Anda di halaman 1dari 10

1. Fungsi-Fungsi Media Massa.

Media massa mempunyai fungsinya yang tersendiri biar apa pun pentafsiran yang
diberikan terhadap sesuatu media. Lazimnya setiap media tersebut mempunyai sasaran
khalayaknya yang tersendiri. Oleh itu fungsi yang dimainkanya agak berbeza malah kadang
kala ada yang melihatnya dari perspektif yang negatif. Sebagai contoh, majalah hiburan
seperti Mangga dan Hai, ia memaparkan kehidupan seharian artis dan ada di antara gambar
yang disiarkannya agak keterlaluan. Bagi mereka yang gemarkan media sebegitu akan
menganggapnya sebagai hiburan biasa tetapi bagi golongan tertentu mereka melihatnya dari
sudut yang berbeza dan menganggapnya sebagai keterlaluan serta lari dari budaya serta
hukum agama sendiri.

Secara amnya, para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai
empat peranan utama iaitu pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur.
Keempat-empat peranan ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkan sasaran setiap media
terbabit dan pengisiannya, adakah ia memberikan manfaat kepada masyarakat.
Walaubagaimanapun, setiap fungsi terbabit mempunyai kebaikan dan keburukannya yang
tersendiri. Masyarakat sewajarnya dapat menilai di antara baik dan buruk suatu media bagi
memastikan mereka memperoleh maklumat yang tepat. Menurut John R Wenburg dan
William Wilmot, ‘komunikasi adalah suatu usaha untuk memperoleh makna’. Manakala,
menurut Donald Byker dan Loren J. Anderson mendefinisikan komunikasi adalah satu
proses perkongsian maklumat antara dua individu atau lebih.

Sekiranya dilihat secara mendalam, keempat-empat fungsi media massa terbabit


mempunyai kesan baik dan kesan buruk kepada masyarakat. Kesan tersebut akan berlaku
sekiranya masyarakat terlalu bergantung kepada media massa untuk mendapatkan maklumat
dan berita tanpa merujuk kepada mana-mana sumber alternatif disebabkan terlalu sibuk
bekerja dan sikap individualistik. Dasawarsa dunia serba moden akan menimbulkan
kekeliruan apabila merujuk terlalu banyak sumber melalui media massa yang hanya
menyampaikan maklumat berdasarkan agenda dan kehendak organisasi yang diwakili mereka
manakala selebihnya tidak disalurkan kepada masyarakat untuk membuat pertimbangan.
Sebagai contoh, apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia,
Berita Harian, The Star dan New Strait Times amat berbeza dengan Harakah serta Suara
Keadilan. Tetapi kedua-dua jenis akhbar itu tidak menipu masyarakat kerana mereka hanya
mengutip isi yang hanya mengguntungkan organisasi mereka sahaja.

Keadaan bertambah buruk apabila teknologi maklumat berkembang dengan pesat dan
timbul media baru yang disalurkan melalui internet seperti blog. Perwujudan blog seperti
cendawan tumbuh selepas hujan sejak akhir-akhir ini menyebabkan wujudnya satu fenomena
baru di mana masyarakat seolah-olah lebih mempercayai blog sedangkan kredibilitinya tidak
diragui. Berdasarkan penerangan di atas secara jelas bahawa fungsi media massa iaitu,
pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur mempunyai kesan yang baik dan buruk
kepada masyarakat.
1.1 Fungsi Pemerhati.

Peranan media massa sebagai ‘pemerhati’ boleh ditafsirkan iaitu ‘media massa
bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita’.
Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada masyarakat melalui berita atau
maklumat tetapi tidak semua perkara yang berlaku akan dilaporkan kerana media hanya
memilih peristiwa yang siginifikan dan memberikan kesan yang mendalam kepada
masyarakat disekelilingnya. Bagaimanapun fungsi media sebagai pemerhati terbahagi kepada
dua iaitu amaran dan instrumental.

1.1.1 Amaran

Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan disekelilingnya seperti ancaman
bahaya, perubahan cuaca, ramalan cuaca dan kemelesetan ekonomi yang kemudiannya
memberi amaran kepada masyarakat agar bersiap sedia secara fizikal dan spiritual.
Sebagai contoh, laporan muka depan akhbar The Star pada 12 Jun 2009 mengenai ancaman
selesema babi atau influenza A H1N1. Biar pun pada ketika itu, Malaysia belum merasai
serangan wabak tersebut tetapi akhbar ini telah memberikan amaran awal kepada masyarakat
bahawa isu ini akan tiba di negara pada bila-bila masa dengan memetik kenyataan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyifatkan penyakit tersebut sebagai pandemic
iaitu mencapai tahap tertinggi iaitu fasa enam amaran terhadap ancaman berkenaan. Amaran
tersebut terbukti apabila pada 12 Jun, akhbar yang sama di muka depannya melaporkan
kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyifatkan wabak tersebut
semakin serius di negara ini biar pun sebelum itu kerajaan mengeluarkan kenyataan supaya
orang ramai tidak perlu panik.

Jika dilihat pada satu aspek laporan media itu mempunyai kebaikannya kerana ia
memberi amaran lebih awal kepada masyarakat supaya bersedia untuk menghadapi wabak
berkenaan pada bila-bila masa. Justeru itu, masyarakat boleh melakukan persedian dengan
mendapatkan maklumat tambahan mengenai selesema babi dan langkah-langkah pencegahan
bagi mengelakkan mereka dijangkiti. Masyarakat tidak perlu lagi ke sana sini untuk
mendapatkan maklumat mengenai penyakit tersebut kerana di akhbar juga disediakan
maklumat tentang langkah-langkah untuk membuat persediaan bagi menghadapi ancaman
tersebut. Tetapi sekiranya masyarakat tidak meniliti dengan mendalam laporan terbabit dan
tidak mendapat maklumat sebenar situasi selesema babi di negara ini, fungsi sebagai pemberi
amaran tersebut akan membawa kepada keburukan yang serius. Ini kerana keadaan itu
mungkin akan menimbulkan keadaan kelam kabut pada tahap awal. Contohnya, orang ramai
tidak berani keluar dari rumah untuk bekerja. Sekiranya tidak dibendung isu ini akan
menyebabkan ekonomi negara terjejas dan keadaan negara menjadi tidak stabil sehingga
menyebabkan pelabur bimbang untuk datang ke sini.

1.1.2 Instrumental

Pemerhati berbentuk instrumental ini membantu masyarakat memperoleh maklumat


seperti harga di bursa saham, produk baru, idea fesyen, resepi dan sebagainya. Peranan ini
bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita, penerbitan-penerbitan ringkas dan
kandungan media tetapi bertujuan menghiburkan seperti majalah teknikal juga menjalankan
peranan mengawasi. Contoh yang paling mudah ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Bernama) menyiarkan berita mengenai komenter mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mahukan rakyat Malaysia termasuk pelajar yang belajar di seberang
laut untuk memahami konsep dan prinsip 1Malaysia.

Komentar tersebut bertepatan dengan fungsi sebagai pemerhati instrumental.


Kebaikannya ialah Konsep yang menjadi gagasan baru yang diilhamkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mahukan rakyat rakyat di negara ini
bersatu padu di bawah konsep terssebut menuju ke arah pembentukan satu negara dan
bangsa.

Bagaimanapun keburukkannya dilihat dari perspektif yang lain terutama dari sudut politik
kerana ini akan dilihat sebagai satu modal politik untuk menghadapi persaingan dengan parti-
parti politik yang lain sedangkan jelas menunjukkan bahawa gagasan itu amat baik bagi
mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
1.2 Pentafsir

Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Media massa juga
memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa.
Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat dengan fungsi pemerhati. ‘Gatekeepers’
media akan menentukan berita yang penting yang akan disebarkan menurut kepentingan dan
keutamaannya. Hal yang demikian, bukan semua berita yang diterima akan disebarkan di
televisyen atau radio. Selain dari menyiarkan berita, media juga menyediakan ruang untuk
komentar pembacanya. Artikel yang membincangkan implikasi sesuatu polisi, kritikan,
karikatur juga membentuk interpretasi masyarakat.

Berdasarkan bahan yang dipaparkan ini, masyarakat memperoleh pelbagai pandangan yang
boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman
editorial surat khabar. Interpretasi, komen dan pendapat disediakan supaya pembaca
memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu pemberitaan.Fungsi ini juga dapat
dilihat dalam rencana yang menganalisis peristiwa-peristiwa semasa atau polisi kerajaan.
Kenaikan harga gas dan impak kepada harga makanan juga termasuk dalam kategori ini.

Sebagai contoh stesyen televisyen TV9 mengadakan program Hujah untuk menjelaskan isu-
isu semasa di negara ini dengan melibatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan
dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff. Umpamanya
dalam satu siri mengenai krisis di Perak yang disiarkan pada 31 Mac 2009, forum tersebut
tiga ahli panel telah dijemput iaitu Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Prof. Shad Saleem
al Faruqi, Peguam Kanan Datuk Shafee Abdullah dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath
Kesavan. Kesemua mereka adalah pakar dalam bidang undang-undang yang dijemput khas
untuk memberikan pandangan mengenai kekusutan yang berlaku di Perak selepas tiga adun
dari pakatan pembangkang keluar dari parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka
sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas.
Melalui program tersebut masyarakat dapat menilai dan memahami perkara yang
dibincangkan tersebut dengan bantuan tafsiran ahli panel berkenaan. Sekali gus dapat
membentuk masyarakat yang berilmu walaupun secara jelas hujah ketiga-tiga panel terbabit
tidak memberikan jalan penyelesaian yang terbaik kerana mereka mempunyai pandangan
yang berbeza. Namun begitu, sedikit sebanyak membantu khalayak memahami dengan jelas
proses perundangan yang berlaku dalam krisis berkenaan dan menyedarkan masyarakat
bahawa terdapat ‘grey area’ dalam perlembagaan dan perundangan di Perak. Bagaimanapun
keburukannya mungkin percanggahan pendapat di antara ahli panel terbabit menyebabkan
khalayak terutama mereka yang berpendidikan rendah bertambah keliru dan sukar untuk
menilai serta membuat keputusan pendapat yang mana boleh diterima pakai. Perlu diingat
sebagai manusia biar pun berpendidikan setinggi mana sekali pun mereka tidak dapat lari
daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, sebarang maklumat yang kurang tepat atau silap
mungkin diketengahkan dalam perbincangan mereka. Akibatnya masyarakat mungkin
terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat yang lazimnya bergerak sama pantas.
1.3 Penghubung

Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam masyarakat.


Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk
penjual. Pengundi mengumpul maklumat berkenaan wakil rakyat melalui surat khabar,
televisyen, radio dan laman web. Menerusi rancangan yang disiarkan di media elektronik atau
di akhbar, derma untuk kanak-kanak yang sakit dan mangsa peperangan dan bencana alam
yang memerlukan bantuan ini. Fungsi menyampaikan mesej kepada masyarakat merupakan
peranan yang dilakukan oleh media. Fungsi ini boleh menjadi penghubung masyarakat yang
terpisah sama ada individu dengan individu, masyarakat dengan masyarakat, peristiwa
dengan masyarakat mahu pun sejarah silam dan budaya dengan masyarakat semasa.

Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat, fungsi ini dapat dilihat dengan jelas.
Maklumat melalui apa yang dipanggil sebagai media baru ini (internet) berada dihujung jari
masyarakat. Segala apa yang diinginkan boleh diakses dengan secepat mungkin.

Pelbagai laman web, seperti ensklopidia elektronik ‘wikipedia’, blog, laman berita maya
(Utusan Online, Bernama), laman sosial seperti ‘facebook’ dan ‘friendster’ memudahkan
masyrakat berhubung dan mendapatkan pelbagai maklumat walaupun berlaku pada masa
lampau. Perkara ini menyediakan wahana dan platform untuk hubungan antara dua atau
ramai orang atau membentuk komuniti maya. Kemudahan yang disediakan seperti laman web
menghubungkan pelbagai komuniti untuk berkongsi pendapat dan pengalaman hidup mereka
dengan orang lain yang setara permasalahannya.

Kadang kala, media Internet juga mencipta perhubungan dan menyatukan kumpulan sosial
yang dulunya tidak menyedari bahawa mereka mempunyai minat yang serupa. Fungsi
menghubungkan ini juga memperlihatkan kemampuan media menyediakan akses kepada
masyarakat untuk menyuarakan kepentingan mereka. Fungsi menghubung ini walau
bagaimanapun ada kelemahannya. Fungus ini mungkin memberi
peluang kepada kumpulan tertentu untuk memprotes sehingga membawa kepada berlakunya
pemberontakan. Hal ini boleh membawa bahaya kepada masyarakat.
1.4 Penghibur

Kebanyakan pihak melihat peranan media untuk menghibur masyarakat sebagai fungsi yang
paling dominan. Filem, muzik , berita sukan, rancangan hiburan, sitkom dan kartun yang
disiarkan di media memainkan fungsi hiburan kepada masyarakat dengan kos yang rendah
dan murah. Kebanyakan program di televisyen bertujuan memberi hiburan kepada
masyarakat. Segelintir masyarakat menggunakan wang dan masa mereka menonton wayang,
mendengar muzik, menyewa video, melihat rancangan komedi di televisyen dan melayar
internet. Fungsi ini boleh didefinasikan sebagai ‘media massa bertugas sebagai penghibur
kepada masyarakat melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat mahu pun
sekadar hiburan semata-mata untuk dimanfaatkan oleh masyarakat’.Bagi organisasi media
penyiaran program hiburan adalah memenuhi kehendak masyarakat dan terpulang kepada
mereka untuk memanfaatkannya. Sebagai contoh Festival Filem Malaysia ke 22 di Dewan
Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 8 Ogos yang lalu. Stesyen televisyen Astro
Ria menyiarkan laporan terperinci festival tersebut bermula dari langkah awal artis masuk
memasuki dewan tersebut melalui rancangan ‘Karpet Merah’. Rancangan tersebut seolah-
olah pertunjukkan fesyen dikalangan pembikin filem di negara yang pastinya selepas ini akan
menjadi ikutan masyarakat di negara ini.

Di karpet merah tersebut pembikin filem akan ditahan untuk diwawancara dan ditanya
mengenai perkembangan semasa mereka seperti aktiviti terbaru dan sebagainya. Situasi
tersebut memberikan laporan terkini kepada masyarakat bagi mengetahui perkembangan
semasa di mana ada diantaranya mungkin sedang terlibat dalam pembikinan filem terbaru. Ini
semua disebabkan mereka mengetahui melalui fungsi ini iaitu membawa pulangan yang
lumayan kerana setiap gerak geri artis akan menjadi ikutan disebabkan pengaruh mereka
yang terlalu kuat. Maka tidak hairanlah pihak industri berebut-rebut untuk mendapatkan artis
terkenal sebagai duta produk mereka. Hal ini demikian, fungsi ini sebenarnya turut membawa
keburukan kepada masyarakat. Ketaksuban masyarakat terhadap artis akan menyebabkan
mereka akan meniru secara membuta tuli sedangkan ada di antara artis membawa budaya
yang amat bertentangan dengan nilai-nilai serta kehendak agama Islam. Disebabkan
keterujaan itu juga, kadang kala media massa menyiarkan terlalu banyak hiburan yang
mengandungi keseronokan melampau sehingga mengabaikan peranannya yang lain untuk
mendidik masyarakat menerima maklumat.
2. Kesimpulan

Secara amnya, media massa di negara ini telah memainkan peranan untuk membangunkan
negara ini walaupun ada pihak yang beranggapan bahawa tidak ada kebebasan media.
Konsep kebebasan media dalam rangkanya sendiri di mana kerajaan memainkan peranan
dalam menentukan media berfungsi sebaiknya dalam masyarakat. Bagaimanapun ruang tetap
diberikan kepada media untuk berfungsi sebagai pemerhati dan pentafsir. Berdasarkan
konsep inilah negara Malaysia dapat dibangunkan dengan sempurna tanpa terlalu banyak
rintangan kerana media bersama-sama kerajaan membawa satu agenda yang sama. Jika ruang
yang diberikan sepertimana di Amerika Syarikat sudah pasti akan timbulnya pelbagai
masalah kerana rakyat mungkin keliru dengan maklumat yang disampaikan oleh media yang
menyokong kumpulan berhaluan kiri.

Sejarah telah membuktikan bagaimana media massa di negara ini membantu menghapuskan
ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) sehinggalah mereka meletakkan senjata dan keluar
dari hutan. Seperti yang dijelaskan oleh bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk
Zainudin Maidin dalam memoirnya ‘Hero Tak Didendang’, media telah mengetahui sejak
awal lagi proses perdamaian di antara PKM dan kerajaan bagaimanapun perkara ini tidak
didedahkan. Dalam masa sama, kerajaan meminta media supaya membantu dalam
menyiapkan mental rakyat terutama bekas polis dan askar untuk menerima peletakkan senjata
itu. Pendek kata, media telah memainkan peranannya dengan baik di negara ini, semua
peranannya telah berfungsi tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki lagi. Biar pun ada yang
menyebut kerajaan mengekang media tetapi dengan wujudnya media baru melalui internet
kebebasan telah diberikan sepenuhnya kepada media. Kerajaan harus mengawal kebebasan
media bagi memastikan aspek pembangunan diteruskan dan menyiapkan rakyat untuk terus
menerima lebih banyak kemajuan walaupun kadang kala kemajuan itu sendiri yang akan
membunuh niat baik kerajaan.
References

Eli, Rohaeti, & Dr. (2011). BIODEGRADASI POLIURETAN HASIL SINTESIS DARI
MINYAK KEDELAI, POLIOKSIETILEN GLIKOL MASSA MOLEKUL 400 (PEG400)
YANG DIREAKSIKAN DENGAN METILEN-4,4’-DIFENILDIISOSIANAT (MDI).

Nora, Hastika Yanti, Latief, Muhammad Chaerul, Setiawan, & Yuliyanto Budi.
(2016). FUNGSI KOMUNIKASI MASSA DALAM TELEVISI (Studi Kasus Program
Acara ’Bukan Empat Mata’ di TRANS 7). Jurusan Ilmu Komunikasi Universitas
Semarang.

Anda mungkin juga menyukai