Pengawas PSS PSS secara rasmi Badan-Badan Feb RM 100.00 menjalankan hadir bertugas
dan diiktiraf oleh Kepimpinan, tugas secara tepat pada masa
Barisan Pentadbir Kaunselor & Pelajar- rasmi
dan Sekolah Pelajar Badan
Kepimpinan
7 Sayangi Pusat Sumber Melengkapkan Jan-Nov RM500.00 Pusat sumber 50% perabot dapat
Sekolah kemudahan dan Pentadbir,GPM,GP & lebih dibekalkan
keceriaan Pusat Pengawas PSS berinformasi
Sumber. dan kondusif
8 Pembelian Buku Menambahkan PSS mempunyai Dapat memenuhi
Rujukan bahan rujukan GPM Jan- Mei Rujuk pelbagai genre keperluan 80 %
kepada pelajar Belanjawan buku, buku pelajar mencari
PCG 2018 rujukan pelbagai sumber
bahan bacaan
9 Proses Pengkatalongan Mendaftar buku GPM,GP & Pengawas Jan- Okt - Buku dapat Peratus peminjam
baru PSS direkodkan ke buku PSS
dalam system meningkat
dan boleh
dipinjam secepat
mungkin.
10 Pameran bulanan Menambahkan GPM,GP, Panitia & Februari,
bertema pengetahuan Pengawas PSS April, Jun, - Pelajar dapat Bilangan pelajar
( melalui Panitia) dikalangan pelajar Ogos dan menambah ilmu datang ke PSS
Oktober pengetahuan meningkat

11 Buletin PSS (Group Melahirkan warga GPM, AJK PSS, Berkala Meningkatkan Jumlah sahabat di
Fb,blog dan Frog PSS) yang Pengawas PSS (Mac, - pengetahuan & Facebook PSS SMK
berpengetahuan Jun,Septem kemahiran Benoni meningkat
dan menghargai ber) penggunaan ICT
usaha warga
pendidik

15
12 Lawatan ke Pusat Memperolehi GPM ,Guru PSS Mei ,Jun RM200.00 Guru tahu cara 100% penglibatan
Sumber sekitar (Bench pengalaman dan pengurusan guru
Mark) ilmu pengurusan Pusat Sumber
PSS yang betul
13 Kursus dalaman Memberi GPM,Guru PSS & Mac,April, RM300.00 Pengawas PSS 100% pengawas
pengurusan pusat pendedahan kepada Pengawas PSS Mei mahir dan cekap PSS terlibat
sumber pengawas pss dalam
tentang tugas dan pengurusan
peranan mereka Pusat Sumber
dan kemahiran
proses teknik
14 Program galakan Menggalakkan Pentadbir, GPM, Jan-Nov - Murid dapat 100% pelajar
membaca (NILAM) murid membaca Guru Nilam menimba ilmu terlibat
dan membuat daripada
perekodan pembacaan yang
pelbagai
15 Pelancaran Program Memupuk budaya Pentadbir , Februari RM600.00 Sekolah terus 100% penglibatan
Nilam & Kem membaca secara GPM,Guru PSS,Guru menjana idea warga sekolah
Membaca 1 Malaysia berterusan dalam Nilam kreatif dan
kalangan warga inovatif bagi
sekolah. menyemai tabiat
membaca.
17 Mewujudkan Laluan Mewujudkan GPM dan AJK Nilam Bermula RM 250.00 Menggalakkan Maklumat akan
Ilmu/ Laluan Nilam Persekitaran Bulan Feb - murid membaca ditampal di laluan
Pembelajaran yang November & mendapat ilmu dan murid
Kondusif maklumat mengetahui
terkini tentang maklumat terkini
Nilam dan Nilam tentang PSS &
Sekolah Nilam
18 Minggu Pusat Sumber Menggalakkan GPM,GP Mei RM500.00 Mencungkil Meningkatkan
penglibatan murid bakat dan pengurusan PSS
dalam aktiviti PSS kemahiran
murid

16
19 Promosi PSS Dekat Di Pelajar dan seluruh GPM & Pengawas Jan-Okt - Warga SMKB Peratusan
Hati warga SMKB PSS mengunjungi pengunjung PSS
mengenali PSS dan menyertai meningkat
dengan lebih baik aktiviti PSS
20 Pameran Buku Terkini Menarik minat GPM,AJK PSS & Jan- okt - Mempamirkan Ramai pelajar
Di Rak Pameran pelajar untuk terus Pengawas PSS koleksi bahan datang ke PSS dan
membaca Semua warga SMKB bacaan terkini di meminjam buku
rak pameran
koleksi buku
terkini
21 Kuiz Bersiri Menambah GPM & Panitia Mengikut - Mengadakan Penyertaan &
(Panitia) pengetahuan Panitia Kuiz mengikut sambutan pelajar
dikalangan pelajar bulan dan meningkat
aktiviti panitia
22 Mengemaskini Fail PSS Memastikan semua GPM Jan- Okt - Memastikan Merujuk kepada
dokumen diletakkan semua dokumen fail kuasa PSS
dalam keadaan diletakkan dalam
teratur dan terkini keadaan teratur
dan terkini
23 Anugerah PSS & Nilam Memberi Pentadbir,GPM,GP, September RM 700.00 Memberi Mendapat
 Perkhidmatan pengiktirafan Guru NILAM & penghargaan penyertaan yang
Cemerlang kepada murid yang Pengawas PSS kepada lebih baik pada
Pengawas PSS mencapai tahap pengawas PSS, tahun 2019
 Peratusan yang tertentu pelajar dan
peminjaman Buku seluruh warga
 Peratus kekerapan SMKB yang telah
kehadiran ke PSS menyertai
 Tokoh Nilam Pelajar program PSS
 Tokoh Nilam Guru sepanjang tahun.
Mengiktiraf
pembacaan
nilam murid
** Tertakluk kepada perubahan semasa

17
10.0 ANGGARAN BELANJAWAN PSS 2018

BIL BUTIRAN HURAIAN ANGGARAN KOS (RM)

1 Buku a. Fiksyen = 60% 5000


b. Bukan fiksyen = 40%

2 Alat tulis - 1000

3. Perabot - 1000

4. Aktiviti - 1000

JUMLAH BESAR 8000

18
11.0 PENUTUP

Pada tahun ini, Pusat Sumber SMK Benoni diharapkan mengalami perubahan yang
positif dari segi bilangan buku, peralatan, perabot, kepelbagaian aktiviti dan sebagainya.
Ianya bertujuan untuk menjadikan Pusat Sumber SMK Benoni sebagai pusat informasi yang
terunggul bagi memudahkan warga SMK Benoni untuk menggunakannya dan
mengaplikasikannya dalam pembelajaran .Semoga segala usaha dan kerjasama daripada
semua pihak yang melaksanakan aktiviti ini akan sentiasa beroleh keberkatan daripada
Allah SWT.

Disediakan oleh:

…………………………………
(Noorfaizah Binti Salleh)
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Benoni

Disemak oleh:

………………………………..
(Ak Johari Bin Pg.Abu Bakar)
Penolong Kanan Kurikulum
SMK Benoni

Disahkan oleh:

………………………………..
(Hajah Rosni Binti Wahab)
Pengetua
SMK Benoni

19
20

Anda mungkin juga menyukai